Khamis, Jun 24

Cebisan Hati seorang pejuang: BALIK BERCUTI BUAT PE???


BERSAMA PEMUDA-PEMUDA CAWANGAN ZIARAH DR AZHAN SEMPENA HARI RAYA

Salam perjuangan buat kalian rakan-rakan seangkatan sekalian...

Rata-rata dikalangan pelajar Azhar khasnya sudahpun berakhir imtihan, tunggu hanya syafawi mungkin pada awal bulan 7. Apapun doa dan munajat perlu kita pergiatkan dan terus istiqomah ibadah kita kepada Sang Pencipta. Ibadah kita tidak bermusim, bahkan ia adalah setiap detik dan ketika dituntut berada dalam keadaan beribadah kepada ALLAH taala.

Kali ini , saya nak berkongsi dengan rakan-rakan sekalian.. khasnya kepada rakan-rakan Mesir yang nak balik bercuti ataupun balik tamat pengajian. Bukannya apa, mungkin sedikit pengalaman saya balik bercuti tahun lepas membuatkan saya sedar dan insaf akan tugas dan taggungjawab kita kepada masyarakat Malaysia.

Teruk atau tidak keadaan di Malaysia, rasanya tidak perlu saya perjelaskan, semua dah makruf dan mengetahui akan sengsaranya masyarakat Malaysia dahagakan ilmu agama untuk meneruskan kehidupan. Persoalan.. Siapakah yang akan memainkan peranan untuk perjelaskan tentang islam ??? Siapakah yang akan menjadi pengajar kepada mereka..??
tak lain tak bukan, kita adalah sebahagian daripada itu.ANTARA SAHABAT MESIR YANG DATANG KENDURI KAWIN

Untuk pengetahuan rakan-rakan taulan...

Di malaysia kini, orang yang bercakap dan boleh berbicara dan juga menjadi pengajar kitab-kitab di masjid ramai, akan tetapi orang yang secara langsung melibatkan diri total 100% kepada
masyarakat sangat kurang.. mungkin sesetengah tempat tidak ada langsung anak muda balik dari Mesir duduk bersama orang kampung. Ketahuilah hai rakan- rakanku.. Sekarang ni masyarakat perlukan bimbingan kita. Kita perlu dekati mereka. Sentuhan kita sangat berharga buat mereka. Apatah lagi apabila tingkah-laku kita dijadikan contoh tauladan buat mereka.. sahabat-sahabatku.. IKUTI MESYUARAT DAN USRAH PEMUDA CAWANGAN

Persiapkan dirimu.. sebelum balik ni, saya sarankan dan galakkn sungguh-sungguh supaya bersedia dengan ilmu dan pandai bermuamalat. Boleh bergaul dengan semua lapisan . Jangan sombong dan angkuh dengan kelebihan kita belajar Mesir. Masyarakat ada hak pada batang tubuh kita. Satu hari nanti masyarakat akan tuntut dengan kita. Mungkin di dunia takpun di hadapan ALLAH taala.

Buat perancagan sebelum balik. Plan yang terbaik. Lekatkan dalam minda kalian, kita ada banyak tugas dan tanggungjawab bila balik. Secara umumnya kita adalah:

seorang anak kepada ibu-bapa
- jadikan kita adalah anak terbaik (ANAK SOLEH/AH) buat mereka dunia akhirat

seorang abang atau kakak dalam kelurga- pastikan kita berakhlak tinggi dan berbudi pekerti mulia

seorang rakan- selalu berdamping menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.

seorang ahli kampung- perlu berkhidmat untuk seluruh penduduk dengan bergaul di masjid, di padang dan di mana sahaja dengan perwatakan islam.

seorang ahli ilmu- balik kampung terlibat dengan program-program kemasyarakatan. buat dan rangka kelas pengajian untuk anak-anak kampung.

seorang hamba ALLAH- jangan sesekali culas dan malas dalam beribadah. subuh kita, ke masjid kita, mengaji quran kita, dalm semua hal ikklas kerananya.
BEREHAT SAT...SAMBIL MENJAMU SELERA BERSAMA RAKAN-RAKAN

Banyak lagi tugas dan tanggungjawab kita yang lain.Tu hanya sebahagian. Tidak dilupakan juga ada dikalangan kita yang balik nak berkahwin,( macam saya, alhamdulillah) kerja nak cari duit, nak balik beraya bersama kelurga dan ada juga balik tiap tahun dan ada yang tiap-tiap fasa balik bercuti , pepun biar kita bawa balik juga buah tangan buat seluruh masyarakat iaitu khidmat kita buat mereka. mereka boleh menumpang ilmu kita... tu terbaik

Teringat saya pada pesanan pakcik Hasan.. Dalam risalah beliau mengatakan antara sifat yang perlu ada pada kita adalah menjadikan diri kita bermanafaat kepada orang lain. Ayuh kita sahut seruan ini dengan langkah seribu.GOTONG-ROYONG BERSIH KUBUR

Akhirnya, suka saya berkongsi pengalaman saya bilamana balik bercuti tahun lepas dengan potret yang tidak seberapa, semoga menjadi penaik semangat buat saya dan juga kalian semua.
Buat tatapan semua, marilah kita hayati firman ALLAH taala:

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلاَ نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي

الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ(122 )

Maksud Nya: “Dan Tidaklah (betul dan elok) orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang : oleh itu hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaum mereka (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).”

Surah At Taubah Ayat : 122

Selamat bercuti dan selamat berkhidmat untuk islam buat rakan-rakan yang balik bercuti. Semoga kalian menjadi permata kepada masyarakat.

BERSAMA SAHABAT SEKOLAH MENENGAH DULU, JALIN UKHWAH



BERSAMA PEMUDA MEMBINA SEKOLAH PASTI



MENGHIDUPKAN MALAM RAYA DENGAN BERTAKBIR DAN BBQ ANJURAN PEMUDA RAKAN MASJID


BERSEDIA UNTUK BALIK SEMULA KE MESIR BERSAMA ISTERI TERCINTA


Tiada ulasan: