Sabtu, Ogos 7

Sekolah HAMIL @ Sekolah Murid Mengandung: Begitu Teruk Pemikiran Pemimpin UMNO/BN

Apabila menggunakan akal semata-mata dalam berpandangan dan membuat keputusan, inilah kesannya buat kita semua. Sehinggakan kes-kes maksiat berlaku pun ada lagi individu nak pertahankan dan nak lihat perkara tidak sihat ini akan terus berlaku.

Hebat cara dan tindakannya..
Nak tubuhkan sekolah bagi mereka-mereka yang hamil. Sediakan guru dan peruntukan buat mereka. Sekali fikir mcm dan baik cadangan tu, akan tetapi apabila lihat lebih jauh ianya akan mendatang masalah yang lebih besar lagi khasnya dalam masalah mendapat anak sebelum berkahwin, anak tidak berbapak, bapak ke manakah ia, anak siapakah ini dan sebagainya timbul tanda tanya.

Tindakan Ketua Menteri Melaka Dato’ Seri Mohd. Ali Rustam yang tetap akan menubuhkan Sekolah Murid Mengandung sebagai tindakan yang ‘kurang cerdik’ dalam usaha membenteras gejala sosial yang semakin menjadi barah di dalam Negara
Malayisa kita.Ini isunya..Cmnalah kehidupan anak-anak kita 10 atau 20 tahun akan datang???

Cadangan Kerajaan Melaka itu harus dilihat dari skop yang luas supaya ia tidak memberi satu pengiktirafan yang memungkinkan berleluasanya kegiatan mungkar ini setelah ruang disediakan bagi mereka melahirkan anak luar nikah.


Kenyataan ini menunjukkan betapa sangat seriusnya isu pelajar perempuan mengandung disebabkan perzinaan dan pengguguran bayi berlaku secara berleluasa di negara.


Kenapa mereka tidak merujuk ISLAM dalam menyelesaikan masalah sosial yang teruk ini? Di manakah alim ulamak dalam kerajaan?? Bersuaralah kalian dalam isu dan masalah ini. Ini masalah ummah. Masalah nak menjaga kesucian Islam daripada dinodai oleh tangan-tangan mereka yang berfikiran sekular. Di mana 40 ulamak UMNO??
Perlu diingatkan bahawa undang-undang Islam dan feqah Islam mampu bagi menangani isu-isu sebegini.


Ini kerja UMNO.Tindakan membenteras gejala ini harus bermula dari bawah. Tetapi kerajaan tidak serius dalam membenteras gejala ini. PLKN contohnya semakin menggalakkan pergaulan bebas dalam ruang lingkup yang semakin luas yang mana kalau dulunya kenalan hanya di sekitar kawasan rumah, dengan menyertai PLKN mereka akan berkenalan dengan mereka yang duduk di luar kawasan atau negeri tempat tinggal mereka. Tambahan pula PLKN tidak menitik beratkan pendidikan agama. Jika dilihat kepada modul latihan pun tiada batas-batas antara lelaki dan perempuan
. Teruk... Hancur masa dapan muda-mudi sekarang. Kalau ikutkan mereka, nak hancurkan masa depan generasi anak muda ini dari sebelum lahir lagi.

Adalah amat malang bagi umat Islam apabila berhadapan dengan isu pembuangan bayi dan mengandung kerana perzinaan tidak ditangani sewajarnya berdasarkan sebab-sebab asal berlakunya masalah ini; seperti pergaulan bebas, hiburan liar dan wujudnya pusat-pusat maksiat di segenap pelusuk negara.

Akhirnya marilah kita menginsafi dan menyatakan pendirian kita secara jujurnya ISLAM adalah cara penyelesaiannya. ISLAM menjaga dan menghalang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Penutupan aurat juga amat dititik beratkan. Islam telah mengariskan panduan dari awal iaitu pencegahan lebih baik daripada mengubati.

Kita mesti bangkit mengesa kerajaan agar kembali kepada Islam yang sebenar dalam mencari jalan penyelesaian bukan sekadar hanya dilihat memberikan keuntungan pada sebelah pihak sahaja memandangkan pembinaan sekolah ini pastinya menjanjikan projek kepada kroni UMNO/BN tetapi hasilnya masalah sosial tetap ditahap yang sama malah menjadi semakin kronik.

Tiada ulasan: