Khamis, Mei 7

GAMBAR KENANGAN BERSAMA SAHABAT SEPERJUANGAN

Kenangan: sahabat AJKT bersih surau Imarah Saadah
Malam ucapan dasar
Usrah amali AJKT: rehlah di pantai
Ziarah ke rumah ustz Fikri sempena kelahiran adik Syifa'

WARKAH BUAT SAHABAT SEPERJUANGAN AJKT DPMT


Salam imtihan buat sahabat-sahabat serta alim ulamak sekalian...

Dalam kesibukan persediaan peperiksaan suka ana mengambil masa sedikit mencoret pengalaman bersama sahabat-sahabat seusrah (usrah AJKT DPMT) minggu lepas adalah usrah terakhir kami dan bermula minggu ini adalah masa dan ruang sepenuhnya untuk kami pimpinan tumpu dengan mentalaah semua kitab-kitab kuliah untuk pesediaan menghadapi peperisaan tidak lama lagi.

Ketika ini, memang terasa sangat-sangat sunyi dan hanya bersama kitab dan ahli bait sahaja jika dibandingkan sebelum ini setiap malam jumaat kami adik-beradik AJKT berhimpun tidur bersama-sama termasuk kekanda penasihat (akhi Wan Hadi dan akhi Hafiz) untuk bangun berqiamualail. Pada paginya pula akan ada liqo fuad (tautan hati-hati). tapi bermula dari esok, amalan itu ditangguhkan seketika. Apa pun, ana cuba menghidupkan juga suasana walaupun keseorangan dan ana mengharapkan memohon kepada ALLAH taala moga-moga dikurniakan lagi nikmat bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangan di masa mendatang, insyaALLAH taala.

Satu penggal bersama sahabat-sahabat AJKT, banyak kenangan pahit dan manis yang sama-sama kami lalui pada masa susah maupun senang. Kami AJKT tidak lekang daripada berbincang dan bermesyuarat untuk kebaikan dan kebajikan seluruh ahli. Tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ini perlu kami langsaikan sebaik mungkin dengan harapan apabila kami berhadapan dengan ALLAH taala, kami boleh menjawab sebaiknya akan taklifan ini.

Buat sahabat-sahabatku AJKT, masa ini peruntukan untuk study, tumpu sebaik mungkin kepada kitab-kitab kuliah.Buat terbaik exam nanti. Jangan mudah putus asa,kuatkan semangat kalian. Kalian boleh berjaya dalam semua bidang. Teruskan usaha, buat perancangan dan pengurusan waktu dengan baik dan jangan terleka. Kalian berpotensi untuk berjaya insyALLAH. nasihat buat sahabat-sahabat dan juga diri ini sebagai motivasi.

Walaupun kita tidak lagi qiamulail sama-sama, tidak lagi berusrah sama-sama setiap minggu dalam fatrah exam ni, tapi kita tetap sehati sejiwa dalam mendokong perjuangan ini. Ayuh sahabat-sahabatku yang di sayangi kerana ALLAH, bangkit kita sebagai pemuda yang menjadi kebanggaan Rasulullah S.A.W, rijal-rijal yang pada siangnya seperti singa kuat bekerja untuk ISLAM dan pada malamnya bangun bermunajat sebagai seorang abid. Semoga hati-hati kita diikat atas dasar IMAN dan TAKWA kepada ALLAH taala semata-mata.
Tidak ana lupakan kepada kekanda penasihat-penasihat DPMT, banyak berkorban untuk mendidik dan mentarbiyyah kami.

Ingat sahabat-sahabatku, HIDUP BERJUANG, MATI TERBILANG.