Sabtu, September 5

FASA KE-2 RAMADHAN

Salam buat teman-teman...

Sekarang sudah masuk fasa ke-2, 16 hari telah berlalu.Diingatkan jangan lupa kewajipan kita seterusnya menunaikan bayaran zakat fitrah. Sekarang boleh mula menunaikannya kepada amil-amil zakat yang dilantik. Tidak lupa diingatkan juga untuk hari mendatang ini satu malam yang terbaik yang mana lebih baik dari seribu bulan iaitu malam lailatul qadr. Malam yang penuh dengan rahmat dan keampunan daripada Allah taala kepada hambanya.

Untuk memastikan kita tergolong dalam golongan mereka yang mendapat nikmat Lailatu Qadr, marilah kita sama-sama berdoa:

YA ALLAH YA TUHAN KAMI... PERTEMUKAN KAMI DENGAN MALAM LAILATUK QADR DAN MASUKKAN KAMI DALAM KALANGAN HAMBAMU YANG MENDAPAT NIKMAT LAILATUL QADR. AMIN..

Teruskan doa dan munajat teman-teman. Jangan ada rasa putus asa dan rasa jemu dalam melakukan ketaatan kepada ALLAH taala. Bermula dari sekarang, jangan menunggu malam ganjil sahaja untuk beramal. Mungkin rezeki kita ataupun tidak untuk kita tempuhi malam mendatang. Peluang yang terhidang di depan ini kita utamakan.

Teman-teman, marilah kita sama-sama memperkasakan amal ibadah.

"MUDAH-MUDAHAN KAMU TERGOLONG DALAM GOLONG ORANG BERTAQWA"

Ramadhan...
Malamnya diampunkan dosa dan pada siangnya juga diampunkan dosa.

Salam mujahid. Tingkatkan ibadah.
Allah Maha Besar

Sabtu, Ogos 29

HAYATI RAMADHAN UNTUK DIAMAL DALAM KEHIDUPAN

Salam buat teman-teman...

Hari ini dah masuk hari ke-8 kita diasuh dan ditarbiyyah dalam madrasah ramadhan. Mungkin kita dapat mengambil sedikit masa untuk bermuhasabah sebelum kita menjangkau lagi peluang dan ruang masa yang ALLAH sediakan di masa-masa mendatang. Mungkin ya atau tidak menjadi hak milik kita hari esok dan seterusnya. Kita mengharapkan sehingga ke penhujung ramadhan iALLAH.

Bulan ini kita sudah meletakkan target yang agak tinggi untuk meraih kemenangan yang hakiki daripada ALLAH taala dan sasaran kita bulan ini adalah bulan jihad.. Ayuh teman-teman dan rakan taulan, kita tingkatkan lagi jihad kita berhadapan dengan bulan ini dengan harapan diakhir nanti kita mendapat pengiktirafan yag bergaya di sisi ALLAH taala hendakNYA.


Cmna dengan solat kita.. yang fardhu perlu ditingkatkan kesempurnaan dan yang sunat diperbanyakan. cmana dengan sedekah kita? perlu diperhebatkan lagi pergoebanan kita dari segi keewangan mahupun tenaga dan masa.(dengan menolong exco-exco kita dengan kerja berpesatuan). cmna dengan bacaan QUran kita.. penghayatan isi-isi quran, amalan kita ikut landasan al quran dan as sunnah.. kita takut apabila kita tidak sedari akan kehidupan kita seharian, kita tidak ada pergantungan kepada ALLAH taala.

Dalam masa dan ketika ini, kita patut dan sewajibnya melafazkan rasa syukur kita yang tidak terhingga buat RABBUL IZZATI atas kurniaan kemenangan berpihak kepada perjuang-pejuang islam di tanah air. Semoga dengan kemenangan itu dapat menambahkan lagi keyakinan kita kepada perjuangan islam yang kita sama-sama dokong ini.

Lain-lain muhasabah, banyak lagi.. teman-teman lebih mengetahui. Jangan lupa khidmat kita kepada orang tua kita perlu digarapkan supaya kita tergolong dalam golongan anak-anak soleh dan solehah.

Akhirnya , marilah kita sama-sama mempertingkatkan lagi amal ibadah dalam bulan ramadhan yang mulia ini. Mudah-mudahan kita dipihak yang mendapat pangkat takwa disisi ALLAH taala. AMIN..

Salam perjuangan buat teman-teman.

Isnin, Ogos 24

RAMADHAN BULAN JIHAD

Menjelang bulan ramadhan kali ini, ana meletakkan nama khusus padanya iaitu bulan jihad buat diri ini terutama dan buat teman-teman seluruhnya. Ini kerana kita perlu bermuhajadah dan bersusah payah dengan bersungguh-sungguh pada kali ini, tidak ada lagi istilah main-main dalam untuk meraih pangkat dan darjat TAQWA satu pengiktirafan daripada ALLAH taala kepada hambanya yang benar-benar berpuasa dengan jalan terbaik.

Tidak ada lagi masa untuk kita bermain-main dan sekarang bukan lagi masa dan ketika untuk kita terlena dibuai mimpi yang indah. Mungkin peluang ramadhan terakhir buat kita dan kita mesti bertekad yang ramadhan ini adalah ramadhan terbaik selama kita hidup di atas muka bumi ini.

