Selasa, Julai 28

SKUAD BARU FURSAN TANTAWI

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DPM TANTA


Dijemput semua ahli DPM TANTA untuk hadir bagi memeriahkan majlis.
DPMT hak milik kita bersama.

Jumaat, Julai 24

FURSAN TANTAWI KE PIALA MALAYSIA ZAQZIK

DOAKAN KEMENANGAN FURSAN TANTAWI.

YAB DATO' DR HASAN ALI KE DPM TANTA


Hari ini, rombongan daripada kerajaan Selangor yang di ketua oleh exco kerajaan Selangor, Datuk Hasan Ali bersama pimpinan negeri melawat ahli PMRAM di Tanta.

Sambutan yang baik daripada ahli daripada dirasat dan perubatan memeriahkan suasana dan keadaan. Banyak perkara yang diutarakan bagi menjamin kebajikan dan thaqafah selurah anak Selangor di Mesir dijaga.

Motivasi dan kata-kata semangat yang tinggi diluahkan oleh Datuk bagi memastikan golongan Azhari membuka mata dan minda mengetahui tujuan dan matlamat sebenar belajar dan kepentingan tarbiah di Mesir.

"Golongan Azhari adalah genarasi peneraju kepimpinan kerajaan Selangor pada masa akan datang bagi memastikan Islam dijulang di mata dunia" ulas yb Datuk yang dianggap nasihat ayah kepada kami di sini.

Isnin, Julai 20

SENARAI NAMA CALON PENGERUSI DAN AJKT SESI 2009/2010

Sebarang bantahan jika ada daripada ahli DPM Tanta bermula daripada esok hari jam9 pagi sehingga jam 5 petang bertampat di Bait Izzah lama, rumah pengerusi DPMT, ustaz Faizol Endut. Jika tiada sebarang bantahan, semua calon akan menang tanpa bertanding.
sumber: dari Pengarah SPR Tanta

Khamis, Julai 16

AKHLAK SEORANG PEJUANG ISLAM

Setiap manusia memiliki potensi dan bakat tersendiri yang boleh melonjakkannya menjadi insan yang amat diperlukan oleh masyarakat, apatah lagi jika manusia ini daripada jenama Muslim, pasti dia amat diperlukan oleh agamanya untuk mengembang, memperkasa, membenteng, melindunginya daripada anasir yang boleh menggugat kekuatannya daripada serangan makhluk perosak akidah, iman dan ilmu pengetahuan agama.

Ia semua tertakluk kepada sejauhmana insan Muslim itu dapat membentuk jati dirinya dengan aspek tarbiyah yang telah diperkatakan sebelum ini, dengan mengambil kira semua jenis tarbiyah yang diperlukan oleh seseorang ahli gerakan Islam yang aktif, di samping memelihara uslub dakwah yang berkesan bagi memastikan kesinambungan mata rantai Islam terus utuh dan kukuh di persada alam ini.

Bagi memastikan agar Islam terus berkembang melalui usaha dan kerja dakwah, pejuang-pejuang Islam perlu memelihara beberapa konsep akhlak yang dikira sebagai penting bagi meneruskan misi untuk memartabatkan Islam sebagai agama tertinggi dalam perjuangan hidup sebagai hamba Allah di muka bumi ini, antara akhlak tersebut yang mesti dipelihara ialah:

1. Akhlak terhadap Allah

2. Akhlah terhadap Rasulullah

3. Akhlak terhadap kitab Allah (al-Quran)

4. Akhlak terhadap Sunnah/hadis Rasulullah

5. Akhlak sesama jiran tetangga

6. Akhlak terhadap orang ramai

Konsep akhlak dalam Islam

Islam mempunyai dua sumber iaitu al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyah.

Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya.

Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyah sebagai satu ilmu berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinya seperti berikut:

Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi mengenal pasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah).

Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah.

Dengan kata lain, akhlak ialah suatu sistem yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar.

Justeru, baginda Rasulullah s.a.w. ada menegaskan bahawa, akhlaklah yang menjadikan seseorang Muslim itu hingga mencapai iman yang sejati, ini ditegaskan dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Sesempurna iman seseorang yang beriman itu adalah yang paling baik akhlaknya."

