Jumaat, Jun 5

WARKAH KHAS BUAT MAMA TERSAYANG-4 June : Lahirnya Seorang Bayi Kecil



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI, SELAWAT DAN SALAM KE ATAS NABI JUNJUNGAN MUHAMMAD S.A.W


4 june, satu tarikh yang mungkin tidak kulupakan betapa hebat dan besarnya pengorbanan serta perjuangan seorang ibu, bergadai nyawa melahirkan seorang anak kecil yang jika matinya adalah dikira syahid juga di sisi ALLAH taala jua. Ketika itu pertama kalinya aku melihat keindahan bumi ciptaan ALLAH ini setelah hamper 9 bulan 10 hari seorang ibu membawa ke mana sahaja ia pergi tanpa sesaat pun lupa akan aku dalam kandungannya.

Saat dilahirkan,aku tidak dapat merasai bagaimana seorang ibu menyabung nyawa separuh mati berjuang untuk melahirkan aku. Kesakitan, keperitan perlu ibu menempuhnya dengan kesabaran yang maksimun dan tidak putus-putus doa penyerahan diri sepenuhnya kepada ALLAH taala bilamana saat kelahiran telah pun tiba. Aku sudah dilahirkan. Adakah aku menyedari dan penyelami akan pengorbanan seorang ibu ini???

Lahirnya aku, ibu dan ayah dua insan yang sangat gembira ketika itu. Aku dijaga, diasuh, dibelai " bagaikan minyak yang penuh " sehinggakan seekor nyamuk pun tidak dapat mengigit aku, dijaga sebegitu rupa oleh ibu. Ku menangis, demam atau sakit, ibu adalah insan pertama diundang kegelisahan diwajahnya. Makan dan minum tidak lagi dihiraukan, tidur tidak menentu, siang-malam adalah sama baginya sehingga aku sihat kembali normal.

Ayah pula ke sana ke mari mencari ubat penyembuh untuk aku, masa tidak menentu, walaupun pada masa yang sama bekerja daripada pagi hingga petang untuk menyara kehidupan keluargaku. Adakalanya terpaksa mengambil cuti kerja semata-mata kerana aku. Besar pengobanannya siapa yang tahu, tidak dapat ku ucapkan dengan kata-kata.

"Ku berazam dan bercita-cita memastikan diri ini adalah permata berharga buat mereka. Biarpun ayah sudah tiada lagi biarpun satu hari nanti ibu pun akan pergi tapi doa dan munajat seorang anak aku mewajibkan diri ini setiap kali solat ku menadah tangan memohon ALLAH taala menjaga dan memelihara ibu dan ayah sebagaimana mereka memelihara aku semasa kecil duhulu".

Bilamana ku sudah mula merangkak dan pandai berjalan, seribu macam barang dan alat aku capai , ku rosakkan dan ku sepahkan. Ruangan rumah adalah milikku. Ku rasa dunia ini aku yang punya, egonya aku ketika itu. Kakak dan abang menjadi mangsa,apa yang aku hajati jika tidak dapat aku menangis dan melolong senjataku mengadu pada ibu dan ayahku. Kemenangan selalu berpihak padaku. Tapi seorang ibu sabar dengan sejuta ragam kerenahku.

Satu ketika, diceritakan oleh ibu, kuku jari kakiku tercabut. Malam dan siang ku asyik menangis membuatkan ayah dan ibu 24 jam berjaga. Tidur tidak terlena, kerana sakit aku memekik menangis sekuat hatiku. Ayah tidak lekang mencari ubat membawa doktor dan bomoh untuk mengubatiku. Duit bagaikan air mengalir keluar dari saku bagi melihat aku sembuh. Sehingga sekarang, masih ada kesan pada kaki ini sebelah kiri. Sekurangnya ia sebagai memperingatan buatku akan susah-payah ibu-ayah dalam menjagaku. Begitulah tingginya perjuangan ayah dan ibu.

Permulaan sekolah, pelbagai karenah aku buat. Semua menyusahkan ibu. Pakaian, beg, buku-buku semua baru dan banyak menghabiskan duit ayah dan ibu. Tapi ayah dan ibu tidak sekali-kali jemu dan mengeluh dalam merai sejuta enam(bahasa ibunda Kelantan) kerenahku. Ayah terpaksa hantar dan menemani aku membuatkan ayah terpaksa terlewat masuk kerja kerana aku. Waktu itulah ibu berkorban kudratnya membasuh pakaian dan kasut sekolahku.

Sekarang, mula aku mengerti pengorbanan seorang ayah dan ibu. Aku akui tidak sekali-kali dapat membalas jasanya. Aku tidak dapat menilai dan membayar dengan wang ringgit akan pengorbanan mereka. Aku perlu sedar dan menginsafi aku seorang anak kepada kedua ibu bapa dua insan yang banyak berkorban semata-mata untukku.

Ku berazam dan bercita-cita memastikan diri ini adalah permata berharga buat mereka. Biarpun ayah sudah tiada lagi biarpun satu hari nanti ibu pun akan pergi tapi doa dan munajat seorang anak aku mewajibkan diri ini setiap kali solat ku menadah tangan memohon ALLAH taala menjaga dan memelihara ibu dan ayah sebagaimana mereka memelihara aku semasa kecil duhulu.

Kini, aku dewasa menjadi pemuda. Walaupun berjauhan di mata, tetapi ibu adalah segalanya. Pengubat dan menyembuh buat hati ini bila terluka. Nasihat motivasi sangat-sangat ku harapakan walaupun sudah menjangkau usia. Doa dan dorongan daripada mama aku dahagakan sentiasa bagi diri ini dapat berdiri pada landasan yang nyata.

Buat rabbul izzati, ku mengadu merintis memohon agar dikurniakan ibu dan ayah rahmat dan rehdaNYA sentiasa walaupun di mana mereka. Muliakan mereka di dunia apatah lagi di akhirat sana.

Seorang anak, ku pohon sejuta kemaafan daripada mama dan ayah( semoga arwah ayah ditempatkan bersama-sama orang-orang soleh) atas kesilapan dan dosa yang pernah anakmu ini lakukan. Ibu, engkau adalah permata berharga buatku di dunia dan akhirat..

Sekian,
Anak manja mama diperantauan,
Hidup berjuang, mati terbilang.