Rabu, Disember 31
DERITA GAZA APA UPAYA KITA ?
Pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia
Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.
Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini.
Penganalisis Israel: Hamas akan bertindak lebih agresif.
Rabu ,31/12/2008 -Para penganalisis Israel menegaskan bahawa perang yang dilakukan oleh militan Israel ke Gaza memasuki fasa sukar. Mereka menegaskan bahawa pukulan keras pertama dan mengejutkan oleh Israel sudah selesai. Kejayaan militan yang mengundang rasa kagum sudah mulai menurun dan musuh (pejuang Palestin) mulai bangkit dan berkobar, merujuk serangan roket Al-Qassam semalam.
Penganalisis politik Israel di akhbar Haaretz Israel, Alov Ben menyebutkan bahawa konflik antara elit Israel berkenaan sama ada perang akan dilanjutkan atau dihentikan sudah mulai kedengaran. Beliau menyatakan, Israel sebelumnya ingin melanjutkan perangnya sehingga menguburkan Hamas. Namun bekalan yang sudah disiapkan sebelum perang sudah mulai kehabisan.
Alov menunjukkan beberapa laporan media membuktikan bahawa perbezaan elit Israel itu seharusnya menjadi isyarat pentingnya mengambil pelajaran dari perang Lebanon tahun 2006. Beliau menyatakan bahawa ada kaitan yang rapat antara perang Israel kali ini dengan pilihanraya umum Israel tahun hadapan.
qunut nazilah
اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله
اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم
إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم
Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,Ya Allah,Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,Goncangkan pendirian mereka,Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka.Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,Dan menangkan kami ke atas mereka.
Wasiat Dr. Sayyid Nuh Berkenaan Isu Palestin
“Al-Aqsa adalah amanah di atas leher umat ini bermula sejak peristiwa Rasulullah s.a.w. isra’ dan mikraj. Ia adalah amanah yang kita tanggung dan kita masih menanggungnya. Sebarang kecuaian di dalam amanah ini akan membuka pintu kejahatan yang tiada batasnya di dunia. Ada pun di akhirat kita akan ditanya oleh Tuhan, Empunya segala kemuliaan tentang ilmu yang kita ketahui dan kewajipan kita terhadap al-Aqsa.
“Demi Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka semuanya (pada hari kiamat kelak) terhadap apa yang mereka ketahui.” (Al-Hijr: 92).
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tidak akan berganjak kedua-dua kaki seorang hamba di hari kiamat sehingga ditanya tentang empat perkara; Tentang umurnya ke mana dihabiskan? Tentang masa mudanya ke mana dihabiskan? Tentang hartanya dari mana hasilnya dan ke mana dibelanjakan? Tentang ilmunya apa yang diamalkan dari ilmu itu.” (Riwayat Tobroni)
Saya berharap agar kamu meletakkan perhitungan terhadap apa yang akan saya katakan. Saya tahu kamu mengetahuinya tetapi saya hanya ingin mengingatkan sahaja.
Saya mengingatkan kamu semua tentang kewajipan menerangkan kepada manusia nilai al-Aqsa, kedudukannya di dalam jiwa umat dan kewajipan umat terhadapnya. Jangan jemu jika kamu terpaksa memberikan ceramah sekali atau dua kali atau tiga kali, khutbah sekali atau dua kali atau tiga kali dan kelas pengajian sekali atau dua kali atau tiga kali. Apa yang penting adalah kamu mesti bersungguh-sungguh menerangkan isu ini sehingga manusia mengetahui nilai al-Aqsa.
Kamu mesti menerangkan kepada manusia bahaya yang menunggu jika kita kehilangan al-Aqsa dan Palestin. Pintu kejahatan akan terbuka. Negara, harta, jiwa dan maruah umat Islam akan dicabuli di hadapan musuh perampas yang tidak akan merahmati sesiapa pun. Umat Islam mesti memahami bahaya tersebut. Selagi mana mereka tidak memahaminya, mereka tidak akan bergerak dan tidak akan bangun menunaikan tanggungjawab mereka.
Perlu disedarkan para pemerintah. Mereka adalah orang-orang yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap diri mereka dan diri anak-anak umat ini dan terhadap bumi yang suci. Tanggungjawab mereka berat di hari kiamat nanti. Mereka perlu bersegera menunaikan tanggungjawab ini. Kita perlu mengingatkan mereka bahawa walau pun mereka berlembut dan berdiplomasi dengan musuh dan mengorbankan agama ini, akhirnya mereka akan dipijak juga oleh kaki musuh. Itu yang akan berlaku selagi mana mereka tidak kembali kepada agama Allah dan tidak berusaha untuk memelihara bumi yang suci ini.
Saudara-saudara kita mesti berkata kepada umat Islam: “Tunjukkan kemarahan anda sekarang.” Jika kemarahan ini tidak ditunjukkan sekarang, bila ianya akan ditunjukkan? Demonstrasi adalah hak yang dibenarkan bagi semua bangsa di dunia. Umat Islam mesti menunjukkan kemarahan mereka. Bukan sekadar emosi yang akan mati selepas sehari dua, tetapi kemarahan yang didasari oleh hujah dan bukti. Kita akan terus teguh begini sehinggalah para pimpinan sedar dan akan bangkitlah orang-orang yang tidur, pemalas dan manusia yang lalai dari kalangan umat ini memainkan peranan mereka. Demi Allah jika kita berterusan menunjukkan pendirian kita dan berdiri teguh, tidak ada jalan lain bagi musuh selain dari mengubah pendirian mereka. Musuh ini tidak akan mampu dikalahkan kecuali dengan kekuatan. Inilah kekuatan yang terbesar. Kekuatan ini melebihi kekuatan peluru berpandu dan bom. Umat mesti berdiri teguh. Musuh akan tahu dengan siapa mereka berhadapan dan berinteraksi jika umat menunjukkan kemarahannya.
Kita juga perlu mengingatkan umat tentang kewajipan mereka memberikan sumbangan kewangan untuk membangunkan kawasan ini dan sebagai duit sara hidup pejuang-pejuang yang mempertahankannya. Di sana terdapat sekelompok manusia yang mana bangun dan tidur mereka tidak ada perkara lain yang mereka fikirkan kecuali untuk mempertahankan al-Aqsa dengan jasad dan ruh mereka. Kepentingan peribadi mereka terabai. Tiada apa yang mereka lakukan untuk anak-anak dan keluarga mereka. Semua ahli keluarga bersabar menanggungnya dan berkorban untuk itu. Mereka memerlukan wang. Kita perlu mengingatkan umat tentang kewajipan mereka untuk memberi sumbangan kewangan. Bahkan sebenarnya ia bukan sumbangan, sebaliknya ia adalah kewajipan kewangan. Sesungguhnya setiap orang Islam wajib mempertahankan agama Allah dengan dua perkara; nyawanya dan hartanya. Jika dia tidak mampu mempertahankan dengan nyawanya, lakukanlah denga hartanya dan gantikanlah bahagian nyawa tersebut dengan sumbangan tambahan harta yang lain. Dengan itu wajib ke atasnya dua bahagian; bahagian harta yang sepatutnya dan bahagian harta yang menggantikan bahagian nyawanya.
