Rabu, Jun 16

14 Jun 2010 = 1 Rejab 1431 H

Berdoa semoga ditemukan kembali dengan Ramadhan dalam keadaan sihat dan dapat laksanakan ibadah puasa, qiam dan yang seumpamanya dengan sempurna dan diterima oleh Allah.

اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان

” Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan “

[Hadis riwayat Ahmad dan at Tabrani, daripada Anas]

1 Rejab 1431 H . Permulaan untuk 3 bulan yang penuh hikmah. Bulan Rejab, bulan Syaban dan bulan Ramadhan. Sebelum bermulanya bulan besar iaitu Ramadhan, mari kita persiapkan diri mental dan fizikal.

Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya . Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa.