Jumaat, Mac 26

Menjadi Rebutan: Perlindungan Daripada Allah

7 golongan yang mendapat perlindungan daripada Allah pada hari yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungan Allah SWT iaitu

1.imam yang adil,

2.pemuda yang mengabdikan diri untuk beribadah kerana Allah,

3.lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid,

4.dua orang lelaki yang bersahabat, mereka bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah,

5.lelaki yang digoda oleh seorang wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan kemudian menolaknya lalu berkata: ‘Sesungguhnya aku takutkan Allah’,

6.lelaki yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang tangan kanannya sedekahkan dan

7.lelaki yang menitiskan air mata, beribadah menyebut nama Allah ketika bersendirian.” (Riwayat Muslim).


“Kebaikan itu menyinari wajah (nur), memberi cahaya dalam hati,membuka seluas rezeki, memberi kekuatan tubuh, menambah cinta di hati. Sedangkan keburukan dan dosa itu, memberi kelam di wajah, kegelapan di dalam kubur dan di dalam hati,melemahkan tubuh, menyempitkan rezeki dan memunculkan kebencian di hati.” -Ibnu Abbas RA-

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
(Al-Baqarah : 155-156)



Tiada ulasan: