Rabu, Julai 16

5 AMALAN RASULULLAH S.A.W PATUT DICONTOHI

5 AMALAN RASULULLAH S.A.W PATUT DICONTOHI

Selalu bangun sebelum subuh

Rasulullah S.A.W selalu mengajak umatNya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunat fardhu dan solat subuh berjemaah.Hal ini memberi hikmah yang mendalam.Antaranya :

· Mendapat limpah pahala daripada Allah S.W.T.

· Memperoleh udara subuh yang segar di mana ia baik untuk kesihatan.

· Memperkuatkan fikiran dan menyihatkan perasaan.

Aktif menjaga kebersihan

Rasulullah S.A.W sentiasa rapid an bersih pada setiap hari khamis atau Jumaat. Pada hari tersebut, baginda akan mencuci rambut-rambut halus dipipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.”Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula mengosok gigi dan memakai harum-haruman.”

( HR Muslim )

Tidak pernah banyak makan

Sabda Rasulullah S.A.W : “ Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan, tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan )”

( Muttafaq Alaih ). Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga perkara iaitu :

· Sepertiga untuk udara.

· Sepertiga untuk air.

· Sepertiga lainnya untuk makanan.

Gemar berjalan kaki

Rasulullah S.A.W selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung dan penyakit-penyakit lain.

Tidak pernah iri hati

Untuk menjaga hati dan kesihatan jiwa ,Rasulullah sentiasa menjauhi perasaan iri hati. Ia adalah satu tindakan yang sangat tepat kerana perasaan iri hati yang tidak terkawal boleh menyebabkan salah faham dan pergaduhan.

Tiada ulasan: