Isnin, Februari 8

PERSAHABATAN PENGISI KEKOSONGAN KEMENANGAN PERJUANGAN ISLAM

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila
dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan
dia ternanti-nanti....kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.

Untungnya
mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan
tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik
senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Renungilah... terima kasih padamu sahabatku..maafkanlah diriku kerana selalu silap
tafsir terhadap dirimu..

"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami
condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran : 250)

Ahad, Februari 7

Buahtangan buat suami-isteri: petua syurga rumahtangga...

Sahabat- sahabiah sidang pembaca yang budiman,
Hayatilah.... pandang dgn mata, lihat dgn hati, renung dgn akal....
Semoga yang baik dapat kita contohi bersama......

Syurga rumahtangga itu fitrah Ilahi
Naluri semulajadi yg pinta diisi
Kerananya 'jejaka' rela menjadi suami
Kerananya 'perawan' rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan

Matlamat yg satu tapi jalan berliku
Destinasi sama kaedah berbeza
Lalu bermacam-macamlah jalan ke sana

Ada yang mengatakan
Bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata
(gah! suamiku seorang jutawan)
Tak kurang yg. merasakan
Bahagia itu pada rupa
Ditempa oleh wajah rupawan
(wah! isteriku seorang jelitawan)

Sesetengahnya berkeyakinan
Bahagia itu pada nama
Dibaja gelar yang glamour
(ah, isteriku seorg. celebrity)
Ramai jua yg. merasakan
Bahagia itu pada kuasa
Dituai oleh pangkat dan jawatan
(wah, suamiku seorang negarawan)

Pelbagai jalan menimbul delima
Mencari yang benar mempelai tersasar
Kalaulah bahagia itu ada pada harta
Kalaulah bahagia itu ada pada nama
Kalaulah bahagia itu ada pada rupa
Kalaulah bahagia itu ada pada kuasa

Kenapa Charles & Diana berpisah?
(seorang putera & seorang puteri)
Kenapa Elvis & Priscilla berpecah?
(seorang seniman & seorang seniwati)
Kenapa Onasis & Jackie bertelagah?
(seorang jutawan seorang celebrity)

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada HATI
Bertakkhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila sakit tak gundah
Bila gagal tak resah

Bahagia itu KESYUKURAN
Bila kaya pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tak alpa
Hakikatnya bahagia itu KETENANGAN
Bila hati mengingati Tuhan

Firman Allah
"Ketahuilah dengan mengingati Allah itu memberi ketengan pada hati"

Suami isteri sama-sama mengerti
Maksud terseni takdir Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuliskan niat luruskan matlamat
"suamiku, kaulah pemimpin menuju Ilahi"
"isteriku, kaulah permaisuri hati penyeri Islamku nanti"
Muktamadlah akad sahlah nikah
Dengan nama Allah
Gerbang perkahwinan pun terserlah

Diatas tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
"Isteriku, taatilah hukum Allah"
"Suamiku, patuhilah sunnah Rasulullah"

Binalah hidup di neraca makruf
Rumah jadi sambungan madrasah
Serinya kerana solat
Indahnya oleh munajat

Tapaknya.........iman
Jalannya...........syariat
Natijahnya............akhlak
Tiga penjamin segala kunci kebahagiaan rumahtangga

Dan terciptalah:
"setia dan penyayang suami"
"cinta dan kasih isteri"
Lalu berbuahlah:
'mahmudah demi mahmudah'
Yang melahirkan GENERASI 'soleh dan solehah' amin ya RABB...

Ahad, Januari 31

kehebatan pemerintahan ISLAM di Kelantan. Tahniah Tokguru dan rakyat Kelantan

GAMBAR PILIHAN: SEKITAR HIMPUNAN SOLAT HAJAT & PENERANGAN KULI TUNTUTAN HAK ROYALTI MINYAK KELANTAN



Alangkah TENANG dan seronoknya jika seluruh ketua pemimpin negeri-negeri dapat mencontohi Menteri Besar Kelantan yang boleh mengimamkan solat bermakmumkan rakyatnya..syahdunya tatkala melihat ketua tertinggi sebuah kerajaan dapat bersama rakyat-rakyatnya bersolat berjemaah secara bersama...semoga Allah selalu bersama kalian rakyat Kelantan..