Akhlak terhadap Allah SWT

Ia bermaksud bahawa yang paling utama sekali ialah beriman kepada Allah SWT selaku Pencipta yang meliputi kepercayaan dan pegangan kental mengenai 'Tauhid Uluhiyyah' dan 'Tauhid Rububiyyah' bagi melahirkan iman dan akidah yang sejahtera daripada sebarang kepercayaan khurafat, bid'ah, tahayul, syirik yang sememangnya tidak sinonim dengan ahli-ahli gerakan Islam yang memperjuangkan akidah yang benar berpaksikan al-Quran dan Sunnah baginda Rasulullah s.a.w.

Akhlak terhadap Rasulullah s.a.w.

Iaitu keimanan dan kepercayaan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul dan nabi terakhir seperti yang ditegaskan oleh al-Quran, membenarkan risalah yang dibawa kepada umat bagi menyatakan konsep 'Amar Makruf Nahi Mungkar' tanpa mengira batas sempadan kaum, bangsa, kedudukan, pangkat, jantina dan sebagainya, semuanya sama di sisi Allah, kerana yang paling bertakwa adalah yang paling mulia di sisi-Nya.

Akhlak terhadap kitab Allah (al-Quran)

Sesungguhnya al-Quran adalah rujukan utama kepada ahli-ahli gerakan Islam, ia dapat dijelmakan melalui pembacaan, penghayatan, kajian, penghafazan jika mampu lakukan atau menghafaz surah-surah tertentu yang sering dibaca oleh orang awam dan mentafsirkannya dengan pendekatan yang mudah difahami oleh golongan sasaran, ia bertujuan bagi menarik mereka kepada jalan hidup Islam yang sempurna.

Ini kerana al-Quran seperti apa yang pernah disampaikan oleh baginda sendiri, bahawa di dalam al-Quran ada menceritakan kisah orang-orang terdahulu daripada umat hari ini dan berita mengenai kehidupan di alam akhirat, ia memberi maksud bahawa kitab suci itu amat berguna untuk pegangan ahli-ahli kerana ia mampu menginsafkan mereka di samping menetukan hala tuju hidup terakhir untuk menuju jalan menemui Allah SWT.

Ahli gerakan Islam perlu tahu tafsir al-Quran dengan baik, kerana ia terbahagi kepada tafsir al-Ma'thur sama ada tafsir ayat dengan ayat yang lain, atau tafsir ayat yang diperjelaskan oleh hadis Nabi, tafsir bi ar'yi al-Mamduh aitu tafsir dengan menggunakan pendapat yang boleh diterima seperti kitab tafsir yang dibuat oleh kedua-dua Tuan Guru Mursyidul Am dan Presiden PAS, tafsir Hamka, tafsir Ustaz Sonhaji Mohammad al-Ibr al-Athir dalam bahasa Melayu, Saiyid Qutb yang ditrerjemahkan dalam bahasa Melayu oleh al-marhum Yusuf Zaki Yaakob dan lain-lain.

Akhlak terhadap Sunnah/hadis Rasulullah

Hadis adalah perkara yang berkisar tentang Sunnah Rasul s.a.w. dan apa yang disandarkan kepada Rasul s.a.w. dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak (peribadi) dan sifat kejadiannya. Hadis atau Sunnah Rasul s.a.w. adalah sumber rujukan kedua selepas al-Quran.

Sebagai ahli gerakan Islam, mereka perlu melihat bahawa hadis atau sunnah Nabi Muhammad penting dalam kehidupan rutin harian, iaitu mereka perlu menghafaz beberapa hadis penting sebagai rujukan hujah ketika menyampaikan mesej dakwah kepada orang ramai.

Mereka juga perlu menguasai perkara yang berkaitan dengan hadis atau sunnah seperti mengetahui imam-imam tersohor agak tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pihak musuh yang berselindung dalam kelambu orang Melayu. Imam-imam itu adalah seperti Imam Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Nasa~ie disamping Imam Baihaqi, Tabarani, al-Hakim dan lain-lain, begitu juga menguasai ilmu 'Ulum al-Hadis' dengan mengetahui istilah hadis sohih, do'if, mutawatir, mursal, maudo' (palsu) dan lain-lain.

