Rabu, April 29

HARI KEDUA AMALAN MENGZIARAHI RUMAH SAHABAT TANTA

(gambar bersama sahabat-sahabat di Tanta Scan)
Minggu ini kehidupanku banyak dihabiskan dengan pergi mengziarahi rumah-rumah sahabat sekitar Tanta. Baru ku tahu dan mengerti betapa pri pentingnya amalan ziarah-mengziarahi ini perlu dihidupkan di kalangan kita semuslim.

Hari pertama ku ke Imarah Saadah. di sana ku terasa sangat- sangat tenang dan damai dengan keadaan dan suasananya. Dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat di imarah itu satu keseronokan bagiku. Layanan dari ahli bait membuatku ingat erti ukhwah persaudaraan seislam. Dihidangkan dengan makanan tengah hari berlautkan ayam tanpa diduga rezeki aku hari itu di Imarah Saadah. Terima kasih buat akhi Mazwan dan akhi Amin banyak merai, walaupun ku datang dengan niat seorang sahabat bukan berjawatan,tapi mereka sangat-sangat memuliakan tetamu. Cantik akhlak dan adab yang islam ajarkan. Lebih seronok lagi apabila dapat berjumpa dengan adik-adik di situ, tidak putus-putus bersalaman dan bertanyakan khabar dengan ucapan yang tidak asing lagi buat warga Mesir (assalamualaikum,cht?) cmtu la, jumpa dengan 10 orang, pertanyaan sama sahaja. Tapi hakikatnya itu menunjukkan ukhwah di kalangan kami di sini, alhamdulllah.

Sedang duduk makan dan sembang-sembang, tiba-tiba telefon berbunyi. ustaz Nik Rosdi, BP PMRAM memaklumkan musibah berlaku kepadanya dan ahli rumahnya. Ku terus bergegas ke rumahnya bersama sahabat seperjuangan akhi Zulhilmi dan akhi Mazwan. Sampai sahaja di rumahnya di imarah lama Saberbey, kami dapat rasakan perasaan sedih dan hiba dengan musibah yang menimpa us Nik dan a.bait. Kecurian yang menyebabkan kehilangan komputer peribadi, kamera dan dompet. Ku cuba selami dan fahami mereka. Ku rasakan masalah yang menimpa mereka adalah masalah kita bersama. Ku cuba meluahkan kata-kata semangat kepada mereka mungkin di sana ada hikmah di atas kejadian yang menimpa, banyakkan sabar dan perlu bagi tumpuan kepada pelajaran. Sekitar jam7.20 malam kami beransur pulang.

Sebelah malam pula, ku teruskan aktiviti ziarah ini. Lokasi seterusnya adalah Tanta Scan, tempat yang tidak asing lagi di bumi Tanta ini. Rumah pertama ku ziarahi adalah rumah akhi Helmi Che Fauzi, rakan taakhi ku satu ketika dahulu dalam kepimpinan DPMT. Banyak perkara dan ilmu yang boleh kami kongsi disamping pandangan dan cadangan untuk DPMT. Seterusnya, rumah akhi Khairul Mohamad menjadi tempat ziarahku. Ramai sahabat-sahabat yang berkumpul. kebetulan ada perlawanan bola. membolehkan aku berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang bola dan mereka merai ku dengan bermacam juadah termasuk makanan dari Malaysia. Ku dapat rasakan kemanisan berukhwah ini. Semoga ukhwah ini berkekalan dunia akhirat.

Tepat jam 12 malam ku beransur untuk pulang ke kediaman dan dalam perjalanan berjumpa dengan akhi Hakim Mat.

Dari situ,ku sedar dan ku mengenal erti sebuah persaudaraan yang dianjurkan oleh islam bagi menatijahkan satu kekuatan kepada jemaah islam yang kita sayangi.

Pemberitahuan Berikutan Kes Kecurian

Memandangkan kes kecurian yang berlaku terhadap Ust Nik Rosdi Nik Jusoh dan ahli rumahnya yang lain akan di buat laporan polis, saya menjangkakan ada kemungkinan pihak keselamatan Negara Mesir akan melakukan pemeriksaan di rumah beliau.

Saya secara peribadi sebenarnya memandang Kes ini agak serius untuk diambil cakna oleh sahabat-sahabat sekalian. Pemerhatian saya adalah terhadap tiga perkara. Pertama ialah pri pentingnya sahabat-sahabat sekalian meningkatkan security atau keselamatan harta benda masing-masing samada yang ada bersama di tubuh anda atau pun yang berada dalam simpanan anda di rumah masing-masing.

Hari ini, jaminan keselamatan terhadap kita semua agak lemah. Kes-kes seumpama kecurian dan peras ugut yang melibatkan pelajar Malaysia semakin banyak berlaku. Samada terhadap pelajar ikhwah atau pun akhawat.

Kedua ialah keselamatan dari sudut larangan-larangan yang telah dikeluarkan pihak keselamatan Mesir kepada kita semua selaku wafidin di Negara ini. Saya tidak menolak kemungkinan berlaku spot check bukan hanya kepada rumah ust Nik Rosdi sahaja bahkan juga mungkin ke rumah-rumah yang lain. Justeru, bentuk larangan seumpama jangan memiliki kitab-kitab yang berunsur gerakan terutamanya yang melibatkan gerakan Ikhwan Muslimun Mesir, buku-buku yang berunsur politik Negara Mesir, gambar-gambar ahli politik khususnya daripada kalangan pembangkang atau ulama gerakan Ikhwan Muslimun Mesir, lagu-lagu nasyid daripada ikhwan Muslimun atau apa sahaja melambangkanya samada dalam bentuk soft copy atau hard copy perlu di beri perhatian serius.

Selain daripada itu, larangan agar tidak melibatkan diri dengan pengajian-pegajian luar kuliah bersama dengan masyaikh yang dilarang oleh pihak keselamatan Mesir juga perlu diberi perhatian. Suka untuk saya menyebut sekali lagi kepada sahabat-sahabat sekalian bahawa pengajian yang hanya dibuat di empat buah masjid sahaja yang dibenarkan oleh pihak keselamatan Mesir. Iaitu Masjid Sidi Badawi, Masjid Muhafazoh, Masjid Syaikh Sobah dan masjid U’taifah. Jika selain daripada masjid-masjid berikut perlu dimaklumkan kepada saya terlebih dahulu agar dapat dibawa ke pengetahuan pihak amnu daulah. Itulah hakikat qarar yang telah dikeluarkan kepada kita semua yang perlu dipatuhi, walaupun saya sendiri sebenarnya kurang senang dengan qarar tersebut.
"bentuk larangan seumpama jangan memiliki kitab-kitab yang berunsur gerakan terutamanya yang melibatkan gerakan Ikhwan Muslimun Mesir, buku-buku yang berunsur politik Negara Mesir, gambar-gambar ahli politik khususnya daripada kalangan pembangkang atau ulama gerakan Ikhwan Muslimun Mesir, lagu-lagu nasyid daripada ikhwan Muslimin"

Perkara ketiga yang perlu diigatkan ialah masalah perkumpulan yang melibatkan tujuh orang dan ke atas, tempat yang diizinkan hanyalah di markaz Biat Izzah sahaja dan tempat yang selain daripada itu tidak diizinkan sama sekali, melainkan setelah dimaklumkan dan mendapat keizinan daripada saya terlebih dahulu, hal yang demikian adalah kerana ketetapan yang telah dikeluarkan oleh pihak keselamatan Mesir.

Sehubungan dengan itu, saya selaku Pengerusi DPMT pada tahun ini menyeru kepada seluruh ahli agar dapat memberikan kerjasama yang terbaik berhubung dengan perkara ini. Hali ini kerana ianya melibatkan soal survival atau masa depan kita semua selaku penumpang di Negara orang. Menjadi amanah kepada kita semua supaya masing-masing bertanggung jawab dan cermat dalam hal ini. Kita tidak mahu disebabkan oleh perbuatan dan tindakan kita pada hari ini masa depan adik-adik atau generasi selepas kita pada hari esok menjadi mangsa.
Semoga DPMT yang berada di bawah naungan PMRAM yang sama-sama disayangi ini sentiasa dalam pemeliharaan ALLAH S.W.T hendaknya. Dikesempatan ini juga, saya dan seluruh barisan AJKT DPMT pada tahun ini mengucapkan selamat menempuh peperiksaan bittaufiq wannajah.

