Rabu, November 12

hadis

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud "Ada 4 di pandang sebagai ibu", yaitu :

1. Ibu dari segala OBAT adalah SEDIKIT MAKAN.

2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.

3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.


4. Ibu dari segala CITA2 adalah SABAR

"Jika kau mendapati jiwamu di tahap yg tinggi, maka awasilah kerana bila-bila masa kau akan ke bawah..namun jika kau sentiasa mrasa jiwa sntsia di bawah, percayalah bila2 masa pun kau akan di atas..walau di mana kau berada, batasilah nikmat atau musibah dengan syukur kerana syukur adalah redha..ingatlah bahawa kabus itu memang gelap, tapi lama-kelamaan ia akan hilang apabila mentari muncul..."-mohamed al-fateh

Ahad, November 9

A: Kepimpinan Dakwah Islam.

a. Ratapan jiwa seorang pemimpin

Daripada surah Maryam ayat 4 hingga 6 :-

قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُنْ بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا(4) وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِنْ وَرَائِي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا(5)يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ ءَالِ يَعْقُوبَ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا(6

Terjemahannya: “Ia berkata; ya tuhanku sesungguhnya tulangku telah lemah, dan kepalaku telah dipenuhi uban dan aku belum pernah kecewa di dalam berdoa kepaa engkau, ya tuhanku. Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap keturunan di belakangku nanti sedangkan isteriku mandul. Oleh kerana itu, kurniakan langsung daripadaMu seorang keturunan yang akan mewarisi aku dan keluarga Yaakob dan jadikanlah ia, ya tuhanku seorang yang engkau redhoi”.

Demikian bunyinya ratapan jiwa nabi Allah Zakaria, seorang nabi seorang pemimpin tatkala ia melihat kekuatannya kian sudah berkurangan. Beliau khuatir mengingatkan nasib umatnya apabila beliau sudah tidak ada lagi. Maka doa yang diratapkan oleh jiwa yang soleh daripada nabi Allah Zakaria itu sebenarnya patut jadi ratapan jiwa kita juga yang memegang amanah pimpinan ummah dalam apa lapangan sekalipun hatta untuk kepentingan maslahah dakwah dan ummah.

b.Pewaris pimpinan

Pimpinan adalah tenaga penyambung yang menjadi syarat mutlak kelanjutan perjuangan. Bukan menjadi kemegahan yang hakiki bagi seorang pemimpin kalau pimpinannya berjalan dengan baik sehingga nama dan organisasinya berpengaruh di hati rakyat tetapi di satu saat, manakala beliau sudah tidak ada lagi kesemuanya menjadi kacau bilau, umat yang dipimpinnya menjadi panik dan bingung.

Ini adalah faktor utama kita mesti membina golongan al Qaedatul Sulbah khususnya kepimpinan dakwah Islam.

Allah memperkenankan nabi Allah Zakaria, dan untuk melayakkan nabi allah Yahya sebagai pemimpin, Allah memberikan bekalanNya kepada Yahya seperti kisah di dalam surah Maryam ayat 12 hingga 14 mafhumnya: Wahai Yahya ambillah kitab ini dengan sepenuh hati, dan kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih kecil. Dan kami jadikan ia orang yang mempunyai rasa belas kasihan yang mendalam kepada manusia dari sisi kami, dan orang yang bersih daripada dosa dan adalah ia seorang yang taqwa dan ia adalah seorang yang berbakti kepada kedua ibu bapanya dan ia bukanlah seorang yang sombong dan penderhaka.

Ada 8 perkara yang dibekalkan kepada nabi Allah Yahya yang akan dijadikan sebagai pegangan semasa melakukan tugas kepimpinan sepeninggalan ayahandanya nabi Allah Zakaria. Maka pegangan inilah yang perlu ada dalam kepimpinan core group bagi mencapai sasaran dakwah kerana kita meyakini bahawa perjuangan yang kita lakukan ini adalah lanjutan daripada perjuangan nabi-nabi dan rasul-rasul yang terdahulu untuk menegakkan kalimah Allah s.w.t.

Oleh itu, kita yang ingin menjadi ahli warisan mereka yang ingin menjadi pemimpin dakwah Islam pula perlulah mempedomani garis-garis yang telah dibentangkan di dalam ayat di atas seperti huraian berikut:

1.b. Bersungguh-sungguh memegang amanah dan mengembangkan al Kitab.

Terjemahan al-Quran: “Wahai Yahya ambillah kita dengan bersungguh-sungguh”.