Mereka perlu mengingatkan semua orang Islam agar berdoa. Ambillah satu malam dari seminggu. Duduklah dan berdoa kepada Allah. Samada kanak-kanak atau orang tua. Samada orang-orang yang sihat atau orang-orang yang sakit, orang tua dan uzur. Berkumpullah selepas berbuka puasa. Selepas itu mereka solat dan berdoa moga Allah mengeluarkan umat dari bencana ini dan moga musuh Allah yang menyangka bahawa mereka raja dunia dan segala isinya serta lupa kekuatan Allah akan menerima balasannya
“Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang membinasakan kaum Aad yang pertama (kaum Nabi Hud).” (Al-Najm: 50).
Ayat ini menunjukkan adanya kaum Aad kedua, ketiga dan keempat. Allah maha berkuasa atas segala sesuatu.
“Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: “Siapakah yang lebih kuat dari kami?” dan (mengapa mereka bersikap demikian?) tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya).” (Fushilat: 15)
Saya berdoa kepada Allah wahai saudara-saudara sekelian agar kalimat ini memberikan manfaatnya. Moga-moga Allah menerima amalan kita, memaafkan kesalahan dan mengampunkan segala dosa.
Saya sudahi kata-kata ini dan saya memohon ampun dari Allah bagi diri saya dan kamu semua. Selawat dan salam ke atas Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Segala puji bagi Allah. Moga-moga Allah membalas kebaikan kepada kamu semua.”
*****************************************
Semoga apa yg diwasiatkan ini menjadi peringatan kpd semua umat islam di seluruh dunia… Marilah kita bangkit mempertahankan maruah islam…kita bersatu dlm doa yg tulus ikhlas…dgn harapan agar Dia membantu kita dlm mempertahankan al-Aqsa dan mengembalikan maruah islam di muka bumi ini…
Ayuh kita suburkan kembali islam di mata dunia!!! Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!!
Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah krn Allah SWT
Rabu, Disember 17
Doa Sayyid Qutb
- "Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta semua. Ya Rabbi, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hati-Mu. Ya Rabbal Izzat, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu. Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu. Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu. Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu." (As-Syahid Sayyid Qutb)
kalam semangat fitrah imtihan
Selasa, Disember 16
sekadar renungan
Khamis, Disember 11
Walimah dalam Islam
Boleh dikatakan setiap daripada ibubapa merancang untuk mengadakan majlis tersebut apabila mereka mengkahwinkan anak-anak perempuan mereka,sama ada mereka faham atau tiada bahawa hukumnya menjadi tuntutan dalam agama
Hukum Mengadakannya.
Sebagaimana yang telah difahami bahawa hukumnya adalah termasuk dalam kumpulan sunat-sunat yang dituntut supaya melaksanakannya. Rasulullah s.a.w. pernah menyuruh akan hal ini. Sabda baginda yang ertinya " buatlah oleh kamu akan walimah walaupun dengan seekor kambing". Itu sebagai satu pengisytiharan daripada kedua-kedua pihak bahawa mereka telah berkahwin dan sebagai tanda kesyukuran selain daripada untuk menyukakan sepasang suami isteri yang baru diijab kabulkan. Dari kerana itu sunat diberi hadiah kepada sepasang suami isteri itu sebagai tanda meraikannya.
Perlaksanaannya
Sebagaimana yang kita sedia fahami, dalam ajaran agama kita, mengadakan majlis itu tidaklah kerana bermegah-megah. Apatah lagi untuk mendapat keuntungan
dengan kehadiran mereka yang dijemput. Banyak terjadi dari kalangan masyarakat kita pada hari ini yang sanggup berhutang bergadai untuk mengadakan majlis tersebut dari kerana perbelanjaan tidak mencukupi pada hal mereka daripada orang-orang yang susah. Islam tidak memberati umatnya supaya berbuat sesuatu yang diluar kemampuan. Mengapa kita sampai ketahap berhutang kerana hendak mengadakannya secara yang lebih besar pada hal sudah mencukupi jika dilaksanakan secara kecil-kecilan dan tidak perlu berhutang. Islam tidak menyuruh kita berbuat demikian.
Jikalau perkara ini berlaku juga,kita mesti terfikir-fikir,daripada mana agaknya si tuan rumah hendak dapatkan wang untuk membayarkan semua hutang-hutangnya nanti.
Saya pernah diberitahu bahawa bayaran hutang itu setelah majlis perkahwinan dijalankan. Hasilnya daripada mana?. Kata mereka hasil sumbangan daripada para jemputan yang hadir. Kalau kita bertanya kembali kepada mereka,bagaimana jika ditakdirkan pada hari tersebut hujan lebat yang menyebabkan orang-orang yang dijemput tidak dapat hadir seramai yang dijangka,maka sumbangan pada adatnya tidak sebanyak yang dijangka oleh si tuan rumah. Dari mana pula si tuan rumah nak bayar hutangnya itu.
Sebenarnya dalam contoh seperti ini tuan rumah telah melakukan beberapa kesalahan.
Pertamanya, berhutang pada tempat yang tidak disuruh. Lebih-lebih lagi jika yang berhutang itu orang yang susah yang tiada suatupun yang dia sendiri nampak daripada mana sumber yang ia dapat membayarnya nanti atau cagaran, pada hal kesusahannya itu disembunyikan daripada yang memberi hutang,maka berhutang itu hukumnya haram. Bersalahan jika tuan yang memberi hutang itu mengentahui akan halnya dan memberi juga hutang itu,maka tiada haram.Adapun bercagarkan kepada sesuatu yang belum pasti,seperti kalau ada sumbangan,dapatlah bayar maka tiada diterima. Kalau kita pergi ke bank nak buat pinjaman pun,pihak bank menolak permohonan itu.
Perlu diketahui bahawa dalam Islam ini hendak berhutang pun ada syaratnya. Jika kita membelakangi syaratnya,maka kita berbuat maksiat dengan Allah.
Dan kedua, tidak mengikut sunnah nabi dalam mengadakan majlis tersebut. Sepatutnya kita mengadakannya kerana Allah sebagai tanda kesyukuran dan menyahut seruan nabi, tidak kerana berkehendakkan kepada pulangan atau balasan atau bermegah-megah. Ini dah jadi kebiasaan dalam masyarakat kita. Apabila diperolehi pulangan yang banyak,maka berbangga-bangga. Apabila tidak memperolehi pulangan yang banyak,muka nampak muram. Lebih-lebih lagi jika sumbangan yang diterima itu tidak melepasi hutang yang ditanggung.
Bersanding
Dalam harakah keluaran 28-30 November 2008 yang lepas pada ruangan fikrah ada yang mengulas pasal bersanding.Saya suka nak buat sedikit komentar. Maaf jika apa yang saya katakan ini tidak menempati.
