Rabu, April 8

Oleh : Ustaz Mohd Faizol Bin Endut
Pengerusi DPMT sesi 2008/2009



Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Salam imtihan buat ahli DPMT,

Saudara-saudaraku seagama, Alhamdulillah marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT di atas limpahan nikmat yang tidak terkira kepada kita. Kita sebagai hamba sewajibnya melahirkan rasa berterima kasih kepada Ilahi yang menunjukkan kita merendah diri di hadapan Allah SWT Rabbul Jalil.

Saudara ikhwah sekalian,

Sempena dengan imtihan pada kali ini, ianya membawa beberapa pengertian yang penuh bermakna kepada kita khususnya yang berjaya membuat persediaan yang cukup rapi. Allah SWT akan mentarbiah hambaNya diambang imtiham sebegini dengan pelbagai ibtila’ dan cabaran untuk menghasilkan golongan yang betul-betul ikhlas dalam menuntut ilmuNya.





Saudara-saudaraku, kita semua akan berhadapan dengan imtihan ini tidak lama lagi dan dengan izinNya kita bakal mencapai kecemerlangan atau sebaliknya. Disana perlu kepada persediaan semaksima mungkin daripada kita sebelum berhadapan dengan medan imtihan yang sebenar. Kekuatan dalaman disamping usaha kita perlu diberi perhatian bagi memastikan diri kita betul- betul bergantung harap sepenuhnya kepada Allah Taala semata-mata.

Perlu diketengahkan pada diri kita tip-tip atau cara-cara yang terbaik dalam mentadbir dan menguruskan masa dalam mengulangkaji pelajaran. InsyaAllah. kita semua akan berjaya dalam kehidupan di dunia dan merupakan analogi akhirat. Kenapa saya cakap begitu. mudah cerita, diambang imtihan kita bersungguh-sungguh mentadabbur kitab-kitab ilmu Islam. Kita jaga anggota dari membuat maksiat kepada Allah SWT. Pada setiap solat dan pada malamnya kita munajat memohon kejayaan daripada Allah Taala. Suasana latihan ini menggambarkan kepada kita ujian Allah SWT kepada umat Islam setakat mana patuhnya kita kepada perintah dan laranganNya. Begitulah kehidupan dunia.

“Sediakanlah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah taqwa. Bertaqwalah kepada Aku (Allah) wahai orang yang berakal” (al-Baqarah : ayat 197)

Saudara alim ulamak yang budiman, sempena dengan imtihan yang bakal menjelang, di sini tergerak di hati saya untuk menulis adab-adab sebelum menghadapi imtihan. Di saat inilah kita boleh mencontohi dan mengikuti cara orang-orang muttaqin. Antara adab-adabnya ialah:-
1.Niat keikhlasan menuntut ilmu kerana Allah
2.Kewajipan ke kuliah untuk mendapat restu tuan guru
3.Berusaha membaca, membuat nota dan menghafal
4.Menjauhi maksiat kepada Allah taala
5.Menjaga hubungan sesama manusia
6.Memohon doa daripada kedua ibu-bapa
6.Hubungan dengan Pencipta dengan bertawakkal kepadaNya

Saudara budiman semua, mudah-mudahan dengan kalam taujihat yang ringkas ini boleh mengingatkan diri saya dan semua sahabat-sahabat dalam fatrah imtihan pada fasa ini.

Di kesempatan ini saya dan barisan pimpinan AJKT DPMT sesi 08/09 ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kekasaran bahasa yang mengguris mana-mana pihak. Kami doakan semoga kalian semua cemerlang dalam imtihan tahun ini. Sama-samalah kita berdoa dengan seikhlas hati. Selamat menghadapi imtihan daripada saya.

Salam imtihan, bittaufiq wannajah.

Tiada ulasan: