Jumaat, Ogos 20

1 ramadhan: sekembalinya anakanda Sofiyyah ke pangkuan umi dan abi

Salam perjuangan buat teman-teman. Lama tidak perbaharui blog. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Akan tetapi alhamdulillah hari ini dapat lagi jari ini mencoret sedikit pekembangan terkini buat mujahidah kami adik Sofiyyatul 'Ulyaa. Juga buat tatapan mak dan bapak sekelurga di Malaysia.

Sekarang sudah pun berada di rumah. Alhamdulillah, perkembangan terkini Sofiyyah sudah mula menggunakan mulut untuk makan dan minum. Susu ibunya sudah mula diminumnya dan insyaALLAH akan berterusan untuk menjamin kesihatannya supaya sihat dan kuat.

Berkat doa dan munajat sahabat-sahabat, anak kami sudah mula bergerak aktif. Semoga kedatangan ramadhan kali ini menambahkan lagi keberkatannya buat keluarga kami disamping kedatangan dam kehadiran cahayamatahati kami Sofiyyatul Ulyaa.

Kepada sahabat-sahabat dan rakan taulan yang nak datang mengziarahi Sofiyyah dipersilakan pada setiap waktu dan ketika, insyaALLAH rumah kami sentiasa terbuka. Hari ini sudah masuk hari ke-36 adik Sofiyyah menjengok alam dunia ini, semoga Sofiyyah sebagai saham berkekalan buat kami apabila kami pulang bertemu ILAHI suatu hari nanti.

InsyaALLAH, kami akan pastikan sumbangan dan sokongan daripada kalian sebelum ini akan kekal abadi pada anak kami. Selebihnya Allah Taala yang berhak membalasnya. Semoga sahutan kami sebelum berumahtangga untuk sama-sama mendirikan rumahtangga muslim tercapai dalam membantu gerak-kerja islam seluruhnya dalam meninggikan kalimahNYA di atas muka bumi ini.

Saya berpegang dengan kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menuju maksud sebenar membangun bersama ISLAM dari segi praktikal:

1) Mendidik, mentarbiah qalbu manusia supaya bertaqwa kepada Allah SWT sejak kecil lagi sampai ke peringkat remaja dan terus kepada meningkat dewasa.

Bayi di atas riba diperdengarkan bismillahir Rahmanir Rahim setiap kali susuan dilakukan. Yang terbaik lagi ibu perlu berwudhuk sebelum susuan dilakukan. Nama Allah, nama al-Rahman, nama al-Rahim, adalah suntikan ajaib untuk mengukir berkat dan qudus ke atas qalbu bayi yang baru mengenali alam dunia. Tidak ada doktor, tidak ada alat canggih yang boleh mengesan seni Asmaul Husna ke atas qalbu bayi.

2) Bila anak memasuki alam persekolahan, guru pula mencambah, membajai benih-benih yang telah ditabur oleh golongan ibu di rumah tadi. Dan bila mereka melepasi alam persekolahan dan memasuki alam pekerjaan, menjadi rakyat, bergerak dalam semua bidang hidup, pihak kerajaan pula menyambung, membimbing, dan melaksana segala benih yang ditabur di rumah, dan di sekolah, supaya ianya berubah dan mendatangkan hasil yang memenuhi kehendak : iman dan taqwa kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ – سورة الأعراف، أية 96

Yang bermaksud : Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, Pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka segala macam berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.

Sabtu, Ogos 7

Sekolah HAMIL @ Sekolah Murid Mengandung: Begitu Teruk Pemikiran Pemimpin UMNO/BN

Apabila menggunakan akal semata-mata dalam berpandangan dan membuat keputusan, inilah kesannya buat kita semua. Sehinggakan kes-kes maksiat berlaku pun ada lagi individu nak pertahankan dan nak lihat perkara tidak sihat ini akan terus berlaku.

