Rabu, April 29

HARI KEDUA AMALAN MENGZIARAHI RUMAH SAHABAT TANTA

(gambar bersama sahabat-sahabat di Tanta Scan)
Minggu ini kehidupanku banyak dihabiskan dengan pergi mengziarahi rumah-rumah sahabat sekitar Tanta. Baru ku tahu dan mengerti betapa pri pentingnya amalan ziarah-mengziarahi ini perlu dihidupkan di kalangan kita semuslim.

Hari pertama ku ke Imarah Saadah. di sana ku terasa sangat- sangat tenang dan damai dengan keadaan dan suasananya. Dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat di imarah itu satu keseronokan bagiku. Layanan dari ahli bait membuatku ingat erti ukhwah persaudaraan seislam. Dihidangkan dengan makanan tengah hari berlautkan ayam tanpa diduga rezeki aku hari itu di Imarah Saadah. Terima kasih buat akhi Mazwan dan akhi Amin banyak merai, walaupun ku datang dengan niat seorang sahabat bukan berjawatan,tapi mereka sangat-sangat memuliakan tetamu. Cantik akhlak dan adab yang islam ajarkan. Lebih seronok lagi apabila dapat berjumpa dengan adik-adik di situ, tidak putus-putus bersalaman dan bertanyakan khabar dengan ucapan yang tidak asing lagi buat warga Mesir (assalamualaikum,cht?) cmtu la, jumpa dengan 10 orang, pertanyaan sama sahaja. Tapi hakikatnya itu menunjukkan ukhwah di kalangan kami di sini, alhamdulllah.

Sedang duduk makan dan sembang-sembang, tiba-tiba telefon berbunyi. ustaz Nik Rosdi, BP PMRAM memaklumkan musibah berlaku kepadanya dan ahli rumahnya. Ku terus bergegas ke rumahnya bersama sahabat seperjuangan akhi Zulhilmi dan akhi Mazwan. Sampai sahaja di rumahnya di imarah lama Saberbey, kami dapat rasakan perasaan sedih dan hiba dengan musibah yang menimpa us Nik dan a.bait. Kecurian yang menyebabkan kehilangan komputer peribadi, kamera dan dompet. Ku cuba selami dan fahami mereka. Ku rasakan masalah yang menimpa mereka adalah masalah kita bersama. Ku cuba meluahkan kata-kata semangat kepada mereka mungkin di sana ada hikmah di atas kejadian yang menimpa, banyakkan sabar dan perlu bagi tumpuan kepada pelajaran. Sekitar jam7.20 malam kami beransur pulang.

Sebelah malam pula, ku teruskan aktiviti ziarah ini. Lokasi seterusnya adalah Tanta Scan, tempat yang tidak asing lagi di bumi Tanta ini. Rumah pertama ku ziarahi adalah rumah akhi Helmi Che Fauzi, rakan taakhi ku satu ketika dahulu dalam kepimpinan DPMT. Banyak perkara dan ilmu yang boleh kami kongsi disamping pandangan dan cadangan untuk DPMT. Seterusnya, rumah akhi Khairul Mohamad menjadi tempat ziarahku. Ramai sahabat-sahabat yang berkumpul. kebetulan ada perlawanan bola. membolehkan aku berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang bola dan mereka merai ku dengan bermacam juadah termasuk makanan dari Malaysia. Ku dapat rasakan kemanisan berukhwah ini. Semoga ukhwah ini berkekalan dunia akhirat.

Tepat jam 12 malam ku beransur untuk pulang ke kediaman dan dalam perjalanan berjumpa dengan akhi Hakim Mat.

Dari situ,ku sedar dan ku mengenal erti sebuah persaudaraan yang dianjurkan oleh islam bagi menatijahkan satu kekuatan kepada jemaah islam yang kita sayangi.

Pemberitahuan Berikutan Kes Kecurian

Memandangkan kes kecurian yang berlaku terhadap Ust Nik Rosdi Nik Jusoh dan ahli rumahnya yang lain akan di buat laporan polis, saya menjangkakan ada kemungkinan pihak keselamatan Negara Mesir akan melakukan pemeriksaan di rumah beliau.