Akhlak sesama jiran tetangga

Ia juga merupakan pendekatan Nabi Muhammad s.a.w. dengan memelihara jiran tetangga walaupun mereka bukan beragama Islam, ini adalah kerana mereka juga merupakan makhluk manusia yang mempunyai hati dan perasaan yang sama dengan kita.

Ahli-ahli gerakan Islam adalah disaran agar memiliki ciri mesra alam dengan sesiapa terutama jiran tetangga, dengan tidak diri atau isteri mendedahkan aurat ketika berinteraksi dengan mereka kerana ini boleh menghilangkan sedikit rasa tidak percaya mereka kepada diri dan menjejaskan potensi untuk mengajak mereka kepada Islam secara praktikal.

Layanilah mereka dengan santun dengan tidak mengguris perasaan mereka walaupun mereka tidak menerima dakwah yang kita syorkan kepada mereka, apatah lagi mereka tidak sinonim dengan masjid atau program surau yang berbentuk kemasyarakatan dan ilmiah. Ahli perlu bersabar terhadap keranah mereka sebagai menyahut seruan baginda s.a.w. yang bermaksud: "Seorang mukmin yang bercampur/bergaul dengan orang ramai dan bersabar terhadap karenah-karenah mereka adalah lebih baik daripada mukmin yang tidak bercampur/bergaul dengan orang ramai dan tidak bersabar terhadap karenah-karenah mereka."

Akhlak terhadap orang ramai

Ia satu lagi akhlak yang perlu dititik-beratkan oleh ahli gerakan Islam, iaitu menjadikan orang ramai sebagai medium untuk menyampaikan mesej dakwah. Tetapi apapun sebelum melakukan tugas atau usaha dakwah itu, ahli perlu menguasai ilmu-ilmu alat di samping menyelami kehendak mereka bagi memudahkan kerja-kerja dakwah dengan tidak menghalalkan cara yang salah untuk sampai kepada matlamat.

Usaha dakwah terhadap orang ramai perlu menunjukkan sikap dan akhlak terpuji, apatah lagi ia tidak kelihatan menyanggah sunnah-sunnah Rasululla s.a.w. seperti menghisap rokok, minum atau makan berdiri, memakai pakaian yang tidak dianggap sopan menurut pandangan orang ramai.

Ia bertujuan untuk sampai kepada matlamat sebenar penciptaan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, sekali gus menaikkan taraf mereka sebagai sebaik-baik umat seperti yang ditegaskan Allah melalui ayat 110 surah Ali 'Imran yang bermaksud: "Kamu adala sebaik-baik umat yang dikeluarkan kepada umat manusia sejagat, dengan menyuruh mereka melakukan kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah." - lanh_

Selasa, Julai 14

Maklumat dari Suruhanjaya Pilihanraya Tanta (SPR)

klik pada gambar untuk besarkan..
tunaikan tanggungjawab anda sebagai ahli DPMT

Isnin, Julai 13

PMRAM: APA ITU TARBIAH???

Tarian wanita: melanggar syariat ISLAM

PMRAM: pimpinan PMRAM, BKAN DAN DPM menghantar memorendum kepada JPMK membantah Tarian wanita di Festival Asean 09


THAQAFAH DAN TARBIYYAH ADA PADA PMRAM

"Memang tidak dapat dinafikan bahawa PMRAM adalah sebuah persatuan Islam. Selain itu, seluruh dunia tahu bahawa PMRAM juga sebuah persatuan Islam yang menjadikan thaqafah dan tarbiyah sebagai tunjang utama gerakannya,"

"Misi dakwah serta amar makruf nahi mungkar tetap disasarkan kepada mereka yang lalai dan terleka. Terutamanya pada masa ini, sehingga mereka faham dan akhirnya bersama kita dalam perjuangan ini"

Dengan bergeraknya PMRAM dengan menggalaskan tugas dan misi dakwah itu, membuktikan tidak mudah berlakunya kemaksiatan di bumi mesir ini khususnya yang melibatkan pelajar Malaysia. Gejala sosial dapat dikawal dengan sebaiknya, pergaulan antara bukan muhrim dijaga dan dididik dengan adab dan nilai murni daripada acuan islam.

