Rabu, Julai 9

FATWA...

Isu-Isu Pengubatan Islam Menurut Fatwa Para Ulama (Bahagian 1)


[A] Fatwa Mengenai Hukum Merawat Dengan Ayat-Ayat Al-Quran Dan Doa-Doa Yang Sah

Sheikh Abdullah Abdul Rahman al-Jabrin, seorang ulama semasa tersohor dari Arab Saudi, telah diajukan beberapa soalan dan fatwa yang berkaitan dengan “hukum dan amalan rawatan dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang sah”.

Antara fatwa-fatwa yang beliau nyatakan sebagai penjelasan kepada isu ini :

1. “…..Tidak ada halangan untuk membaca ayat-ayat tertentu daripada al-Quran atau doa-doa tertentu dan kemudiannya dihembuskan kepada air zamzam, atau pada minyak zaiton, dan kemudiannya pesakit disapukan dengan bahan-bahan yang telah didoakan itu….”

2. “…..tidak ada halangan untuk membacakan ayat-ayat al-Quran kepada diri pesakit, dan tidak ada halangan sekiranya pesakit tersebut dibacakan [dijampikan] dengan lebih dari seorang perawat. Maka sesungguhnya al-Quran adalah kalam Allah yang dijadikannya sebagai penawar kepada apa yang terdapat di dalam dada…..”

3. “……Membaca al-Quran sebagai suatu kaedah rawatan [ruqyah] adalah harus dan tidak menyalahi hukum syarak, namun wajar sekali perawat yang membaca al-Quran tersebut berupaya untuk membacanya dengan baik, memahami makna ayat-ayat yang dibaca, mempunyai iktikad yang benar, sentiasa beramal salih dan beristiqamah di dalam beribadah kepada Allah. Tidak menjadi syarat bagi seorang “perawat dengan al-Quran” untuk mengetahui secara mendalam dan terperinci selok-belok hukum-hakam fiqh. Walau bagaimana pun adalah terlalu penting bagi seorang perawat untuk memperbetulkan niatnya (apabila memberi rawatan, yakni, hendaklah berniat untuk mencari reda Allah semata-mata melalui khidmat yang diberikan) di samping berniat untuk memberikan khidmat dan manfaat kepada para pesakit dan umat Islam yang berhajat. Di dalam hal ini janganlah seseorang perawat itu menjadikan harta dan upah sebagai sasaran dan matlamat yang dicari. Apa yang dinyatakan ini adalah penting bagi memastikan doa-doa kesembuhan yang dibacakan itu lebih hampir untuk dimakbulkan oleh Allah.

4. “…..Mempelajari kaedah rawatan dengan al-Quran dengan niat untuk memberi manfaat kepada kaum Muslimin dan merawati penyakit-penyakit yang kronik adalah sunat. Ini adalah kerana kitab Allah [al-Quran] merupakan penawar yang sentiasa memberi manfaat dan faedah [terhadap para pesakit]…”[1]

Ulasan Ringkas :

Adalah jelas berdasarkan fatwa di atas bahawa merawat pesakit, samada penyakit fizikal ataupun rohani, dengan kaedah pembacaan al-ruqyah al-syar`iyyah atau pembacaan apa jua doa-doa yang sah dan muktabar adalah suatu amalan yang benar menurut neraca Syarak, diperakui oleh para ulama tersohor dan bukan sama sekali daripada amalan bid`ah yang mungkar. Begitu juga amalan menjampikan air dan apa jua bahan yang suci lagi halal dengan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang sahih untuk tujuan dijadikan penawar adalah harus dan dibolehkan menurut hukum syarak.

HIDUP SEORANG PEJUANG

Assalamualaikum wbt.. Apa khabar sahabat² yang dimuliakan Allah swt.. :) Semoga sahabat² semua diberkati dalam hidup dan dirahmati olehNya selalu..
Hm.. hari² berlalu.. semakin banyak isu² yang timbul.. Membuatkan ana rasa betapa perlunya ana memainkan peranan untuk mengulas isu² tersebut.. supaya semua orang dapat mengetahui kebenaran dan apakah peranan yang sepatutnya kita mainkan.. Bila berhadapan dengan isu² yang mencabar kehormatan agama Islam ataupun isu² yang membawa kepada ketidakadilan ataupun isu² yang membawa kesusahan kepada rakyat dan masyarakat..
Tapi apakan daya.. ana juga kadang² down.. seperti manusia lain.. ana juga punya waktu² dan masalah² yg membuatkan ana rasa tension.. down, tertekan dsbgnya.. Sehingga membuatkan ana tidak mampu menjalankan tugasan yang patut ana ambil sebagai orang² yang sedar akan situasi yang berlaku.. Nampaknya ana belum melengkapi lagi ciri² seorang pejuang.. Semoga Allah berikan ana kekuatan untuk berdepan dengan semua masalah² ku.. agar ana tidak menjadi lemah di atas jalan perjuanganNya..
Sahabat².. Pejuang juga manusia biasa.. Dia juga punyai rasa sedih.. punyai cita-cita.. punyai rasa cinta.. punyai rasa keinginan terhadap duniawi.. dll perkara yang ada pada manusia biasa.. Tetapi hidup seorang pejuang berbeza dengan hidup seorang manusia biasa.. Kerana pejuang ada tugas yang harus dilaksanakan.. Untuk membela masyarakat.. untuk menyuarakan keadilan.. Memberikan kesedaran kepada orang ramai.. menyumbangkan tenaga kepada yang memerlukan.. mengajar masyarakat akan ilmu² yang ada di dadanya.. Sebab... Pejuang adalah orang² yang diberikan oleh Allah sedikit kebolehan dari sudut ilmu.. sedikit kelebihan dari segi kesedaran.. dan sedikit kekuatan dari sudut tenaga dan keberanian.. Jadi hidup seorang pejuang tidak boleh sama dengan hidup seorang manusia biasa.. Sekiranya dia memiliki ciri² yang di atas.. tetapi dia tidak mahu berjuang.. maka dia telah menjadi zalim terhadap dirinya sendiri.. Kerana tidak menggunakan apa yang telah dikurniakan oleh Allah.. pada jalan yang sebetulnya..
Atas sebab itulah.. seorang Pejuang sepatutnya.. mengenepikan rasa sedih.. soal inginkan keduniaan.. soal cinta.. soal cita-cita duniawi.. Tapi..... sebagai manusia biasa.. memang kita tidak dapat lari daripada perkara² tersebut.. Jadi.. apa yang sepatutnya seorang pejuang buat.. ialah memastikan.. semua perkara² tadi.. tidak mengganggu perjalanan tugas²nya sebagai seorang pejuang.. Terus menjalankan segala tanggungjawab tanpa ada efek atau kesan sedikitpun daripada perkara² tersebut.. Kalau tidak.. maka dia tidak layak dipanggil seorang pejuang.. Kerana aspek duniawi lebih besar dalam dirinya.. berbanding misi Perjuangan yang dibawanya..
Sahabat².. Ingatlah.. Apabila Allah menghiburkan dan menggembirakan hati para pejuang di dalam Al-Quran.. Surah At Taubah Ayat 111 "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. "
MasyaAllah.. sungguh besar akan ganjaran yang diberikan oleh Allah.. Dan sungguh beruntung orang² yang setia di atas jalan Perjuangan Menegakkan Syariat Allah di atas muka bumi ini.. Semoga ayat² di atas dapat menghiburkan hati kita orang² beriman.. dan juga pejuang² di atas jalan Allah.. Tidak ada yang lebih berharga dalam hidup di dunia ini melainkan daripada Keredhaan Allah terhadap kita.. Semoga Allah SWT meredhai kita semua dalam kehidupan kita di dunia ini..
So tidak sepatutnya rasa sedih ana ini memberi efek kepada tanggungjawab² ana kan.. Menjadikan ana down dan malas² untuk buat kerja² dakwah.. Kalau tidak.. tak layaklah ana dipanggil seorang pejuang.. Yoshh.. InsyaAllah.. ana harapkan doa sahabat² semua.. mengiringi ana dan sahabat² lain di KL.. untuk terus berjuang sepenuh tenaga.. atas jalan kebenaran dan dakwah ilaLlah.. Biarpun berada dalam susah dan payah.. Kerana dakwah fi sabilillah ada jalan hidup kami insyaAllah.. sehingga ke akhirnya.. Amiin..
Terima kasih kerana sudi mendengar luahan hati ini.. InsyaAllah ana akan kembali dengan isu² yang perlu diambil perhatian..