Ahad, Ogos 16

GEMPUR RAMADHAN: Motivasi Nabi menjelang Ramadan(khutbah nabi)

Salman al-Farisi berkata, bahawa baginda Rasulullah s.a.w. berkhutbah di akhir bulan Syaaban, sabda baginda:

"Wahai manusia! Sesungguhnya kamu dibayangi dengan satu bulan yang agung lagi diberkati, iaitu bulan yang ada di dalamnya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang diwajibkan Allah puasa fardu pada siang hari, amalan sunnat pada malam-malamnya.

"Sesiapa yang melakukan sesuatu kebaikan daripada amal-amal kebajikan dan kebaikan, seolah-olah dia telah melakukan satu perkara fardu, sementara yang melakukan satu perkara fardu (pada bulan Ramadan), seolah-olah dia telah melakukan 70 perkara fardu."

"Ramadan adalah bulan kesabaran, dan pahala sabar itu akan membawa ke syurga. Ia juga bulan bertolak ansur, berkasih sayang, bulan yang menambahkan rezeki golongan mukmin."

Sesiapa yang memberi dan menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, baginya keampunan seluruh dosa-dosa yang pernah dilakukannya serta pelepasan dari api neraka. Baginya juga pahala yang tidak berkurangan dari orang yang berpuasa.

Para sahabat bertanya: "Sebenarnya kami tidak ada apa yang boleh dijadikan juadah berbuka puasa untuk yang berpuasa, bagaimana kami boleh meraih pahala?"

Baginda menjawab: "Allah tetap akan memberi pahala menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang yang memberi walaupun sebiji tamar, atau seteguk air atau setitis susu untuk orang berpuasa."

Ini kerana sabda baginda, pada 10 pertama Ramadan adalah rahmat, 10 pertengahan disediakan keampunan dan 10 akhir Ramadan adalah pelepasan daripada api neraka.

Justeru, tegas baginda, perbanyakkan pada bulan Ramadan dengan empat perkara:

"Dua perkara daripadanya adalah untuk mendapatkan keredhaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi tidak boleh tidak, kamu mesti melakukannya.

"Dua perkara untuk mendapatkan Tuhan kamu itu adalah dengan mengucap syahadat La Ilaha Illallah (tiada Tuhan melainkan Allah) dan memperbanyak Istighfar.

"Sementara dua perkara yang mesti kamu lakukan adalah memohon kepada Allah untuk memasuki syurga-Nya dan minta dijauhkan daripada memasuki neraka-Nya.

"Sesiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari telagaku, di mana dia tidak akan merasa dahaga selepas meminumnya hingga dimasukkan dalam syurga." (Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah dalam kitab sohihnya, al-Baihaqi dan Ibnu Hibban).

Khamis, Ogos 13


SELAMAT MENJALANKAN TUGAS BUAT BARISAN AJKT DPM TANTA sesi 2009/2010.. BUAT TERBAIK UNTUK ISLAM

Salam ukhwah, salam perjuangan "Sucikan niat, teguhkan jemaah, semoga thabat dalam perjuangan"

" sesungguhnya jika kamu menolong agama ALLAH, nescaya ALLAH akan menolong kamu"

DARIPADA KAMI, AHLI SELURUH AHLI TANTA

Isnin, Ogos 3

Kepimpinan Dan Kehidupanku.

Tidak dapat dipisahkan lagi. diumpamakan seperti isi dengan kuku rapatnya, dekatnya dan tidak dapat nak dipisahkannya antara saya dan konsep kepimpinan. tidak keterlauan saya katakan sebegini kerana kepimpinan mengajar saya erti sebuah kehidupan yang terpandu dan terarah dan yang terpenting dapat saya mengenal pencipta tuhan rabbul izzati dengtan lebih dekat lagi.

Perasaan kasih dan cinta kepada nabi junjungan besar SAW semakin bercambah di dalam diri ini kerana kepimpinan Rasulallah SAW dijadikan qudwah hasanah dalam segenap detik kehidupan. konsep inilah yang hendak kita lahirkan daripada madrasah kepimpinan, lebih-lebih lagi keberadaan kita di bumi mesir ini sebagai persiapan kita menimba ilmu sebelum terjun di medan masyarakat satu masa nanti.

Dalam kepimpinan kita dilatih berdisplin , menghargai masa, kemas pengurusan diri, semangat ukhwah diterap dan yang terpenting kita diasuh dan diasak bertubi-tubi dengan seribu satu masalah umat perlu kita fahami dan cuba selesaikan.

Manisnya apabila mencuburi dalam bidang kepimpinan ini dengan adanya peristiwa yang baik mahupun tidak baik semuanya menjadikan kita lebih matang dan lebih terkehadapan satu mas nanti.

Di tanah air kelak kita diumpamakan seperti sebiji tahi lalat yang berada tepat di muka kita. ianya menjadi tumpuan utama kepada seluruh manusia. Bilamnana dipandang ianya cantik dan penyeri kepada wajah bukan mudharat kepada diri-sendiri sehinggakan malu hendak berjumpa dengan insan yang bergelar manusia. Itu adalah satu keistimewaan dan kelebilan Allah taala kurniakan. Seorang Al-Azhari begitulah pandangan masyarakat yang terlalu tinggi.

Dengan pengalaman dalam kepimpinanlah banyak membantu kita dalam menempuh cabaran ini. Ada di kalangan kita tertewas, tidak mampu mencorakkan masyarakat dengan ada yang dimiliki. Sangat malang jika hal itu berlaku pada batang tubuh kita. Sempena dengan MAT DPM Tanta kali ke-17 ini marilah kita sama-sama mengisafi dan memikirkan sejenak apakah sumbangan kita kepada persatuan yang kita sayangi ini??
sekian wassalam..

Sabtu, Ogos 1

Bila keseorangan,di hujung pentadbiran..

Kadang-kadang fikiran bercelaru sendiri, betulkah tindakan yang di ambil? Serba salah, tak tenteram jiwa TAPI apabila memikirkan ianya untuk maslahah semua, perasaan itu ditolak tepi.

Menjadi pimpinan bukannya semudah yang disangka. Perlu memimpin diri-sendiri dan orang lain. Perasaan sendiri dipinggirkan dan penumpuan pemikiran kepada masalah orang lain. Ya, pemimpin kena fikirkan masalah orang lain!

Kebanyakan orang acapkali nampak kesalahan yang terzahir pada pimpinan lalu terjadi fitnah tanpa ada seorang pun yang tampil menegur secara hikmah kepada pimpinan.Pemimpin juga adalah seorang manusia, perlukan teguran dan nasihat bukannya sindiran dan kata-mengata yang menyakitkan.

Kerapkali juga pimpinan menangis sendirian, kerana tak tertanggung amanah yang digalas TAPI apabila mengingatkan janji yang telah dipatrikan dihadapan Allah bahawa amanah dakwah perlu dilaksanakan dan kasih sayang kepada Rasul-Nya, ianya menjadi pengubat jiwa. Biarlah apa orang nak kata amar maaruf nahi mungkar tetap dilaksanakan!

Dan saya sesungguhnya kini tak pernah menyesal menjadi pimpinan walaupun kerapkali ujian getir itu datang bertandang tanpa sempat menghempas lelah namun itulah janji saya kepada Allah :amanah tetap amanah, biar lelah akan kuusahakankan jua selagi nafas ini bernadi!

Terima kasih Sahabat2 seperjuangan AJKT sesi 2008/09,yang duduk sebaris dengan saya memperteguhkan sof kepimpinan.terima kasih dan syukur kepada ALLAH Taala kerana memberi ruang dan peluang ini untuk mentarbiyyah saya.

Semoga Allah MEMBERI KEKUATAN kepada kita semua.
DPM Tanta milik kita bersama.

Kalam diambang (MAT)
Mesyuarat Agung Tahunan DPM TANTA KALI KE-17