Setiap program yang dianjurkan PMRAM bermotifkan ukhwah persaudaraan islam dan penyerapan nilai-nilai islam dititikberatkan. Semoga suasana dan keadaan ini berterusan apabila pulang ke tanah air.

Oleh itu, menjadi satu kewajipan kita seorang pelajar muslim bersama-sama memberikan sokongan dan dokongan yang padu kepada PMRAM selagi mana PMRAM bergerak berpaksikan al-quran dan as-sunnah nabi s.a.w.

Kita sama-sama doakan semoga Allah taala menjaga PMRAM dan merahmati kita ahli-ahli PMRAM.

Sabtu, Julai 11

MAKLUMAN BUAT ANAK2 KLATE MESIR (KPKM)


Maklumat dari BKAN Kelantan khas buat anak-anak Kelantan:

1. SEMAKAN KEAHLIAN KPKM DIBUKA SEKARANG
SILA RUJUK: USTAZ WAN ALAUDDIN BIN WAN YUSOF(016-2990914)
PEGAWAI SPR CAWANGAN TANTA


2. Pencalonan AJKT KPKM:
Dibuka pada 14 JULAI 2009( selasa) sehingga 22 Julai 2009.
BORONG PENCALONAN BOLEH DIDAPATI DI RKB.
10PAGI HINGGA 3.30PTG
9 MALAM HINGGA 11 MALAM.

3. HARI PENAMAAN CALON:
23 JULAI 2009
KHAMIS
BERMULA JAM 10 PAGI HINGGA 3.30 PETANG.
9 MALAM HINGGA 11 MALAM.
LOKASI: RKB.

4. BANTAHAN DIBUKA 29 JULAI 2009
RABU
10PAGI HINGGA 4.15 PTG
RKB.

TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB KALIAN SEBAGAI AHLI PERSATUAN ISLAM

" SEBAIK-BAIK PEMIMPIN DIKALANGAN KAMU, ADALAH PEMIMPIN YANG BERTAQWA KEPADA ALLAH TAALA.."

Sabtu, Julai 4

TERKINI : ISU PANAS BERLAKU DI Asrama Rumah Melayu Abasiah (ARMA) http://typeace.blogspot.com/

  • ARMA : Pelajar Miskin Dihalau
  • TERKINI : Keputusan Menghalau Pelajar Malam Ini
  • HALAU PELAJAR : PMRAM WAJAR BERTINDAK!
  • APA KATA BUDAK ARMA!!!
  • PMRAM Ada Kuasa Campur Tangan Isu ARMA
  • BUKU SEJARAH RUMAH MELAYU AKAN DITERBITKAN
  • APABILA PENDUDUK ARMA MELETUP!
  • TERKINI : Pengarah JPMK Tarik Semula Kenyataan

SUMBER: http://typeace.blogspot.com/

Sejarah Asrama Rumah Melayu Abasiah (ARMA)

PMRAM pada tahun 1956 telah mengharumkan nama seluruh anak-anak Melayu di Tanah Melayu apabila seramai 65 orang para mahasiswa Al-Azhar ketika itu telah bersedia untuk berkorban nyawa demi mempertahankan negara Mesir daripada serangan tiga penjuru; Perancis, British dan Israel apabila mereka telah menyertai secara sukarela anggota Pertahanan Awam bagi Mesir yang bersedia untuk terjun ke medan perang sekiranya bilangan askar kerajaan Mesir tidak mencukupi. Sebahagian mahasiswa yang tidak berkeupayaan untuk berperang telah menderma darah manakala para mahasiswi pula tidak ketinggalan dalam perjuangan dengan menjahit pakaian tentera yang digunakan dalam peperangan.