Setelah Yahya sampai kepada umur yang dapat berbicara, berfirman Allah kepadanya supaya ia mengambil kitab at Taurat yang menjadi nikmat Allah s.w.t kepada bani Israel. Allah s.w.t. menyuruh Yahya mempelajarinya, mengamalkan isinya dan kemudian menyampaikannya kepada ummatnya dengan bersungguh-sungguh. Ayat ini memberi ingatan kepada kita bahawa di dalam perjuangan, syarat utama ialah hendaklah memegang teguh pada prinsip sebagai pokok dan aqidah. Untuk memilih jamaah, lihat dasarnya terlebih dahulu, apa matlamat dan visinya. Kita memasuki sesuatu jamaah semata2 kerana panggilan tauhid ubudiah yang ada di dalam jiwa kita sebagai mukmin.

Orang yang memasuki jamaah tanpa memahami dan berpegang teguh kepada aqidah perjuangannya tidak akan menguatkan jamaah tetapi sebaliknya menjadi dedalu di dalam kehidupan jamaah dan dakwah.

Perjuangan yang beraqidahkan Islam akan membentuk seorang yang tahan uji di dalam sebarang kesulitan dan ini juga akan meyakinkan orang lain kepada perjuangan Islam. Begitulah sebaliknya kerana orang yang tidak mempunyai apa-apa tidak akan dapat memberikan apa-apa. Inilah antara syarat terpenting kepada golongan al Qaedatul Sulbah.

2.b. Ilmu dan Hikmah

Maksud ayat al-Quran: “Dan kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih kanak-kanak…”

Yahya menerima hikmah yang dalam ketika ia masih kecil lagi. Sebab itu kita juga perlu membina anak-anak kita sejak daripada kecil lagi sebagai suatu proses pentarbiahan agar mereka ini benar-benar mempunyai hikmah dan ilmu di dalam perjuangan Islam.

Hikmah maksudnya mengetahui rahsia setiap sesuatu dan faedahnya. Dengan kata lain seorang pemimpin perlu mempunyai ilmu yang mendalam khususnya dalam persediaan bekalan agama, politik, kemasyarakatan dan lain-lain.

Al Qaedatul Sulbah dalam keadaan sekarang memerlukan kepada ilmu yang dalam, kekuatan analisa yang konstruktif, political reading yang kritikal dan motivasi dakwah yang advance.

3.b. Mempunyai Sifat Belas Kasihan

Maksud ayat al-Quran: “Dan kami jadikan dia orang yang mempunyai rasa belas kasihan yang mendalam kepada manusia dari sisi kami”.

Pemimpin adalah seperti yang pernah disebut di dalam satu pepatah arab:

“Ketua satu kaum itu adalah khadam kaum itu.”

Mereka ini kadang-kadang terpaksa bersifat seperti lilin, membakar dirinya dan orang lain yang dapat cahaya. Inilah yang perlu ada pada seorang core group yang cekap di dalam sebarang pengendalian.

4.b. Bersih daripada segala pencemaran dosa.

Mafhum ayat : Dan orang yang bersih daripada dosa.

Inilah watak yang perlu ada kepada seorang pemimpin agar ia dapat menjadi tauladan kepada pengikut dan ummat. Ia juga mesti menghindarkan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh mencemarkan nama baik jamaah. Sifat taat dan ikhlas perlu ada pada mereka.

5.b. Taat, Taqwa dan Bersisiplin.

Mafhum ayat : “Dan adalah dia seorang yang taqwa”.

Yahya adalah seorang nabi yang ikhlas mengerjakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang ditegah, tidak pernah terlintas di hatinya untuk melakukan maksiat. Taqwa membawa manifestasi taat. Tanpa kekuatan ketaatan, maka ini bermakna seseorang itu tidak berdisiplin. Ketiadaan disiplinlah yang selalunya merosakkan jamaah. Ini yang perlu ada kepada seorang pemimpin. Pemimpin yang tidak berdisiplin boleh menjadi bukti kepada kerosakan dakwah. Ini sering berlaku di Malaysia.

6.b. Berbakti kepada Orang Tua

Mafhum ayat: “Dan ia adalah orang yang berbakti kepada kedua orang tuanya”.

Seorang pemimpin sentiasa menghormati orang tua. Pengalaman orang tua perlu diambil kira. Tarbiah ilmu tidak memadai kalau kita tidak mempunyai tarbiah amal yang kebanyakannya diperolehi agar dapat dipelajari daripada mujahid-mujahid yang terawal.

7.b. Tidak Sombong dan Angkuh

Mafhum ayat: “Dan bukanlah dia seorang yang sombong”.

Yahya bukanlah seorang yang takabbur terhadap manusia. Ia selalu berlaku lembut dan merendahkan diri kepada menusia. Keangkuhan menjadi punca seseorang da’ie mudah dibeli oleh kebendaan dan terpedaya dengan segala janji dan tipu muslihat musuh islam. Kesombongan juga menjadikan seorang itu terlalu degil dalam perbincangan untuk mencari penyelesaian .

