Rabu, Ogos 27

Ramadhan Karim



Kedatangan Ramadhan sentiasa mengingatkan kita kepada kejayaan-kejayaan generasi Islam yang awal. Sebagai menggambarkan betapa kekuatan umat Islam yang sebenar adalah pada iman dan komitmennya terhadap perintah Allah taala..

Bulan Ramadhan terus menggagahi mereka untuk mara menempa kecemerlangan, sama ada dalam rangka usaha menyampaikan risalah Islam ke kawasan-kawasan baru, mahu pun mempertahan diri dari ancaman musuh dan penjajahan kufar


DOAku pada bulan RAMADHAN


"Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam."

Hadis dari NABI S.A.W:

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika
Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Semoga Ramadhan kali ini dapat menjadi pemangkin yang membarakan semangat jihad di dalam diri kita. Sesungguhnya mereka yang mati dalam keadaan tidak pernah berjihad atau memasang niat untuk berjihad, maka matinya adalah di atas salah satu cabang nifaq!

wslm..

Ahad, Ogos 24

satu kenangan,satu pengajaran







Salam buat sahabat dan rakan taulan..

Di sini suka saya kongsi sedikit pengalaman terbaru yang berlaku pada diri yang doif ini, moga-moga menjadi pedoman dan nasihat berguna kepada diri dan semua dalam meniti hari-hari yang mendatang.
Tanggal 21hb 8,sehari selepas walimatul urus al-fadhil ust yusri bersama shbt2 lain dlm kemeriahan menyambut rakan-rakan,keesokan berlaku satu peristiwa penting mungkin dan mungkin aku tidak akan melupakan sejarah ini sepanjang hidupku.. pemergian seorang sahabat seakidah menemui ILAHI yang tidak akan kembali buat selama2nya....wpn tidak pernah knl dekat dengan arwah,bukan dari warga tantawi dan bukan warga Malaysia tapi arwah satu akidah satu agam dengan kita semua...
alhmdllah ku panjatkan pd ALLAH taala dalam daku sibuk lalai dgn nikmat keduniaan, ALLAH masih sygkn daku shggakn satu amaran n peringatan yang ditujukkan di bumi tanta atas kematian shbt singapura itu yg seusia dgn daku dan shbt2 ku. tanpa di duga kejadian ptg itu membawa kepada satu kesedaran pada hatiku..
Seorang anak muda yang sangat kuat,boleh berjalan dan berlari apabila nak menaiki tramco@ van2 sewa arab,boleh memikul beban yang sangat berat tp sebaliknye perkara yang sering kita lupa. tentang bab kematian..lebih-lebih lagi bagi diri seorg pemuda,sering lupa akan kematian tidak mengenal yang tua@muda.. diri ini slalu beranggapan hari masih panjang...
.

"SETIAP YANG BERNYAWA AKAN MENEMUI MAti"

Dalam keadaan sblm ni sgt2 cht dan kuat , tiba2 di jemput mngadap ALLAH taala.. daku rasakn kerdil diri ini,dalam kehidupan seharian ada kalanye lupa terus akan mati,byk buat pkara maksiat,kurang beramal,bangga diri.ujub,takabbur masih ada di sanubari,tertaman sifat bahawa dunia ini aku yang punya...itu aku sbnrnye,slalu alpa n lupa akan sgl apa yang tuhan bagi.tidak pandai mggunakan sgl mcm nilmat yang di turunkan.. apatah lg nak melahirkan rs syukur,rs berteriama kasih pada RABBUL IZZATI..

Ya ALLAH, betapa doifnye diri ini.betapa lemahnya iman ini,betapa besarnya dosa hambaMU ini.. ya ALLAH, didik la daku,pandang la daku ya RABB... dgn pandagn kasihan belasMU, ENGKAU TUHANku,aku hambaMU..
AMIN ya rabbalalamin....

Jumaat, Ogos 15

Nasihat penting kepada para pemuda-pemudi Islam

Nasihat penting kepada para pemuda-pemudi Islam

Tuesday, August 12, 2008

Di sediakan oleh :Ust Zuliadin bin Abdulllah.
Layari blognya http://zuliadin.wordpress.com

Pemuda adalah golongan penting untuk membawa Islam kedalam masyarakat manusia. Mereka adalah golongan yang dikatakan sebagai tiang kepada negara. Peranan mereka amat penting dalam proses pembentukan sesebuah negara. Seperti pandangan pemikir-pemikir dan cendikiawan-cendikiawan bahawa untuk melihat keadaan masa depan sesebuah negara itu lihatlah kepada keadaan pemuda-pemudi mereka sekarang.

Pandangan ini membayangkan kepada semua tentang kekuatan sesebuah negara itu bergantung kepada kekuatan pemuda-pemudinya. Jika mereka sentiasa dalam keadaan ingin menguatkan negara mereka, atau berusaha untuk mencari kejayaan dalam hidup mereka di dunia dan akhirat, maka insyaAllah negara itu akan kuat dimasa depan.

Dan sebaliknya iaitu jika golongan ini sentiasa sibuk ataupun disibukkan dengan hiburan dan perkara yang melalaikan pemikiran dan jiwa mereka, tiada berkehendak untuk berfikir tentang masa depan mereka dan mereka hanya tahu berpesta atau berhibur semata-mata maka, kita bakal melihat kemusnahan negara tersebut dimasa depan.

Tetapi untuk membentuk pemuda pemudi seperti yang dikehendaki Islam, ianya bukanlah perkara yang enteng. Mereka hendaklah membina diri dengan lengkap dan sempurna mengikut pandangan Islam. Antara keperluan yang digariskan ialah :

1.Membina kematangan akal :

Dengan memberi perhatian bersungguh kepada ilmu supaya menjadi seorang pemuda yang faham ilmu fardhu ain ,kifayah, dunia, akhirat dan lain-lain. Dengan ilmu juga mereka akan mengenali Allah sebagai pencipta, kenal Islam sebagai agama, yakin dengan perjuangan sebagai jalan untuk menyelamatkan manusia. Dengan ilmu juga mereka dapat memajukan diri, keluarga dan negara menurut Islam. Firman Allah swt :

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ

Bacalah dengan nama Rabbmu yang menciptakan (al-Alaq ayat : 1)

2.Membina roh dengan ibadah :

Ibadah merupakan hubungan dengan Allah secara langsung. Samada yang dinamakan rukun wajib seperti sembahyang puasa, ataupun sunat seperti membaca al-Quran, zikir, tahlil dan lain-lain. Dengan kita pada setiap masa memenuhi tuntutan ibadah ini maka kita sebenarnya telah menguatkan roh. Kesan dari roh yang kuat ini maka akan terhasilah ibadah yang ikhlas kerana Allah. Jika badan kita kuat tetapi roh kita lemah maka ini menunjukkan tiada keseimbangan dalam memenuhi tuntutan kedua-duanya.

3.Membina akhlak :

Sifat-sifat yang mulia, kelakuan-kelakuan yang baik sebagai seorang Islam dan mukmin perlu diterap dalam diri pemuda-pemudi Islam. Bukan sahaja kepintaran tetapi juga mesti kepintaran itu disulami dengan akhlak mulia. Dengan akhlak kita akan dapat menawan hati manusia. Berusaha untuk mencontohi akhlak rasulullah kerana rasulullah ada bersabda yang bermaksud “ Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak.”

4.Membina tubuh badan yang sihat:

Mengambil makanan seimbang adalah penting bagi membina tubuh yang sihat selain dari bersukan. Tubuh badan yang sihat akan menjana akal yang sihat. Tubuh badan yang sihat juga akan membentuk manusia yang cergas, fikiran akan menjadi tajam, ianya juga secara tidak langsung akan dapat memberikan kekuatan fizikal kepada pemiliknya.

5.Membina hubungan dengan masyarakat:

Suka bergaul dengan mereka, mengambil berat tentang mereka, bertanyakan khabar mereka, berkenalan dengan mereka, berkhidmat secara ikhlas kerana Allah tanpa mengira fahaman, mazhab, kedudukan dan batasan. Selari dengan firman Allah Taala :

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰ‌ۖ

“Dan bertolong-tolonganlah kamu dalam perkara taqwa (surah al-Maidah ayat 2 )

Untuk mereka mendapat kejayaan didalam sesuatu bidang, mereka hendaklah memahami perkara asas dahulu. Kalau petani mesti tahu perkara asas tanaman, kalau nelayan mestilah tahu asas tentang ikan dan laut. Begitu jugalah dengan perhubungan dengan masyarakat. Mereka mestilah mengetahui akan perkara asas yang menjadi kesukaan atau kebencian masyarakat kerana dengan cara ini kita dapat mengenali masyarakat secara dekat. Justeru, kita mestilah bergaul dan mengenali mereka dengan lebih dekat lagi agar dakwah kita akan menjadi lebih berkesan.

Inilah ciri-ciri pemuda harapan, yang mampu menyelamatkan Islam, negara dan ummatnya. Oleh kerana jalan perjuangan untuk memartabatkan Islam penuh dengan cabaran dan dugaan, maka mereka yang mampu untuk meredah melepasi rintangan kepada kejayaan ini hanyalah mereka yang kuat rohani dan jasmaninya.

Hari ini pemuda-pemuda kita ramai yang bersemangat tetapi mereka kehilangan kekuatan. Kelima-lima kekuatan tadi juga mampu membentuk muslim dan mukmin yang terbuka, bertoleransi dan tidak melulu, melampau, ekstrim, taksub membabi buta. Malah kelima-lima kekuatan tadi juga akan dapat melahirkan pemuda yang berpandangan jauh, tidak sempit pemikirannya dan juga boleh diajak berbincang secara ilmiah.

Bayangkan keadaan dimana pemuda muslim yang cuba berdakwah kepada orang ramai tentang Islam mempunyai sifat-sifat seperti tidak cerdik kerana tiada ilmu dan tidak mendalaminya, tidak melakukan ibadat wajib mahupun sunat, berakhlak buruk, tidak bermaya dan tidak bergaul dengan masyarakat. Adakah anda fikir dakwah mereka akan berjaya?

Maka sewajarnyalah bagi semua pemuda Islam untuk melengkapkan diri mereka semua dengan kekuatan-kekuatan ini. Janganlah kerana kejahilan dan kelemahan dalam diri kita, akan menyebabkan usaha untuk mendaulatkan Islam menjadi sia-sia. Dan paling malang apabila orang yang berminat untuk mendalami Islam semakin menjauhi Islam kerana kelemahan kita. Akhirnya Islam pula dipandang buruk kerana kita Waiyyazubillah.

Wallahua’lam


Jumaat, Ogos 8

SELAUT KESYUKURAN PADA RABBUL IZZATI...

Renungan Jumaat : "Sesungguhnya kematian terus mendekati kita & dunia terus meninggalkan kita. Maka jadilah kamu anak2 akhirat dan jgnlah kamu menjadi anak2 dunia. Sesungguhnya hari ini adalah beramal dan tidak ada hisab & esok adalah hisab dan tdk boleh lg beramal."

Assalamualaikum.. alhmdllah ku lahirkn rs sgt2 bersyukur kpd ILAHI.. krn bg ruang n ms kenikmatan kesihatan tubuh badan ms n ketika ni ku masih dpt semuanya dlm meneruskan kehidupan seharian wpn tanpa ummi n fmly tcinta d sisi,namun byk perlu ku berterima kasih pad ALLAH taala..

Ptama alhmdllah kputusan exm thn ni dh kluar... alhmdllah ku sgt2 tharu n sgt2 gembira dpt satu lg anugera ALLAH taala sbg seorg tolibul ilmi... najah n dpt naik thn 4 pd fasa dpn .. alhmdllah..
pn begitu.. ada d kalangan shbt2 xdpt naik thn lg..mngkin xde rzki lg... usaha lg.. iALLAH thn mendatang akn ALLAH kurniakn kecemerlangan ..iALLAH..

Pe pn.. ku x lupa pd ibu tsyg.. byk bg smngt n motivasi buat diri ini dan x lupa2 mendoakn anak kesanyagan di ni spy najah dlm imtiham n spy slmt dunia akhrat..
terima kasih tidak terhingga buat ibu tsyg..ku sgt2 dahagakn doa mama sehgga akhir hayat ku bertemu d syurga ALLAH taala.. iALLAH..XDLUPAKN JG PD FMLY N SHBT2 ana terutama shbt2 pimpinan exco dewan perwakilan mahasiswa TANTA0708 bwh pimpinan ust wan hadiyuddin..byk bg daku ilmu n pngalaman berguna utk ku teruskn perjuangn sbg seorg hamba kpd PENCipta...KPD SHBT2 TANAH AIR tidak d lupakn jg... doa mu ku harapkn..

Buat akhirnya.. ku akan teruskn perjuangn ini seorg penuntut ilmu ALLAH taala d bumi mesir yang BERKAT n limpahan rahmat ini mcari dan mencari ilmu n pengalaman dan yg terpenting rahmat n keampunan dr ALLAH taala..
mg ilmu yg ku dpt ..dbrkati n semakin byk ilmu yang daku tahu,semkin dekat daku pd ALLAH taala.. tu hrpan dan matalamat ku d smping akan samapaikn dakwah islam ni kpd masyarat seluruhnya.. khusus mlysiaku tcinta


Maaf dan silap dr semua pembaca budiman.. atikel ni x lain x bukan hanya utk lahirkan satu semangat baru dlm menempuh hari2 mendatang...xde kene mngena dgn yang hidup maupun yang telah meninggal dunia...

alfatihah buat ayahanda tsyg...
anak didikmu
Faizol Endut
kuliah usuluddin tafsir
tahun 4 al AZHAR AS SYARIF..
CAW TANTA
JUMAAT..8HB OGOS 2008,SEBERBEY,TANTA

Selasa, Ogos 5

CINTA DAN DICINTAI...

Mencintai dan dicintai.

Soalan: Adakah kita mencintai kerana dicintai ataupun kita dicintai kerana mencintai?

(Penulis: Er......)

Pada saya, untuk dicintai, kita harus mencintai terlebih dahulu. Dengan kata lain, untuk dicintai atau disukai, kita harus mengambil inisiatif terlebih dahulu untuk mencintai dan juga menyukai sesuatu.

Tiada orang yang tak suka dicintai. Kerana perasaan dicintai dan disayangi itu sangat indah. Sangat bahagia. Anak mana yang tak gembira bila dicintai orang tuanya. Suami mana yang tak suka dicintai isterinya. Ayah mana yang tidak mahu dicintai anak-anaknya. Semuanya sama, mahu dicintai dan mahu disayangi.

Persoalannya, adakah kita mencintai terlebih dahulu. Adakah si anak itu mencintai orang tuanya? Adakah si suami mencintai isterinya? Dan adakah si ayah mencintai anaknya?

Usah ditagih cinta sekiranya kita tidak mahu mencintai.

Sedangkan pokok pun harus dibelai, dimanjakan dengan menyiram, membaja dan sebagainya, sebelum "cinta" itu dibalas kembali dengan buah dan hasil, inikan pula manusia, yang punya hati dan perasaan.

Yang paling penting, cintailah Yang Maha Esa, Allah s.w.t. sebelum mengharap cinta daripada-Nya. Pasti, tiada cinta yang lebih agung daripada cinta kepada-Nya =]

Renungan untuk diri sendiri dan rakan-rakan.

perjuangnan mesti diteruskan....

MUQADDIMAH

Gerakan Islam kebelakangan ini menghadapi berbagai-bagai rintangan dan halangan yang perit di dalam perjuangannya.
Kita lihat sahaja apa yang berlaku kepada umat Islam di Algeria, Tunisia,Mesir, Palestin dan di merata tempat di pelusuk dunia ini umat Islam ditekan hebat oleh mush-musuh Islam yang didalangi oleh kuasa-kuasa besar dunia dankuncu-kuncunya.

Ini merupakan suatu sunnah dan kita sebagai pejuang Isalm perlulah melengkapkan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran yang bakal melanda umat di rantau ini.

SEPINTAS LALU TRIBULASI UMAT TERDAHULU

Secara ringkas dipaparkan di sini tribulasi umat terdahulu dalam perjuangan mereka sebagai renungan kepada kita bersama.

Di antara contoh-contoh tersebut ialah:

a) Nabi Ibrahim a.s. Tribulasi yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim a.s. tidak lain dan tidak bukan merupakan rentetan pertarungan antara kebenaran dan kepalsuan.

Kita lihat bagaimana Nabi Ibrahim bangun menentang dan melawan cara hidup jahiliyah tanpa mengira sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Maka berlakulah tentangan dan tekanan hebat daripada kaumnya sedangkan Nabi Ibrahim tanpa memiliki apa-apa kekuatan senjata dan kekuatan penyokong.

Kita lihat di sini bagaimana keimanan kuat Nabi Ibrahim memperjuangkan kebenaran, baginda dipulaukan oleh kaum keluarganya termasuk ibu bapanya sendiri.

Namun itu semua sedikit pun tidak mengubah pendiriannya dan memperjuangkan kebenaran.

Tekanan ke atas Nabi Ibrahim a.s. semakin hebat sehingga baginda dicampakkan ke dalam api yang marak menyala supaya mati terbakar hidup-hidup.

Baginda redha terhadap ujian Allah demi kesetiaan perjuangannya.

Akhirnya Allah memerintahkan api supaya menjadi sejuk sepertimana yang digambarkan melalui firmanNya yang maksudnya: “Kami berfirman: “Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.” Dan mereka (dengan perbuatan membakarnya itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadika mereka orang-orang yang amat rugi, (kalah dengan hinanya).” (Al-Anbiya’: 69 – 70)

Tentangan dan halangan yang dialami oleh Nabi Ibrahim berterusan melambangkan keutuhan dan kemantapan perjuangannya yang tidak kenal undur sehingga akhirnya Allah menjadikannya sebagai salah seorang rasulNya yang terpilih (ulu al-‘azmi.

Firman Allah swt yang bermaksud: “Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak telahpun dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).” (Al-Baqarah: 130)

b) Nabi Musa a.s. Ujian yang dihadapi dan diharungi oleh Nabi Musa a.s. bermula sejak bayinya lagi.

Sebagaimana yang kita tahu, sejarah perjuangan Nabi Musa a.s. dihiasi dengan suasana yang menyayatkan.

Ibunya terpaksa menyelamatkan baginda dari kekejaman Firaun dengan menghanyutkan baginda ke sungai.

Seterusnya ujian demi ujian berterusan dan semakin besar seiring dengan membesarnya Nabi Musa a.s. Nabi Musa a.s. tidak putus as dan tabah dalam memimpin satu bangsa manusia yang telah biasa tunduk dan memberi ketaatan total kepada raja mereka Firaun.

Baginda bukan sahaja berhadapan dengan rajanya yang zalim tetapi juga pembesar-pembesarnya yang tidak berperikemanusiaan dan suka menindas yang lemah.

Dalam suasana beginilah Nabi Musa a.s. diperintah supaya menyeru Firaun yang berada di puncak kezaliman supaya tunduk dan patuh menyembah Allah.

Sikap sombong dan angkuh Firaun telah disebutkan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran.

Di antaranya Allah menggambarkan keangkuhan dan kezaliman Firaun yang tiada tolok bandingnya dengan firmanNya yang bermaksud: “Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan.” (Al-Qasas: 4)

Begitu kejamnya Firaun sehingga terkadang Nabi Musa a.s. sendiri merasa gerun dan gementar menghadapi tribulasi perjuangan dalam menentang Firaun.

Lebih-lebih lagi apabila perjuangan Firaun itu sendiri disokong oleh tukang-tukang sihir yang terkenal dan zalim.

Hal ini telah dirakamkan oleh Allah sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya. Kami berfirman kepadanya: “Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan.” Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir, sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada.” (At-Taha: 67 – 69)

c) Nabi Isa a.s. Tribulasi yang dihadapi oleh Nabi Isa a.s. sungguh hebat. Hebat atau tidaknya halangan-halangan yang dihadapi oleh baginda dapat kita lihat daripada mukjizat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya.

Bagaimana Allah mengurniakan kepadanya mukjizat-mukjizat besar yang menghasilkan peristiwa-peristiwa yang luar biasa tetapi ini pun tidak memberikan kesan yang besar yang boleh diharapkan dari kaumnya.

Namun begitu Nabi Isa tidak berputus asa dalam perjuangan malah tabah dan sabar menghadapi tribulasi perjuangan walaupun dimaki hamun oleh kaumnya ketika menyampaikan seruan dakwah.

Nasihat dan pesanan Nabi Isa a.s. kepada pengikutnya dapat menunjukkan kepada kita betapa tabah dan cekalnya baginda dalam menjalankan kerja-kerja dakwah.

Sebagai contoh, baginda pernah berkata kepada pengikut-pengikutnya: “Berbahagialah kamu jika mereka memaki hamun dan mengusir kamu dan mengatakan kepada kamu segala perkataan yang jahat lagi dusta keranaku…Bergembiralah kamu lantaran pahala kamu sangat besar di langit.

Begitulah para nabi terdahulu juga pernah diusir dan dikeji lantaran perjuangan mereka… Kemuncak kepada tribulasi perjuangan Nabi Isa a.s. adalah usaha untuk membunuhnya.

Namun, usaha tersebut gagal kerana datangnya pertolongan Allah menyelamat dan mengangkatnya ke langit.

Ini dirakamkan oleh Allah s.w.t. di dalam Al-Quran dengan firmanNya yang bermaksud: “Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan : “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibn Maryam, Rasul Allah.” Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak menyalibnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Al-Nisa’: 157 – 158)

d) Nabi Muhammad s.a.w. Cabaran yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w. juga tidak kurang hebatnya.

Bermula dari perang saraf hinggalah cubaan-cubaan untuk membunuhnya. Kita juga lihat bagaimana baginda bersama-sama dengan para sahabat baginda turun ke medan perang, berjihad mempertahankan aqidah sanggup mempertaruhkan nyawa dan mengorbankan harta benda semata-mata memperjuangkan ajaran yang suci ini.

1. Perang Saraf Dalam usaha untuk melumpuhkan daya juang Rasulullah s.a.w., kaum jahiliyah telah menggunakan segala taktik psikologi yang tidak ada langsung kesopanan.

Mereka menggunakan ejekan dan kejian serta mempersendakan Rasulullah s.a.w. supaya baginda akan patah semangat dan meninggalkan perjuangan. Ini dapat dilihat melalui firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan mereka berkata: “Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan mata air dari bumi, bagi kami. Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus. Atau (sehingga) engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebgaimana yang engkau katakana (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya. Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya.” Katakanlah (wahai Muhammad) : “Maha Suci Tuhanku! Bukanlah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?” (Al-Isra’: 90)

Bila kerja-kerja itu gagal dan tidak dapat mematahkan semangat Rasulullah s.a.w., mereka menyebarkan fitnah bahawa Rasulullah s.a.w. ini sudah gila, ahli sihir dan sebagainya.

Tetapi itu semua menambahkan lagi semangat dan ketabahan Rasulullah s.a.w. terhadap perjuangan di mana akhirnya selepas itu orang-orang Arab jahiliyah berusaha untuk membunuhnya tetapi Allah s.w.t. memberi perlindunganNya dari usaha tersebut.

2. Peperangan Halangan-halangan terhadap usaha dakwah Rasulullah s.a.w. berterusan sehingga menghendaki Rasulullah dan para sahabatnya menggadaikan nyawa dan harta benda dalam meneruskan perjuangan bagi memastikan ‘survival’ ajaran Islam ini.

Dalam peperangan Uhud misalnya, bapa saudara Rasulullah s.a.w. turut terbunuh manakala Rasulullah sendiri luka-lika dan nyaris maut.

Peperangan in iturut menyaksikan kesetiaan dan pengorbanan para sahabat Rasulullah s.a.w. di saat-saat yang sangat mencemaskan seperti Abu Talhah r.a. dan Ziad bin Sakan r.a. yang menjadikan diri mereka sebagai perisai bagi melindungi Rasulullah s.a.w. dari terkena panah pihak musuh.

Begitu juga dalam peperangan lain kita lihat betapa hebatnya pengorbanan untuk memastikan Islam ini dapat terus berkembang dan menewaskan penghalang-penghalang kepada perkembangannya.

3. Halangan-halangan Terhadap Kerja Dakwah Di dalam kehidupan pendakwah terdapat banyak halangan dan rintangan yang menggugat nasib pejuang-pejuang Islam.

Tetapi persediaan yang baik, dan bimbingan yang betul berserta dengan sikap yang berhati-hati dapat menjaga dan memelihara pekerja-pekerja dakwah dari penyelewengan dan terjerumus ke lembah kehancuran dan dalam waktu yang sama melalui proses masa dapat menyediakan pekerja-pekerja dakwah ini tahan menghadapi ujian dan cabaran serta matang di dalam melakukan tindakan dan berfikir.

Sebenarnya, masalah utama yang dihadapi oleh pendakwah masa kini ialah soal ketahanan jiwa untuk menghadapi segala macam cabaran di dalam perjuangan.

Satu perkara yang mesti kita faham, bahawa segala idea atau kefahaman hanya akan tinggal sebagai slogan dan teori kosong selagi nilai dan kefahaman itu tidak dijelmakan ke dalam kehidupan seharian.

Apa yang lebih menyulitkan para pendakwah masa kini ialah mereka sedang hidup di dalam suasana apa yang boleh kita sebut sebagai jahiliyah moden, di mana kehidupan masyarakat kini jauh menyimpang dari Islam itu sendiri yang mana material menjadi ukuran.

Masyarakat yang hidup dengan perkara-perkara terlarang dan merosakkan menjadi simbol kepada kemajuan dan tamadun sementara sikap wara’ dan kehidupan beragama dianggap sebagai ekstrim dan melampau malah di sesetengah negara mereka dilabelkan sebagai usuliyun mutatorrifun (puak pelampau).

Oleh sebab itu, sekiranya para pendakwah sendiri tidak mempunyai aqidah yang teguh, budi pekerti yang luhur, kesungguhan yang kental, tidak bersungguh-sungguh memuhasabah diri, lali dari mengingati dan bertawakal kepada Allah serta tidak wara’ daripada mengerjakan perkara-perkara yang meragukan, begitu juga kalau mereka ini tidak bersungguh-sungguh salam mengerjakan ibadah maka sudah pastilah mereka ini juga boleh mendapat jangkitan dari penyakit-penyakit jahiliyah moden yang sedang dan telah merebak ke dalam masyarakat Islam.

Secara ringkasnya dikemukan di sini halangan-halangan pada kehidupan pendakwah dan secara langsung merupakan rintangn dan halangan terhadap kerja-kerja dakwah.

HALANGAN PERTAMA :WANITA

Dalam kehidupan pendakwah malah manusia umumnya, wanita amat memainkan peranan penting. Wanita boleh membawa nikmat atau sumber yang membawa padah.

Dalam kehidupan pendakwah terdapat kedua-dua gambaran ini. Ada pendakwah yang selepas berkahwin menjadi semakin baik Islamnya, semakin kukuh pendiriannya dan bertambah baik komitmennya dan sumbangannya terhadap kerja-kerja dakwah.

Sebaliknya, ada yang terus merosot selepas berkahwin dan ada pula yang rosak perangainya bahkan ada juga yang terus hilang dari pentas dakwah.

Kesemuanya ini ada sebab dan munasabah. Kegagalan ini berlaku tidak lain adalah kerana pembentukan keluarga yang bakal dibuat mengambil kira lunas-lunas yang telah ditentukan oleh Islam serta mengabaikan tuntutan perjuangan dan medannya yang panjang di mana ia memerlukan kepada sumbangan yang berterusan dari tenaga-tenaga pejuang.

Oleh itu, kegagalan para pendakwah di dalam perkahwinan mereka adalah lantaran mereka terpengaruh dengan perkara lahiriah semata-mata dan lupa tentang matlamat utama perkahwinan itu.

Di sini digariskan prinsip-prinsip utama perkahwinan itu:

1. Mempunyai Niat Yang Baik Islam menghendaki agar tujuan perkahwinan itu adalah untuk menyempurnakan agama.

Ini sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Daripada Anas bin Malik r.a.., telah bersabda Rasulullah s.a.w.: Barangsiapa yang dikurniakan oleh Allah seorang perempuan yang soleh, maka sesungguhnya ia telah dapat menolongnya menyempurnakan separuh dari agamanya.

Maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam separuh lagi.” (Riwayat al-Tabrani) Dalam hadith yang lain pula Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: Daripada Anas bin Malik r.a., telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Apabila seseorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam separuh lagi.” (Riwayat al-Tabrani)

Begitu juga Islam mahukan perkahwinan itu, menjadi facktor utama di dalam memelihara kemurniaan jiwa dan kesuciannya.

Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: Hadis Abdullah bin Mas’ud r.a.: Diriwayatkan daripada Alqamah r.a. katanya: Aku pernah berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah r.a. Kami bertemu dengan Uthman r.a. yang kemudian menghampiri Abdullah r.a.

Setelah berbincang beberapa ketika, Uthman r.a. bertanya: Wahai Abu Abdul Rahman: Mahukan aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah-mudahan perempuan itu akan dapat mengingatkan kembali masa lampaumu yang indah.

Mendengar tawaran itu Abdullah r.a. menjawab: apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kami: “Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin.

Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu.”

Selain itu, Islam mahukan perkahwinan itu untuk membangunkan keluarga Islam bagi menjadi asas yang kukuh dalam pembangunan masyarakat Islam.

Ini merupakan impian setiap mukmin yang mahukan keluarga yang baik dan penyenang hati, sebagaimana yang digambarkan oleh Allah s.w.t. dengan firmanNya yang bermaksud: “Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Al-Furqan: 74)

Namun begitu, jika sekiranya seseorang itu berkahwin kerana semata-mata kerana ingin memuaskan keinginan seks, maka kehidupan seks itulah yang akan menjadi ibadatnya dan menjadikannya tenggelam di dalam kehidupannya itu.

2. Pemilihan Yang Baik Perkara kedua di dalam soal ini ialah Islam menekankan supaya kita membuat pemilihan yang baik.

Pemilihan ini adalah suatu factor utama yang dapat membawa kepada pasangan yang berkahwin itu hidup secara Islam di samping merupakan faktor yang boleh membawa kepada kemesraan dan keserasian di antara kedua-dua pasangan berkenaan.

Rasulullah s.a.w. telah menjelaskan bahawa terdapat empat perkara yang dijadikan asas kepada pemilihan pasangan iaitu agama, keturunan, kecantikan dan kekayaan.

Namun, pemilihan di atas dasar agama adalah yang mesti diberikan keutamaan.

3. Peribadi Suami Sebagai Asas Islam mengingatkan para suami supaya jangan terlalu mengikut kemahuan isteri demi menjaga kewibawaan dan ketuanan seorang suami di dalam rumahtangga.

Kerendahan peribadi suami (pada pandangan isterinya) boleh membawa kepada keruntuhan rumahtangga bersama para anggotanya.

Oleh itu, Imam al-Ghazali menasihatkan para suami dengan katanya: “Diri perempuan itu mengikut keadaan dirimu.

Jika engkau lepaskan sedikit tali penambatnya, ia akan membawamu pergi jauh. Jika engkau kendurkan sejenak kekangnya dan memegangnya dengan kemas di waktu yang perlu maka engkau akan dapat memenanginya.”

Oleh sebab itu, peribadi suami memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan berumahtangga.

Pihak suami hendaklah bersikap bijak dalam menyelesaikan segala permasalahan dengan neraca Islam. Saidina Umar r.a. pernah berkata: “Lawanlah kemahuan wanita itu kerana pada demikian itu ada berkatnya.”

HALANGAN KEDUA : KEDUNIAAN

Halangan seterusnya kepada para pendakwah ialah pengaruh dan tarikan keduniaan.

Dalam hal ini, Islam mengemukakan beberapa metod bagi membentuk penganutnya supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu daya keduniaan.

Cara-cara tersebut adalah: Pertama Islam menjelaskan bahawa kedudukan dunia itu jika dibandingkan dengan akhirat adalah sangat kerdil sebagaimana dinyatakan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran yang maksudnya:

“Katakanlah (wahai Muhammad) : Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya).” (Al-Nisa’: 77)

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. bersama-sama sahabatnya melalui suatu bangkai seekor biri-biri.

