Rabu, September 9

Sekembaliku Ke Tanah Air

Hari pertama menjejaki kaki di bumi malaysia tidak bermakna kepulangan saya semata-mata bercuti semesta pengajian al-azhar, bahkan saya meletakkan satu target yang perlu diketengahkan untuk berkongsi dengan teman-teman. mungkin di sana ada pandangan dan cadangan daripada sahabat sekalian untuk kebaikan bersama.

Sekembalinya saya, saya tidak terus ke rumah ibunda tercinta akan tetapi meminta keizinan daripada ibunda untuk menjengok dan menziarahi sahabat-sahabat kawasan k.lumpur dan sekitarnya. sahabat-sahabat seperjuangan dulu semasa di kusza dan di SMK (A) Sheikh Abdul Malek(sek tercinta) dengan harapan ukhwah yang dahulunya kita banyak berbicara tetapi sekarang ini adalah praktikal untuk kami semua.

Ketibaan disambut oleh sahabat seperjuangan di KLIA tepat jam 11 malam daripada USIM saudara Hanis Damanhuri bersama seorang temannya(laki-laki) dan tidak ketinggalan juga wakil mama tersayang yang juga datang menjemput( poksu Manaf) n teman dia. Mama dan ahli keluarga yang lain memang-memang tertanya-tanya bila sampai untuk menyambut kepulangan tapi saya tidak manjakan diri dan tidak mahu sekali-kali susahkan ummi dan keluarga dari Terengganu mari ke sini. Walaupun kerinduan ini hanya hilang pada ibunda tempat luahan akan tetapi saya akan usaha balik dan akan mencium tangan ibunda tercinta di Terengganu.

Seronok saya tidak terhingga bilamana berjumpa dengan Hanis rakan seperjuangan yang sudah 3 tahun lamanya tidak bersua akan tetapi apabila tangan bertemu tangan dan saling berpelukan mengingatkan saya tentang kehebatan dan kemanisan semangat persaudaraan (berukhwah) semata-mata kerana ISLAM. Allah maha besar..Semoga ukhwah ini akan terus terjalin sehingga ke syurga nanti. Besar pengorbanan sahabat- sahabat dalam nak menjayakan misi dan visi dakwah ini yang bermula dengan sifat ukhwah sesama kita ummah Islam.

Hari ini saya teruskan misi untuk menjalinkan hubungan dengan sahabat seperjuangan IPT-IPT di tanah air. Kehadiran saya disambut baik oleh teman-teman dari IPT pertama dari USIM. Perjumpaan pertama membuahkan hasil yang baik apabila konsep taaruf (BERKENALAN) sesama kami dilangsaikan dan perlu ada lagi kesinambunagan selepas ini. Dan peringkat tafahum(SALING MEMAHAMI) akan menyusur dan akhirnya menatijahkan takafur(TOLONG-MENOLONG) di kalangan kami iALLAH pada suatu masa nanti semata-mata untuk kepentingan ISlam dan ummah. Matlamat pertama saya alhamdulillah dipermudahkan.

Seterusnya misi kepulangan pencutian saya kali ini, merapatkan lagi ukhwah islamiyyah antara keluarga yang berlatarbelakangkan pelbagai fikrah dan budaya. Sememangnya dah rapat sebelum ini, tinggal lagi atas dasar nak rapat kerana ISLAM bukan kerana anak-beranak atau adik-beradik. Konsep ni saya usaha terapkan. Sesungguhnya persaudaraan islam itu berputik dan lahir dari hati sanubari seseorang kerana semata-mata bermatlamatkan ALLAH bukan di sana ada berkepentingan diri.

Lagi, bersama masyarakat. iALLAH saya akan usaha memaksimakan masa dan tenaga saya untuk bersama masyarakat kampung saya. Mungkin di sana banyak perkara yang boleh di kongsi untuk kepentingan semua ke arah menuju redha ALLAH dan untuk Islam semata-mata. Saya akan usaha memerah keringat bersama pemuda-pemuda Islam di kampung saya tercinta untuk membina suasana biah yang baik lagi solehah.Besar matlamat saya kan.. kot2 klu teman-teman ada cdgn bgtau saya k..

Seterusnya, peranan seorang anak. Saya berperancangan nak jadikan hampir 3 bulan keberadaan di malaysia untuk melancarkan kempen anak soleh dan solehah bermula dengan diri saya sendiri terhadap ibunda tercinta. Saya nak jadi anak yang terbaik daripada adik beradik yang lain bukan kerana kepentingan peribadi akan tetapi nak tunai hak seorang anak seperti saya nak cuba membawa ibu saya bersama-sama dengan saya ke kuliah-kuliah dan tempat-tempat pengajian termasuk pengajian tuan guru presiden PAS, di Rusila setiap hari Jumaat. iALLAH suatu masa turun bersama-sama muslimat membantu islam.

Saya amat bangga dengan ibu saya. seorang yang tabah, sabar dalam mendidik kami 16 orang adik beradik walaupun sudah menjangkau 8tahun pemergian ayahanda tersayang, tetapi ibu tetap istiqomah berterusan mendidik memberi kasih sayang kepada anak-anak termasuk saya. Saya sedaya-upaya akan memperjuangkan nasib ibu-ibu. hehehe.... tapi tidak seperti golongan SIS la, nak samakan hak wanita dan laki-laki dalam semua hal keadaan. tu bidaah namanya..

Ok. Saya rasa setakat itu dulu perkongsian hari ini. Doakan saya tabah dan kuat iman dengan ujian dan cabaran yang akan datang.Saya mengharapkan nusrah pertolongan daripada ALLAH taala dalam menjayakn misi dakwah ini.

Sekian... berkhidmat untuk agama

MOHD FAIZOL ENDUT
MAHASISWA AL-AZHAR
USULUDIN

1 ulasan:

Fahmi Radzi berkata...

salam abg, ni fahmi

smoga balik ni manfaatkan utk perjuangan