Sabtu, Julai 4

TERKINI : ISU PANAS BERLAKU DI Asrama Rumah Melayu Abasiah (ARMA) http://typeace.blogspot.com/

  • ARMA : Pelajar Miskin Dihalau
  • TERKINI : Keputusan Menghalau Pelajar Malam Ini
  • HALAU PELAJAR : PMRAM WAJAR BERTINDAK!
  • APA KATA BUDAK ARMA!!!
  • PMRAM Ada Kuasa Campur Tangan Isu ARMA
  • BUKU SEJARAH RUMAH MELAYU AKAN DITERBITKAN
  • APABILA PENDUDUK ARMA MELETUP!
  • TERKINI : Pengarah JPMK Tarik Semula Kenyataan

SUMBER: http://typeace.blogspot.com/

Sejarah Asrama Rumah Melayu Abasiah (ARMA)

PMRAM pada tahun 1956 telah mengharumkan nama seluruh anak-anak Melayu di Tanah Melayu apabila seramai 65 orang para mahasiswa Al-Azhar ketika itu telah bersedia untuk berkorban nyawa demi mempertahankan negara Mesir daripada serangan tiga penjuru; Perancis, British dan Israel apabila mereka telah menyertai secara sukarela anggota Pertahanan Awam bagi Mesir yang bersedia untuk terjun ke medan perang sekiranya bilangan askar kerajaan Mesir tidak mencukupi. Sebahagian mahasiswa yang tidak berkeupayaan untuk berperang telah menderma darah manakala para mahasiswi pula tidak ketinggalan dalam perjuangan dengan menjahit pakaian tentera yang digunakan dalam peperangan.

Atas keberanian ini, Presiden Mesir ketika itu, Presiden Jamal Abdul Nasir telah menganugerahkan sebidang tanah kepada PMRAM ataupun yang dikenali ketika itu sebagai Persekutuan Melayu Mesir (PMM). Hasil hadiah tanah yang seluas 2,212 meter persegi di Abbasiah dengan sah menjadi milik PMM melalui majlis penyerahan geran pada tahun 1959 yang dihadiri oleh Yang Di Pertua Persekutuan Melayu Mesir ketika itu, Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad (mantan Menteri Besar Terengganu).

PMRAM mengiktiraf bahawa tanah tersebut pada hari ini adalah milik Kerajaan Malaysia hasil daripada penukaran hak milik tanah daripada nama PMRAM ke nama Kerajaan Malaysia pada tahun 1960 sebagai satu proses untuk Kerajaan Malaysia meluluskan kewangan untuk membina asrama di atas tapak tanah tersebut.

Hak PMRAM berdasarkan dokumen “Peraturan-peraturan Asrama Rumah Melayu”

Kedutaan Besar Malaysia Kaherah telah menandatangani Peraturan-Peraturan Asrama Rumah Melayu bagi tahun 1971 dan 1986 yang turut ditandatangani bersama oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dan Yang Di Pertua PMRAM.

Berikut adalah beberapa klausa yang termaktub di dalam Peraturan-Peraturan Asrama Rumah Melayu bagi tahun 1971 dan 1986 yang menunjukkan hak PMRAM memiliki pejabat di ARMA.

“Tapak bangunan ini adalah diperolehi dari hadiah pihak berkuasa Kerajaan Mesir atas daya usaha dan jasa ahli-ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.” (Peraturan tahun 1986, Fasal 1 Pendahuluan Ceraian 1.3)

“Anjung tingkat bawah asrama ini adalah dikhaskan sebagai pejabat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.” (Fasal 1 Pendahuluan Ceraian 1.6)



PMRAM DAN ARMA: PMRAM ADA HAK KE ATAS ARMA


Klik gambar untuk membaca fakta Peraturan Asrama 1981

Siapa berani lawan peraturan dan undang-undang?

Merujuk Peraturan Asrama 1981 dan masih lagi tidak dibatalkan oleh mana-mana pihak, PMRAM mempunyai kuasa campur tangan terhadap isu ARMA.

Dalam Peraturan Asrama 1981, undang-undang tersebut telah menyatakan seperti berikut :

PERATURAN-PERATURAN ASRAMA PENUNTUT MELAYU MALAYSIA, KAHERAH.

Lihat pada Seksyen 1 (1.3)

Tapak bangunan ini diperolehi dari hadiah pihak berkuasa Kerajaan Mesir atas daya usaha dan jasa-jasa ahli-ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.

Lihat pada Seksyen 1 (1.6)

Anjung tingkat bawah asrama ini adalah dikhaskan sebagai Pejabat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.

Lihat pada Seksyen 2 (2.3)

Dasar pentadbiran Asrama ini diputuskan oleh sebuah jawatankuasa terdiri :

Pengarah JPM
Penyelia Asrama
Pengawai Kebajikan (I) JPM
Pegawai Kebajikan (II) JPM
Juruwati Asrama
Tiga (3) orang wakil PMRAM

Lihat pada Seksyen 2 (2.4)

Jawatankuasa ini merupakan badan tertinggi yang membuat dasar dan keputusan serta menjadi penasihat dan menimbangkan sebarang rayuan dari pelajar.

Kita sedang berbincang untuk membawa kes ini ke mahkamah. Sekiranya kes ini dibawa, pihak yang akan didakwa adalah :

1. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
2. Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah

Tambahan :
-Mesyuarat Khas diadakan membincangkan isu ini.

PMRAM DIMATA DUNIA: MENYINGKAP KEMBALI SEJARAH PERSATUAN ISLAM (PMRAM)

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menelusuri aliran sejarah dan menempuh arus kematangan yang kadangkala menoktahkan kepedihan di atas lembaran jasadnya. Namun, PMRAM yang didokongi ummah mahasiswa terus melebarkan sayap menaungi budaya kemahasiswaan dan kebajikan ahlinya.

Menyingkap kembali sejarah PMRAM yang merupakan satu persatuan yang menaungi anak-anak Melayu di bumi anbiya' ini, membuktikan bahawa persatuan yang didokongi bersama oleh mahasiswa Malaysia ini masih tetap utuh biarpun kadangkala ada pihak-pihak tertentu yang cuba untuk menyangkal kesatuan yang ada dan usaha-usaha pihak tertentu untuk menghapuskan PMRAM.

Menyorot kembali sejarah awal pertubuhannya, perubahan demi perubahan dilakukan pada namanya. Pada awal penubuhan (tahun 1930-an) PMRAM menggunakan nama putera-putera Semenanjung (PPS) yang diketuai oleh Tuan Amir Nuruddin dari Perak sebagai Yang Di Pertua. Kemudian pada tahun 1953 PPS telah ditukar secara rasmi dengan nama Persekutuan Melayu Mesir (PMM). Nama PMM ini pula telah ditukar kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Bersatu (PMRAB) pada tahun 1965 dan sekali lagi, nama PMRAB mengalami perubahan. Diganti dengan nama Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

PMRAM di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat Mesir berperanan menaungi seluruh anak-anak negeri jua muhafazoh, tanpa disedari kini PMRAM telah meniti usia kematangan. 70 tahun bukanlah satu usia yang mudah bagi sesebuah persatuan untuk bertapak sebegitu lama. Namun ia memerlukan semangat juang yang tinggi dalam mempertahankan keunggulan dan ke'izzahannya.

Justeru, selaku mahasiswa Al-Azhar yang terpimpim dengan asas keislaman , keimanan dan pengorbanan, marilah kita melahirkan rasa kecintaan kepada PMRAM dengan ini bersama-sama berganding bahu mendokongi aspirasi perjuangan ummah dalam menentukan arah tuju, suara dan tindakan mahasiswa Islam yang berpayungkan aqidah Islamiah yang satu sebagai merealisasikan tuntutan-tuntutan dasar yang dibawa berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah.