Jumaat, Mei 29

Had 10 subjek SPM - oleh Tan Sri Muhyiddin Menteri Pelajaran Malaysia perlu kita ambil perhatian

Berita minggu ini, kenyataan Kerajaan membuat keputusan mengehadkan setiap pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksimum mulai tahun depan kita mesti mengambil peranan dan perlu mengetahui perkembangannya. Ini kerana pada saya, ia adalah satu keputusan yang akan menatijahkan baik atau buruknya generasi yang bakal kita bina satu masa nanti.

Persoalan yang bermain dipemikiran saya...

Adakah
keputusan itu untuk menghalang kecemerlangan pelajar-pelajar?

Tidak banggakah kita umat islam apabila tahun ini Nik Nurmadihah yang mendapat 20 A? Ini menunjukkan kemampuan orang islam.

Adakah
dilihat bersifat meminggirkan sekolah agama yang kebanyakan pelajarnya akan mengambil lebih 10 mata pelajaran?

Pada saya, saya sedikit kecewa jika keputusan ini dibuat hanya kerana masalah biasiswa dan lebih parah lagi jika kerana muslihat politik sebaliknya tanpa mendahulukan kepentingan ilmu kepada generasi akan datang.

Sahabat sidang pembaca masing- masing berhak melontarkan pandangan.Justeru, saya berpandangan pihak kerajaan perlu mengkaji semula dalam perkara ini untuk kemaslahatan semua.

"Generasi akan datang, peneraju ummah..."

Petua Untuk Khusyuk Solat

1. Sentiasa menghadirkan hati meyakini kebesaran dan kekuasaan Allah.
2. Menghadirkan hati mengakui tentang kelemahan kita sebagai hamba Allah yang sentiasa
memerlukan pertolongan Allah.
3. Menghadirkan hati mengakui segala kemewahan dunia dan kesengangan adalah sementara.
4. Tidak tergesa-gesa dalam menunaikan solat kerana tergesa-gesa boleh membawa kepada
luputnya beberapa perkara penting untuk khusyuk.
5. Hendaklah menunaikan solat pada awal waktu dan secara berjemaah.
6. Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih daripada najis. Begitu juga dengan
sejadah. Ia hendaklah bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang boleh melalaikan solat.
7. Dalam suasana yang aman tanpa suara bising daripada kanak-kanak mahupun televisyen atau
radio.
8. Imam hendaklah seorang yang elok bacaannya kerana bacaan yang elok membantu
menghadirkan hati. Imam itu pula tidak dibenci oleh ahli jemaah.
9. Bersihkan fikiran daripada masalah hidup dan tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah.
10.Membuang air besar dan air kecil terlebih dahulu jika berasa perlu berbuat demikian. Ini kerana
orang yang solat dalam keadaan buang air kecil dan buang air besar tidak akan memperoleh
kekhusyukan.
11. Tidak berada dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang kerana orang yang lapar hanya
memikirkan untuk makan. Begitu juga dengan orang yang terlal kenyang berada dalam keadaan
tidak selesa dalam setiap pergerakannya.
12. Kesihatan tubuh badah hendaklah dijaga. Badan yang sakit sukar mendatangkan rasa khusyuk
dalam solat.
13. Hati hendaklah hadir dalam solat, bukannya melayang tidak tentu arah.
14. Memahami makna bacaan dalam solat.

Justeru,sebagai pejuang agama ALLAH, sangat-sangat perlu menitikberatkan tentang Solat.
Semoga solat kita diterima oleh ALLAH taala. Solat yang dapat memandu diri kita untuk taat
patuh kepada suruhan dan dapat meninggalkan kemaksiatan kepada ALLAH taala.

SABDA RASULULLAH S.A.W: 3 perkara kemanisan iman..
1.kasih dan cinta kepada ALLAH dan rasul lebih dari segalanya
2.benci kepada kuffur atau murtad
3.kasih dan sayang kepada sahabat kerana ALLAH

Selasa, Mei 26

Maklumat Perlu Kita Ketahui: Ada apa pada babi?


Babi adalah sejenis haiwan yang bermancung panjang dan berhidung leper dan dikatakan haiwan yang berasal dari Eurasia. Kadang juga dikenali sebagai khinzir (perkataan Arab). Selain itu, babi adalah salah satu mamalia yang paling pintar, dan dilaporkan lebih pintar dan mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan kucing.

Dalam al-Quran, sebagai haiwan, babi hukumnya najis jika disentuh dan haram untuk dimakan oleh umat Islam. Babi juga diharamkan untuk dalam agama Yahudi dan Gereja Masehi Advent Hari Ketujuh di kalangan Kristian.

PENYAKIT YANG DIAKIBATKAN DARI DAGING BABI

DR Murad Hoffman, Daniel S Shapiro, MD, seorang Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts, dan juga merupakan asisten Profesor di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, Amerika menyatakan terdapat lebih dari 25 penyakit yang bisa dijangkiti dari babi. Di antaranya:

* Anthrax* Ascaris suum* Botulism* Brucella suis * Cryptosporidiosis* Entamoeba polecki* Erysipelothrix shusiopathiae* Flavobacterium group IIb-like bacteria * Influenza* Leptospirosis* Pasteurella aerogenes * Pasteurella multocida * Pigbel* Rabies * Salmonella cholerae-suis* Salmonellosis* Sarcosporidiosis* Scabies* Streptococcus dysgalactiae (group L)* Streptococcus milleri* Streptococcus suis type 2 (group R)* Swine vesicular disease* Taenia solium* Trichinella spiralis* Yersinia enterocolitica* Yersinia pseudotuberculosis. http://id.wikipedia .org/wiki/ Babi

FAKTA-FAKTA MENGAPA BABI HARAM

Islam telah melarang segala jenis darah, analisis kimia dari darah babi menunjukkan adanya kandungan yang tinggi dari uric acid (asam urat), suatu adunan kimia yang berbahaya bagi kesIhatan manusia, bersifat racun. Dengan kata lain uric acid sampah dalam darah yang terbentuk akibat metabolisme tubuh yang tidak sempurna yang diakibatkan oleh kandungan purine dalam makanan. Dalam tubuh manusia, senyawa ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan 98% dari uric acid dalam tubuh, dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal.