Aku sangat-sangat mengimpikan dan menanti saat manis sebegitu..semoga dapat kembali semula pemerintah Islam di Terengganu,negeri tercinta..

Rasanya setakat ini negeri Kelantan lah satu2nya negeri yg dapat menghimpunkan puluhan ribu rakyatnya bersolat secara berjemaah bersama ketua kerajaan dan pimpinannya..rekod ini masih dipegang oleh rakyat Kelantan sejak turun menurun..masyallah...dimanakah pimpinan negara ketika ini??? di manakah kita??contohilah apa yang baik dan amalkanlah semata-mata untuk melihat ummat Muhammad SAW kenal Islam dan kenal ALLAH DAN RASUL...

Aku menuntut dihadapan ILahi satu masa nanti kenapa pemimpin lain diberi kuasa tidak menjalankan amanah dengan baik..selalu membelakangk
an ALLAH dan Rasul dan sentiasa mengikut hawa nafsu.. Aku wakaf diri ini untuk terus memberi semaksima mungkin untuk melihat suasana ini akan wujud satu hari nanti di tanah airku, malaysia.. KU INGIN MELIHAT...MANUSIA HANYA MENYEMBAH ALLAH TAALA DAN TIDAK LAGI MEMPERHAMBAKAN DIRI SESAMA MANUSIA.

Kerana itulah penulis memilih gambar ini sebagai gam
bar yang TERBAIK untuk tahun ini!...tahniah Tok Guru!! Tahniah rakyat Kelantan!!..semoga Allah memberkati penghuni negeri serambi Mekah!







Ahad, Januari 24

Jalan Ke Syurga Dan Jalan Ke Neraka

Tersebut Dalam Hadith Rasulullah S.A.W. Sebab-Sebab Yang Membolehkan Seseorang Itu
Masuk Ke Dalam Syurga:

1. Mengajar Anak Tentang Kewajipan Agama Islam
2. Beramal Ibadah Di Masa Muda (Sudah Tentu Diteruskan Hingga Ke Tua)
.3. Bertolong-Tolong Kerana Allah.
4. Menjauhkan Diri Dan Keluarga Daripada Berzina Kerana Takut Kepada Allah.
5. Sembahyang Tahjud Dan Menangis (Menagis Kerana Insaf Takut Akan Azab Allah).
6. Bersedekah Dan Berwakaf, Menderma Dengan Sembunyi (Diam-Diam).
7. Berhubung Hati Dengan Masjid Dan Rumah-Rumah Ibadah Kerana Sembahyang Berjemaah Dan Belajar Agama Islam.

"Dalam Hadith Yang Lain, Rasulullah S.A.W. Menerangkan Lagi Tentang Cara-Cara (Jalan-Jalan) Untuk Masuk Ke Syurga.

1. Sembahyang Berjemaah.
2. Selalu Berada Di Tempat Pengajian Agama.
3. Menziarahi Orang Sakit.
4. Mengiringi Mayat Hingga Ke Kubur (Lelaki Sahaja).
5. Mengadakan Jamuan Kenduri Dan Lain-Lain (Tidak Melanggar Syariat).
6. Mendamaikan Orang Yang Bergaduh.
7. Menolong Anak Yatim Dan Orang Miskin.

"Rasulullah S.A.W. Seterusnya Memberitahu Dan Amaran (Jalan) Tentang Sebab-Sebab Seseorang Itu Dicampakkan Ke Dalam Neraka. Na'uzubillah Min Zalik...

1. Orang-Orang Yang Tidak Menjalankan Tanggungjawab, Memberikan Pelajaran Agama Islam Kepada Anak-Anak Cucunya.
2. Orang Kaya Yang Bakhil.
3. Peniaga Yang Penipu.
4. Peminum Arak.
5. Mengadakan Majlis-Majlis Maksiat.
6. Berzina.
7. Menipu/Memakan Harta Anak Yatim.
8. Meringan-Ringankan Sembahyang.
9. Tidak Mengeluarkan Zakat.
10. Panjang Angan-Angan Dan Tidak Mahu Memohon Ampun Dan Taubat Kepada Allah.