Mohd Faizol Endut
Pengerusi DPMT
Sesi 2008/2009

Rabu, April 22

KEMANTAPAN ILMU DAN THAQOFAH jalan menuju kecemerlangan akedemik

Saya dengan penuh rasa insaf dan tanggungjawab mengajak diri saya dan sahabat-sahabat sekelian supaya mengingati kembali akan peranan dan tanggungjawab kita sebagai tholibul ilmi. Firman Allah S.W.T:

فلو لا نفر من كل فرقة طائفة ليتفقهوا فى الدين ولينذروا قومهم اذا رجعوا اليهم لعلهم يحذرون ..
Tidak sepatutnya orang-orang yang beriman itu keluar semuanya (ke medan pertempuran) mengapa tidak pula keluar satu kumpulan daripada tiap-tiap golongan itu untuk mendalami agama supaya mereka dapat memberikan peringatan kepada kaumnya apabila kembali kepada mereka muda-mudahan mereka itu berwaspada.
Kemantapan ilmu dengan kemampuan memahami secara menyeluruh sesuatu masalah serta mempunyai ilmu bantu soff skill adalah persiapan asas yang perlu di persiapkan oleh kita. Sepatutnya kita bijak merencanakan modus operandinya.
Bukan sedikit firman-firman Allah S.W.T dan hadith-hadith Nabi yang menceritakan tentang kewajipan, kelebihan dan keutamaan bagi manusia yang menyibukkan dirinya dengan permasalahan ilmu. Apatah lagi ilmu yang dipelajari berkait rapat tentang hukum-hukum agama. Samaada kita menyedari atau tidak, sebenarnya kita adalah golongan yang berada pada posisi terbaik di sisi agama dan dimata masyarakat yang sememangnya sedang menanti kepulangan anak didik di bumi Anbia' ini dengan penuh harapan.
Oleh itu, sebagai penuntut ilmu semestinya kita mewajibkan diri menghadiri muhadarah di jami'ah dan mengikuti kelas bimbingan madrasatul ilmi (KBMl) yang DPMT rencanakan, serta melibatkan diri dalam apajua program-program thaqafah yang akan dianjurkan oleh DPMT.
Ayuh sahabat-sahabat sekelian, bersempena dengan imtiham pada fasa kedua yang semakin hampir ini, kita sama-sama memanfaatkan masa yang ada ini dengan menumpukan sepenuh perhatian kita kepada pelajaran bagi meraih kecemerlangan dalam pencapaian akedemik.

Oleh; Mohd Faizol Endut
Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta
Sesi 2008/2009

Rabu, April 8

PROGRAM DPMT penggal pertama sesi 2008/09

Eminent 09
Sambutan Mahasiswa Baru(USMB)
Perasmian imarah saadah
Malam Interaksi Mahasiswa(MIM)
Sukan Expert Games DPMT

PROGRAM DPMT penggal pertama sesi 2008/09

BERSAMA AHLI DI PROGRAM UBM
SEHARI BERSAMA UNIT BAIT MUSLIM TANTA
MALAM MUHASABAH NISFU SANAH DPMT
MUKTAMAR PMRAM KALI KE 76 DI KAHERAH
PIMPINAN BERSAMA AHLI DPM TANTA

DPM Tanta Persatuan Berkebajikan

Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta yang bernaung di bawah PMRAM mula ditubuhkan pada tahun 1992. Peranan dan fungsi utamanya adalah untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya. Selain daripada itu, tujuan pemantapan ilmu dan pengalaman berpersatuan juga turut menjadi keutamaannya

Sejak daripada itu, saban tahun kepimpinan DPMT silih berganti. Kini, DPMT untuk sesi 2008/2009 telah pun melepasi separuh penggal pentadbirannya, pelbagai pengalaman pahit manis telah ditempuhi, harapan saya semoga seluruh AJKT dan siapa sahaja tenaga penggerak DPMT terus thabat hingga ke penghujungnya. Namun ianya sedikit sebanyak telah mematangkan kepimpinan AJKT dan ahli-ahlinya.