Disebut di situ harus/boleh pasangan pengantin bersanding di depan khalayak ramai jika pengantin perempuan itu menutup aurat. Saya nak saudara kaum muslimin/muslimat sekelian sama-sama fikir beberapa perkara sebelum mengiakan apa yang disebut itu. Sebelum itu kita mesti ingat bahawa tempat ambilan hukum kita adalah Quran,hadis,ijmak ulamak dan qias. Segala masalah hukum yang berkisar dalam kehidupan kita ini, kita boleh rujuk dalam kitab-kitab karangan ulamak. Dan setiap hukum sama ada tegah atau suruh ada padanya sebab dan hikmah. Islam lebih memelihara muslihat terhadap sesuatu perintah itu. Jika sesuatu perkara itu harus pada asalnya,tetapi boleh mendatangkan fitnah atau mudharat,maka perkara itu tertegah pada masa itu. Begitu juga sesuatu yang asalnya tertegah,tetapi jika tidak memperbuatnya boleh mendatangkan mudharat yang lebih besar lagi,maka tidak ditegah pada masa itu bahkan terkadangnya wajib. Dalam masalah bersanding yang disebutkan boleh itu sehingga membuka ruang bagi yang memang suka dengan perbuatan itu,perlu memikirkan beberapa persoalan.
1. Apa tujuan persandingan itu.
Sudah tentu untuk memperlihatkan kepada orang-orang yang datang pada majlis itu. Apakah persandingan yang berlaku sekarang ini hanya di depan mahram bagi pengantin perempuan itu atau di hadapan golongan perempuan sahaja?. Tidak adakah di situ laki-laki ajnabi melihatnya. Bila ada laki-laki lain melihatnya,maka pihak yang terlibat itu telah membuka satu ruang kepada laki-laki untuk melanggar perintah Allah. Allah s.w.t. telah memerintahkan kepada nabinya dengan firmanNya yang Maha Tinggi yang ertinya :
" Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan ".
Surah An Nur ayat 30
Kita sebagai hamba Allah jangan sekali-kali memandang kecil apa sahaja yang ditegah oleh Allah jika kita benar-benar ingin mendapat redhaNya. Lebih-lebih lagi kita yang berada dalam jamaah yang memperjuangkan Islam. Jangan bawa satu contoh yang tidak baik kepada masyarakat.
2. Hukum Perempuan Bersolek.
Persoalannya,adakah harus perempuan bersolek untuk dilihat oleh laki-laki yang lain daripada mahramnya?.
Kita biasa mendengar dalam kuliah-kuliah agama yang disampaikan oleh tuan-tuan guru,perempuan haram memperhiaskan dirinya supaya dilihat oleh laki-laki yang lain daripada mahramnya kerana boleh mendatangkan fitnah. Jesteru itu,cuba kita perhatikan,majlis persandingan yang diadakan pada hari ini di hadapan perempuan sahaja kah. Jika hukum harus yang dinyatakan dalam harakah yang disebutkan itu " harus jika tidak di hadapan laki-laki lain ", maka ianya mesti diberi penjelasan supaya masyarakat tidak keliru.
Kita melihat dalam kitab-kitab feqah,jika seorang perempuan itu keluar daripada rumahnya kerana pergi sembahyang berjamaah di masjid,pada hal ia memperhiaskan dirinya atau memakai bau-bauan sehingga boleh mendatangkan fitnah bagi laki-laki,maka haram ia pergi ke masjid pada ketika itu walaupun ia berhias tidak kerana dilihat orang atau bermegah-megah. Adapun bersanding itu memperhiaskan dirinya untuk dilihat oleh orang ramai dan kebiasaannya datang juga kemegahan diri kerana kecantikannya. Maka fikirkanlah.
3. Menutup Aurat Dalam Islam
Kita dalam jamaah Islam sering diingatkan supaya menutup aurat. Kerana ianya menjadi kewajipan bagi setiap muslim laki-laki dan perempuan. Apa ertinya kita berjuang Islam,jika dalam masa yang sama kita melanggar perintah Allah. Melanggar perintah Allah bermakna kita merombakkan cabang-cabang iman. Dalam perkara menutup aurat ini, ingatlah bahawa yang dikatakan menutup aurat itu,tidak sahaja menutup kepala,bahkan menutup bentuk tubuh badan. Jika sekiranya seorang perempuan itu menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian yang ketat yang menampakkan bentuk tubuh,maka ianya tidak lagi dikatakan menutup aurat nisbah di luar sembahyang. Maka perbuatan yang demikian tidak mengikut hukum syarak. Pada majlis persandingan yang berlaku sekarang adakah pengantin perempuan itu menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki dalam Islam.
kesimpulannya,
Persandingan itu lebih besar mudaratnya. Perbuatan itu terlebih mudah mendatangkan maksiat bagi yang melaksanakannya dan yang meraikannya.
Dari kerana itu,saya ingin ingatkan kepada para guru atau ustaz,demi menjaga kepentingan agama dan menjaga daripada fitnah disebabkan perempuan ini terus berlaku dengan hebatnya, lebih baik tak payah bukalah jalan untuk persandingan. Nanti masyarakat berebut-rebut pula untuk mengamalkannya. Kita tahulah masyarakat kita sekarang ini,bila kita ajak mereka untuk berjihad,payah betul untuk menyahut. Tetapi kalau perkara yang tidak mendatangkan faedah dan menyukakan nafsu,mudah sangat menyahutnya.
Kita yang berada dalam gerakan Islam ini sepatutnya lebih beradab dengan Allah dan lebih memelihara agama dengan memelihara diri daripada perbuatan-perbuatan yang mendatangkan fitnah dalam agama. Islam tidak hanya menyuruh kita tegakkan negara dengan Islam,bahkan juga dalam diri setiap muslim.
Kita masih ingat,tahun 80 an dulu,program tarbiah dalam jamaah kita ini sangat menitik beratkan soal pergaulan laki-laki dan permpuan. Kita biasa membuat perbandingan dengan kumpulan yang menentang kita bahawa di antara akhlak buruk mereka ialah mereka tidak membatasi pergaulan antara laki-laki dan perempuan dalam sesuatu majlis. Dari kerana itulah kita dapati pada ketika itu apabila majlis ceramah diadakan,maka sekatan dibuat di antara pendengar laki-laki dan perempuan. Dan kebanyakan daripada yang datang itu mematuhi perkara ini. Kita dapati juga jika ada majlis yang besar yang dihadiri oleh pimpinan daripada muslimin dan muslimat seperti muktamar,tidak ada pula pimpinan dari muslimat yang berada di atas pentas bersama pimpinan muslimin. Tapi sekarang ini semua itu telah berubah. Kalau Islam ini perlu perubahan mengikut peredaran masa,maka itu dinamakan Islam Hadhari. Tidak dinafikan ada juga yang perlu dibuat perubahan dalam kerja-kerja Islam mengikut perkembangan semasa. Tetapi tengoklah perkara apa yang hendak dibuat itu.