"Kemudian Rasulullah S.A.W. Memberitahu 10 Lagi Jalan-Jalan Ke Neraka.Na'uzubillah Min Zalik...

1. Meninggalkan Sembahyang.
2. Minum Arak.
3. Berzina.
4. Durhaka Kepada Ibu Bapa.
5. Berbuat Fitnah.
6. Suami Dan Ibu Bapa Yang Dayus.
7. Mendapat Dan Memakan Harta Haram.
8. Berbohong Dan Berdusta.
9. Ilmu Sihir.
10. Dengki Dan Khianat.

Di Bawah Ini Diturunkan Satu Cerita Untuk Sama-Sama Kita Renungi, Dan Ambil Iktibar Daripadanya.

Peristiwa Ini Terjadi Di Zaman Rasulullah Semasa Pemerintahan Abdullah Bin Zubair R.A. Di Zaman Beliau Terdapat Seorang Yang Bekerja Mencuri Kain Kafan Mayat Di Dalam Kubur. Beberapa Lama Mencuri Akhirnya Beliau Insaf Dan Berjumpa Dengan Seorang Guru Untuk Bertaubat.Tuan Guru Tidak Mahu Mengajarkan Kalimah Taubat Melainkan Setelah Beliau Terangkan Kesalahannya. Lalu Beliau Menceritakan Pekerjaannya Mencuri Kain Kafan Mayat Di Dalam Kubur Untuk Dijual. Semasa Mencuri Kain-Kain Kafan Itu, Terdapat Beberapa Kejadian (Keadaan) Kepada Mayat Berkenaan.Orang Itu Pun Menceritakan Keadaan Mayat-Mayat Itu Dan Tuan Guru Itu Menyebutkan Kerja Mayat Itu Ketika Hidup.

1. Mayat Berpaling Daripada Kiblat:

Tuan Guru Itu Menerangkan Orang Itu Semasa Hayatnya Mempunyai Kepercayaan Yang Salah.2. Semua Kuku-Kuku Kaki Dan Tangannya Mencengkam Bumi: Berbuat Kesalahan Yang Bersangkutan Dengan Manusia.3. Mayat Menjadi Batu Hitam: Menunjukkan Si Mayat Semasa Hayatnya Durhaka Kepada Ibu Bapa.4. Perut Mayat Menjadi Besar (Buncit), Penuh Dengan Ular Bisa Dan Berbau Amat Busuk: Semasa Hayatnya Peminum Arak.5. Mengalir Darah, Nanah Dan Sebagainya Melalui Tiap-Tiap Liang Dan Lubang Pada Anggota Dan Berbau Busuk, Lebih Busuk Daripada Bangkai: Menunjukkan Semasa Hidupnya Ia Berzina.6. Mayat Bertukar Berupa Babi: Tanda Orang Itu Meninggalkan Sembahyang.7. Cantik, Putih Kuning, Senyum, Manis Dan Bau Yang Harum: Tanda Keimanan Orang Itu Semasa Hidupnya.

Tiada Bentuk Manusia Yang Dikasihi Allah Melainkan:

1. Tawadhu'2. Pemurah3. Taubat

Di Dalam Hadith Qudsi Pula Diceritakan,

Ada 3 Golongan Manusia Yang Disukai Oleh Allah Dan 3 Golongan Lagi Lebih Disukai Oleh Allah, Iaitu:

1. Orang Yang Tawadhu' Dan Orang Kaya Yang Tawadhu' Lebih Disukai Allah.
2. Orang Yang Pemurah Dan Orang Miskin Yang Pemurah Lebih Disukai Oleh Allah.
3. Orang Yang Taubat Dan Orang Muda Yang Taubat Lebih Disukai Oleh Allah.

Di Dalam Hadith Qudsi Itu Juga Ada Diceritakan 3 Golongan Yang Lebih Dibenci Oleh Allah:

1. Orang Yang Takabur Dan Orang Miskin Yang Takabur.
2. Orang Yang Bakhil Dan Orang Kaya Yang Bakhil.
3. Orang Yang Tidak Mahu Bertaubat Dan Orang Muda Yang Tidak Bertaubat Lebih Dibenci Oleh Allah