Rabu, Julai 1

Kaji semula PLKN ekoran insiden kematian

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Kerajaan didesak mengkaji semula pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ekoran beberapa insiden kematian yang melibatkan pelatih di pusat latihan program tersebut. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib berkata walaupun kes kematian terbaru Abdul Malik Ishak, 18, yang menjalani latihan program tersebut di Guar Chenderai, Padang Besar, Perlis menunjukkan tiada unsur jenayah atau kecederaan, pihak berkaitan tidak harus memandang ringan kes yang berlaku.

Jelasnya, Kementerian Pertahanan khususnya harus mengutamakan aspek kesihatan para pelatih sebelum pelatih memasuki program tersebut.

" Sebelum pelatih menyertai program latihan tersebut, seharusnya mereka disahkan oleh pihak doktor tidak mengalami sebarang masalah kesihatan agar mereka dapat menjalani latihan dengan baik serta dapat mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku.

"Sekiranya pihak pelatih telah disahkan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan berdasarkan borang deklarasi kesihatan, namun dengan berlakunya kejadian seumpama ini, pihak kerajaan harus mengenal pasti serta memperbaiki kelemahan tersebut,"katanya sewaktu dihubungi.

Baru-baru ini, beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah membangkitkan mengenai masalah keselamatan pelatih-pelatih PLKN sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Latihan Khidmat Negara (Pindaan) 2008 di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Teluk Intan, M. Manogaran memaklumkan sebanyak 17 kes kematian dilaporkan sejak empat tahun yang lalu.

Beliau turut menyarankan agar kementerian yang berkenaan membenarkan Badan Bukan Kerajaan (NGO)membuat lawatan di kem-kem PLKN bagi menentukan sama ada pelaksanaan program di kem-kem latihan dijalankan dengan baik agar ibu bapa lebih yakin apabila menghantar anak-anak mereka.

Manakala Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf menekankan kementerian terbabit harus mengambil kira kebimbangan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka dengan niat yang begitu murni untuk menjayakan program ini yang dicalar dan dicacatkan dengan kes-kes kematian.

HarakahDaily

Jumaat, Jun 19

Surat Terbuka Kepada Teman-Teman Yang Akan Pulang Bercuti



Fenomena azhari pulang ke tanah air pada musim cuti pengajian bukan perkara asing lagi. Kebelakangan ini, peningkatan bilangan yang pulang bercuti agak ketara jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang sebelumnya.

Tambang penerbangan yang dikatakan termurah pada tahun ini menjadi faktor pendorong kepada teman-teman memilih untuk pulang bercuti ke tanah air. Kepada sahabat-sahabat yang akan pulang, saya mengambil kesempatan mengucapkan ‘Selamat pulang ke tanah air’ kepada kalian semua.

Ada yang melihat pilihan untuk pulang bercuti adalah suatu keputusan yang kurang tepat, dengan alasan waktu cuti daripada kuliah sebenarnya masa untuk azhari menghadam semula apa yang telah dipelajari sebelum ini di bilik-bilik kuliah di Universiti al Azhar, disamping memperkayakan lagi dengan mengikuti kelas-kelas pengajian luar atau melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti berpesatuan.

Namun tidak kurang juga yang bertanggapan pulangnya azhari ke tanah air di musim cuti adalah hal yang positif malahan penting berdasarkan kepada berhjatnya masyarakat kepada golongan azhari untuk mendapingi mereka.

Tulisan ini bukan untuk membahaskan keputusan yang telah dibuat samada untuk pulang ataupun tidak. Apatah lagi untuk menafi dan mengithbatkan mana-mana pihak. Kerana setiap daripada keputusan yang telah diambil punya alasan dan sebab –sebab yang tersendiri. Sepastinya saya akan menyokong sebarang keputusan yang telah diambil.

Namun negatifnya tetap akan berlaku kepada sahabat yang memilih untuk pulang ke tanah air, jika kepulangan tersebut gagal dimanfaat dan diisi dengan amal-amal dakwah dan kerja-kerja berkebajikan yang dihajati oleh masyarakat. Begitu juga bagi sahabat yang memilih untuk tidak pulang jika masa cuti ini gagal mereka isi dengan aktiviti-aktiviti yang selayaknya.

Jika anda pulang dengan matlamat tunggal hanya untuk melepaskan rindu kepada orang-orang tersayang sahaja tanpa bermatlamatkan kepada tujuan-tujuan lain. Maka kesilapan besar telah berlaku. Sepatutnya dimuhasabah dan disettingkan kembali niat sebelum anda berangkat tinggalkan Mesir.