Atas keberanian ini, Presiden Mesir ketika itu, Presiden Jamal Abdul Nasir telah menganugerahkan sebidang tanah kepada PMRAM ataupun yang dikenali ketika itu sebagai Persekutuan Melayu Mesir (PMM). Hasil hadiah tanah yang seluas 2,212 meter persegi di Abbasiah dengan sah menjadi milik PMM melalui majlis penyerahan geran pada tahun 1959 yang dihadiri oleh Yang Di Pertua Persekutuan Melayu Mesir ketika itu, Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad (mantan Menteri Besar Terengganu).

PMRAM mengiktiraf bahawa tanah tersebut pada hari ini adalah milik Kerajaan Malaysia hasil daripada penukaran hak milik tanah daripada nama PMRAM ke nama Kerajaan Malaysia pada tahun 1960 sebagai satu proses untuk Kerajaan Malaysia meluluskan kewangan untuk membina asrama di atas tapak tanah tersebut.

Hak PMRAM berdasarkan dokumen “Peraturan-peraturan Asrama Rumah Melayu”

Kedutaan Besar Malaysia Kaherah telah menandatangani Peraturan-Peraturan Asrama Rumah Melayu bagi tahun 1971 dan 1986 yang turut ditandatangani bersama oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dan Yang Di Pertua PMRAM.

Berikut adalah beberapa klausa yang termaktub di dalam Peraturan-Peraturan Asrama Rumah Melayu bagi tahun 1971 dan 1986 yang menunjukkan hak PMRAM memiliki pejabat di ARMA.

“Tapak bangunan ini adalah diperolehi dari hadiah pihak berkuasa Kerajaan Mesir atas daya usaha dan jasa ahli-ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.” (Peraturan tahun 1986, Fasal 1 Pendahuluan Ceraian 1.3)

“Anjung tingkat bawah asrama ini adalah dikhaskan sebagai pejabat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.” (Fasal 1 Pendahuluan Ceraian 1.6)



PMRAM DAN ARMA: PMRAM ADA HAK KE ATAS ARMA


Klik gambar untuk membaca fakta Peraturan Asrama 1981

Siapa berani lawan peraturan dan undang-undang?

Merujuk Peraturan Asrama 1981 dan masih lagi tidak dibatalkan oleh mana-mana pihak, PMRAM mempunyai kuasa campur tangan terhadap isu ARMA.

Dalam Peraturan Asrama 1981, undang-undang tersebut telah menyatakan seperti berikut :

PERATURAN-PERATURAN ASRAMA PENUNTUT MELAYU MALAYSIA, KAHERAH.

Lihat pada Seksyen 1 (1.3)

Tapak bangunan ini diperolehi dari hadiah pihak berkuasa Kerajaan Mesir atas daya usaha dan jasa-jasa ahli-ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.

Lihat pada Seksyen 1 (1.6)

Anjung tingkat bawah asrama ini adalah dikhaskan sebagai Pejabat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.

Lihat pada Seksyen 2 (2.3)

Dasar pentadbiran Asrama ini diputuskan oleh sebuah jawatankuasa terdiri :

Pengarah JPM
Penyelia Asrama
Pengawai Kebajikan (I) JPM
Pegawai Kebajikan (II) JPM
Juruwati Asrama
Tiga (3) orang wakil PMRAM

Lihat pada Seksyen 2 (2.4)

Jawatankuasa ini merupakan badan tertinggi yang membuat dasar dan keputusan serta menjadi penasihat dan menimbangkan sebarang rayuan dari pelajar.

Kita sedang berbincang untuk membawa kes ini ke mahkamah. Sekiranya kes ini dibawa, pihak yang akan didakwa adalah :

1. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
2. Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah

Tambahan :
-Mesyuarat Khas diadakan membincangkan isu ini.

PMRAM DIMATA DUNIA: MENYINGKAP KEMBALI SEJARAH PERSATUAN ISLAM (PMRAM)

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menelusuri aliran sejarah dan menempuh arus kematangan yang kadangkala menoktahkan kepedihan di atas lembaran jasadnya. Namun, PMRAM yang didokongi ummah mahasiswa terus melebarkan sayap menaungi budaya kemahasiswaan dan kebajikan ahlinya.

