Ahad, Mei 10

Saya Mengucapkan Selamat Hari Ibu Buat Mama Tersayang


"BUAT MAMA TERSAYANG, SELAMAT HARI IBU, SEMOGA MAMA DIJAGA DAN MAMA DALAM PEMELIHARAAN ALLAH SENTIASA, MAAF KESILAPAN ANAKMU INI DAN DOAKAN ANAKMU INI BERJAYA DUNIA AKHIRAT"-anakmu diperantauan sungai Nil...

Tidak ketinggalan saya walaupun dengan sepotong mesaj sahaja, tapi inilah bukti saya cinta dan kasih buat ibu tersayang. walaupun berjauhan, tapi dekat di hati. sekejap sahaja rasanya dah nak menjangkau 3 TAHUN tidak menetap wajah mama... pe pn, doakan akan diiringi slalu di kala selesai solat, semoga dengan usaha sedikit itu memberi ma dan arwah ayah ketenangan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat..

Pengorbanan seorang ibu tidak boleh dibalas melainkan akan dinilai oleh ALLAH taala. SEJAK LAHIR HINGGA DEWASA, kita dijaga dan diasuh sebaiknya sehinggakn seekor nyamuk pun tidak akan menggigit kita..

Skrg, apakah kita mjaga ibu, memberi ksh syg kpd ibu??? berdoa utk ibu?? apakah kita anak soleh utk ibu?? utk bekalan ibu apabila bertemu ALLAH taala..

Sama2 pikir sejenak..

Khamis, Mei 7

GAMBAR KENANGAN BERSAMA SAHABAT SEPERJUANGAN

Kenangan: sahabat AJKT bersih surau Imarah Saadah
Malam ucapan dasar
Usrah amali AJKT: rehlah di pantai
Ziarah ke rumah ustz Fikri sempena kelahiran adik Syifa'

WARKAH BUAT SAHABAT SEPERJUANGAN AJKT DPMT


Salam imtihan buat sahabat-sahabat serta alim ulamak sekalian...

Dalam kesibukan persediaan peperiksaan suka ana mengambil masa sedikit mencoret pengalaman bersama sahabat-sahabat seusrah (usrah AJKT DPMT) minggu lepas adalah usrah terakhir kami dan bermula minggu ini adalah masa dan ruang sepenuhnya untuk kami pimpinan tumpu dengan mentalaah semua kitab-kitab kuliah untuk pesediaan menghadapi peperisaan tidak lama lagi.

Ketika ini, memang terasa sangat-sangat sunyi dan hanya bersama kitab dan ahli bait sahaja jika dibandingkan sebelum ini setiap malam jumaat kami adik-beradik AJKT berhimpun tidur bersama-sama termasuk kekanda penasihat (akhi Wan Hadi dan akhi Hafiz) untuk bangun berqiamualail. Pada paginya pula akan ada liqo fuad (tautan hati-hati). tapi bermula dari esok, amalan itu ditangguhkan seketika. Apa pun, ana cuba menghidupkan juga suasana walaupun keseorangan dan ana mengharapkan memohon kepada ALLAH taala moga-moga dikurniakan lagi nikmat bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangan di masa mendatang, insyaALLAH taala.

Satu penggal bersama sahabat-sahabat AJKT, banyak kenangan pahit dan manis yang sama-sama kami lalui pada masa susah maupun senang. Kami AJKT tidak lekang daripada berbincang dan bermesyuarat untuk kebaikan dan kebajikan seluruh ahli. Tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan ini perlu kami langsaikan sebaik mungkin dengan harapan apabila kami berhadapan dengan ALLAH taala, kami boleh menjawab sebaiknya akan taklifan ini.

Buat sahabat-sahabatku AJKT, masa ini peruntukan untuk study, tumpu sebaik mungkin kepada kitab-kitab kuliah.Buat terbaik exam nanti. Jangan mudah putus asa,kuatkan semangat kalian. Kalian boleh berjaya dalam semua bidang. Teruskan usaha, buat perancangan dan pengurusan waktu dengan baik dan jangan terleka. Kalian berpotensi untuk berjaya insyALLAH. nasihat buat sahabat-sahabat dan juga diri ini sebagai motivasi.

Walaupun kita tidak lagi qiamulail sama-sama, tidak lagi berusrah sama-sama setiap minggu dalam fatrah exam ni, tapi kita tetap sehati sejiwa dalam mendokong perjuangan ini. Ayuh sahabat-sahabatku yang di sayangi kerana ALLAH, bangkit kita sebagai pemuda yang menjadi kebanggaan Rasulullah S.A.W, rijal-rijal yang pada siangnya seperti singa kuat bekerja untuk ISLAM dan pada malamnya bangun bermunajat sebagai seorang abid. Semoga hati-hati kita diikat atas dasar IMAN dan TAKWA kepada ALLAH taala semata-mata.
Tidak ana lupakan kepada kekanda penasihat-penasihat DPMT, banyak berkorban untuk mendidik dan mentarbiyyah kami.

Ingat sahabat-sahabatku, HIDUP BERJUANG, MATI TERBILANG.

Rabu, Mei 6

Mengadiri majlis doa selamat dan solat hajat sempena peperiksaan

(GAMBAR: Akhi Dzulhilmi(timb.pengerusi DPMT) turut hadir)
3 mei, semalam, aku dijemput untuk menghadiri majlis doa selamat dan solat hajat di Siberbay, rumah akhi Farid. Selepas solat magrib acara dimulakan dengan ucapan dari tuan punya rumah, ustaz Farid dengan melahirkan terima kasih atas kehadiran sahabat-sahabat. Beliau turut mengatakan tujuan diadakan majlis ini. Antaranaya adalah untuk memohon kita semua warga Tanta dalam peliharaan ALLAH taala, jauh dari musibah yang tidak diingini berlaku, solat hajat semoga dipermudahkan urusan dalam peperiksaan dengan mendapat kejayaan dan semoga ALLAH taala menjaga kesatuan kita di bawah persatuan yang kita sayangi dan sama-sama kita dokongi DPMT dan PMRAM.

AKU diamanahkan oleh tuan rumah untuk mengepalai majlis itu. Dengan berbekal sedikit ilmu dan pengalaman yang ALLAH taala kurniakan, ku gagahkan diri menyahut seruan itu. Dimulakan dengan solat hajat, tahlil ringkas serta bacaan yasin dan doa selamat pada akhirnya. Majlis tamat tepat sejurus sahaja masuk waktu isyak.

“Semoga ALLAH taala menjaga kesatuan kita di bawah persatuan yang kita sayangi dan sama-sama kita dokongi DPMT dan PMRAM”


Dengan kehadiran sahabat-sahabat yang begitu ramai, menunjukkan kita bersatu dan ada sifat kebersamaan dalam membuat sesuatu kerja. Ramai yang membantu dan tidak ketinggalan ramai sahabat-sahabat yang memberi sokongan dan dokongan. Semoga ALLAH taala mengikat hati-hati ini atas satu wadah perjuangan ISLAM. Amin..

Sepuluh kriteria bagi mencapai kemenangan dan kejayaan :

Salam imtihan buat teman-teman dan alim ulamak sekalian.. Sedikit muhasabah sempena peperiksaan yang akan mendatang tidak lama lagi. Semoga berguna untuk kita semua, insyaallah:

1. Yakin dengan janji Allah
2. Tidak pernah putus asa
3.Misi menyelamat bukan demi kepentingan diri
4. Kesederhanaan dalam kehidupan
5. Rendah diri sesama manusia
6. Azam yang tinggi
7. Berperancangan dalam bekerja dan belajar
8. Berjiwa besar
9. Berhati mulia
10. Membudayakan sifat suka berkorban

Semoga kejayaan milik kita bersama. marilah kita sama-sama berdoa dan bermunajat untuk kejayaan kita dan juga ISLAM di tanah air juga sama dan ketika ini..