8.b. Tidak Pernah Derhaka

Mafhum ayat: “Dan bukanlah dia seorang penderhaka”.

Yahya bukanlah seorang yang menderhakai tuhannya sebagaimana dia tidak menderhakai kepada kedua ibu bapanya. Seorang pemimpin mestilah mempunyai sifat ini kerana kederhakaan akan menjauhkan seseorang itu daripada dasar perjuangan apatahlagi dasar untuk memperjuangkan Islam.

Kesimpulan

حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ مُحَمَّدٍ الْمَرْوَزِيُّ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ أَخْبَرَنَا يُونُسُ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنَا سَالِمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَزَادَ اللَّيْثُ قَالَ يُونُسُ كَتَبَ رُزَيْقُ بْنُ حُكَيْمٍ إِلَى ابْنِ شِهَابٍ وَأَنَا مَعَهُ يَوْمَئِذٍ بِوَادِي الْقُرَى هَلْ تَرَى أَنْ أُجَمِّعَ وَرُزَيْقٌ عَامِلٌ عَلَى أَرْضٍ يَعْمَلُهَا وَفِيهَا جَمَاعَةٌ مِنْ السُّودَانِ وَغَيْرِهِمْ وَرُزَيْقٌ يَوْمَئِذٍ عَلَى أَيْلَةَ فَكَتَبَ ابْنُ شِهَابٍ وَأَنَا أَسْمَعُ يَأْمُرُهُ أَنْ يُجَمِّعَ يُخْبِرُهُ أَنَّ سَالِمًا حَدَّثَهُ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ الْإِمَامُ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ رَاعٍ فِي أَهْلِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ فِي بَيْتِ زَوْجِهَا وَمَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا وَالْخَادِمُ رَاعٍ فِي مَالِ سَيِّدِهِ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ قَالَ وَحَسِبْتُ أَنْ قَدْ قَالَ وَالرَّجُلُ رَاعٍ فِي مَالِ أَبِيهِ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

Bermaksud: “Masing-masing kamu adalah pengembala dan masing-masing kamu bertanggungjawab terhadap gembalakannya”.

-Hadis nabi-

Jumaat, November 7

ibu

"Disaat ibumu tidur, cuba kamu lihat matanya dan bayangkan matanya takkan terbuka untuk selamanya..tangannya tak dapat hapuskan airmata mu dan tiada lagi nasihat yang sering kita abaikan..bayangkan ibumu sudah tiada..apakah kamu cukup membahagiakannya..apakah kamu pernah berfikir bertapa besar pengorbanannya semenjak kamu berada di dalam perutnya...kirim mesej ini pada semua...itupun kalau kamu sayang ibumu dan mahu mengingatkan teman2mu"

Selasa, November 4

tazkirah nafsi

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu ; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.." [al-Baqarah:216]

"Dalam keadaan apa pun."SENANGKANLAH HATIMU!!!" Janganlah bersedih. "Kalau engkau kaya. senangkanlah hatimu! Kerana di hadapanmu terbentang kesempatan untuk mengerjakan perkara yang sulit melalui hartamu. "Dan jika engkau fakir miskin, senangkan pulalah hatimu! Kerana engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa, penyakit kesombongan yang sering menimpa orang-orang kaya. Senangkanlah hatimu kerana tak ada orang yang akan hasad dan dengki kepadamu lagi, lantaran kemiskinanmu..." "Kalau engkau dilupakan orang, kurang masyhur, senangkan pulalah hatimu! Kerana lidah tidak banyak yang mencelamu, mulut tak banyak mencacimu..." Mudah-mudahan. Allah mengurniai kita ilmu yang mengantarkan kita pada sebuah keyakinan dan kebahagiaan abadi, dunia dan akhirat. Amin.

Jumaat, Oktober 31

hidup berjemaah

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Terdapat segolongan manusia yang mentaati perintah-perintah Allah dan segolongan manusia yang lain melanggari batas-batas Allah. Perumpaan mereka adalah seperti dua golongan yang menaiki sebuah kapal di mana satu golongan berada di atas dan satu golongan lagi berada dalam perut kapal. Apabila golongan yang berada dalam perut kapal inginkan air mereka menyuruh golongan yang di atas supaya mengambilkan air untuknya sehinggalah mereka berkata : “Adakah patut kita kita menyusahkan golongan di atas apabila kita memerlukan air sedangkan kita boleh mendapat air yang banyak dengan melubangi bahagian bawah kapal ini”. Maka sekiranya golongan di atas tidak mencegah mereka dari kebodohan ini, nescaya mereka akan karam kesemuanya”.-Riwayat Bukhari-