Dalam Islam dikenal peraturan khusus dalam penyembelihan haiwan, iaitu menyebut nama Allah Yang Maha Kuasa dan membuat irisan memotong urat nadi leher haiwan, tindakan membiarkan urat-urat dan organ organ lainnya utuh. Dengan cara ini menyebabkan kematian haiwan kerana kehabisan darah dari tubuh, bukannya kerana cedera pada organ asasnya, sebab jika organ-organ misalnya jantung, hati, atau otak dirosak, haiwan tersebut mati dengan segera dan darahnya akan menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging, mengakibatkan daging haiwan akan tercemar oleh uric acid, sehingga menjadikannya beracun, dan pada masa-masa kinilah para ahli makanan telah menyadari akan perkara ini, subhanallah.

Apakah kita tahu kalau babi tidak dapat disembelih di leher? Kerana babi tidak memiliki leher? Bagi orang muslim beranggapan kalau babi memang boleh dimakan dan layak bagi makanan manusia, tentu Sang Pencipta akan mencipta haiwan ini dengan memiliki leher. Ilmu kedoktoran mengetahui bahawa babi sebagai rerumah dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya, sistem biochemistry babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya.

Allah SWT jelas telah MENGHARAMKANNYA BABI

a. QS. Al Baqoroh (2) : 173
b. QS. Al Maa'idah (5) : 3
c. QS. Al An `Aam (6) : 145
d. QS. An Nahl (16) : 115

KENYATAAN MUDAH TENTANG KEBURUKAN DAGING BABI:

Babi adalah binatang yang paling hodoh dan kotor, Suka memakan bangkai dan kotorannya sendiri & kotoran manusia pun dimakannya. Sangat suka berada pada tempat yang kotor, tidak suka berada di tempat yang bersih dan kering. Babi haiwan pemalas dan tidak suka bekerja (mencari pakan), tidak tahan terhadap sinar matahari, tapi makannya rakus (lebih suka makan dan tidur), bahkan paling rakus di antara haiwan jinak lainnya. Jika tambah umur, jadi makin malas & lemah (tidak berhasrat menerkam dan membela diri). Suka dengan sejenis dan tidak pencemburu. (Buku : Adaptive physiology on mammals and birds).

Pengguna daging babi sering mengeluhkan bau busuk pada daging babi (menurut penelitian ilmiah, hal tsb. disebabkan karana pundi najis babi sering bocor, sehingga tahi babi merebak ke daging). Lemak punggung babi tebal, babi memiliki back fat (lemak punggung) yang sangat tebal.

Pemakan babi sering memilih daging babi yg lemak punggungnya nipis, karana semakin tipis lemak punggungnya, dianggap semakin baik kualitinya. Sifat lemak punggung babi adalah mudah mengalami oxidative rancidity.

Babi adalah haiwan yang kerakusannya dalam makan tidak tertandingi haiwan lain. Ia makan semua makanan yang ada di depannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya lagi, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahannya. Ia memakan semua yang bisa dimakan di hadapannya. Memakan kotoran apa pun di depannya, entah kotoran manusia, haiwan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri, hingga tidak ada lagi yang boleh dimakan di hadapannya.

Kadang ia mengencingi kotorannya dan memakannya jika berada di hadapannya, kemudian memakannya kembali. Ia memakan sampah busuk dan kotoran haiwan. Babi adalah haiwan mamalia satu-satunya yang memakan tanah, memakannya dalam jumlah besar dan dalam waktu lama jika dibiarkan. Kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang hanyir.

Penelitian ilmiah modern di dua negara Timur & Barat, yaitu Cina dan Swedia. Cina (majoriti penduduknya penyembah berhala) & Swedia (majoriti penduduknya sekular) menyatakan:

"Daging babi merupakan merupakan penyebab utama kanser anus & kolon". Peratus penderita penyakit ini di negara negara yang penduduknya memakan babi, meningkat secara drastik, terutama di negara-negara Eropah, dan Amerika, serta di negara-negara Asia (seperti Cina dan India). Sementara di negara-negara Islam, peratusannya amat rendah, sekitar 1/1000.

Hasil kajian ini diterbitkan pada 1986, dalam Persidangan Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo. Babi banyak mengandung parasit, bakteria, bahkan virus yang berbahaya, sehingga dikatakan sebagai Reservoir Penyakit. Gara-gara babi, virus Avian Influenza jadi ganas. Virus normal AI (Strain H1N1 dan H2N1) tidak akan menular secara langsung ke manusia. Virus AI mati dengan pemanasan 60’C lebih-lebih bila dimasak hingga mendidih. Bila ada babi, maka dalam tubuh babi, Virus AI dapat melakukan mutansi & tingkat virulensinya boleh naik hingga menjadi H5N1. Virus AI Strain H5N1 dapat menular ke manusia. Virus H5N1 ini pada Tahun 1968 menyerang Hong Kong dan membunuh 700.000 orang (diberi nama Flu Hong Kong).

Daging babi adalah daging yang sangat susah dihadam karana banyak mengandung lemak. Meskipun empuk dan terlihat begitu enak dan lazat, namun daging babi susah dihadam. Ibaratnya racun, seperti halnya kolesterol! Selain itu, daging babi menyebabkan banyak penyakit :

pengerasan pada urat nadi, naiknya tekanan darah, nyeri dada yang mencekam (angina pectoris) , dan radang pada sendi-sendi.

Sekitar tahun 2001 pernah terjadi para doktor Amerika berhasil mengeluarkan cacing yang berkembang di otak seorang perempuan, setelah beberapa waktu mengalami gangguan kesihatan yang ia rasakan setelah mengambil makanan khas meksiko yang terkenal berupa daging babi, hamburger (ham = babi, sebab aslinya, hamburger adalah dari daging babi). Sang perempuan menegaskan bahwa dirinya merasa penat-penat (letih) selama 3 tahun setelah makan daging babi. Telur cacing tsb menempel di dinding usus pada tubuh sang perempuan tersebut, kemudian bergerak bersamaan dengan peredaran darah sampai ke ujungnya, iaitu otak. Dan ketika cacing itu sampai di otak, maka ia menyebabkan sakit yang ringan pada awalnya, hingga akhirnya mati dan tidak bisa keluar darinya. Hal ini menyebabkan dis-fungsi yang sangat keras pada susunan organ di kawasan yang mengelilingi cacing itu di otak. Penyakit-penyakit "cacing pita" merupakan penyakit yang sangat berbahaya yang terjadi melalui pemakanan daging babi. Ia berkembang di bahagian usus 12 jari di tubuh manusia, dan beberapa bulan cacing itu akan menjadi dewasa. Jumlah cacing pita boleh mencapai sekitar ”1000 ekor dengan panjang antara 4 - 10 meter”, dan terus hidup di tubuh manusia dan mengeluarkan telurnya melalui BAB (buang air besar).

Saya pernah membaca sebuah artikel yang mengatakan : ”Bahwa seseorang itu berkelakuan sesuai dengan apa yang dimakannya.” Melihat tayangan di salah satu TV swasta kelmarin, seorang profesor dari IPB (lupa namanya) telah meneliti struktur DNA babi. Sesuatu yang mengejutkan ternyata, struktur gen babi itu mirip dengan struktur gen manusia. Jadi dapat dikatakan gen babi = gen manusia, jadi sama dengan kita memakan daging manusia (=kanibal), na'udzubillah.

Jadi ada betulnya artikel tadi mengatakan kalau kita memakan babi bukan tidak mungkin karakter babi menempel pada kita, tidak pada kita, boleh jadi pada keturunan kita ! wallahu a’lam.

KEHARAMAN BABI

Menggunakan babi hukumnya haram, baik atas daging, lemak, maupun bagian-bagian lainnya. Firman Allah SWT dalam QS.5:3 mengharamkan memakan bangkai, darah, dan daging babi. Demikian juga dengan firman-Nya dalam QS.6:145 dan QS.16.115, mengharamkan memakan bangkai, darah, dan daging babi. Dalil-dalil pada beberapa ayat ini merupakan nash yang jelas, yang menegaskan tentang keharaman, antara lain menggunakan babi.

Al-Qur’an menggunakan kata lahma (daging) karena sebagian besar pengambilan manfaat dari babi adalah daging. Selain itu, dalam daging babi selalu terdapat lemak. Al-Qur’an menggunakan kata lahma, pengharaman babi bukan hanya dagingnya. Tetapi seluruh tubuh haiwan babi.

Pandangan ini sesuai dengan kaedah ushul fiqh: min dzikri’l-juz I wa iradati’l kulli. Artinya yang disebutkan sebahagian dan dikehendaki seluruhnya.Bahwa daging babi mengandung cacing pita (taenia solium), hampir semua orang sudah mengenalnya. Ternyata tidak hanya itu bahaya yang mengancam pemakan babi. Lemak babi mengandung kolesterol paling tinggi dibandingkan dengan lemak hewan lainnya. Darahnya mengandung asam urat paling tinggi. Asam urat merupakan bahan yan jika terdapat dalam darah dapat menimbulkan berbagai penyakit pada manusia. Sudah menjadi pengetahuan umum bahwa sedikitnya 70 jenis penyakit yang lazim dihidap haiwan babi dan beberapa diantaranya dapat menjankiti manusia yang memakannya.

Hikmah diharamkannya daging babi, terutama mengandungi cacing pita, seringkali disanggah oleh para ahli kesehatan modern. Mereka mengatakan bahwa cacing tersebut mudah dihilangkan bahkan dengan teknik pemasakan yang paling sederhana. Pandangan ini sungguh menyesatkan karana babi itu sendiri menjijikkan bagi orang yang bersih jiwanya. Allah SWT mengharamkan sejak masa silam untuk waktu yang lama agar manusia mengetahui.

Manusia kini baru mengenal sedikit bahayanya, yakni cacing pita, namun demikian jauh sebelum itu Allah SWT telah mengharamkannya. Mungkin sekarang orang menganggap bahwa peralatan masak modern telah mengalami kemajuan, sehingga ada yang menrima kalau daging babi tidak lagi membahayakan dan bukan merupakan sumber ancaman bagi manusia. Dengan teknologi pengolahan makanan dan teknik pemanasan yang canggih, bahaya itu sudah boleh dihilangkan.

Mereka lupa bahwa untuk mengatasi bahaya cacing pita saja telah memakan waktu berabad-abad. Itu hanya untuk mengungkap satu penyakit saja. Siapa yang dapat menjamin bahwa di luar penyakit itu sudah tidak ada lagi bahaya yang terkandung dalam daging babi. Apakah tidak selayaknya syari’at yang jauh lebih mendahului kemajuan pengetahuan manusia puluhan abad yang lalu kita percayai sepenuhnya? Semua keputusan diserahkan pada syari’at. Kita menghalalkan apa yang dibolehkan dan menghindari apa yang dilarang. Syariat ini adalah dari Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui bentuk dan karakteristik segala makhluk-Nya.

