Isnin, Ogos 24

RAMADHAN BULAN JIHAD

Menjelang bulan ramadhan kali ini, ana meletakkan nama khusus padanya iaitu bulan jihad buat diri ini terutama dan buat teman-teman seluruhnya. Ini kerana kita perlu bermuhajadah dan bersusah payah dengan bersungguh-sungguh pada kali ini, tidak ada lagi istilah main-main dalam untuk meraih pangkat dan darjat TAQWA satu pengiktirafan daripada ALLAH taala kepada hambanya yang benar-benar berpuasa dengan jalan terbaik.

Tidak ada lagi masa untuk kita bermain-main dan sekarang bukan lagi masa dan ketika untuk kita terlena dibuai mimpi yang indah. Mungkin peluang ramadhan terakhir buat kita dan kita mesti bertekad yang ramadhan ini adalah ramadhan terbaik selama kita hidup di atas muka bumi ini.

Berjihad dengan erti kata memperkasakan lagi pengabdian kita kepada ALLAH taala perlu terus menerus bermula daripada sekarang ini, permulaan ramadhan dengan membuat semaksima mungkin amalan yang berbentuk ibadah kepada RABBUL IZZATI.

Bertepatan dengan janji rasulullah s.a.w dalam hadisnya yang bermaksud:
Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

Lagi sabda Baginda s.a.w:

"Tidurnya orang yang berpuasa itu dianggap ibadah, dan diamnya merupakan tasbih, dan amalnya (diganjari) berlipat ganda, dan do’anya mustajab, sedang dosanya diampuni”
[Riwayat : Baihaqy di kitabnya Su'abul Iman, dari jalan Abdullah bin Abi Aufa]

Ana mengajak diri ana dan teman-teman semua agar kita sama-sama berjihad pada bulan ini berjuang habis-habisan menentang toghut yang merosakkan diri kita dan berjihad menentang musuh-musuh ALLAH taala yang benci dan iri hati dengan perkembangan ISLAM masa ini. Kita jadikan bulan ramadhan ini bulan tarbiyyah untuk menjadi bekalan kita berhadapan dengan 11 bulan yang bakal mendatang.

Marilah kita berjihad sebagaimana jihadnya nabi s.a.w dan sahabat-sahabat di dalam peperangan badar kubra yang berlaku pada bulan ramadhan. Meraka telah berjaya dan mendapat kemenangan.

semoga kita diberi kekuatan oleh ALLAH taala dalam kita beramal untuk Islam.
SALAM PERJUANGAN DAN SELAMAT BERJIHAD BUAT TEMAN-TEMAN.

Doakan kemenangan berpihak kepada ISLAM esok di Permatang Pasir.
ALLAH MAHA BESAR.

Tiada ulasan: