Isnin, Januari 5

BERSAMA MEMPERJUANGKAN AGAMA

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan orang - orang yang sungguh - sungguh berjuang untuk menegakkan perintah kami nescaya kami tunjukkan jalan kami

Surah al ankabut . Ayat : 69
Selagi mana kita yakin bahawa pendekatan yang diambil tidak bercanggah dengan syariat berasaskan dalil atau nas yang ada , walau timbul khilaf pandangan dengan pihak lain , kita abaikanlah dulu dengan kita memberi fokus kepada banyak perkara yang perlu kita lakukan untuk memenangkan Islam ini . Biar cara kita tidak serupa asal objektif dan matlamat kita tidak lari dan cara kita tidak bercanggah dengan syariat Allah swt .

Hindarkanlah soal - soal remeh temeh dan khilaf fikri yang mengundang perbalahan tidak bermanafaat antara kita . Kitakan banyak urusan perjuangan yang belum selesai .

Masih ramai ummat Islam yang jahil tentang Islam , masih terlalu ramai non - muslim yang perlu didekati untuk memahamkan mereka mengenai islam sekurang - kurangnya mereka tidak lagi memusuhi Islam , masih banyak risalah Islam yang belum kita sampaikan . masih .... masih ..... masih ...... begitulah kita belum selesai banyak perkara .

Justeru itu kenapa kita mahu habiskan masa dengan perkara yang tidak banyak membantu malah membantutkan perjuangan kita seperti khilaf dan balah antara kita yang tidak membawa makna kepada perjuangan suci ini .

Sahabat sekelian ! setelah kita menyedari payahnya perjuangan ini ....

Janganlah kita leka dan bersahaja mengurus perjuangan ini sebaliknya serius dan bersungguh - sungguhlah . Juga jangan sekali - kali pandang rendah pada keupayaan musuh sebagaimana kita juga jangan sekali - kali tidak mengendahkan hubungan kita dengan Allah swt justeru pertolongan dan kemenangan adalah dari Allah swt .

"

DOAKU PADAMU PALESTIN

Islam dalam matlamat

"Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah SWT. KITA meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. ISLAM tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas"







Firman Allah SWT dalam surah As-Saff ayat 1-4; " "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."

Dari ayat di atas, Allah menurunkan ayat ini bermula dengan sebab yang berlaku di kalangan para sahabat r.a sebelum diwajibkan perintah berjihad. Lalu mereka bercakap dgn penuh semangat, "bilalah lagi kita hendak berjihad. Sekiranya Allah mewajibkan jihad, kami akan melibatkan diri untuk buat apa sahaja."

Apabila Allah swt menurunkan ayat mewajibkan jihad, rupa-rupanya jihad ini bukan sahaja satu kewajipan, tetapi ianya penuh dengan cubaan dalam diri seseorang. Samada jihad di medan perang atau jihad di medan pilihanraya, berdakwah, ianya penuh dengn ujian dan cubaan. Merek yang berperang di Gaza, tidak putus-putus dihujani oleh roket dan peluru.

Sehingga kini sudah hampir 400 orang mati syahid dan 1000 orang yang cedera.Setelah mereka dikepung beberapa bulan, mereka hadapai ujian dengan penuh semangat. Ada orang yang tahan dengan ujian kelaparan, kesusahan dan kesakitan. Makin sakit, makin lapar, makin ditentang oleh musuh, maka makin meninggi semangatnya.

Ada yang tidak tahan dengan ujian-ujian ini, lalu mereka berundur. Kadang-kadang, pejuang Islam ini diuji dengan cara menyedapkan, mengembirakan dan ujian perasaan yang ada di dalam hati. Kadangkala ada yang tidak tahan menghadapi ujian di dalam hati ini. Oleh itu, janganlah bercakap besar. Ini kerana akan tersungkur di tengah jalan.

Perjuangan Islam, merupakan satu perjuangan yang tidak nampak akan upah atau balasannya. Upah dan balasan ini adalah perkara ghaib. Ia janji dari Allah swt. Firman Allah swt, " Kalaulah sekiranya perjalanan perjuangan Islam itu merupakan benda yang dekat, yang boleh dicapai atau diambil dgn mudah, dan perjalanan yang dekat yang diketahui beberapa hari akan menang, nescaya ramailah yg ikutmu wahai Muhammad." Tetapi perjuangn ini jauh dan banyak kesulitan-kesulitan dan kepayahan-kepayahan.

Yang paling sulit ialah tekanan dalam jiwa dan hati yang sering kali di was-waskan oleh syaitan yang ghaib di kalangan jin dan sebagainya yang mengalir dalam darah kita. Dan juga was-was ini datangnya dari syaitan-syaitan di kalangan manusia itu sendiri.

PALESTIN:KAMI BERSAMAMU