Isnin, Mei 25

WASIAT KEPADA PENUNTUT ILMU PADA MALAM DAN HARI PEPERIKSAAN


MALAM PEPERIKSAAN

· Ulangkaji tajuk-tajuk penting bagi subjek yang akan ditempuhi keesokannya dengan tenang.

· Meneliti topik-topik utama setiap tajuk dan soalan-soalan lepas yang berkaitan.

· Tidak berjaga malam bahkan tidur awal selepas solat hajat dan solat witir.

PAGI PEPERIKSAAN

· Bangun awal sebelum subuh, tunaikan solat tahajjud, solat subuh secara jemaah di masjid dan membaca Al-Quran dan zikir pagi.

· Ulangkaji secara pantas dan tenang untuk sebahagian tajuk-tajuk yang belum sempurna semalam.

· Solat Hajat niat untuk dipermudahkan dalam peperiksaan diikuti dengan doa yang ma'thur daripada Rasulullah.

· Keluar dari rumah bermula dengan langkah kaki kanan dan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, Al-Nas sebanyak 3 kali dan membaca doa :

SEMASA PEPERIKSAAN

* menjawab soalan yang ditanya oleh doktor
* jika terlupa,banyakkan selawat
* bersangka baik kepada penjaga dalam dewan peperiksaan

SELEPAS IMTIHAN

* solat hajat dan doa
* tawakkal kepada Allah