Hebat cara dan tindakannya..
Nak tubuhkan sekolah bagi mereka-mereka yang hamil. Sediakan guru dan peruntukan buat mereka. Sekali fikir mcm dan baik cadangan tu, akan tetapi apabila lihat lebih jauh ianya akan mendatang masalah yang lebih besar lagi khasnya dalam masalah mendapat anak sebelum berkahwin, anak tidak berbapak, bapak ke manakah ia, anak siapakah ini dan sebagainya timbul tanda tanya.

Tindakan Ketua Menteri Melaka Dato’ Seri Mohd. Ali Rustam yang tetap akan menubuhkan Sekolah Murid Mengandung sebagai tindakan yang ‘kurang cerdik’ dalam usaha membenteras gejala sosial yang semakin menjadi barah di dalam Negara
Malayisa kita.Ini isunya..Cmnalah kehidupan anak-anak kita 10 atau 20 tahun akan datang???

Cadangan Kerajaan Melaka itu harus dilihat dari skop yang luas supaya ia tidak memberi satu pengiktirafan yang memungkinkan berleluasanya kegiatan mungkar ini setelah ruang disediakan bagi mereka melahirkan anak luar nikah.


Kenyataan ini menunjukkan betapa sangat seriusnya isu pelajar perempuan mengandung disebabkan perzinaan dan pengguguran bayi berlaku secara berleluasa di negara.


Kenapa mereka tidak merujuk ISLAM dalam menyelesaikan masalah sosial yang teruk ini? Di manakah alim ulamak dalam kerajaan?? Bersuaralah kalian dalam isu dan masalah ini. Ini masalah ummah. Masalah nak menjaga kesucian Islam daripada dinodai oleh tangan-tangan mereka yang berfikiran sekular. Di mana 40 ulamak UMNO??
Perlu diingatkan bahawa undang-undang Islam dan feqah Islam mampu bagi menangani isu-isu sebegini.


Ini kerja UMNO.Tindakan membenteras gejala ini harus bermula dari bawah. Tetapi kerajaan tidak serius dalam membenteras gejala ini. PLKN contohnya semakin menggalakkan pergaulan bebas dalam ruang lingkup yang semakin luas yang mana kalau dulunya kenalan hanya di sekitar kawasan rumah, dengan menyertai PLKN mereka akan berkenalan dengan mereka yang duduk di luar kawasan atau negeri tempat tinggal mereka. Tambahan pula PLKN tidak menitik beratkan pendidikan agama. Jika dilihat kepada modul latihan pun tiada batas-batas antara lelaki dan perempuan
. Teruk... Hancur masa dapan muda-mudi sekarang. Kalau ikutkan mereka, nak hancurkan masa depan generasi anak muda ini dari sebelum lahir lagi.

Adalah amat malang bagi umat Islam apabila berhadapan dengan isu pembuangan bayi dan mengandung kerana perzinaan tidak ditangani sewajarnya berdasarkan sebab-sebab asal berlakunya masalah ini; seperti pergaulan bebas, hiburan liar dan wujudnya pusat-pusat maksiat di segenap pelusuk negara.

Akhirnya marilah kita menginsafi dan menyatakan pendirian kita secara jujurnya ISLAM adalah cara penyelesaiannya. ISLAM menjaga dan menghalang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Penutupan aurat juga amat dititik beratkan. Islam telah mengariskan panduan dari awal iaitu pencegahan lebih baik daripada mengubati.

Kita mesti bangkit mengesa kerajaan agar kembali kepada Islam yang sebenar dalam mencari jalan penyelesaian bukan sekadar hanya dilihat memberikan keuntungan pada sebelah pihak sahaja memandangkan pembinaan sekolah ini pastinya menjanjikan projek kepada kroni UMNO/BN tetapi hasilnya masalah sosial tetap ditahap yang sama malah menjadi semakin kronik.

Rabu, Ogos 4

Terkini: SOFIYYATUL 'ULYAA masih di hospital-stabil

Sahabat-sahabat dan rakan taulan, perkembangan terkini baru tadi saya pergi mengziarahi Sofiyyah di hospital Tibah, Mesir. Alhmdulillah, keadaan dah mula stabil. Balutan pada tempat pembedahan tempoh hari dah dibuka.