Bagi menjelaskan hakikat dunia ini Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: Daripada al-Mustaurid bin Syaddad katanya : “Aku berjalan bersama-sama Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melalui suatu bangkai seekor biri-biri, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah kamu berpendapat bahawa biri-biri itu telah menjadi hina dan tidak berharga lagi bagi tuannya?”

Lalu para sahabat menyahut: Di antara bukti kehinaannya ialah mereka telah membuangnya wahai Rasulullah.

Lalu Baginda bersabda: “Sesungguhnya dunia ini lebih hina daripada kehinaan bangkai kambing biri-biri ini pada tuannya.” (Riwayat al-Tirmizi).

Kedua Islam mengingatkan supaya tidak menjadikan dunia sebagai punca persaingan di antara sesama manusia.

Oleh itu Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “ Diriwayatkan daripada Umar bin Auf r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. telah mengutuskan Abu Ubaidah bin al-Jarrah ke Bahrain.

Dia pergi ke Bahrain untuk mengambil jizyah ahli Bahrain kerana Rasulullah s.a.w. telah membuat perjanjian dengan penduduk Bahrain.

Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan Al-A’la bin al-Hadhrami untuk mengutip jizyah dari penduduk Bahrain.

(Selepas itu) Abu Ubaidah pulang dari Bahrain dengan harta jizyah.Orang-orang Ansar telah mendengar (khabar) kepulangan Abu Ubaidah maka mereka (orang-orang Ansar) datang bersembahyang Subuh bersama Rasulullah s.a.w.

Selesai sembahyang, Rasulullah s.a.w. berpaling menghadap rombongan. Mereka menyerahkan wang kutipan jizyah kepada baginda. Rasulullah s.a.w. senyum ketika melihat ahli rombongan tersebut, kemudian baginda bersabda: Aku kira kamu semua (orang Ansar) telah mendengar (khabar) kepulangan Abu Ubaidah dari Bahrain membawa sesuatu.

Mereka menjawab: Memang benar wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Maka beritahulah khabar gembira ini dan bercita-citalah apa yang menggembirakan kami (dengan wang ini).

Demi Allah! Aku tidak takut kefakiran menimpa kamu semua akan tetapi aku amat takut apabila dunia dihampar di hadapan kamu (diberikan kemudahan memiliki nikmat dunia) sebagaimana yang telah diberikan kepada mereka sebelum kamu lalu kamu berlumba-lumba untuk memilikinya sebagaimana mereka.

Dunia itu akan menghancurkan kamu sebagaimana ia menghancurkan mereka.”

Ketiga Islam mengingatkan supaya kecintaan terhadap dunia jangan menguasai hati sehingga ianya menyibukkan seseorang dengan keduniaan dan menghalangnya dari mencari bekalan untuk akhirat.

Oleh itu Islam menggalakkan kezahidan terhadap dunia serta membebaskan diri daripada ditawan.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang cinta kepada dunia dan seronok serta leka kerananya, maka hilanglah daripada hatinya rasa takut kepada akhirat.”

Tetapi maksud dan falsafah kezahidan bukan bererti Islam menyekat seseorang daripada berusaha, bekerja dan membangunkan dunia ini sebagaimana yang difahami oleh sesetengah orang, tetapi yang sebenarnya kezahidan itu adalah cuma untuk memelihara kita daripada menyembah dan tunduk kepada lambaian dunia.

Sebab itu, apabila Rasulullah s.a.w. ditanya tentang hakikat kezahidan itu, baginda bersabda yang maksudnya: “Bukanlah kezahidan itu dengan mengharamkan perkara-perkara yang halal dan tidak pula mengsia-siakan harta benda.

Tetapi kezahidan terhadap dunia itu adalah bahawa kamu lebih mengutamakan apa yang ada ditangan Allah daripada apa yang ada ditanganmu.”

Begitu juga sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Ahmad sewaktu seseorang menyoal tentang zahid: “Adakah seseorang itu zahid sedangkan ia memiliki seribu dinar?”Jawab Imam Ahmad: “Ya”. Lalu ditanyakan lagi kepadanya:

“Jadi apakah bukti kezahidan? “Jawab beliau: “Buktinya ialah jika bertambah hartanya ia tidak bergembira dan jika berkurangan pula ia tidak berdukacita.”

KESIMPULAN

Halangan-halangan yang dinyatakan di atas menyebabkan terdapat di kalangan yang terlibat dengan kerja-kerja Islam meninggalkan medan dakwah.

Secara ringkasnya boleh disimpulkan seperti berikut :

a) Tidak Tahan Menghadapi Ujian Ujian dalam kehidupan pendakwah adalah besar yang memerlukan banyak pengorbanan.

Oleh itu, ramai orang yang meninggalkan medan ini kerana tidak sanggup menanggung ujian ini, walaupun dahulunya ianya begitu bersemangat.

Al-Quran menjelaskan ujian ini pasti berlaku demi untuk menguji keyakinan dan keimanan seseorang hamba Allah s.w.t. sebagaimana firmanNya yang bermaksud: “Alif, Laam, Miim.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman! Sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” (Al-Ankabut: 1 – 2)

FirmanNya lagi yang bermaksud: “Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.” (Muhammad: 31)

b) Tidak Tahan Terhadap Tekanan Keluarga Tidak tahan dengan tekanan keluarga dari ibu bapa, anak dan isteri menyebabkan pendakwah meninggalkan medan.

Seringkali keluarga menakut-nakutkan mereka tentang nasib buruk yang bakal dialami.

Terdapat pula ibu bapa yang menghalang anak-anaknya terlibat dalam kerja-kerja Islam, malah sebaliknya menggalakkannya terlibat dalam perkara-perkara mungkar.

Dalam keadaan yang lain pula ada di kalangan mereka yang menyekat memberi bantuan kewangan supaya anaknya meninggalkan jalan Allah s.w.t.

Dalam hal ini Allah s.w.t. memberi amaran supaya jangan tunduk terhadap tekanan dan desakan keluarga supaya meninggalkan jalan Allah s.w.t. malah terus kekal berjuang dan berjihad pada jalanNya sepertimana firmanNya yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad) : Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” (Al-Taubah: 24).

c) Tidak Tahan Kepada Tekanan Persekitaran Halangan-halangan persekitaran juga banyak menjadikan pendakwah berundur dari medan.

Kadang-kadang seseorang dibesarkan di dalam persekitaran yang mengambil berat soal agama dan penghayatannya.

Tetapi mungkin apabila mereka berpindah ke persekitaran baru samada kerana belajar, bekerja dan sebagainya lalu ia persekitaran barunya itu penuh dengan perkar-perkara jahat dan penuh dengan daya tarikan jahiliyah.

Maka, di sinilah bermulanya pergolakan di dalam jiwanya samada ia akan terpengaruh atau sebaliknya.

Terdapat beberapa factor yang menyebabkan seseorang itu tewas dalam menghadapi tekanan-tekanan tersebut:

· Mungkin asas pembentukannya tidak betul, seperti ianya mempunyai kegoncangan dan keraguan di dalam aqidahnya.

· Boleh jadi iltizamnya di dalam arena dakwah selama ini disebabkan oleh malu dengan keadaan sekitar ataupun hanya iltizam ikutan, bukan berdasarkan kepada iman yang benar-benar yakin.

Oleh itu, apabila ia berpindah ke persekitaran yang lain maka hilanglah iltizamnya kerana factor-faktor yang mendorongnya ini tidak ada lagi.

· Boleh jadi dia sendiri enggan melibatkan diri dalam kumpulan dakwah dalam persekitaran kedua di mana ia lebih suka menggabungkan diri ke dalam kumpulan jahiliyah.

Ia sangat merbahaya kerana mungkin menggugurkannya terus dari medan dakwah dan tidak mendapat inayah dari Allah s.w.t.

d) Tekanan-tekanan Dari Gerakan Lain Antara faktor yang juga menjadi halangan kepada pendakwah ialah tekanan-tekanan dari gerakan-gerakan lain yang bertopengkan Islam.

Ini ditambah lagi dengan serangan dari gerakan atau pertubuhan secular yang sememangnya jelas memusuhi dan sangat anti kepada perkembangan dakwah.

Gerakan yang bertopengkan Islam tersebut kerjanya hanya mengkritik dan menimbulkan keraguan kepada pendakwah dengan tujuan menghancurkan gerakan Islam di atas nama Islam.

Oleh itu, kemunculan pelbagai kumpulan amal Islami tidak boleh dianggap sebagai satu amalan yang sihat kerana ia boleh menyebabkan persengketaan sesama sendiri dan mengalihkan tugas sebenar ke suatu tugas yang lain iaitu mempertahankan diri dari serangan gerakan lain. Jadi kerja-kerja yang dilakukan oleh kumpulan ini adalah suatu kerja yang tidak berfaedah selain menyebabkan lebih ramai orang meninggalkan kerja-kerja Islam, di waktu yang sama mereka melegakan musuh-musuh Islam kerana kemenangan kepada Islam semakin lambat.

Demikianlah secara ringkas halangan-halangan di dalam perjuangan dakwah. Semoga ia menjadi titik renungan kita bersama dan menjadikannya sebagai sempadan dan berwaspada terhadap cabaran-cabaran itu.

Jumaat, Ogos 1

Teringat pesan ayahanda...


Teringat pesan ayahanda...

"Sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas? Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira
berapa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita..." Subhanallah,
betapa alpa nya kami... Sesungguhnya Engkau maha penerima taubat...

Peringatan buat diriku yang sering lupa........

Adakah kita seorang Islam???? Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara.
Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita
menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa
tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang
berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang
kita cari. Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu,
kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi, peperangan
dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita
benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!! Adakah
kita benar-benar seorang Islam???? Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di
Universiti dapat membawa kita ke Syurga?Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah
kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak,
rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah
datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak
bersyukur.Adakah kita yakin kita seorang Islam???

Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik

sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai
Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka di buai perasaan...

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah..

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah...

Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun???

Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal

dari sekepal tanah yang hina!!!! Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah????

Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih

mendedahkan aurat?. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu.

Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah

kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal
menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak
kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal
memperhebatkan pertahanan diri.

Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang

tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!!

Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian??? Apakah kita begitu yakin untuk
menempuh akhirat???? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam. Bersediakah kita berhadapan
dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari
perbuatan mungkar.

Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup aurat? Kita solat ... ** kita
yakin solat kita tidak tercela?

Kita makan ...... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?

Kita minum ...... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum
sekarang?

Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah?

Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ...

* kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur?

Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela

kita di hari akhirat?

Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita?

Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?

Siapa Kita????

Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. betapa hinanya kita...
tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Bersedialah menempuh hari selepas kematian,
bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup
pintu rahmatnya.

Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!!

Siapa kita....????