Berjihad dengan erti kata memperkasakan lagi pengabdian kita kepada ALLAH taala perlu terus menerus bermula daripada sekarang ini, permulaan ramadhan dengan membuat semaksima mungkin amalan yang berbentuk ibadah kepada RABBUL IZZATI.

Bertepatan dengan janji rasulullah s.a.w dalam hadisnya yang bermaksud:
Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

Lagi sabda Baginda s.a.w:

"Tidurnya orang yang berpuasa itu dianggap ibadah, dan diamnya merupakan tasbih, dan amalnya (diganjari) berlipat ganda, dan do’anya mustajab, sedang dosanya diampuni”
[Riwayat : Baihaqy di kitabnya Su'abul Iman, dari jalan Abdullah bin Abi Aufa]

Ana mengajak diri ana dan teman-teman semua agar kita sama-sama berjihad pada bulan ini berjuang habis-habisan menentang toghut yang merosakkan diri kita dan berjihad menentang musuh-musuh ALLAH taala yang benci dan iri hati dengan perkembangan ISLAM masa ini. Kita jadikan bulan ramadhan ini bulan tarbiyyah untuk menjadi bekalan kita berhadapan dengan 11 bulan yang bakal mendatang.

Marilah kita berjihad sebagaimana jihadnya nabi s.a.w dan sahabat-sahabat di dalam peperangan badar kubra yang berlaku pada bulan ramadhan. Meraka telah berjaya dan mendapat kemenangan.

semoga kita diberi kekuatan oleh ALLAH taala dalam kita beramal untuk Islam.
SALAM PERJUANGAN DAN SELAMAT BERJIHAD BUAT TEMAN-TEMAN.

Doakan kemenangan berpihak kepada ISLAM esok di Permatang Pasir.
ALLAH MAHA BESAR.

Ahad, Ogos 16

GEMPUR RAMADHAN: Motivasi Nabi menjelang Ramadan(khutbah nabi)

Salman al-Farisi berkata, bahawa baginda Rasulullah s.a.w. berkhutbah di akhir bulan Syaaban, sabda baginda:

"Wahai manusia! Sesungguhnya kamu dibayangi dengan satu bulan yang agung lagi diberkati, iaitu bulan yang ada di dalamnya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang diwajibkan Allah puasa fardu pada siang hari, amalan sunnat pada malam-malamnya.

"Sesiapa yang melakukan sesuatu kebaikan daripada amal-amal kebajikan dan kebaikan, seolah-olah dia telah melakukan satu perkara fardu, sementara yang melakukan satu perkara fardu (pada bulan Ramadan), seolah-olah dia telah melakukan 70 perkara fardu."

"Ramadan adalah bulan kesabaran, dan pahala sabar itu akan membawa ke syurga. Ia juga bulan bertolak ansur, berkasih sayang, bulan yang menambahkan rezeki golongan mukmin."

Sesiapa yang memberi dan menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, baginya keampunan seluruh dosa-dosa yang pernah dilakukannya serta pelepasan dari api neraka. Baginya juga pahala yang tidak berkurangan dari orang yang berpuasa.

Para sahabat bertanya: "Sebenarnya kami tidak ada apa yang boleh dijadikan juadah berbuka puasa untuk yang berpuasa, bagaimana kami boleh meraih pahala?"

Baginda menjawab: "Allah tetap akan memberi pahala menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang yang memberi walaupun sebiji tamar, atau seteguk air atau setitis susu untuk orang berpuasa."

Ini kerana sabda baginda, pada 10 pertama Ramadan adalah rahmat, 10 pertengahan disediakan keampunan dan 10 akhir Ramadan adalah pelepasan daripada api neraka.

Justeru, tegas baginda, perbanyakkan pada bulan Ramadan dengan empat perkara:

"Dua perkara daripadanya adalah untuk mendapatkan keredhaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi tidak boleh tidak, kamu mesti melakukannya.

"Dua perkara untuk mendapatkan Tuhan kamu itu adalah dengan mengucap syahadat La Ilaha Illallah (tiada Tuhan melainkan Allah) dan memperbanyak Istighfar.

"Sementara dua perkara yang mesti kamu lakukan adalah memohon kepada Allah untuk memasuki syurga-Nya dan minta dijauhkan daripada memasuki neraka-Nya.

"Sesiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari telagaku, di mana dia tidak akan merasa dahaga selepas meminumnya hingga dimasukkan dalam syurga." (Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah dalam kitab sohihnya, al-Baihaqi dan Ibnu Hibban).

Khamis, Ogos 13


SELAMAT MENJALANKAN TUGAS BUAT BARISAN AJKT DPM TANTA sesi 2009/2010.. BUAT TERBAIK UNTUK ISLAM

Salam ukhwah, salam perjuangan "Sucikan niat, teguhkan jemaah, semoga thabat dalam perjuangan"

" sesungguhnya jika kamu menolong agama ALLAH, nescaya ALLAH akan menolong kamu"

DARIPADA KAMI, AHLI SELURUH AHLI TANTA