Pihak DPMT telah cuba sedaya-upaya mengimbangi segala aktiviti yang dijalankan tanpa memberi penekanan terhadap sudut-sudut tertentu sahaja. Hal ini bertujuan untuk memastikan ahli-ahlinya mendapat ilmu dan pengalaman yang seimbang. Sebagai contoh, program mega DPMT EMINENT 09 yang telah dilaksanakan baru-baru ini. Dalam EMINENT 09 kita telah sajikan slot pemantapan thaqafah , nilai ukhuwwah, sukan, latihan pengurusan dan kepimpinan, khidmat kesihatan serta hal-hal lain lagi.

Dari sudut sumbangan kebajikan kepada ahli-ahlinya pula, Dana Kebajikan ahli telah ditubuhkan sebagaimana yang dipersetujui bersama dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas. Justeru, setakat ini telah banyak sumbangan yang dikeluarkan melalui dana ini untuk disalurkan kepada mereka yang berhak dan layak menerimanya. Seumpama mutazawwijin yang baru mendapat cahaya mata, ahli yang ditimpa musibah, khidmat hutang dan pelbagai lagi.

Justeru, saya selaku Pengerusi DPMT bagi sesi ini suka untuk menegaskan di sini bahawa pihak DPMT realitinya tidak menerima peruntukan secara tetap daripada mana–mana badan atau agensi untuk membiayai pergerakannya. Konsep keluar masuk kewangan DPMT beroreantasikan daripada ahli kepada ahli. Saya sangat bercita-cita agar seluruh ahli mampu menjiwai dan menghayati pribahasa ‘yang berat sama dipikul dan yang ringan dijinjing sama’. Susah payah kita hadapi bersama. Maksud hadith Nabi Muhammad s.a.w: “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalahlah kamu mengasihi saudara kamu sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri”

Saya juga membuka ruang dan peluang kepada seluruh ahli yang menghadapi masalah dan musibah seperti kesempitan kewangan, sakit dan seumpamanya agar tidak berasa malu untuk mengadu kepada mana-mana AJKT atau boleh terus berjumpa dengan saya. InAllah kami akan cuba membantu sebaik mungkin.


MOHD FAIZOL BIN ENDUT
Pengerusi DPMT
sesi 2008/2009
(010-6123631)
Oleh : Ustaz Mohd Faizol Bin Endut
Pengerusi DPMT sesi 2008/2009



Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Salam imtihan buat ahli DPMT,

Saudara-saudaraku seagama, Alhamdulillah marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT di atas limpahan nikmat yang tidak terkira kepada kita. Kita sebagai hamba sewajibnya melahirkan rasa berterima kasih kepada Ilahi yang menunjukkan kita merendah diri di hadapan Allah SWT Rabbul Jalil.

Saudara ikhwah sekalian,

Sempena dengan imtihan pada kali ini, ianya membawa beberapa pengertian yang penuh bermakna kepada kita khususnya yang berjaya membuat persediaan yang cukup rapi. Allah SWT akan mentarbiah hambaNya diambang imtiham sebegini dengan pelbagai ibtila’ dan cabaran untuk menghasilkan golongan yang betul-betul ikhlas dalam menuntut ilmuNya.





Saudara-saudaraku, kita semua akan berhadapan dengan imtihan ini tidak lama lagi dan dengan izinNya kita bakal mencapai kecemerlangan atau sebaliknya. Disana perlu kepada persediaan semaksima mungkin daripada kita sebelum berhadapan dengan medan imtihan yang sebenar. Kekuatan dalaman disamping usaha kita perlu diberi perhatian bagi memastikan diri kita betul- betul bergantung harap sepenuhnya kepada Allah Taala semata-mata.

Perlu diketengahkan pada diri kita tip-tip atau cara-cara yang terbaik dalam mentadbir dan menguruskan masa dalam mengulangkaji pelajaran. InsyaAllah. kita semua akan berjaya dalam kehidupan di dunia dan merupakan analogi akhirat. Kenapa saya cakap begitu. mudah cerita, diambang imtihan kita bersungguh-sungguh mentadabbur kitab-kitab ilmu Islam. Kita jaga anggota dari membuat maksiat kepada Allah SWT. Pada setiap solat dan pada malamnya kita munajat memohon kejayaan daripada Allah Taala. Suasana latihan ini menggambarkan kepada kita ujian Allah SWT kepada umat Islam setakat mana patuhnya kita kepada perintah dan laranganNya. Begitulah kehidupan dunia.

“Sediakanlah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah taqwa. Bertaqwalah kepada Aku (Allah) wahai orang yang berakal” (al-Baqarah : ayat 197)

Saudara alim ulamak yang budiman, sempena dengan imtihan yang bakal menjelang, di sini tergerak di hati saya untuk menulis adab-adab sebelum menghadapi imtihan. Di saat inilah kita boleh mencontohi dan mengikuti cara orang-orang muttaqin. Antara adab-adabnya ialah:-
1.Niat keikhlasan menuntut ilmu kerana Allah
2.Kewajipan ke kuliah untuk mendapat restu tuan guru
3.Berusaha membaca, membuat nota dan menghafal
4.Menjauhi maksiat kepada Allah taala
5.Menjaga hubungan sesama manusia
6.Memohon doa daripada kedua ibu-bapa
6.Hubungan dengan Pencipta dengan bertawakkal kepadaNya

Saudara budiman semua, mudah-mudahan dengan kalam taujihat yang ringkas ini boleh mengingatkan diri saya dan semua sahabat-sahabat dalam fatrah imtihan pada fasa ini.

Di kesempatan ini saya dan barisan pimpinan AJKT DPMT sesi 08/09 ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kekasaran bahasa yang mengguris mana-mana pihak. Kami doakan semoga kalian semua cemerlang dalam imtihan tahun ini. Sama-samalah kita berdoa dengan seikhlas hati. Selamat menghadapi imtihan daripada saya.

Salam imtihan, bittaufiq wannajah.

Haramkan PMRAM ?


Oleh:Ustaz Nasrudin Tantawi

Kebetulan lewat jam 2 am di Ipoh , saya sempat menonton berita di TV sementara menunggu waktu bersahur . Terkejut seketika apabila saya mendengar ucapan seorang wakil Kelab UMNO Luar Negara berucap di Perhimpunan Agung UMNO dengan nada angkuh dan biadab malah menampakkan kebodohan terlampaunya apabila menggesa UMNO supaya haramkan PMRAM .

Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan di Perhimpunan Agung UMNO kelmarin menggesa supaya PMRAM diharamkan dan biasiswa anggota Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) ditarik balik.

"PMRAM perlu diharamkan, biasiswa pelajar yang menyertai PMRAM perlu ditarik balik," katanya. "Apabila pelajar kita tiba sahaja (di Mesir), PMRAM lebih dahulu menyambut mereka di lapangan terbang. "Mereka ini, pegawai- pegawai kita pun takut. "Malah, kami sendiri tidak mendapat tempat apabila asrama dikuasai pembangkang," katanya, yang sedang menuntut sebuah universiti di Southampton, Britain.

Satu gesaan yang bukan sahaja tidak masuk aqal tetapi memperlihatkan niat dan sikap yang jahat Kelab UMNO Luar Negara terhadap Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [ PMRAM ] yang cukup berkaliber malah besar jasanya kepada mahasiswa/i Malaysia , Indonesia , Singapura dan Brunei di Mesir bahkan kepada negara tercinta .

Saya kira Wan Md Hazlin sangat dangkal pengetahuannya mengenai PMRAM atau beliau hanya budak suruhan UMNO yang tidak sudah - sudah menyimpan dendam kepada PMRAM sejak 1991 lagi .

Sebaik sahaja saya tiba di Mesir pada tahun 1992 , saya telah mendengar suara - suara jahat yang mendesak kerajaan Malaysia mengharamkan PMRAM . Sedang PMRAM sangat besar dan tinggi nilai jasa baktinya kepada Mahasiswa/i bahkan rakyat Malaysia di Mesir . Malah PMRAM telah wujud lebih awal dari wujudnya kedutaan Malaysia ke Mesir .

Jasa bakti PMRAM tidak siapa mampu menafikannya termasuklah sebahagian pemimpin UMNO sendiri yang dulunya pernah menjadi Yang diPertua PMRAM atau anggota Badan Pengurus PMRAM .

Saya masih ingat bagaimana langkah jahat pihak tertentu , bagi tercapai cita - cita mahu mengharamkan PMRAM telah menubuhkan sebuah pertubuhan tanpa cop halal iaitu PPMM . Walhal PMRAM telah wujud sejak 1930 menabur khidmat dan menyatukan mahasiswa di atas satu wadah iaitu PMRAM .

PPMM yang dianggotai oleh ahli - ahli UMNO di Mesir bertanggungjawab memecahbelahkan solidariti mahasiswa/i sekelagus membibitkan benih perbalahan dikalangan mahasiswa/i . Kesan pecah retaknya terasa hingga ke hari ini .

Terbaru kenyataan Wan Hazlin yang cukup menjadi asas bahawa dendam UMNO dan hasad pemimimpin mereka terhadap PMRAM masih belum selesai . Lebih terserlah ialah kebodohannya sendiri apabila mendesak UMNO agar mengharamkan PMRAM .

Apa hak UMNO dan di mana bidang kuasa UMNO untuk mengharamkan PMRAM ? PMRAM adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan kerajaan Mesir bukan berdaftar dengan UMNO !!

Sepatutnya Wan Hazlin sebagai seorang yang terpelajar , kena fokus ucapannya untuk membersihkan UMNO dari imej buruk terpalit moral yang rendah dengan krisis integriti pada tahap parah dan kritikal dikalangan pimpinan UMNO . Malangnya beliau melihat PMRAM menjadi ancaman kepada UMNO , lantas penuh emosi mendesak supaya UMNO mengharamkan PMRAM dan menarik balik biasiswa ahli PMRAM . Standard ucapan Wan Hazlin dari Kelab UMNO Luar Negara bagai ucapan JKKK , dibakar oleh api permusuhan yang dinyalakan sendiri oleh mereka .

Kalau ahli Kelab UMNO luar Negara yang rata - rata anggotanya adalah dikalangan pelajar di luar negara mempunyai tahap pemikiran kelas ke 3 , bagaimanalah UMNO mahu melakukan transformasi bagi melahirkan UMNO berwajah baru kononnya . Ya , mungkin wajah baru tetapi perut pedalnya masih lama .

Wan Hazlin sepatutnya merujuk dulu kepada tokoh - tokoh negara bahkan tokoh - tokoh UMNO sendiri yang seketika dulu pernah memimpin PMRAM dan bakat kepimpinan mereka dibentuk oleh PMRAM .

Kaji juga peranan dan jasa bakti yang dicurahkan oleh PMRAM kepada pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir . Jangan bertindak melulu berasaskan tohmahan dan mempercayai fitnah liar yang dilempar .

Saya cabar agar Wan Hazlin buktikan atas kesalahan dan jenayah apa sehingga PMRAM yang jauh lebih tua usianya berbanding Wan Hazlin itu mahu diharamkan ?

Kalau hanya tuduhan kononnya PMRAM menyebarkan ideologi pembangkang , sila buktikan ! dan bagaimana pula dengan Kelab UMNO , secara jelas membawa ideologi parti politik . So apa bezanya ? Inikah sikap double standard UMNO yang akan mewarnai transformasi mereka kelak .

Sabtu, April 4

Bukti kebenaran Al Quran.


Assalamualaikum. ..
> > > > > > >
> > > > > > > Mesti saudara terkejutkan.. walaubagaimanapun baca dulu dan nilaikannya kemudian... Allah sahaja yang maha mengetahui kebenarannya. Bukti
> > > > > > > kebenaran Al Quran. Fenomena ini telah disebut di dalam Al-Quran 1400 tahun dahulu dan 1999/2000 tahun gambar itu diambil oleh NASA.
> > > > > > >
> > > > > > > a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah.... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066
> > > > > > >
> > > > > > > b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065....
> > > > > > >
> > > > > > > c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007... Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062..... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066 Wallahu'alam. ..
> > > > > > >
> > > > > > > Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri...
> > > > > > >
> > > > > > > Beribadatlah wahai umat Islam sekalian.... Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yang seperti ini. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. Hanya orang yang leka dengan dunia sahaja yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar dan anda jangan risaulah.. aman dunia akhirat..sama- sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam.
> > > > > > >
> > > > > > > P/s : mmmm kalau rajin sampaikan la kepada kawan-kawan korang erk.. sian kawan-kawan anda kalau tak tau ni...

kisah babi hutan dan ular

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
> >
> > Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya. " Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu,maka Abu Bakar r..a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula.Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
> >
> > Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
> >
> > Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
> >
> > Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, Laailaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
> >
> > Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
> > 1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk solat.
> > 2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
> > 3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
> > Maka inilah balasannya".