Saya masih teringat ketika PAS memerintah Terengganu beberapa tahun yang lalu. Pernah muktamar diadakan di stadium negeri di Batu Buruk. Seorang wakil muslimat yang tak perlu saya sebutkan namanya di sini bersuara,mengapa pimpinan muslimat tidak diberi hak yang sama untuk duduk di atas pentas bersama pimpinan muslimin. Saya cukup berbangga dan berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Tuan Guru Haji Abd Hadi.
Mari kita fikirkan,apa ertinya kita berjuang Islam jika sekiranya diri kita sendiri masih lagi tidak beramal dengan ajaran agama. Orang yang hiasi dirinya dengan agama,Allah akan mempamerkan agama itu pada batang tubuhnya.
Apa yang saya maksudkan amal agama di sini,iaitu hiasilah diri kita dengan sifat-sifat yang baik. Jauhi diri daripada yang haram atau yang menjadi fitnah dalam agama.Merendah diri,ikhlas,barkasih sayang,mengawal diri dari emosi,lemah lembut dalam pergaulan, pemurah,suka tolong menolong dalam perkara yang baik dan berbagai-bagai lagi adalah sifat atau amal yang sangat dituntut dalam agama.
Adapun sifat ego,sombong kerana ilmu atau amal atau pangkat atau sebagainya,permusuhan,hasad dengki,ria', malas berbuat ibadat,bakhil,sentiasa harap pujian manusia apabila berbuat sesuatu amal dan seumpamanya,boleh memadamkan cahaya agama. Oleh itu ingatlah hai sahabat-sahabat seperjuangan sekelian,berjayanya kita dalam usaha yang kita jalankan ini bergantung kepada sejauhmana hubungan kita dengan Allah. Pertolongan Allah akan menyusul setelah kita benar-benar dapat menzahirkan kasih dan cinta kita pada agamanya. Dan Allah Maha Mengentahui akan hal itu. Wallahua'lam.
Daripada.
Us Adam Said
Ketua DPPKB.
Rumah Manakah Yang Tidak Dimasuki Syaitan
1. Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga hak-hak dan kewajipan terhadap Allah S.W.T.
2. Rumah yang penghuninya sentiasa rukuk dan sujud kepada Allah S.W.T.
3. Rumah yang penghuninya sentiasa bersikap jujur dan memenuhi janji.
4. Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga punca pemakanan dan hanya mengambil yang halal.
5. Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga dan menghubungkan tali silaturahim.
6. Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga adab dan berbakti kepada kedua-dua orang tuanya.
7. Rumah yang penghuninya terdiri daripada pasangan yang soleh dan solehah serta saling faham memahami, bekerjasama dan bertolak ansur.
8. Rumah yang penghuninyapenuh dengan kecintaan dan ketaatan keapda Allah S.W.T.
9. Rumah yang penghuninya masing-masing dapat menjaga adab serta rahsia.
10. Rumah yang penghuninya tidak melakukan atau mengerjakan perkara-perkara yang haram.
11. Rumah yang penghuninya sentiasa merendahkan diri kepada Allah S.W.T.
12. Rumah yang penghuninya penuh dengan suasana salam dan meminta izin.
13. Rumah yang penghuninya saling bermaaf-maafan di antara satu sama lain.
14. Rumah yang penghuninya sentiasa mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan yang tercela.
15. Rumah yang penghuninya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan berzikir kepada Allah S.W.T.
Selasa, Disember 9
ZULHIJJAH, LAKARAN SIRAH DAN KITA HARI INI
Mudahnya, siapnya artikel ini menunjukkan bahawa saya telah melakar satu lagi sejarah, iaitu menulis sesuatu untuk tatapan pembaca sebagaimana yang anda semua pegang, lihat, baca dan saya positif beranggapan yang anda semua akan berfikir tentang bicara saya selanjutnya.
Saya diminta seseorang untuk berkongsi pandangan, bercerita atau apa jua frasa yang merujuk kepada hubungan antara saya dan tulisan yang terlakar dengan mata dan minda fikir anda sebagai pembaca berkenaan dengan bulan Zulhijjah. Lama saya eram artikel ini dalam minda dan semangat menulis saya yang kian lama tampak pudar. Barangkali untuk bulan ini, artikel ini adalah yang pertama. Pertama juga bagi saya atas nama penulisan sirah. Sudah lama saya menantikan saat ini dan akhirnya peluang masa dan kehendak datang setelah setahun saya menanti. Harapnya gaya tulis saya tidak akan menyesakkan mata dan benak pembaca. Ia cara yang saya pilih dan bagaikan sudah sebati dengan lenggok tari jemari dan bunga pencak gelangang atur bahasa saya.
Zulhijjah, Suatu Lakaran Sirah
Bila sahaja kita menyebut bulan Zulhijjah, pasti akan tertangkap di minda kita akan suatu hari yang pasti menjadi idaman semua umat Islam. Saya juga tidak terkecuali dari bermimpi untuk dipilih dan dijemput tuhan mengerjakan rukun Islam ke 5 bagi yang cukup syarat-syaratnya. Semestinya ia adalah mengerjakan haji di Baitillahil Haram bagi mereka yang mampu. Mampu dari sudut fizikal, mental, material dan yang pasti ia adalah pilihan Allah SWT.
Bulan Zulhijjah juga akan mengingatkan kita dengan pesta keraian Hari Raya Korban. Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih) . Diriwayatkan bahawa barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.
Dua peristiwa penting ini sebenarnya sudah memadai untuk dicerap masuk ke dalam minda fikir kita, juga sebagai stimulasi jiwa dan semangat untuk menghadapi imtihan.
Hajar, Srikandi, Isteri Dan Ibu
Peristiwa pertama yang ingin saya rakamkan dalam kalam saya ini adalah kisah yang terjadi kepada nabi Ismail alaihisalam dan ibunya Hajar. Lakaran kisah ini jugalah yang pernah disebutkan oleh nabi salallahu alaihi wasallam apabila ditanya tentang sa’iy (berlari-lari anak) dari safa ke marwah sebagaimana hadis yang driwayatkan oleh ibnu Abbas mafhumnya:
“Demikianlah (merujuk kepada kisah Hajar berlari sebanyak 7 kali antara safa dan marwah semata-mata mencari air untuk anaknya yang kehausan) berlari-lari anak (sa’iy) yang dilakukan oleh umat Islam sebagai salah satu rukun haji antara Safa dan Marwah)”
Sejarah tidak mampu memadamkan bagaimana kentalnya hati, yakin dan iman yang tidak berbelah bagi seorang wanita, isteri dan juga ibu. Sejarah juga telah menyaksikan bagaimana percaturan yang telah ditetapkan oleh Allah terhadap Ibrahim, Ismail dan Hajar alaihimussalam. Sebagaimana yang dinyatakan dalam riwayat al-Bukhari daripada Ibnu Abbas maksud (sahih al-bukhari) dan mafhumnya (penjelasan Ibnu kathir dalam fathul bari), saya petik klausa yang menampakkan kehebatan wanita ini:
“…Maka hajar dan anaknya Ismail mengikut Ibrahim alaihimussalam sambil bertanya secara berulang kali: Wahai suamiku Ibrahim, ke mana mahu kamu bawa kami? Apakah kamu mahu tinggalkan kami berdua di tempat yang tidak berpenghuni dan sahara kontang ini? Hajar merayu kepada Ibrahim berulang kali, namun langsung tidak dijawab oleh Ibrahim alaihissalam. Tanpa putus asa Hajar bertanya lagi: Apakah Allah yang memerintahkan kamu dengan hal begini? Ibrahim menjawab sepatah: Ya (na’am). Setelah mendengar jawapan suaminya itu, Hajar alaihassalam dengan penuh yakin berkata: “Jika begitu, nescaya Allah tidak akan mensia-siakan kita”…”
Itu kisah wanita bernama Hajar. Allah angkat ketokohan wanita yang patuh pada suami dan taatkan perintah Allah ini dengan memonumenkan perjalanan dan kesungguhan berlari-lari anak di antara safa dan Marwah sebagai rukun haji. Hebat mana pun kita, gagah perkasa atau apa jua pangkat yang kita sandang, mahu tidak mahu dalam menyelesaikan ibadat haji kita pasti akan melakukan apa yang pernah dilakukan oleh srikandi, isteri dan ibu yang kental imannya dengan Allah yang bernama Hajar.