Saya secara peribadi sebenarnya memandang Kes ini agak serius untuk diambil cakna oleh sahabat-sahabat sekalian. Pemerhatian saya adalah terhadap tiga perkara. Pertama ialah pri pentingnya sahabat-sahabat sekalian meningkatkan security atau keselamatan harta benda masing-masing samada yang ada bersama di tubuh anda atau pun yang berada dalam simpanan anda di rumah masing-masing.

Hari ini, jaminan keselamatan terhadap kita semua agak lemah. Kes-kes seumpama kecurian dan peras ugut yang melibatkan pelajar Malaysia semakin banyak berlaku. Samada terhadap pelajar ikhwah atau pun akhawat.

Kedua ialah keselamatan dari sudut larangan-larangan yang telah dikeluarkan pihak keselamatan Mesir kepada kita semua selaku wafidin di Negara ini. Saya tidak menolak kemungkinan berlaku spot check bukan hanya kepada rumah ust Nik Rosdi sahaja bahkan juga mungkin ke rumah-rumah yang lain. Justeru, bentuk larangan seumpama jangan memiliki kitab-kitab yang berunsur gerakan terutamanya yang melibatkan gerakan Ikhwan Muslimun Mesir, buku-buku yang berunsur politik Negara Mesir, gambar-gambar ahli politik khususnya daripada kalangan pembangkang atau ulama gerakan Ikhwan Muslimun Mesir, lagu-lagu nasyid daripada ikhwan Muslimun atau apa sahaja melambangkanya samada dalam bentuk soft copy atau hard copy perlu di beri perhatian serius.

Selain daripada itu, larangan agar tidak melibatkan diri dengan pengajian-pegajian luar kuliah bersama dengan masyaikh yang dilarang oleh pihak keselamatan Mesir juga perlu diberi perhatian. Suka untuk saya menyebut sekali lagi kepada sahabat-sahabat sekalian bahawa pengajian yang hanya dibuat di empat buah masjid sahaja yang dibenarkan oleh pihak keselamatan Mesir. Iaitu Masjid Sidi Badawi, Masjid Muhafazoh, Masjid Syaikh Sobah dan masjid U’taifah. Jika selain daripada masjid-masjid berikut perlu dimaklumkan kepada saya terlebih dahulu agar dapat dibawa ke pengetahuan pihak amnu daulah. Itulah hakikat qarar yang telah dikeluarkan kepada kita semua yang perlu dipatuhi, walaupun saya sendiri sebenarnya kurang senang dengan qarar tersebut.
"bentuk larangan seumpama jangan memiliki kitab-kitab yang berunsur gerakan terutamanya yang melibatkan gerakan Ikhwan Muslimun Mesir, buku-buku yang berunsur politik Negara Mesir, gambar-gambar ahli politik khususnya daripada kalangan pembangkang atau ulama gerakan Ikhwan Muslimun Mesir, lagu-lagu nasyid daripada ikhwan Muslimin"

Perkara ketiga yang perlu diigatkan ialah masalah perkumpulan yang melibatkan tujuh orang dan ke atas, tempat yang diizinkan hanyalah di markaz Biat Izzah sahaja dan tempat yang selain daripada itu tidak diizinkan sama sekali, melainkan setelah dimaklumkan dan mendapat keizinan daripada saya terlebih dahulu, hal yang demikian adalah kerana ketetapan yang telah dikeluarkan oleh pihak keselamatan Mesir.

Sehubungan dengan itu, saya selaku Pengerusi DPMT pada tahun ini menyeru kepada seluruh ahli agar dapat memberikan kerjasama yang terbaik berhubung dengan perkara ini. Hali ini kerana ianya melibatkan soal survival atau masa depan kita semua selaku penumpang di Negara orang. Menjadi amanah kepada kita semua supaya masing-masing bertanggung jawab dan cermat dalam hal ini. Kita tidak mahu disebabkan oleh perbuatan dan tindakan kita pada hari ini masa depan adik-adik atau generasi selepas kita pada hari esok menjadi mangsa.
Semoga DPMT yang berada di bawah naungan PMRAM yang sama-sama disayangi ini sentiasa dalam pemeliharaan ALLAH S.W.T hendaknya. Dikesempatan ini juga, saya dan seluruh barisan AJKT DPMT pada tahun ini mengucapkan selamat menempuh peperiksaan bittaufiq wannajah.

Mohd Faizol Endut
Pengerusi DPMT
Sesi 2008/2009