![]() | |
Ahad, Ogos 1
Jumaat, Julai 30
Umno salah tidak benar guru berpolitik
Oleh: Muhammad Yusri Amin sumber:Harakahdaily |
KOTA BHARU, 30 Julai: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap tindakan tidak membenarkan guru bergiat dalam politik sebelum ini adalah tindakan yang salah, bahkan sebagai pengamal ilmu salah.
“Jadi, macam mana orang yang mengerti tidak dibenarkan berpolitik? Itu satu kerja yang salah Umno. “Mana boleh, seorang cikgu yang berilmu kita (kerajaan) tidak benarkan mereka berpolitik. Ini kerja salah, kerja orang yang mengamalkan ilmu salah,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu di sini pagi tadi. Beliau mengulas langkah terbaru pihak Kerajaan Persekutuan yang bercadang membenarkan pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 melibatkan diri dalam politik bagi memastikan golongan tersebut diberi kebebasan sepenuhnya tanpa sekatan tertentu. Kerajaan Persekutuan bercadang meminda Peraturan 21(2) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bagi membolehkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 hingga DG48 untuk bertanding, dilantik atau memegang jawatan dalam mana-mana parti politik berkuat kuasa 1 Ogos ini sebagaimana diumumkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan baru-baru ini. “Kenapa disekat cikgu, disekat tok guru daripada berpolitik? (Adakah kerajaan) takut diketahui keburukan mereka? “Doh mu buat buruk (maka) diketahui oranglah,” katanya sambil mengulangi penegasannya bahawa golongan guru sepatutnya dibenarkan bergiat dalam politik sejak awal-awal lagi. Baginya, akta mengenai sekatan itu tidak ada di atas dunia ini. “Ini kerana ‘politik’ adalah menyentuh segala perkara termasuk bidang akidah, ibadat, ekonomi dan rumah tangga. “Adalah menjadi satu perkara pelik apabila Umno buat terhadap sama ada pegawai kanan guru atau tidak selama ini dengan tidak membenarkan mereka berpolitik,” katanya. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan bergiat dalam bidang politik diberi ganjaran pahala oleh Allah swt selain mendapat dosa sekiranya dilakukan tidak selaras dengan ajaran Islam. “Nabi Muhammad s.a.w. sendiri adalah ‘orang politik’ yang paling terkemuka, Baginda menjaga orang (umatnya) dari dunia sampai ke akhirat, bukan menjaga mereka setakat di kubur saja,” katanya. Mengulas sama ada kebebasan berpolitik di kalangan guru boleh menjejaskan prestasi mereka di sekolah, Mursyidul Am PAS itu berkata itu terserahlah kerapa sikap guru berkenaan. “Saya adalah orang politik, sejak dahulu saya mengajar agama. Di samping bertugas mengajar, tidak ada apa pun gangguan. “Saya mengajar sokmo-sokmo, sejak daripada hari pertama saya balik (dari belajar di luar negara) ke Malaysia pada 1962, saya terus mengajar termasuk mengajar di sekolah, dan sehinggalah ke pagi ini, saya terus mengajar,” katanya. KOMENTAR: Ayuh bangkit wahai guru-guru. Engkau berhak kehadapan menunjukkan perkara yang haq dan benar kepada ummah terutama kepada seluruh anak didikmu.Perananmu wahai guru bukan setakat mengajar akan tetapi mendidik dan mentarbiyyah anak bangsa. Tidak menjadikan tugasan mengikut waktu sahaja tetapi ianya melewati batas waktu dalam menjadi seorang murabbi yang benar-benar ikhlas dalam mendidik anak muridmu. Ayuh guru-guru,kita sama-sama melibatkan diri kita dalam seluruh espak kehidupan dengan acuan agama Islam. Berpolitik cara Islam. Memilih pimpinan negara cara Islam. Pentadbiran negara tunggak utama dalam memastikan akhlak anak-didikmu berjaya dunia dan akhirat. Engkau perlu menjadi qudwah contoh terbaik buat manusia wahai guru-guru. Kerja buat engkau adalah berpaksikan ilmu mengajar manusia kenal ALLAH dan rasulNYA.. Wahai guru-guru, jadilah dirimu sebagai lilin menerangi seluruhnya anak bangsa. |
Isnin, Julai 26
Persiapkan Diri Untuk Ke Sekolah Ramadhan..