Justeru nilai tarbiah yang cukup besar sebenarnya terangkum dalam kisah ini. Jawapan mantap Hajar apabila diiyakan Ibrahim bahawa semuanya adalah perintah Allah dengan ucapan yakin dan redha dengan ketentuan Allah “jika ini perintah Allah nescaya Dia tidak akan mensia-siakan kita” sepatutnya disimpan kemas dalam jiwa kita hari ini. Inilah bukti keyakinan dan keimanan yang tidak berbelah bagi dalam apa jua keadaan selagi kita berada di landasan taatkan perintah Allah dan takwa kepadaNya. Natijahnya Allah muliakan mereka dengan menjadikan Mekah bumi perhimpunan umat Islam sedunia. Hajar dan anaknya Ismail juga adalah pilihan Allah untuk dimuliakan aliran nasab bangsa Arab hingga sampai kepada Nabiyyuna Muhammad sallallahu alaihi wasalla. Kita hari ini bagaimana? Tepuk dada, tafakur seketika, ingatkan kembali apa yang telah kita lakukan selama ini dan waspada untuk masa-masa akan datang.
Ibrahim, Ismail Alaihimassalam Dan Kisah Penyembelihan
Firman Allah Subhanuhu Wata’ala yang bermaksud:
“Maka setelah Anak itu (Ismail) telah mampu berdikari (sa’ya), berkatalah Ibrahim alaihissalam kepada anaknya Ismail:’Hai anakku, sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu, maka apakah pandanganmu?’ Jawab Ismail alaihissalam: ‘wahai bapaku, lakukanlah apa yang diperintahkan itu, nescaya kamu akan mendapati aku tergolong dalam golongan orang-orang yang sabar’ (Al-soffat: ayat 101)
Saya percaya semua telah mengetahui apa kesudahan cerita ini sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah dalam surah yang sama sambungan ayat 102 hingga 108. Begitu sekali kental iman dan padu yakin Ismail dan Ibrahim berdepan dengan ujian Allah. Kehebatan Ibrahim alaihissalam mahu mengorbankan anak kesayangan yang baru sahaja ditemui setelah ditinggalkan bersama ibunya Hajar di sahara kontang yang akhirnya diberkati Allah dengan Kaabah dan air zamzam. Pengorbanan yang bukan sedikit tapi dengan tangannya sendiri mahu disembelih Ismail lantaran wahyu yang disampaikan Allah melalui mimpi.
Cuba kita bertanya pada diri, apakah sanggup kita lakukan semua itu terhadap anak darah daging sendiri? Tepuk dada tanya iman. Jika tidak kerana perintah dan ketetapan Allah nescaya Ibrahim juga akan teragak-agak melakukan penyembelihan tersebut. Namun segalanya adalah bukti keimanan dan keyakinan pada Allah yang tidak berbelah bagi. Ismail tetap mahu disembelih dengan tanganya sendiri yang kemudiannya Allah tebus Ismail dengan sembelihan besar seekor kibasy. Yang pasti Ibrahim telah menunujkkkan bukti dan teladan buat umat hingga akhir zaman bahawa segala yang ada di dunia ini sanggup dikorbankan semata-mata kerana perintah, taatkan Allah. Dan yakin dengan janji Allah. Justeru kita hari ini pula bagaimana? Masih merasa kabur akan hakikat sebuah kehidupan dan kepastian sebuah kematian atau bagaimana? Fikir-fikirkan, saya juga sama, tidak terkecuali.
Ismail alihissalam juga punya kekentalan iman dan keutuhan keyakinan sama seperti ayahnya. Jawapan yang diberikan kepada ayahnya ketika diajukan perintah Allah untuk menyembelihnya adalah jawapan yang mengandungi kefahaman matlamat hidup yang jelas, manifestasi ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada seorang ayah dan yang paling penting demi Allah, tuhan kepada umat manusia.
Itu cerita anak muda belia yang bernama Ismail alaihissalam. Barangkali ada yang tidak suka bila saya bandingkan kisah ini dengan reaiti anak muda hari ini. Itu terpulang, tapi yang paling mustahak adalah menjadikan kisah tersebut sebagai teladan yang sepatutnya kita sematkan dalam nubari dan panduan dalam melayari hidup dilautan fana ini. Namun apa sekalipun, perlu kita ingat bahawa Allah SWT mengkhabarkan kisah ini dalam kalam suci Al-Quran supaya menjadi panduan dan iktibar kita umat Muhammad SAW hari ini.
Kita Hari Ini, Bagaimana?
Tiga model agung yang saya bawakan dalam lakaran sirah kali ini adalah manifestasi tiga entity besar yang menempati 1/3 daratan dunia hari ini. Ia merangkumi entity anak muda dan juga anak iaitu nabiullah Ismail alaihissalam. Ibrahim Khalilullah pula adalah watak utama seorang ayah, suami dan juga pemimpin. Watak yang dibintangi oleh Hajar alaihassalam pula menaikkan taraf dan penghormatan buat srikandi, isteri dan ibu. Ia seolah-olah melengkapi semua status yang ada di dunia hari ini.
Justeru, harapan saya agar perkongsian kisah ini dapat mengingatkan kita kembali kepada kembara takwa seorang hamba untuk kembali kepada Tuhan dengan harapan akan beroleh syurga. Namun kisah ini jugalah harapnya yang akan menjadi sempadan waspada dan takut-takut kita kalau-kalau terpesong ke lembah neraka. Wal iyazubillah.
Pesan saya, sama-sama kita aturkan jadual masa dan perancangan untuk memiliki syurga dan pada masa yang sama tidak langsung kita lupa untuk menjejak sirah para anbia’, mursalin, sahabat, tabai’en, tabi’ tabi’en, syuhada’, ulama’ solihin hingga ke tiupan qiamat yang terakhir.
Pesan saya lagi jangan terperangkap dengan corak fikir sendiri kerana’ falasi menafikan bukti’ adalah kesilapan yang nyata besar dalam pola fikir kita hari ini. Sebagai contoh saya bawakan kes falasi menafikan bukti yang menentang pendapat kita “katakan kita tidak suka motosikal, kita mungkin mengemukan hujah begini: Motosikal membahayakan nyawa penunggang. Ia bising dan menjadi punca utama pencemaran bunyi. Lagipula ia hanya dapat mengangkut 2 orang sahaja. Kesimpulan-kesimpul an yang negative inilah yang sama sekali menafikan ciri-ciri positif yng ada pada motosikal.
Justeru, jangan sekali-kali melakukan falasi minda dengan hanya memandang sesuatu dari sudut negative yang tidak sebulu atau menentang nafsu sendiri tapi pandanglah sesuatu perkara atau teladan sirah melalui pandangan hati yang optimis dan positif. Faham-fahamkanlah kiranya ya.
Fahami erti kehidupan dan kepastian sebuah kematian. Sekian.
salam iedul adha 1429
Peristiwa korban yang berlaku diantara Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail seharusnya dihayati oleh kita semua bagi meningkatkan pengorbanan kita dalam menegakan dan membela agama Islam yang tercinta ini.Takbir AllahuAkbar.
Salam pengorbanan...
Selasa, Disember 2
SIFAT-SIFAT TERPUJI MUKMIN DALAM MEMBINA DIRI SEORANG MUSLIM
a) Meninggalkan maksiat dengan kesedaran.
b) Menyesal dengan perbuatan yang telah dikerjakan.
c) Berazam tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.
2. Khauf ertinya takutkan Allah s.w.t, takutkan kemurkaanNya dengan memelihara din dan melakukan perkara-perkara yang ditegah.
3. Zuhud ertinya bersih atau suci hati dari berkehendakkan lebih dari keperluannya serta tidak bergantung kepada makhluk lain. Hatinya sentiasa mengingati bahawa harta yang dimilikinya adalah sebagai amanah dari Allah.
4. Sabar ertinya tabah atau cekal menghadapi sesuatu ujian yang mendukacitakan.
5. Syukur ertinya menyedari bahawa semua nikmat yang diperolehinya baik yang lahir mahupun batin semuanya adalah dari Allah dan merasa gembira dengan nikmat itu serta bertanggungjawab kepada Allah.
6. Ikhlas ertinya mengerjakan amal ibadat dengan penuh ketaatan serta semua perbuatan yang dilakukan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, bukan kerana tujuan lain.
7. Tawakal ertinya berserah diri kepada Allah dalam melakukan sesuatu rancangan.
8. Mahabbah ertinya kasihkan Allah dan hatinya sentiasa cenderung untuk berkhidmat dan beribadat kepadaNya serta bersungguh-sungguh menjaga diri dan jauhkan dari melakukan maksiat.
Ahad, November 30
HIDUPKAN 10 SIANG HARI ZULHIJJAH
Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan. Disebutkan oleh Nabi SAW : "Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih). Allah SWT pula berfirman : "Demi Fajar dan hari-hari yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1). Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim). Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain : "Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari)
SELAMAT HARI LAHIR BUAT MAMA TERSAYANG
MAAF DIPINTA ATAS KESALAHAN DAN KESILAPAN YANG BANYAK DI LAKUKAN BUATMU IBUKU TERSAYANG..REHDAILAH KAMI ANAK-ANAKMU DAN DOAKAN KAMI SELALU SEMOGA KAMI ANAK-ANAK SOLEH DAN SOLEHAH BUAT MAMA DAN ARWAH AYAH TERCINTA..
SEGALA PERGORBANANMU IBU, ANAKMU INI TIDAK DAPAT DILUPAKAN, SUSAH-PAYAH MAMA SELAMA INI MENJAGA KAMI ANAK-ANAK SEHINGGAKAN SEEKOR NYAMUK PUN TIDAK BERANI MENGGIGIT KAMI.. HEBAT PENGORBANANMU IBU TERSAYANG..KAMI ANAK-ANAK TIDAK DAPAT MEMBALASNYA..
MAMA TERSAYANG,DOAKAN ANAK MAMA YANG JAUH DIPERANTAUAN INI, YANG SANGAT-SANGAT DAHAGAKAN KASIH-SAYANG SEORANG IBU DAN PERLUKAN DORONGAN DAN SOKONGAN DARIMU IBU..
AKHIR KALAM DARI ANAK MANJA MAMA DIPERLEMBAHAN NIL INI, MEMOHON KEMAAFAN SKALI LAGI DAN AMPUNI DOSA-DOSA SERTA DOAKAN ANAK MAMA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT SANA.. BUAT MAMA TERSAYANG,KETAHUILAH BAHAWA,MAMA ADALAH INSAN YANG TERBAIK BUAT TATAPAN DIRI INI..
"YA ALLAH,PELIHARALAH MAMA DAN ARWAH AYAHKU SEBAGAIMANA MEREKA PELIHARAKU SEMASA KECIL"AMIN...
ZULHIJJAH, LAKARAN SIRAH DAN KITA HARI INI
Peristiwa yang telah berlaku selalunya kita namakan sebagai sejarah. Sekalipun perkara yang berlalu sesaat yang lepas, ia tetap akan dikenang sebagai sejarah. HAMKA pernah ditanya oleh anaknya mengenai sejarah kejatuhan empayar Melaka. “Apakah ayah percaya pada teori sejarah aan mengulangi dirinya”. HAMKA menjawab: “Tidak anakku, sejarah tidaklah akan mengulangi dirinya, tetapi perangai dan perilaku manusia disetiap zaman dan masa akan menentukannya” .
Mudahnya, siapnya artikel ini menunjukkan bahawa saya telah melakar satu lagi sejarah, iaitu menulis sesuatu untuk tatapan pembaca sebagaimana yang anda semua pegang, lihat, baca dan saya positif beranggapan yang anda semua akan berfikir tentang bicara saya selanjutnya.
Saya diminta seseorang untuk berkongsi pandangan, bercerita atau apa jua frasa yang merujuk kepada hubungan antara saya dan tulisan yang terlakar dengan mata dan minda fikir anda sebagai pembaca berkenaan dengan bulan Zulhijjah. Lama saya eram artikel ini dalam minda dan semangat menulis saya yang kian lama tampak pudar. Barangkali untuk bulan ini, artikel ini adalah yang pertama. Pertama juga bagi saya atas nama penulisan sirah. Sudah lama saya menantikan saat ini dan akhirnya peluang masa dan kehendak datang setelah setahun saya menanti. Harapnya gaya tulis saya tidak akan menyesakkan mata dan benak pembaca. Ia cara yang saya pilih dan bagaikan sudah sebati dengan lenggok tari jemari dan bunga pencak gelangang atur bahasa saya.
Zulhijjah, Suatu Lakaran Sirah
Bila sahaja kita menyebut bulan Zulhijjah, pasti akan tertangkap di minda kita akan suatu hari yang pasti menjadi idaman semua umat Islam. Saya juga tidak terkecuali dari bermimpi untuk dipilih dan dijemput tuhan mengerjakan rukun Islam ke 5 bagi yang cukup syarat-syaratnya. Semestinya ia adalah mengerjakan haji di Baitillahil Haram bagi mereka yang mampu. Mampu dari sudut fizikal, mental, material dan yang pasti ia adalah pilihan Allah SWT.
Bulan Zulhijjah juga akan mengingatkan kita dengan pesta keraian Hari Raya Korban. Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih) . Diriwayatkan bahawa barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.
Dua peristiwa penting ini sebenarnya sudah memadai untuk dicerap masuk ke dalam minda fikir kita, juga sebagai stimulasi jiwa dan semangat untuk menghadapi imtihan.
Hajar, Srikandi, Isteri Dan Ibu
Peristiwa pertama yang ingin saya rakamkan dalam kalam saya ini adalah kisah yang terjadi kepada nabi Ismail alaihisalam dan ibunya Hajar. Lakaran kisah ini jugalah yang pernah disebutkan oleh nabi salallahu alaihi wasallam apabila ditanya tentang sa’iy (berlari-lari anak) dari safa ke marwah sebagaimana hadis yang driwayatkan oleh ibnu Abbas mafhumnya:
“Demikianlah (merujuk kepada kisah Hajar berlari sebanyak 7 kali antara safa dan marwah semata-mata mencari air untuk anaknya yang kehausan) berlari-lari anak (sa’iy) yang dilakukan oleh umat Islam sebagai salah satu rukun haji antara Safa dan Marwah)”
Sejarah tidak mampu memadamkan bagaimana kentalnya hati, yakin dan iman yang tidak berbelah bagi seorang wanita, isteri dan juga ibu. Sejarah juga telah menyaksikan bagaimana percaturan yang telah ditetapkan oleh Allah terhadap Ibrahim, Ismail dan Hajar alaihimussalam. Sebagaimana yang dinyatakan dalam riwayat al-Bukhari daripada Ibnu Abbas maksud (sahih al-bukhari) dan mafhumnya (penjelasan Ibnu kathir dalam fathul bari), saya petik klausa yang menampakkan kehebatan wanita ini:
“…Maka hajar dan anaknya Ismail mengikut Ibrahim alaihimussalam sambil bertanya secara berulang kali: Wahai suamiku Ibrahim, ke mana mahu kamu bawa kami? Apakah kamu mahu tinggalkan kami berdua di tempat yang tidak berpenghuni dan sahara kontang ini? Hajar merayu kepada Ibrahim berulang kali, namun langsung tidak dijawab oleh Ibrahim alaihissalam. Tanpa putus asa Hajar bertanya lagi: Apakah Allah yang memerintahkan kamu dengan hal begini? Ibrahim menjawab sepatah: Ya (na’am). Setelah mendengar jawapan suaminya itu, Hajar alaihassalam dengan penuh yakin berkata: “Jika begitu, nescaya Allah tidak akan mensia-siakan kita”…”
Itu kisah wanita bernama Hajar. Allah angkat ketokohan wanita yang patuh pada suami dan taatkan perintah Allah ini dengan memonumenkan perjalanan dan kesungguhan berlari-lari anak di antara safa dan Marwah sebagai rukun haji. Hebat mana pun kita, gagah perkasa atau apa jua pangkat yang kita sandang, mahu tidak mahu dalam menyelesaikan ibadat haji kita pasti akan melakukan apa yang pernah dilakukan oleh srikandi, isteri dan ibu yang kental imannya dengan Allah yang bernama Hajar.
Justeru nilai tarbiah yang cukup besar sebenarnya terangkum dalam kisah ini. Jawapan mantap Hajar apabila diiyakan Ibrahim bahawa semuanya adalah perintah Allah dengan ucapan yakin dan redha dengan ketentuan Allah “jika ini perintah Allah nescaya Dia tidak akan mensia-siakan kita” sepatutnya disimpan kemas dalam jiwa kita hari ini. Inilah bukti keyakinan dan keimanan yang tidak berbelah bagi dalam apa jua keadaan selagi kita berada di landasan taatkan perintah Allah dan takwa kepadaNya. Natijahnya Allah muliakan mereka dengan menjadikan Mekah bumi perhimpunan umat Islam sedunia. Hajar dan anaknya Ismail juga adalah pilihan Allah untuk dimuliakan aliran nasab bangsa Arab hingga sampai kepada Nabiyyuna Muhammad sallallahu alaihi wasalla. Kita hari ini bagaimana? Tepuk dada, tafakur seketika, ingatkan kembali apa yang telah kita lakukan selama ini dan waspada untuk masa-masa akan datang.
Ibrahim, Ismail Alaihimassalam Dan Kisah Penyembelihan
Firman Allah Subhanuhu Wata’ala yang bermaksud:
“Maka setelah Anak itu (Ismail) telah mampu berdikari (sa’ya), berkatalah Ibrahim alaihissalam kepada anaknya Ismail:’Hai anakku, sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu, maka apakah pandanganmu?’ Jawab Ismail alaihissalam: ‘wahai bapaku, lakukanlah apa yang diperintahkan itu, nescaya kamu akan mendapati aku tergolong dalam golongan orang-orang yang sabar’ (Al-soffat: ayat 101)
Saya percaya semua telah mengetahui apa kesudahan cerita ini sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah dalam surah yang sama sambungan ayat 102 hingga 108. Begitu sekali kental iman dan padu yakin Ismail dan Ibrahim berdepan dengan ujian Allah. Kehebatan Ibrahim alaihissalam mahu mengorbankan anak kesayangan yang baru sahaja ditemui setelah ditinggalkan bersama ibunya Hajar di sahara kontang yang akhirnya diberkati Allah dengan Kaabah dan air zamzam. Pengorbanan yang bukan sedikit tapi dengan tangannya sendiri mahu disembelih Ismail lantaran wahyu yang disampaikan Allah melalui mimpi.
Cuba kita bertanya pada diri, apakah sanggup kita lakukan semua itu terhadap anak darah daging sendiri? Tepuk dada tanya iman. Jika tidak kerana perintah dan ketetapan Allah nescaya Ibrahim juga akan teragak-agak melakukan penyembelihan tersebut. Namun segalanya adalah bukti keimanan dan keyakinan pada Allah yang tidak berbelah bagi. Ismail tetap mahu disembelih dengan tanganya sendiri yang kemudiannya Allah tebus Ismail dengan sembelihan besar seekor kibasy. Yang pasti Ibrahim telah menunujkkkan bukti dan teladan buat umat hingga akhir zaman bahawa segala yang ada di dunia ini sanggup dikorbankan semata-mata kerana perintah, taatkan Allah. Dan yakin dengan janji Allah. Justeru kita hari ini pula bagaimana? Masih merasa kabur akan hakikat sebuah kehidupan dan kepastian sebuah kematian atau bagaimana? Fikir-fikirkan, saya juga sama, tidak terkecuali.