Munculnya penyakit Japaneese Enchephalitis (JE) di Malaysia, nyaris semua mata kembali terbuka. Satu lagi bencana mengancam manusia timbul dan bersumber dari babi. Rupanya Allah masih sayang pada manusia, sehingga sekali lagi manusia diingatkan agar menjauhi haiwan haram itu. Sudah banyak sekali bukti-bukti yang menunjukkan keburukan babi. Namun sejauh ini manusia tetap nekad memakannya.

BABI DALAM DUNIA FARMASI

Bagi pengguna Muslim babi adalah “jawara”-nya bahan yang diharamkan untuk diproses dan dimanfaatkan. Padahal babi sering dijadikan sebagai model penelitian yang berkaitan dengan manusia, dikaranakan adanya kemiripan sistem penting dalam tubuhnya. Keterlibatan babi dalam industri farmasi ternyata cukup signifikan. Mulai dari cangkang kapsul baik sebagai kapsul lunak, penyumbang organ-organ tubuh, dan hormon serta enzimnya. Beberapa bagian dari babi yang pernah dan atau masih menyumbangkan peranannya dalam industri farmasi adalah sebagai berikut :

Kelenjar adrenal babi
Kelenjar ini terdapat pada ginjal. Kelenjar ini dapat menghasilkan hormon yang disebut sebagai steroid dan epinephrine. Hormon hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal babi pernah merupakan sumber penting yang digunakan untuk mengatasi beberapa penyakit yang disebabkan oleh ketidakseimbangan tubuh.

Kelenjar pancreas babi
Salah satu hormon yang dihasilkan oleh organ ini adalah insulin. Insulin sangat akrab dengan penderita diabetes. Insulin berfungsi untuk mengatur metabolisme gula dalam tubuh. Salah satu sumber insulin yang sudah tidak asing lagi digunakan dalam dunia kedokteran adalah insulin babi. Untuk menghasilkan 1 pound insulin didapatkan dari 60 ribu ekor babi serta diperkirakan mampu mengubati pengidap diabetes sebanyak 750-1.000 orang selama setahun . Jika produksi babi pertahun sebanyak 85 juta maka insulin yang mampu dihasilkan selama setahun adalah 1.400 pound. Jumlah tersebut dapat mengubati pesakit sebanyak 1, 050 juta – 1,4 juta pertahunnya. Jumlah yang cukup besar. Ketika ini ada alternatif lain pengganti insulin seperti humulin yang walaupun lebih sedikit mahal, ternyata cukup diminati oleh pesakit muslim untuk mengganti hormon insulin babi.

Lambung babi
Lapisan dalam lambung mengandung protein dan enzim. Bagian ini secara komersial digunakan untuk membuat sejenis bahan untuk membantu pencernaan (digestive aids).

Usus halus babi
Heparin adalah bahan yang ditemukan secara ekslusif pada dinding dalam usus halus (babi). Heparin diklasifikasikan sebagai produk pharmaceutical yang esensial.

Jantung babi
Jantung babi digunakan untuk mengganti beberpa bahagian jantung manusia yang sudah tidak berfungsi lagi. Bahagian Jantung babi yang digunakan pada manusia,ternyata sangat sesuai pada tubuh manusia. Hal ini menunjukkan bahwa banyak kemiripan system vital yang terjadi pada manusia dan babi.

Kulit babi
Kulit dalam bentuk gelatin digunakan dalam industri pembuatan kapsul. Selain itu kolagen yang merupakan bagian dari kulit digunakan untuk menstimulasi pembekuan darah selama operasi pembedahan.

Darah babi
Fibrin darah yang diekstraks dari darah babi digunakan untuk membuat asid amino yang menjadi bagian dari cairan infus yang ditujukan untuk memberikan nutrisi bagi pesakit yang mengalami beberapa pembedahan tertentu. Darah babi juga dipergunakan untuk keperluan media microbial dan kultur sel.

MENGAPA BABI HARAM BUAT UMAT MUSLIM

Ada orang asing (ilmuwan) bertanya kepada seorang Ulama mengenai haiwan babi ini.

Ilmuwan : Haramnya haiwan babi bagi umat muslim adalah disebabkan karana banyaknya parasit dan kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnya ilmu kedokteran, bukannya mungkin nantinya haiwan babi dapat dibersihkan dari virus dan parasit yang mematikan ini? Apakah nantinya haiwan babi yang bersih akan menjadi halal?

Ulama : Haramnya babi bukan karana sebab itu saja. Tetapi ada sifat Babi yang sangat diharamkan untuk umat Islam

Ilmuwan : Apakah itu? Ulama : Cuba anda buat 2 kandang. Dimana 1 kandang isi dengan 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina. 1 kandang lagi isi dengan 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Apakah yang terjadi pada masing2 kandang tersebut? Bolehkah anda menerkanya!! !

Ilmuwan : Tidak boleh!!!!??? ? Ulama : Mari kita lihat bersama-sama sekarang. Pada kandang pertama dimana ada 2 ekor ayam jantan dan 1 (ekor ayam betina, yang terjadi adalah 2 ekor ayam jantan tersebut berkelahi dahulu untuk memperebutkan 1 ekor ayam betina tersebut sampai ada yang menang dan kalah. Dan itu sesuai dengan Kudrat dan Fitrah manusia diciptakan Allah SWT.

Ilmuwan : Pada kandang Babi? Ulama : Ini yang menarik. Pada kandang kedua, iaitu kandang berisi 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Ternyata 2 ekor babi jantan tidak berkelahi untuk memperebutkan 1 ekor babi betina, tetapi yang terjadi adalah 2 ekor babi jantan tersebut malahan menyetubuhi secara beramai-ramai 1 ekor babi betina tersebut dan juga terjadi hubungan Homoseksual antara kedua ekor babi jantan setelah selesai dengan si betina. Hal inilah yang jelas2 bertentangan dengan Fitrah umat manusia. Bilamana umat Islam ikut2an memakan babi maka ditakutkan umat Islam akan mempunyai sifat dan perangai seperti babi ini.

KATA USTAZ…

Perbezaan antara seorang mukmin dengan kafir dalam amal perbuatannya terutama didasarkan dari niatnya. Seorang yang beriman ketika mengerjakan sesuatu atau meninggalkannya, selalu mendasarkan tindakannya itu atas perintah dan larangan dari Allah SWT. Sebaliknya seorang kafir tidak pernah menjadikan perintah dan larangan Allah SWT sebagai landasan amalnya.

Misalnya, ketika seorang muslim melakukan solat dan ditanyakan kepadanya, mengapa dia solat?, maka jawabannya adalah bahwa karana Allah SWT telah memerintahkannya untuk solat. Tentang solat itu ada manfaatnya buat kesihatan atau ketenangan jiwa dan sebagainya, tidaklah menjadi landasan dasar atas solatnya. Dan di situlah niat yang sesungguhnya.

Demikian juga ketika seorang mukmin meninggalkan arak, zina, judi dan makan babi, niatnya semata-mata karana dia tunduk, taat dan patuh kepada larangan dari Allah SWT. Bukan sekadar mengejar hikmah dan tujuan yang bersifat duniawi. Tidak minum arak bukan karana sekedar mabuk, melainkan semata-mata karana Allah SWT mengharamkannya. Tidak mau zina bukan karena takut kena sipilis atau HIV, tetapi karana ada larangan dari Allah SWT. Demikian juga, tidak makan babi bukan karana takut ada cacing pita, melainkan karana Allah SWT sudah mengharamkannya.

Sebenarnya masih banyak lagi rahasia dan hikmah di balik pelarangan makan babi yang boleh dapatkan. Namun semua itu sekadar menambah keyakinan yang sudah ada di dalam hati kita. Bukan sebagai landasan utama. Dan buat kita, apakah di balik larangan makan babi itu ada hikmah atau tidak, sama sekali tidak ada hubungannya dengan ketaatan kita kepada Allah SWT yang telah melarang kita makan babi.

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang disebut selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Semoga bermanfaat….

Sumber: Oleh ZAMRI kecik's (terengganuKite.Net)

Isnin, Mei 25

WASIAT KEPADA PENUNTUT ILMU PADA MALAM DAN HARI PEPERIKSAAN


MALAM PEPERIKSAAN

· Ulangkaji tajuk-tajuk penting bagi subjek yang akan ditempuhi keesokannya dengan tenang.

· Meneliti topik-topik utama setiap tajuk dan soalan-soalan lepas yang berkaitan.

· Tidak berjaga malam bahkan tidur awal selepas solat hajat dan solat witir.

PAGI PEPERIKSAAN

· Bangun awal sebelum subuh, tunaikan solat tahajjud, solat subuh secara jemaah di masjid dan membaca Al-Quran dan zikir pagi.

· Ulangkaji secara pantas dan tenang untuk sebahagian tajuk-tajuk yang belum sempurna semalam.

· Solat Hajat niat untuk dipermudahkan dalam peperiksaan diikuti dengan doa yang ma'thur daripada Rasulullah.

· Keluar dari rumah bermula dengan langkah kaki kanan dan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, Al-Nas sebanyak 3 kali dan membaca doa :

SEMASA PEPERIKSAAN

* menjawab soalan yang ditanya oleh doktor
* jika terlupa,banyakkan selawat
* bersangka baik kepada penjaga dalam dewan peperiksaan

SELEPAS IMTIHAN

* solat hajat dan doa
* tawakkal kepada Allah

Sabtu, Mei 16

SELAMAT HARI GURU BUAT GURUKU DAN GURU SELURUH DUNIA


"Guru ibarat lilin yang menerangi seluruh kehidupan kita.."

Tidak dilupakan buat guru-guru dan alim ulamak Tanta yang mengajar di sekolah KBMI, Dewan Biat Izzah, DPMT TANTA. Walaupun tidak bergaji, tapi kalian guru-guru tetap mengajar dan mendidik bakal guru-guru di sini... Kami sangat menghargai pengorbanan guru-guru semua.Semoga kita semua dirahmati ALLAH taala dan NAJAH imtihan kali ini... insyaALLAH.

SELAMAT HARI GURU SAYA UCAPKAN..

Rabu, Mei 13

USTAZ WAN ZAMRI (ustaz yie jordan): KENANGAN BERSAMA AHLI BAIT SABERBEY

Salam imtihan salam perjuangan buat sahabatku di perlembahan Nil ini, dalam kesibukan untuk
persediaan menghadapi exam(insyaALLAH madah saya pertama hari Ahad ini)-semoga kita semua najah.amin..- teringat saya kepada detik dan kenangan yang mungkin tidak akan saya lupakan dalam sejarah kehidupan saya iaitu kehidupan bersama ahli bait(kawan serumah) di Imarah melayu lama,Siberbey. Lebih kurang menjangkau 2 tahun saya hidup seperti sebuah keluarga bahagia. Susah- senang kami bersama, semua masalah kami bercerita dan sudah terniat dan terikat bahawa kami adalah sekeluarga di Ardhil Badawi ini.(gambar: di mator Kaherah hantar akhi Azmi)

Kelurga yang saya maksudkan adalah BAIT MUKMIN, Syed imarah yang terdiri daripada akhi Khusyairi Ibrahim ( MATYIE), Taufiq, Hafizal Hafiz, Fakhzan, Azmi, Abol dan juga kekanda Ustaz Wan Zamri (ustaz Yie Jordan).

