Jumaat, Oktober 31

MUNAJAT SEORANG HAMBA

Di Kala Malam Sunyi Sepi
Bani Insan Tenggelam Dalam Mimpi
Musafir Yang Malang Ini
Pergi Membasuh Diri
Untuk Menghadap-Mu Oh Tuhan

Lemah Lutut Ku Berdiri
Di Hadapan Mu Tangisan Ku Keharuan
Hamba Yang Lemah Serta Hina
Engkau Terima Jua Mendekati
Bersimpuh Di Bawah Duli Kebesaran-Mu

Tuhan Hamba Belum Pasti
Bagaimana Penerimaan-Mu
Di Kala Mendengar Pengaduanku

Dan Kau Berjanji
Sudi Mengampunkan Ku
Dari Segala Dosa Yang Ku Lakukan

Ampunan-Mu Tuhan
Lebih Besar Dari Kesalahan Insan
Hamba Yakin Pada Keampunan-Mu Tuhan
Bukan Tidak Redha Dengan Ujian
Cuma Hendak Mengadu Pada-Mu
Tempat Hamba Kembali Nanti Di Sana

Rabu, Oktober 29

Pembinaan Masjid Nabi:

http://hajj.al-islam.com/images/hmadina/n1pic1.gifNabi s.a.w memuliakan binaan dengan bekerja dengan tangannya sendiri sambil menyebut:

Yang bermaksud:
Ya Allah! Sesungguhnya balasan yang sebaik-baiknya adalah balasan akhirat.
Oleh itu muliakanlah orang-orang Ansar dan Muhajirin.
Tidak ada kehidupan yang kekal selain kehidupan di Akhirat.
Oleh itu ampunkanlah orang-orang Ansar dan Muhajirin

1. Sewaktu Nabi s.a.w keluar dari Quba' menuju ke Madinah, baginda telah memerintahkan sahabat-sahabat melepaskan tali unta tunggangan baginda dengan bersabda: Biarkan ia kerana sesungguhnya ia telah diperintahkan. Orang ramai terus berjalan mengiringi baginda sehinggalah unta tersebut berhenti rehat di suatu tempat mengering tamar yang dimiliki oleh dua orang anak yatim yang dijaga oleh As'ad bin Zararah, ada pendapat lain mengatakan bahawa mereka berdua dijaga oleh Abu Ayyub Al-Ansari. Salah seorang daripada mereka bernama Sahl dan seorang lagi bernama Suhail. Mereka berdua merupakan anak lelaki Amru.

2. Ketika unta tunggangan menurunkan Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: Jika dikehendaki Allah, tempat ini akan dijadikan rumah Allah (masjid). Kemudian baginda memanggil mereka berdua dan membuat urusan tawar menawar terhadap tempat unta berhenti untuk dibina masjid. Mereka berkata: Tidak, bahkan ambillah ia sebagai pemberian daripada kami dengan percuma. Rasulullah s.a.w enggan menerima pemberian mereka. Lalu Nabi s.a.w membayar harga tanah tersebut dengan harga sepuluh dinar emas. Pembayaran tersebut telah dibuat oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq dengan menggunakan hartanya.

3. Setelah itu kubur-kubur orang musyrikin yang terdapat di taman itu digali dan dipindahkan. Tanah diratakan dan pokok tamar yang terdapat di situ ditebang. Mereka telah menanam pokok-pokok tamar secara berbaris sebagai kiblat masjid. Seterusnya mereka menyusun batu-bata untuk membina masjid. Pada ketika itu Talq datang. Beliau melihat Rasulullah s.a.w serta para sahabat sedang menyusun batu-bata. Beliau berkata: Rasulullah s.a.w kelihatan tidak begitu suka dengan cara mereka berkerja. Melihat keadaan itu aku terus mengambil penyodok lalu mencampur batu-bata dengan tanah. Rasulullah s.a.w menyukai caraku menggunakan penyodok dan cara kerjaku. Rasulullah s.a.w bersabda: Biarkan Al-Hanafi dan tanah tersebut, sesungguhnya dia cekap di kalangan kamu (menggunakan kedua tangannya) terhadap tanah tersebut.

4. Para sahabat Nabi s.a.w telah menggali asas tapak masjid sedalam tiga hasta (1.5 meter). Asas masjid dibina dengan batu kemudian mereka meninggikan binaan tersebut dengan batu-bata yang dibuat dari tanah.

5. Saidina Othman bin Maz'un (dikatakan juga Ibnu Affan) merupakan seorang yang sentiasa menjaga kebersihan. Beliau membawa batu-bata secara meletakkan dalam pakaiannya. Apabila batu-bata tersebut diletak di tempatnya, beliau akan membersihkan lengan baju serta memerhatikan pakaiannya. Jika terdapat debu tanah, beliau akan mengibarkan pakaian untuk menghilangkan debu tersebut. Perbuatan beliau itu telah menarik perhatian Saidina Ali bin Abu Talib r.a lalu beliau mengucapkan kata-kata:

لا يسـتوي من عمر المســـــــاجد


يـدأب فيهــا قائمـــا وقـــاعد

ومن يــرى عند الـتراب حـــــائد


Yang bermaksud: Tidak sama orang yang membina masjid. Orang yang bekerja membinanya dan orang yang melihat debu lalu membuangnya. Ammar bin Yasir telah mendengar kata-kata tersebut. Beliau mengulangi kata-kata tersebut tetapi tidak memahami maksudnya. Sewaktu beliau melintasi Othman bin Maz'un, Othman telah memarahi beliau kerana menyangka Ammar bin Yasir memperlinya. Othman berkata kepada Ammar: Wahai Ibnu Sumaiyah kamu tahukah siapa yang kamu perli dan kamu hina itu? Berhentilah dari perbuatan kamu itu atau kamu mahu aku pukul mukamu dengan benda ini. Di tangan beliau terdapat sepotong besi. Peristiwa itu telah didengar oleh Nabi s.a.w lalu baginda marah. Seorang sahabat telah berkata kepada Ammar: Sesungguhnya Nabi s.a.w telah memarahimu. Kami takut nanti diturunkan ayat al-Quran kepada kami (tentang keadaan tersebut). Ammar menjawab: Aku meredhainya sebagaimana kemarahannya. Beliau berkata lagi: Wahai Rasulullah! Apakah salahku (yang membuatkan) sahabatmu berlaku demikian? Nabi s.a.w bertanya dengan sabda: Apakah yang berlaku padamu dan mereka? Beliau menjawab: Mereka ingin membunuhku. Setiap orang daripada mereka membawa seketul batu dan mereka memukul aku dengan dua atau tiga ketulan. Nabi s.a.w memegang tangan Ammar dan membawanya mengelilingi masjid. Baginda menyapu debu di leher iaitu bahagian bawah dua cuping telinga beliau, lalu bersabda: Wahai Ibnu Sumaiyah! Sahabatku tidak akan membunuhmu tetapi engkau akan dibunuh oleh segolongan orang kafir. Rasulullah s.a.w menyertai sahabat-sahabat baginda membina masjid. Apabila orang-orang Muhajirin dan Ansar melihat baginda meletakkan pakaian, mereka ikut meletakkan pakaian mereka lalu bersyair:

لئن قعدنا والنبي يعمل ذاك إذا لعمل مضلل


Yang bermaksud: Sekiranya kami duduk sedangkan Nabi bekerja, itu adalah perbuatan yang tidak baik.

Selasa, Oktober 28

TAZKIRAH

"Sebaik-baik manusia itu adalah
mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain..."


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
( hadis)

Ahad, Oktober 26

penceria hari kita

Aslkm, skdr penceria hari kita serta
penambahan ilmu...

Jadikanlah panduan setiap hari. InsyaAllah anda akan rasa bebas dari stress
dan hati lebih cekal dalam menghadapi hidupan harian.


Rahsia SOLAT yang ramai tidak ketahui......

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali
sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan men i t i s
dan kering sendiri.. Lalu ambillah s e jadah, shalat, berzikir dan
berdo'a.

Untuk menghilangkan stress, Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika
solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT
dengan zikir dan do'a.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir
tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma
Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah
memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK
CERMIN

Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong
atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2
kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e.
selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak kan sayuran,
buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita
akan banyak dikenal dan disayangi.

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau
panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di
dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A.W. bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak
sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta
cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di
kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah
mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Jumaat, Oktober 24

ukhuwah

"Di saat-saat resah, al-Quranlah yang paling mujarab, kerana ia adalah warkah cinta dari Pencipta. Allahlah kekasih yang paling memahami. Masakan tidak, Dialah Raja segala cinta kerana Dialah sebenarnya Pencipta cinta. Lihat! dengan sifat cintanya berkasih sayanglah semua makhlukNya. Betapa agungnya cinta Allah.” - Bajailah dan siramilah ukhuwah yang kita bina ini dengan siraman kasih sayang.