Ismail alihissalam juga punya kekentalan iman dan keutuhan keyakinan sama seperti ayahnya. Jawapan yang diberikan kepada ayahnya ketika diajukan perintah Allah untuk menyembelihnya adalah jawapan yang mengandungi kefahaman matlamat hidup yang jelas, manifestasi ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada seorang ayah dan yang paling penting demi Allah, tuhan kepada umat manusia.
Itu cerita anak muda belia yang bernama Ismail alaihissalam. Barangkali ada yang tidak suka bila saya bandingkan kisah ini dengan reaiti anak muda hari ini. Itu terpulang, tapi yang paling mustahak adalah menjadikan kisah tersebut sebagai teladan yang sepatutnya kita sematkan dalam nubari dan panduan dalam melayari hidup dilautan fana ini. Namun apa sekalipun, perlu kita ingat bahawa Allah SWT mengkhabarkan kisah ini dalam kalam suci Al-Quran supaya menjadi panduan dan iktibar kita umat Muhammad SAW hari ini.
Kita Hari Ini, Bagaimana?
Tiga model agung yang saya bawakan dalam lakaran sirah kali ini adalah manifestasi tiga entity besar yang menempati 1/3 daratan dunia hari ini. Ia merangkumi entity anak muda dan juga anak iaitu nabiullah Ismail alaihissalam. Ibrahim Khalilullah pula adalah watak utama seorang ayah, suami dan juga pemimpin. Watak yang dibintangi oleh Hajar alaihassalam pula menaikkan taraf dan penghormatan buat srikandi, isteri dan ibu. Ia seolah-olah melengkapi semua status yang ada di dunia hari ini.
Justeru, harapan saya agar perkongsian kisah ini dapat mengingatkan kita kembali kepada kembara takwa seorang hamba untuk kembali kepada Tuhan dengan harapan akan beroleh syurga. Namun kisah ini jugalah harapnya yang akan menjadi sempadan waspada dan takut-takut kita kalau-kalau terpesong ke lembah neraka. Wal iyazubillah.
Pesan saya, sama-sama kita aturkan jadual masa dan perancangan untuk memiliki syurga dan pada masa yang sama tidak langsung kita lupa untuk menjejak sirah para anbia’, mursalin, sahabat, tabai’en, tabi’ tabi’en, syuhada’, ulama’ solihin hingga ke tiupan qiamat yang terakhir.
Pesan saya lagi jangan terperangkap dengan corak fikir sendiri kerana’ falasi menafikan bukti’ adalah kesilapan yang nyata besar dalam pola fikir kita hari ini. Sebagai contoh saya bawakan kes falasi menafikan bukti yang menentang pendapat kita “katakan kita tidak suka motosikal, kita mungkin mengemukan hujah begini: Motosikal membahayakan nyawa penunggang. Ia bising dan menjadi punca utama pencemaran bunyi. Lagipula ia hanya dapat mengangkut 2 orang sahaja. Kesimpulan-kesimpul an yang negative inilah yang sama sekali menafikan ciri-ciri positif yng ada pada motosikal.
Justeru, jangan sekali-kali melakukan falasi minda dengan hanya memandang sesuatu dari sudut negative yang tidak sebulu atau menentang nafsu sendiri tapi pandanglah sesuatu perkara atau teladan sirah melalui pandangan hati yang optimis dan positif. Faham-fahamkanlah kiranya ya.
Fahami erti kehidupan dan kepastian sebuah kematian. Sekian.
Jumaat, November 28
50 tips menbersihkan jiwa
sabar apabila mendapat kesulitan.
Tawakal apabila mempunyai rencana/ program/rancangan
Ikhlas dalam segala amal perbuatan
Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan.
Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan.
Jangan putus -asa dalam menghadapi kesulitan.
Jangan terasa rendah dengan kekayaan orang lain.
Jangan hasad dengki dengan kejayaan orang.
Jangan sombong jika memperoleh kejayaan.
Jangan tamak kepada harta dunia.
Jangan terlalu bongkak dengan pangkat/kedudukan diri.
Jangan hancurkerana kezaliman.
Jangan goyah dengan fitnah.
Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
Jangan dekati harta yang haram.
jangan sakiti ibu bapa.
Jangan usir orang yang meminta.
Jangan sakiti anak yatim.
Jauhkan diri daripada dosa-dosa besar mahupun yang kecil.
Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil.
Banyakkan kunjungan ke rumah Allah (masjid)
Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk.
Lakukan solat fardhu di awal waktu, sebaik2nya berjamaah di masjid.
Biasakan diri bersolat waktu malam.
Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah
Lakukan puasa wajid dan puasa sunat.
Sayangi dan sopan santun terhadap fakir miskin.
Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah.
Jangan marah berlebih-lebihan( panas baran )
Cintailah seseorang kerana Allah dan tidak berlebih-lebihan.
Bersatulah kerana Allah dan Berpisahlah kerana Allah.Berlatih supaya konsentrasi fikiran ( tumpuan - tidak hayal )
Tepati janji jika berjanji dan minta maaf jika sesuatu itu tidak dapat dipenuhi.
Jangan bermusuhan kecuali dengan syaitan dan iblis.
Jangan percayai ramalan manusia.
Jangan terlampau takut pada kemiskinan.
Hormati setiap orang ( tua atau yang muda )
Jangan terlampau takut pada manusia.
Jangan sombong , takabbur dan besar kepala (degil)
Berlaku adil dalam segala urusan.
Banyakkan beristighfar dan taubat kepada Allah.
Bersihkan rumah daripada patung2 berhala/ patung2 hiasan.
Hiasilah rumah dengan ayat2 Al-Quran yang suci.
Perbanyakkan silatul-rahim .
Tutup aurat bersesuaian dengan petunjuk Islam.
Elakkan bermusuhan
Berbicara secara aman.
beristeri/bersuami jika cukup mampu dan bersedia.
hargai waktu, disiplin diri dan manfaatkan waktu.
Amalkanlah sebaik-baik mungkin.......
insyaallah hidup kita di dunia dapat dimanfaatkan sepenuhnya..............
DOA PENGIKAT HATI-HATI SESAMA MUKMIN
Ahad, November 23
Khamis, November 20
HATI NURANI
Rabu, November 12
hadis
"Jika kau mendapati jiwamu di tahap yg tinggi, maka awasilah kerana bila-bila masa kau akan ke bawah..namun jika kau sentiasa mrasa jiwa sntsia di bawah, percayalah bila2 masa pun kau akan di atas..walau di mana kau berada, batasilah nikmat atau musibah dengan syukur kerana syukur adalah redha..ingatlah bahawa kabus itu memang gelap, tapi lama-kelamaan ia akan hilang apabila mentari muncul..."-mohamed al-fateh