Sebagai seorang yang telah menghabiskan sebahagian usia remajanya dengan mempelajari ilmu-ilmu Islam, maka semestinya beramal dan menyampaikan ajaran Islam adalah suatu perkara yang wajib. Bercuti dengan maksud turut bercuti daripada melakukan sebarang tugasan dakwah adalah sebesar-besar fitnah yang sedang menghantui golongan Mahasiswa al Azhar.
Dalam keadaan masyarakat Islam semakin jauh dengan ajaranya. Mengambil sikap tidak terlibat dan hanya menjadi penonton sahaja adalah suatu pengkhianatan kepada amanah. Justeru inisiatif, mencuba dan berusaha adalah suatu yang perlu. Kerana apa yang diambil kira oleh Allah s.w.t adalah tahap penglibatan bukan pula hasilnya.

Setiap individu memiliki tahap kemampuan yang berbeza untuk melakukan kerja-kerja dakwah. Berdasarkan kepada tahap kefahaman, pengalaman dan seni dakwah yang dimiliki. Kalau pun tidak mampu untuk berceramah dan berkuliah di khalayak. Namun insan terdekat yang berada disamping seperti ibu bapa , adik beradik, jiran dan kawan-kawan tetap menjadi madu’ yang perlu ditunjuk ajar. Semudah ajaran lisanulhal melalui pameran akhlak mulia yang keberkesanannya mampu mengatasi ucapan-ucapan berapi.

Paling mengecewakan jika kewujudan azhari dalam entity masyarakat gagal untuk diambil manfaat apatah lagi untuk memberi manfaat. Lebih menyedihkan lagi jika terlibat pula dengan aktiviti-aktiviti maksiat yang boleh mempalit fitnah kepada keizzahan nama al Azhar itu sendiri.

Menolak jemputan-jemputan daripada masyarakat supaya memberikan kuliah-kuliah agama atau melakukan apa jua amal-amal kebaikan yang hasilnya boleh diambil manfaat oleh masyarakat adalah tindakan songsang daripada seorang yang bergelar azhari. Jika demikian hal yang berlaku, seolah-olah mereka sedang menutup pintu-pintu dakwah yang sedia terbuka untuk dimanfaatkan. Sedangkan ada segolongan lain yang sedang berhempas pulas mencari ruang bagaimanakah untuk menyebarkan Islam walaupun dalam keadaan yang penuh dengan kesukaran dan kepayahan.

Kepada sahabat-sahabat yang bakal pulang, diharapkan kehadiranmu nanti adalah suatu penantian, kewujudanmu suatu pencerahan dan pemergianmu suatu kehilangan. Saya tujukan harapan ini kepada sahabat-sahabat terutama yang mengakui diri mereka Mahasiswa Islam serta merasa bertanggungjawab untuk memimpin masyarakat demi memperkasakan keizzahan Islam.

Mudah-mudahan kita semua diberikan kekuatan untuk beramal dan mengaplikasikan ajaran Islam ke dalam Masyarakat. Semoga kepulangan anda kali ini sesuatu yang menguntungkan untuk Islam dan diri sendiri. Selamat pulang dan Selamat Berjuang.

Reblog this post [with Zemanta]

Sabtu, Jun 13

MENCEGAH AL-MUNKAR AL-AKBAR DAN MENEGAK AL-MA’RUF AL-AKBAR


Titik tolak da’wah
Da’wah Islamiyyah mempunyai matlamat dan jalan yang jelas. Titik tolak da’wah Islamiyyah ialah memerangi mungkar terbesar(al-munkar al-akbar) sekaligus menegakkan ma’ruf terbesar (al-ma’ruf al-akbar).Dengan kata lain peranan da’wah Islamiyah yang utama ialah meruntuhkan jahiliyyah daripada memimpin alam dan menggantikannya dengan pimpinan AllahSWT.

Cita-cita seorang muslim

Penda’wah perlu membebaskan diri daripada cengkaman jahiliyyah. Pendakwah tidak boleh berkompromi dengan jahiliyyah yang kini menguasai segenap bidang dan tempat. Pendakwah perlulah berusaha meruntuhkannya hingga ke akar umbi. Bagi pendakwah meredhai sistem kuffar adalah merupakan satu kekufuran.

"Dengan kata lain peranan da’wah Islamiyah yang utama ialah meruntuhkan jahiliyyah daripada memimpin alam dan menggantikannya dengan pimpinan AllahSWT."


Pendawah hendaklah berazam dan beriktiqad merubah diri mengikut Islam. InsyaAllah, seterusnya pendakwah hendaklah berazam merubah masyarakat mengikut acuan Islam.

Hassan al-Hudhaibi berpesan:

“Dirikanlah daulah Islam dalam diri kamu, nescaya ia akan berdiri dalam negaramu.”