Bulan Ramadhan memiliki keutamaan dan keistimewaan yang besar. Semua amal soleh yang kita lakukan pada bulan ini akan mendapat balasan lebih banyak dan lebih baik berlipat kali ganti. Oleh karena itu, kita sangat-sangat dianjurkan untuk memperbanyak amal kebajikan dan meninggalkan kemaksiatan.
Pejam celik-pejam celik mata ini sedar-sedar kita dah nak dekat dengan bulan Ramadhan dah. Lagi 2 minggu. Persoalannya, dh bersedia ke kita menerima Ramadhan kali ni??? Pe persediaan kita?? Apa pula bekalan kita sebelum ramadhan ini tiba??
Perumpamaan di sini adalah seperti kita hendak menerima tetamu datang ke rumah kita. Tetamu itu pula orang besar, Tuan guru contohnya. Nak datang rumah kita dalam masa 2 minggu lagi. Pe persiapan kita?? Adakah dengan ala kadar je?? Rumah berselerak, kitab-kitab tidak tersusun, anak-anak tidak diambil kira, makanan di merata-rata, sampah sarap penuh tidak disapunya, tidak selesa baunya, dan banyak lagi keadaannya.Adakah begitu keadaan rumah hendak menerima tetamu seorang alim ulamak datang...Adakah dengan cara itu? MasyaALLAH, teruknya...
Begitulah juga apabila datangnya bulan yang mulia, bulan Ramadhan. Kita perlu bersedia menerimanya. Dengan persiapan yang penuh teliti dan cermat kita hiasi setiap sudut supaya datangnya membawa rahmat dan pemergiannya kita perolehi keberkatan daripada ALLAH Taala. Natijah pada akhirnya kita datang mumtaz di sisi ALLAH Taala. Tu terbaik..
Marilah kita sama-sama berbuat persiapan:
1. Pastikan diri kita dan keluarga terdekat kita sudah selesaikan hutang tertunggak(sudah pun mengganti puasa yang ditinggalkan) sebelum datangnya Ramadhan ini
2. 2 bulan sebelum Ramadhan kita sudah mula berjinak dengan puasa-puasa sunat.Tidak menunggu bulan Ramadhan baru bermulanya berpuasa.
3. Selalu doakan dan munajat kepada ALLAH Taala semoga dipanjangkan umur bertemu ramadhan akan datang.
"Ya Allah, berkatilah kami dibulan Rajab dan Sya'ban dan pertemukan kami dengan bulan Ramadhan." (HR Ahmad)
4. Lazimi amalan-amalan sunat yang lain seperti bacaan quran, zikir pagi petang, sedekah, bangun malam, selawat, dan semua amalan baik supaya datangnya Ramadhan tidak memberatkan kita.
5. Sifat ikhlas perlu diterap dan dididik dalam hati sanubari. Ikhlas dalam setiap amal islami yang dibuat.
6. Tidak tinggalkan amalan harian dan bulanan seperti hadiri mesyuarat dan usrah-usrah ilmiah.
Berkecimpung dengan masyarakat sampaikan dakwah Islam, tegakkan daulah.
7. Tidak dilupakan amal tarbawi walaupun dalam bulan Ramadhan.
8.Tazkiyatun nufus wal arwah (mensucikan jiwa dan ruhani) agar kita memiliki kemampuan untuk memikul beban pada masa mendatang.
9. Jauhi maksiat kepada ALLAH Taala.
10.- Komitmen yang sempurna dengan nilai, prinsip dan akhlak Islam yang mulia.
Ini adalah sebahagian yang boleh saya kongsi, semoga ianya berguna buat kita dalam mempersiapkan diri berhadapan dengan bulan Ramadhan yang akan datang tidak lama lagi. semoga kita semua diberi kekuatan iman dan islam.
Sabtu, Julai 24
Tolak perpaduan asabiyah Umno.. sertai PAS, parti ISLAM sedunia

Sebagai sebuah parti Islam, PAS mengasaskan perjuangannya untuk memupuk dan memperkuatkan ukhuwwah Islamiah serta menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat dalam segenap aspek.
PAS mengasaskan perpaduan di atas prinsip Islam, memperkenalkan nilai-nilai Islam dalam usaha menegakkan keadilan dalam bidang politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya.
Pada p

Prinsip-prinsip ini digariskan dengan jelas menerusi firman Allah (mafhumnya):
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (Surah al-Imraan, ayat 102-104)
Adapun sejak akhir-akhir ini Umno mula memainkan kembali 'jarum' perpaduan, kononnya masa depan Islam dan Melayu akan musnah jika PAS dan Umno tidak bersatu.
Kita mengajak kepimpinan Umno dan ulama-ulama yang sewaktu dengan mereka, untuk menghayati dan memperhalusi ayat-ayat Allah yang dipaparkan di atas.
Sebelum ulama-ulama upahan ini menjadi orang tengah untuk menyatupadukan PAS-Umno di atas dasar Islam dan Melayu, mereka harus mengkaji dan menilai kembali, pada aspek mana perjuangan Umno dan pelaksanaan pemerintahannya selama lebih 50 tahun ini, menepati ayat-ayat di atas?
Umno ya

Asabiyah yang dianuti Umno merosakkan mereka. Umno adalah Melayu, PAS juga Melayu. Tetapi mengapa mereka memusuhi PAS sekian lama, menindas dan mendiskriminasi pemimpin, ahli dan penyokong PAS? Mereka juga meminggirkan kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS.
Selain daripada itu Umno juga menghalang pelaksanaan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Umno juga menyekat, melarang dan menangkap pemimpin-pemimpin PAS yang menyampaikan kuliah di masjid-masjid dan surau-surau.
Ini belum termasuk dasar-dasar kerajaan yang menghancurkan masa depan Melayu seperti PPSMI, dasar bahasa dan sebagainya.
Hakikatnya, perjuangan Melayu-Islam untuk sudah jauh tersasar. Mereka terlalu rasis sehingga meminggirkan bangsa Melayu sendiri. Yang dipimpin, dibela, diberi biasiswa, dibantu hanyalah Melayu Umno.
Umno tidak layak menjadi parti harapan orang Melayu lagi. Umno harus dibubarkan kerana ia sudah gagal. Ia adalah parti yang memperjuangkan asabiyah sempit, parti kroni dan juak-juak.
Dalam keadaan Umno yang semakin di penghujung hayat, mereka cuba bergayut di dahan PAS dengan mengumpan agenda perpaduan. Hakikatnya Melayu tiada pilihan lain selain bersatu di bawah payung PAS. Selepas perjuangan Melayu gagal membela Melayu, kali ini beri peluang kepada parti Islam, perjuangan Islam untuk memelihara martabat Melayu.
Sumber:Harakah
Oleh: Mohd Rashidi Hasan
Rabu, Julai 21
Hari ke-7 buat mujahidahku... SOFIYYATUL 'ULYAA BT MOHD FAIZOL
IAITU: SOFIYYATUL 'ULYAA BT MOHD FAIZOL
KAMI POHON DOA DAN RESTU DARIPADA SELURUH RAKAN TAULAN TERUTAMANYA DARI IBU-BAPA KAMI SEMOGA ANAK INI MENJADI ANAK SOLEHAH DAN SRIKANDI BUAT PERJUANGAN ISLAM. ALLAHUAKBAR.....
DRPD KAMI PASANGAN:
ABI: MOHD FAIZOL ENDUT
UMMI: SITI ANISAH HJ AHMAD