Saya adalah yang bongsu dikalangan semua, mereka belai dan manja dengan saya. Setiap kali makan kami sekeluarga makan sama-sama.Tahun pertama di sini, seronok sangat-sangat apabila kami ahli-bait semua tubuh satu team bola untuk masuk perlawanan piala exco anjuran DPMT ketika itu. Seronok bukan kepalang, semua turun bermain termasuk kekanda ust yie turun bagi sokongan.nama pasukan adalah IMARAH MELAYU. Setiap malam kami merangka untuk perlawanan esok. Akhirnya kalah separuh akhir. Itu pun bertemu BKAN Kelantan. Terpaksa mengalah.

Rumah saya di Siberbey tidak sunyi daripada kunjungan dengan tetamu. Tidak kira dari luar atau sahabat2 Tanta. Ada shbt2 yang menumpang bermalam dan ada yang datang melawat kami sekelurga. Rumah tidak pernah sunyi dengan gelagak Mat Yie yang selalu menceriakan keadaan rumah. Juga rumah kami dijadikan salah satu tempat utk pengajian dengan izin pengerusi dan makluman kepada DPMT ketika itu. Sungguh meriah sekali. Kelas pengajian kitab kuliah diajar oleh kekanda ustz Wan Zamri (ustaz Yue Jordan) yang dihadiri oleh ramai sahabat2 tahun 3 dan 4. Lebih meriah lagi dengan adanya majlis2 tahlil dan zikir serta kenduri kesyukuran yang kami buat. Tidak ketinggalan juga projek “bakar ayam” dan sate bersama-sama. Itu cukup menyeronokkan apabila dikatakan ukhwah atas dasar ISLAM mula berputik.

Tahun kedua saya ditaklifkan sebagai exco DPMT, mereka 100% menyokong. Galakan dan dorongan selalu diberikan. Kekanda ustaz Yie (gambar: jalan2 di bandaraya Iskandariah) serta ahli serumah selalu memberi kata semangat dan cadangan yang sangat membina kepada saya. Saya rasa ada kekuatan dalam memikul amanah ALLAH ini. Alhamdulillah. Jika saya kesibukan dengan tugasan, merekalah membantu. Selalu mengganti memasak dan mengangkat kain-baju dijemuran jika saya tidak berkesempatan. Mereka sangat memahami saya.

“Keluarga yang saya maksudkan adalah BAIT MUKMIN, (Syed Imarah)yang terdiri daripada akhi Khusyairi Ibrahim ( Matyie), akhi Taufiq, akhi Hafizal Hafiz, akhi Fakhzan, akhi Azmi, akhi Abol dan juga kekanda Ustaz Wan Zamri (ustaz Yie Jordan)”
Tapi sekarang hanya tinggal kenangan. Kekanda Azmi, Fakhzan dan Peja sudah pun balik Malaysia dan semua diorang ini sudah merancang utk berumahtangga. Semoga mereka bahagia.Abol dan Matyie masih lagi still di sana. Yang terbaru, adalah kepulangan Kekanda ustaz Wan Zamri ke tanah air.

Apabila terigat semula kisah silang bersama ust Yie ini (yang juga pernah tinggal sebilik dengan saya,) banyak kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Ust Yie seorang peramah dan baik hati. Selalu mengutamakan ahli bait dalam semua hal. Pada musim peperiksaan beliau adalah guru (gambar: makanan arab-ziarah akhi mahmud di Alex)
kami sekeluarga. Tempat kami merujuk dan mentalaah kitab2. Di smping beliau tidak jemu memberi nasihat dan kata semangat kepada kami adik-beradik. Beliau yang banyak membantu apabila semua kami dalam fatrah peperiksaan. Memasak dan mengemas rumah beliau mengutamakan.

Pada waktu cuti selepas exam, Ust Wan Zamri adalah sbg seorg ayah kepada kami. Beliau banyak mengatur dan merancang supaya masa tidak terbuang begitu sahaja. Kerap kali kami sekeluarga pergi berkelah dan berjalan2. Beliau lah menjadi musyrif kami. Kami sekeluarga pernah ke Baltim bersama,bermalam di sana dan bermain bersuka-ria di sana. Kami juga pernah ke Alex, berjalan menziarah tempat2 melihat keindahan alam dan banyak lagi tempat kami lawati bersama.(gambar: rehlah ke Baltim)

Kekanda ustYie ada seorg kawan arab, baik sangat2 dan kami menganggap dia dengan kekanda ust Yie macam adik-beradik. Selalu datang,tidur dan makan di rumah. Dan kami pun sekeluarga pernah mengziarahi dia di kediaman di Alex yang diketuai oleh ust Yie sendiri semasa rombongan ziarah. Arab itu ada akhi Mahmud..

Kesedihan bermula apabila saya terpaksa berpindah ke Makrod kerana memikul amanah pimpinan DPMT dan ahli serumah yang lain ramai sudah pulang ke Malaysia. Sekarang hanya tinggal akhi Matyie dan akhi Abol shj bersama adik2 baru. Akhi Taufiq pun skrg banyak menetap di Kaherah.

Tapi saya merasakan sangat beruntung dan bersyukur dapat mengenali keluarga ini. Mungkin kami akan bertemu semula satu hari nanti di bumi Malaysia tercinta. Alhamdullillh, detik-detik terakhir sebelum kekanda ust Yie balik ke Malaysia, saya sebagai ex-ahli bait dan wakil DPMT menjemput khusus akhi ust yie ke rumah saya di Makrod untuk sedikit jamuan (gambar: naik lori ke Kahf Syeikh) makan sempena perpisahan yang dihadiri sendiri oleh exco2 DPMT dan penasihat DPMT, ustaz Wan Hadiyuddin. Pihak persatuan memberi sedikit sumbangan penghargaan buat ust Yie di atas pengorbanan beliau selama ini. Beliau cukup terharu dengan pertemuan itu dan berterima kasih kepada DPMT kerana mengambil berat pasal beliau dari awal datang sehingga sekarang sebelum berangkat pulang.Beliau memberi kata semangat kepada kami pimpinan DPMT supaya menjaga PERSATUAN DPMT, kerana DPMT dari dahulu hingga sekarang banyak membantu (gambar: jamuan perpisahan bersama exco$penasihat DPMT) pelajar-pelajar di sini. Harapan beliau lagi semoga kita semua pelajar-pelajar mesir menjadi alim ulamak rabbani supaya masyarakat dapat menumpang suatu masa nanti. Saya dan shbt2 exco cukup terharu dengan perpisahan itu.

Malam bertolak balik Malaysia,walaupun ada perjumpaan, saya bertekad untuk menghantar kekanda ust Yie dan menempah sebuah tremco brsama shbt2 dr Siberbey. Alhmdllah dapat sama2 menghantar sehingga ke mator (lapangan terbang) walaupun ada sedikit masalah. Alhamdullah kali ke dua tarikh penerbangan akhi ustz Wan Zamri dipermudahkan urusan selamat sampai di Malaysia.

Saya selalu doakan agar ust Yie dan sahabat2 yang sudah pulang ke tanah air bahagia dengan harapan mereka akan dapat terus berkhidmat kepada Agama dan anak bangsa dalam menegakkan kalimah ALLAH taala di atas muka bumi ini. Semoga dengan coretan saya kali ini dapat memberi sedikit input buat pembaca dalam mengenal erti sebuah persaudaraan islam ( ukhwah filllah ) dan erti pengorbanan ( tadhiyyah) yang dianjurkan oleh ISLAM. sekian..

Salam Perjuangan..

Ahad, Mei 10

Saya Mengucapkan Selamat Hari Ibu Buat Mama Tersayang


"BUAT MAMA TERSAYANG, SELAMAT HARI IBU, SEMOGA MAMA DIJAGA DAN MAMA DALAM PEMELIHARAAN ALLAH SENTIASA, MAAF KESILAPAN ANAKMU INI DAN DOAKAN ANAKMU INI BERJAYA DUNIA AKHIRAT"-anakmu diperantauan sungai Nil...

Tidak ketinggalan saya walaupun dengan sepotong mesaj sahaja, tapi inilah bukti saya cinta dan kasih buat ibu tersayang. walaupun berjauhan, tapi dekat di hati. sekejap sahaja rasanya dah nak menjangkau 3 TAHUN tidak menetap wajah mama... pe pn, doakan akan diiringi slalu di kala selesai solat, semoga dengan usaha sedikit itu memberi ma dan arwah ayah ketenangan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat..

Pengorbanan seorang ibu tidak boleh dibalas melainkan akan dinilai oleh ALLAH taala. SEJAK LAHIR HINGGA DEWASA, kita dijaga dan diasuh sebaiknya sehinggakn seekor nyamuk pun tidak akan menggigit kita..

Skrg, apakah kita mjaga ibu, memberi ksh syg kpd ibu??? berdoa utk ibu?? apakah kita anak soleh utk ibu?? utk bekalan ibu apabila bertemu ALLAH taala..

Sama2 pikir sejenak..

Khamis, Mei 7

GAMBAR KENANGAN BERSAMA SAHABAT SEPERJUANGAN

Kenangan: sahabat AJKT bersih surau Imarah Saadah
Malam ucapan dasar
Usrah amali AJKT: rehlah di pantai
Ziarah ke rumah ustz Fikri sempena kelahiran adik Syifa'

WARKAH BUAT SAHABAT SEPERJUANGAN AJKT DPMT


Salam imtihan buat sahabat-sahabat serta alim ulamak sekalian...

Dalam kesibukan persediaan peperiksaan suka ana mengambil masa sedikit mencoret pengalaman bersama sahabat-sahabat seusrah (usrah AJKT DPMT) minggu lepas adalah usrah terakhir kami dan bermula minggu ini adalah masa dan ruang sepenuhnya untuk kami pimpinan tumpu dengan mentalaah semua kitab-kitab kuliah untuk pesediaan menghadapi peperisaan tidak lama lagi.

Ketika ini, memang terasa sangat-sangat sunyi dan hanya bersama kitab dan ahli bait sahaja jika dibandingkan sebelum ini setiap malam jumaat kami adik-beradik AJKT berhimpun tidur bersama-sama termasuk kekanda penasihat (akhi Wan Hadi dan akhi Hafiz) untuk bangun berqiamualail. Pada paginya pula akan ada liqo fuad (tautan hati-hati). tapi bermula dari esok, amalan itu ditangguhkan seketika. Apa pun, ana cuba menghidupkan juga suasana walaupun keseorangan dan ana mengharapkan memohon kepada ALLAH taala moga-moga dikurniakan lagi nikmat bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangan di masa mendatang, insyaALLAH taala.

Satu penggal bersama sahabat-sahabat AJKT, banyak kenangan pahit dan manis yang sama-sama kami lalui pada masa susah maupun senang. Kami AJKT tidak lekang daripada berbincang dan bermesyuarat untuk kebaikan dan kebajikan seluruh ahli. Tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ini perlu kami langsaikan sebaik mungkin dengan harapan apabila kami berhadapan dengan ALLAH taala, kami boleh menjawab sebaiknya akan taklifan ini.

Buat sahabat-sahabatku AJKT, masa ini peruntukan untuk study, tumpu sebaik mungkin kepada kitab-kitab kuliah.Buat terbaik exam nanti. Jangan mudah putus asa,kuatkan semangat kalian. Kalian boleh berjaya dalam semua bidang. Teruskan usaha, buat perancangan dan pengurusan waktu dengan baik dan jangan terleka. Kalian berpotensi untuk berjaya insyALLAH. nasihat buat sahabat-sahabat dan juga diri ini sebagai motivasi.

Walaupun kita tidak lagi qiamulail sama-sama, tidak lagi berusrah sama-sama setiap minggu dalam fatrah exam ni, tapi kita tetap sehati sejiwa dalam mendokong perjuangan ini. Ayuh sahabat-sahabatku yang di sayangi kerana ALLAH, bangkit kita sebagai pemuda yang menjadi kebanggaan Rasulullah S.A.W, rijal-rijal yang pada siangnya seperti singa kuat bekerja untuk ISLAM dan pada malamnya bangun bermunajat sebagai seorang abid. Semoga hati-hati kita diikat atas dasar IMAN dan TAKWA kepada ALLAH taala semata-mata.
Tidak ana lupakan kepada kekanda penasihat-penasihat DPMT, banyak berkorban untuk mendidik dan mentarbiyyah kami.

Ingat sahabat-sahabatku, HIDUP BERJUANG, MATI TERBILANG.

Rabu, Mei 6

Mengadiri majlis doa selamat dan solat hajat sempena peperiksaan

(GAMBAR: Akhi Dzulhilmi(timb.pengerusi DPMT) turut hadir)
3 mei, semalam, aku dijemput untuk menghadiri majlis doa selamat dan solat hajat di Siberbay, rumah akhi Farid. Selepas solat magrib acara dimulakan dengan ucapan dari tuan punya rumah, ustaz Farid dengan melahirkan terima kasih atas kehadiran sahabat-sahabat. Beliau turut mengatakan tujuan diadakan majlis ini. Antaranaya adalah untuk memohon kita semua warga Tanta dalam peliharaan ALLAH taala, jauh dari musibah yang tidak diingini berlaku, solat hajat semoga dipermudahkan urusan dalam peperiksaan dengan mendapat kejayaan dan semoga ALLAH taala menjaga kesatuan kita di bawah persatuan yang kita sayangi dan sama-sama kita dokongi DPMT dan PMRAM.

AKU diamanahkan oleh tuan rumah untuk mengepalai majlis itu. Dengan berbekal sedikit ilmu dan pengalaman yang ALLAH taala kurniakan, ku gagahkan diri menyahut seruan itu. Dimulakan dengan solat hajat, tahlil ringkas serta bacaan yasin dan doa selamat pada akhirnya. Majlis tamat tepat sejurus sahaja masuk waktu isyak.

“Semoga ALLAH taala menjaga kesatuan kita di bawah persatuan yang kita sayangi dan sama-sama kita dokongi DPMT dan PMRAM”


Dengan kehadiran sahabat-sahabat yang begitu ramai, menunjukkan kita bersatu dan ada sifat kebersamaan dalam membuat sesuatu kerja. Ramai yang membantu dan tidak ketinggalan ramai sahabat-sahabat yang memberi sokongan dan dokongan. Semoga ALLAH taala mengikat hati-hati ini atas satu wadah perjuangan ISLAM. Amin..

Sepuluh kriteria bagi mencapai kemenangan dan kejayaan :

Salam imtihan buat teman-teman dan alim ulamak sekalian.. Sedikit muhasabah sempena peperiksaan yang akan mendatang tidak lama lagi. Semoga berguna untuk kita semua, insyaallah:

1. Yakin dengan janji Allah
2. Tidak pernah putus asa
3.Misi menyelamat bukan demi kepentingan diri
4. Kesederhanaan dalam kehidupan
5. Rendah diri sesama manusia
6. Azam yang tinggi
7. Berperancangan dalam bekerja dan belajar
8. Berjiwa besar
9. Berhati mulia
10. Membudayakan sifat suka berkorban

Semoga kejayaan milik kita bersama. marilah kita sama-sama berdoa dan bermunajat untuk kejayaan kita dan juga ISLAM di tanah air juga sama dan ketika ini..


Isnin, Mei 4

TAZKIRAH

"Sesungguhnya kematian terus mendekati kita & dunia terus meninggalkan kita. Maka jadilah kamu anak2 akhirat dan jgnlah kamu menjadi anak2 dunia. Sesungguhnya hari ini adalah beramal dan tidak ada hisab & esok adalah hisab dan tdk boleh lg beramal."

DETIK MENGZIARAHI ADINDA MOHD REHDA

Sahabat yang turut hadir
wakil PMRAM, ustaz Nik Rosdi menyampaikan sumbangan
bersama ustaz Redha Abdullah (adinda,semoga tabah)

Ahad, Mei 3

SALAM TAKZIAH BUAT AKHI RIHDA

Pemergian Ibu Tersayang:

"SETIAP YANG HIDUP AKAN MENEMUI KEMATIAN"

Salam takziah diucapkan kepada Alfadhil Ustaz Mohd Ridha Abdullah (tahun satu,Syariah asal Kelantan tinggal di Imarah Saadah) di atas pemergian ibu yang tersayang pada jam 3 ptg waktu Malaysia.semoga arwah ibunya di tmptkan bersama-sama org yg beriman.amin..semoga akhi Rihda tabah dan sabar dengan ujian ini-sama kita sedekahnya AL-FATIHAH..

Sabtu, Mei 2

gambar sekitar pertemuan dalam menyelesaikan kes Kecurian di Saberbay

sampaikan maklumat keselamatan dari persatuan DPMT
turut hadir, ditemani akhi Bahrom (ketua unit dakwah)
sahabat di imarah Siberbay yang khusyuk mendengar penjelasan kes kecurian
turut hadir,akhi Azhan Jamaluddin ( mangsa kecurian )