Jumaat, Jun 25

ISU JUDI: TERUK... ORANG ISLAM SENDIRI PENGHIANAT.. PE CERITA??


Isu judi x abis-abis lagi.. Semakin teruk dan semakin bercelaru dibuatnya. Cmnalah masyarakat Malaysia sekarang ek??/ Yang sokong tu bukan JKK Kampung, tp PM satu masa dulu..

Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa : " Jika saya jadi kerajaan , saya luluskanlah [ judi ]..."

Teruk-teruk. Semoga ALLAH thabatkan hati-hati sahabat-sahabat kita di tanah air memperjuangan isu hukum ALLAH taala ini. Tidak kira dia siapa, klu lawan hukum ALLAH, kita tetap pertahankan.

Tadi baru baca dalam blog(http://episodeperjuangan.blogspot.com/) ustaz Din Tantawi, teruk tun dulu, masa dia PM... antara isinya:

Memang telah diketahui umum bahawa Malaysia telah terkenal sebagai Darul Kasino di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Be
rmula dari sekecil - kecil judi seperti berlaga ayam sehinggalah judi di puncak bukit dan judi diatas kapal wujud dalam negara kita .

Sehingga saat ni pun masih bersuara walaupun dh xde kuasa dalam kerajaan, walaupun dah agak tua, tapi masih lagi nak lawan perintah ALLAH taala. xtau la dia ni....Teringat doa seorang pimpinan PAS, semoga dipanjangkan umur Tun Dr. Mahathir untuk melihat sendiri kejatuhan dan kehancuran UMNO kerana tangan mereka sendiri.Sama-samalah kita doakan semoga tun dapat hidayah...

Judi dah jelas hukumnya.. pe lagi masalahnya nak mengharamkan judi kepada orang ISLAM... saya x faham.. katanya masyarakat Malaysia majmuk... pe ulamak kerajaan tidak baca sirah nabi ke??/ nabi dan sahabat-sahabat semasa memerintah jadi kerajaan dulu ok ja. dapat ja mengawal kegiatan ni.. ke diaorang ulamak UMNO ni ikut kepala sendiri.Ingat jangan sampai: UMNO hidup kerana wang judi dan judi hidup kerana UMNO.Al-Quran dah jelas.. hadis pun ada menjelaskan keburukan berjudi banyak mudharat dari kebaikan. Kenapa cari jalan juga nak menghalalkan judi?????????

Agama-agama lain pun menetang keras bab judi ni.. Haram juga disisi mereka.. Tapi yang peliknya kerajaan Malaysia yang ketua no-1 negaranya orang melayu islam tapi berusaha nak luluskan judi.. pelik-pelik... di mana ulamak kerajaan?? perbetulkan lah.. ulamak UMNO, sedar la pe tanggungjawab kamu.. kami rakyat Malaysia akan menuntut nanti di hadapan ALLAH taala apa kerja yang kamu buat ULAMAK dalam UMNO( kerajaan). AWAS JANGAN SAMPAI:

Menyuburkan industri judi ertinya mempertingkatkan usaha untuk membunuh jati diri rakyat dan daya berdikari generasi masa depan negara .

Harapan.. ku doakan semoga rakyat Malaysia tidak mudah termakan dan terikut dengan budaya ini.. menyokong orang yang melawan hukum ALLAH taala. Sama kita bangkit dalam mengatakan kita berpegang teguh dengan QURAN DAN SUNNAH. Acuan ni terbaik untuk kami menjalankan kehidupan. Yang lain semua karut-marut. Semoga ALLAH memelihara kita dari bala.