Rabu, Mei 6

Mengadiri majlis doa selamat dan solat hajat sempena peperiksaan

(GAMBAR: Akhi Dzulhilmi(timb.pengerusi DPMT) turut hadir)
3 mei, semalam, aku dijemput untuk menghadiri majlis doa selamat dan solat hajat di Siberbay, rumah akhi Farid. Selepas solat magrib acara dimulakan dengan ucapan dari tuan punya rumah, ustaz Farid dengan melahirkan terima kasih atas kehadiran sahabat-sahabat. Beliau turut mengatakan tujuan diadakan majlis ini. Antaranaya adalah untuk memohon kita semua warga Tanta dalam peliharaan ALLAH taala, jauh dari musibah yang tidak diingini berlaku, solat hajat semoga dipermudahkan urusan dalam peperiksaan dengan mendapat kejayaan dan semoga ALLAH taala menjaga kesatuan kita di bawah persatuan yang kita sayangi dan sama-sama kita dokongi DPMT dan PMRAM.

AKU diamanahkan oleh tuan rumah untuk mengepalai majlis itu. Dengan berbekal sedikit ilmu dan pengalaman yang ALLAH taala kurniakan, ku gagahkan diri menyahut seruan itu. Dimulakan dengan solat hajat, tahlil ringkas serta bacaan yasin dan doa selamat pada akhirnya. Majlis tamat tepat sejurus sahaja masuk waktu isyak.

“Semoga ALLAH taala menjaga kesatuan kita di bawah persatuan yang kita sayangi dan sama-sama kita dokongi DPMT dan PMRAM”


Dengan kehadiran sahabat-sahabat yang begitu ramai, menunjukkan kita bersatu dan ada sifat kebersamaan dalam membuat sesuatu kerja. Ramai yang membantu dan tidak ketinggalan ramai sahabat-sahabat yang memberi sokongan dan dokongan. Semoga ALLAH taala mengikat hati-hati ini atas satu wadah perjuangan ISLAM. Amin..

Tiada ulasan: