persediaan menghadapi exam(insyaALLAH madah saya pertama hari Ahad ini)-semoga kita semua najah.amin..- teringat saya kepada detik dan kenangan yang mungkin tidak akan saya lupakan dalam sejarah kehidupan saya iaitu kehidupan bersama ahli bait(kawan serumah) di Imarah melayu lama,Siberbey. Lebih kurang menjangkau 2 tahun saya hidup seperti sebuah keluarga bahagia. Susah- senang kami bersama, semua masalah kami bercerita dan sudah terniat dan terikat bahawa kami adalah sekeluarga di Ardhil Badawi ini.(gambar: di mator Kaherah hantar akhi Azmi)
Kelurga yang saya maksudkan adalah BAIT MUKMIN, Syed imarah yang terdiri daripada akhi Khusyairi Ibrahim ( MATYIE), Taufiq, Hafizal Hafiz, Fakhzan, Azmi, Abol dan juga kekanda Ustaz Wan Zamri (ustaz Yie Jordan).
Saya adalah yang bongsu dikalangan sem
Rumah saya di Siberbey tidak sunyi daripada kunjungan dengan tetamu. Tidak kira dari luar atau sahabat2 Tanta. Ada shbt2 yang menumpang bermalam dan ada yang datang melawat kami sekelurga. Rumah tidak pernah sunyi dengan gelagak Mat Yie yang selalu menceriakan keadaan rumah. Juga rumah kami dijadikan salah satu tempat utk pengaji
Tahun kedua saya ditaklifkan sebagai exco DPMT, mereka 100% menyokong. Galakan dan dorongan selalu diberikan. Kekanda ustaz Yie (gambar: jalan2 di bandaraya Iskandariah) serta ahli serumah selalu memberi kata semangat dan cadangan yang sangat membina kepada saya. Saya rasa ada kekuatan dalam memikul amanah ALLAH ini. Alhamdulillah. Jika saya kesibukan dengan tugasan, merekalah membantu. Selalu mengganti memasak dan mengangkat kain-baju dijemuran jika saya tidak berkesempatan. Mereka sangat memahami saya.
“Keluarga yang saya maksudkan adalah BAIT MUKMIN, (Syed Imarah)yang terdiri daripada akhi Khusyairi Ibrahim ( Matyie), akhi Taufiq, akhi Hafizal Hafiz, akhi Fakhzan, akhi Azmi, akhi Abol dan juga kekanda Ustaz Wan Zamri (ustaz Yie Jordan)”
Tapi sekarang hanya tinggal kenangan. Kekanda Azmi, Fakhzan dan Peja sudah pun balik Malaysia dan semua diorang ini sudah merancang utk berumahtangga. Semoga mereka bahagia.Abol dan Matyie masih lagi still di sana. Yang terbaru, adalah kepulangan Kekanda ustaz Wan Zamri ke tanah air.
Apabila terigat semula kisah silang bersama ust Yie ini (yang juga pernah tinggal sebilik dengan saya,) banyak kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Ust Yie seorang peramah dan baik hati. Selalu mengutamakan ahli bait dalam semua hal. Pada musim peperiksaan beliau adalah guru (gambar: makanan arab-ziarah akhi mahmud di Alex)
kami sekeluarga. Tempat kami merujuk dan mentalaah kitab2. Di smping beliau tidak jemu memberi nasihat dan kata semangat kepada kami adik-beradik. Beliau yang banyak membantu apabila semua kami dalam fatrah peperiksaan. Memasak dan mengemas rumah
Pada waktu cuti selepas exam, Ust Wan Zamri adalah sbg seorg ayah kepada kami. Beliau banyak mengatur dan merancang supaya masa tidak terbuang begitu sahaja. Kerap kali kami sekeluarga pergi berkelah dan berjalan2. Beliau lah menjadi musyrif kami. Kami sekeluarga pernah ke Baltim bersama,bermalam di sana dan bermain bersuka-ria di sana. Kami juga pernah ke Alex, berjalan menziarah tempat2 melihat keindahan alam dan banyak lagi tempat kami lawati bersama.(gambar: rehlah ke Baltim)
Kekanda ustYie ada seorg kawan arab, baik sangat2 dan kami menganggap dia dengan kekanda ust Yie macam adik-beradik. Selalu datang,tidur dan makan di rumah. Dan kami pun sekeluarga pernah mengziarahi dia di kediaman di Alex yang diketuai oleh ust Yie sendiri semasa rombongan ziarah. Arab itu ada akhi Mahmud..
Kesedihan bermula apabila saya terpaksa berpindah ke Makrod kerana memi
Tapi saya merasakan sangat beruntung dan bersyukur dapat mengenali keluarga ini. Mungkin kami akan bertemu semula satu hari nanti di bumi Malaysia tercinta. Alhamdullillh, detik-detik terakhir sebelum kekanda ust Yie balik ke Malaysia, saya sebagai ex-ahli bait dan wakil DPMT menjemput khusus akhi ust yie ke rumah saya di Makrod untuk sedikit jamuan (gambar: naik lori ke Ka
Malam bertolak balik Malaysia,walaupun ada perjumpaan, saya bertekad untuk menghantar kekanda ust Yie dan menempah sebuah tremco brsama shbt2 dr Siberbey. Alhmdllah dapat sama2 menghantar sehingga ke mator (lapangan terbang) walaupun ada sedikit masalah. Alhamdullah kali ke dua tarikh penerbangan akhi ustz Wan Zamri dipermudahkan urusan selamat sampai di Malaysia.
Saya selalu doakan agar ust Yie dan sahabat2 yang sudah pulang ke tanah air bahagia dengan harapan mereka akan dapat terus berkhidmat kepada Agama dan anak bangsa dalam menegakkan kalimah ALLAH taala di atas muka bumi ini. Semoga dengan coretan saya kali ini dapat memberi sedikit input buat pembaca dalam mengenal erti sebuah persaudaraan islam ( ukhwah filllah ) dan erti pengorbanan ( tadhiyyah) yang dianjurkan oleh ISLAM. sekian..
Salam Perjuangan..