Menyingkap kembali sejarah PMRAM yang merupakan satu persatuan yang menaungi anak-anak Melayu di bumi anbiya' ini, membuktikan bahawa persatuan yang didokongi bersama oleh mahasiswa Malaysia ini masih tetap utuh biarpun kadangkala ada pihak-pihak tertentu yang cuba untuk menyangkal kesatuan yang ada dan usaha-usaha pihak tertentu untuk menghapuskan PMRAM.

Menyorot kembali sejarah awal pertubuhannya, perubahan demi perubahan dilakukan pada namanya. Pada awal penubuhan (tahun 1930-an) PMRAM menggunakan nama putera-putera Semenanjung (PPS) yang diketuai oleh Tuan Amir Nuruddin dari Perak sebagai Yang Di Pertua. Kemudian pada tahun 1953 PPS telah ditukar secara rasmi dengan nama Persekutuan Melayu Mesir (PMM). Nama PMM ini pula telah ditukar kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Bersatu (PMRAB) pada tahun 1965 dan sekali lagi, nama PMRAB mengalami perubahan. Diganti dengan nama Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

PMRAM di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat Mesir berperanan menaungi seluruh anak-anak negeri jua muhafazoh, tanpa disedari kini PMRAM telah meniti usia kematangan. 70 tahun bukanlah satu usia yang mudah bagi sesebuah persatuan untuk bertapak sebegitu lama. Namun ia memerlukan semangat juang yang tinggi dalam mempertahankan keunggulan dan ke'izzahannya.

Justeru, selaku mahasiswa Al-Azhar yang terpimpim dengan asas keislaman , keimanan dan pengorbanan, marilah kita melahirkan rasa kecintaan kepada PMRAM dengan ini bersama-sama berganding bahu mendokongi aspirasi perjuangan ummah dalam menentukan arah tuju, suara dan tindakan mahasiswa Islam yang berpayungkan aqidah Islamiah yang satu sebagai merealisasikan tuntutan-tuntutan dasar yang dibawa berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah.


Rabu, Julai 1

Kaji semula PLKN ekoran insiden kematian

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Kerajaan didesak mengkaji semula pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ekoran beberapa insiden kematian yang melibatkan pelatih di pusat latihan program tersebut. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib berkata walaupun kes kematian terbaru Abdul Malik Ishak, 18, yang menjalani latihan program tersebut di Guar Chenderai, Padang Besar, Perlis menunjukkan tiada unsur jenayah atau kecederaan, pihak berkaitan tidak harus memandang ringan kes yang berlaku.

Jelasnya, Kementerian Pertahanan khususnya harus mengutamakan aspek kesihatan para pelatih sebelum pelatih memasuki program tersebut.

" Sebelum pelatih menyertai program latihan tersebut, seharusnya mereka disahkan oleh pihak doktor tidak mengalami sebarang masalah kesihatan agar mereka dapat menjalani latihan dengan baik serta dapat mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku.

"Sekiranya pihak pelatih telah disahkan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan berdasarkan borang deklarasi kesihatan, namun dengan berlakunya kejadian seumpama ini, pihak kerajaan harus mengenal pasti serta memperbaiki kelemahan tersebut,"katanya sewaktu dihubungi.

Baru-baru ini, beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah membangkitkan mengenai masalah keselamatan pelatih-pelatih PLKN sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Latihan Khidmat Negara (Pindaan) 2008 di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Teluk Intan, M. Manogaran memaklumkan sebanyak 17 kes kematian dilaporkan sejak empat tahun yang lalu.

Beliau turut menyarankan agar kementerian yang berkenaan membenarkan Badan Bukan Kerajaan (NGO)membuat lawatan di kem-kem PLKN bagi menentukan sama ada pelaksanaan program di kem-kem latihan dijalankan dengan baik agar ibu bapa lebih yakin apabila menghantar anak-anak mereka.

Manakala Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf menekankan kementerian terbabit harus mengambil kira kebimbangan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka dengan niat yang begitu murni untuk menjayakan program ini yang dicalar dan dicacatkan dengan kes-kes kematian.

HarakahDaily