Alhamdulillah, Sofiyyah dah mula cuba nak menggunakan mulut untuk makan dan bernafas. Permulaannya, doktor memberikan Sofiyyah menghisap puting gantung. Syukur alhamdulillah Sofiyyah dah mula bergerak aktif.

Akhir perbincangan dengan doktor, beliau mengatakan nak bawa Sofiyyah balik ke rumah tunggu Sofiyyah betul-betul sihat dan boleh makan-minum seperti kanak-kanak lain. InsyaALLAH katanya semua akan baik.Berapa hari lagi tidak boleh dijangka lagi setakat ini.

Alhamdulillah, berkat doa sahabat-sahabat dan rakan taulan anak saya semakin sihat dan semakin sembuh dari hari ke hari. Sama-sama kita teruskan doa dan munajat supaya adik Sofiyyah cepat sembuh dan dapat pulang ke pangkuan ummi-abi Sofiyyah.

Hari ini sudah hari ke-20 adik Sofiyyah di hospital. Kami pasrah redha dengan ketentuan ALLAH taala. Mungkin itu terbaik buat kami dan Sofiyyah dengan harapan menggunung semoga masa mendatang Sofiyyah akan sihat seperti kanak-kanak lain dan akan menjadi mujahidah ISLAM satu masa nanti.

Buat teman-teman yang banyak membantu, bagi sokongan kata semangat dan bantuan keewangan syukran jazilan kami ucapankan. Buat sahabat-sahabat DPM Tanta dan seluruh warga PMRAM Mesir dan tidak lupa kepada pimpinan PMRAM Pusat yang selalu bertanyakan khabar dari kami. Semoga ALLAH merahmati kalian semua.

Sebarang sumbangan untuk menampung kos pembedahan dan ubatan boleh disalurkan melalui :

Pemegang akaun: Mohd Faizol Bin Endut
No akaun: 1110629826430996
Bank: BSN
No. telefon: +20116534573
Emeil: abangpa_kusza@yahoo.com

Selasa, Ogos 3

PMRAM: Kekuatannya Adalah Ahli Yang Faham Islam

Syabas dan tahniah buat PMRAM, atas kejayaan gilang-gemilang penganjuran program mega:
Sempena Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke - 53 PMRAM. MEMPERSEMBAHKAN... Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM (KEKAL '10)


TERUSKAN USAHA KALIAN PIMPINAN PMRAM DI SEMUA PERINGKAT SEMATA-MATA UNTUK MEMASTIKAN AHLI PMRAM BERPOTENSI TINGGI BERFIKRAHKAN ISLAM YANG SEBENAR.

SEMOGA USAHA KALIAN MEMPERCEPATKAN LAGI PEMBINAAN KHALIFAH ISLAM DI MUKA BUMI INI.


BUAT SELURUH AHLI PMRAM, THABATLAH DAN ISTIQOMAHLAH KAMU BERSAMA PMRAM. SESUNGGUHNYA PMRAM ADALAH UNIVERSITI KETIGA SELEPAS UNIVERSITI AL-AZHAR AS-SYARIF DAN MASJID AL-AZHAR SEBAGAI TEMPAT MENDAPAT TARBIYYAH, SEBAGAI MEDAN DAKWAH DAN UNTUK MEMAHAMI SIASAH ISLAM(BERTHAQAFAH).

SEMOGA ALLAH TAALA MENJAGA PMRAM DAN PIMPINAN DAN MENGHANCURKAN MEREKA YANG ADA HASAD DENGKI DENGAN PMRAM..

Ahad, Ogos 1

PERINGATAN BUAT WANITA: Cara Syaitan Pengaruhi Wanita






Syaitan memiliki berbagai cara strategi dalam menggoda manusia, dan yang sering dieksploitasi sebaik-baiknya oleh mereka adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan. Syaitan tahu kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah. Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian. Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai.

Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keIslaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.


III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Sumber: Web PMRAM

Idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah