Sabtu, Januari 2

Doa Laknat. Boleh atau tidak?

Salam sahabat-sahabat perjuangan.

Seminggu dua ini isu samada boleh atau tidak berdoa dalam bentuk cercaan dan celaan telah menghiasi akhbar dan media elektronik kita. Ianya menjadikan kita tertanya-tanya apakah solusi Islam dalam perkara ini.

Di sini, dipetik satu pandangan yang membolehkannya berdasarkan beberapa sandaran untuk menjadi renungan kita bersama.

PERTAMA;
Di awal dakwah, nabi SAW naik atas bukit safa, lalu berucap di atas bukit tersebut untuk menyampaikan kandungan dakwah nabi SAW.

Di saat itu, Abu lahab marah dengan dakwah nabi SAW, menyebabkan beliau telah mengambil batu dan membaling ke arah nabi SAW.Tindakan Abu Lahab tersebut dibenci oleh Allah, menyebabkan Allah menurunkan firman-Nya
;تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ
“celakalah kedua tangan abu Lahab, dan sememangnya Abu lahab adalah celaka” (Surah Al-lahab : 1)

KEDUA:
Firman Allah
;وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أُولَئِكَ يُعْرَضُونَ عَلَى رَبِّهِمْ وَيَقُولُ الْأَشْهَادُ هَؤُلَاءِ الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَى رَبِّهِمْ أَلَا لَعْنَةُ اللَّهِ
عَلَى الظَّالِمِينَ
“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah? Mereka itu akan dihadapkan kepada Tuhan mereka, dan para saksi akan berkata: “Orang-orang inilah yang telah berdusta terhadap Tuhan mereka.” Ingatlah, laknat Allah (ditimpakan) atas orang-orang yang zalim“(Surah Hud : 18)

KETIGA;
Firman Allah;أُولَئِكَ جَزَاؤُهُمْ أَنَّ عَلَيْهِمْ لَعْنَةَ اللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
“Mereka itu (orang yang zalim), balasannya ialah: bahwasanya la’nat Allah ditimpakan kepada mereka, (demikian pula) la’nat para malaikat dan manusia seluruhnya”(Surah Al-Imran : 87)

KEEMPAT:
Imam Al-Bukhari ada meriwayatkan hadis, bahawa nabi SAW ada berdoa dalam qunutnya;
اللَّهُمَّ الْعَنْ فُلَانًا وَفُلَانًا وَفُلَانًا
“Ya Allah, berilah laknat kepada fulan, fulan dan fulan”

Doa ini dibaca oleh nabi SAW setelah membaca ;سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ
“telah mendengar oleh Allah terhadap mereka yang memujinya. Wahai tuhan, kepujian itu layak untuk kamu” (Al-Bukhari : 3762)

KELIMA;
Imam At-tarmizi ada meriwayatkan hadis, bahawa Nabi SAW ada berdoa dalam peperangan uhud;اللَّهُمَّ الْعَنْ أَبَا سُفْيَانَ اللَّهُمَّ الْعَنْ الْحَارِثَ بْنَ هِشَامٍ اللَّهُمَّ الْعَنْ صَفْوَانَ بْنَ أُمَيَّةَ
“ya Allah, berilah laknat terhadap Abu Sufyan. Ya Allah, berilah laknat terhadap Al-haris bin Hisyam. Ya Allah, berilah laknat terhadap Safwan bin Umayyah”

Ekoran doa nabi SAW itu, menyebabkan Allah SWT menurunkan firman-Nya;
لَيْسَ لَكَ مِنَ الْأَمْرِ شَيْءٌ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ أَوْ يُعَذِّبَهُمْ فَإِنَّهُمْ ظَالِمُونَ
” Tak ada sedikitpun campur tanganmu dalam urusan mereka itu atau Allah menerima taubat mereka, atau mengazab mereka karena sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim.”(Surah Al-Imran : 128)

Kemudian dari turunnya ayat ini, menyebabkan mereka yang nama-nama mereka disebut oleh Nabi dalam doa tersebut bertaubat. Dan Allah telah mengampun dosa mereka, bahkan selepas itu, mereka menjadi orang islam yang baik. (At-tarmizi : 2930)

KEENAM;
Imam At-tibrani meriwayatkan hadis. Bahawa nabi SAW berdoa ketika baginda takut/bimbang terhadap sesuatu kaum;اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ، وَنَدْفَعُكَ فِي نُحُورِهِمْ
“Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung dengan kamu daripada segala kejahatan mereka, dan kami minta pertahanan kamu pada tengkok-tengkok mereka” (Al-Mukjam Al-kabir : 1579)*

maksud dengan doa “kami minta pertahanan kamu pada tengkok-tengkok mereka”, adalah doa agar mereka binasa.

ISTIDLAL Dari Ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis nabi SAW ini, dilihat bahawa Allah sendiri membenarkan ungkapan celaan dan laknat diberikan kepada mereka yang zalim. Bukan sekadar itu sahaja, mendoakan agar diberikan laknat kepada mereka terbabit pun dibenarkan dalam islam. Makanya, terlebih dibenarkan dalam islam apabila mendoakan kecelakaan seseorang itu ‘dita’liqkan’(digantungkan/dikaitkan) dengan sesuatu amalan kezaliman yang bakal dilakukan. Ia sedikit sebanyak, merupakan salah satu cara untuk mencegah seseorang itu daripada melakukan kezaliman.

Sabda nabi SAW;انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ
“tolonglah saudara kamu yang zalim dan yang kena zalim”Seorang lelaki bertanya, “wahai rasulullah, aku akan menolong seseorang yang dizalimi. Bagaimana pula, hendak menolong orang yang zalim?”Jawab nabi, “berhentikan dia daripada melakukan kezaliman, maka itu adalah cara kamu menolong dia” (Al-bukhari : 6438)

Dari hadis ini, amat nyata bahawa Nabi SAW menyatakan bahawa perlu dilakukan tindakan yang boleh memberhentikan seseorang yang zalim itu daripada dia melakukan kezaliman. Justeru, jika dengan cara menyebut akan berdoa kebinasaan terhadap orang yang zalim dapat memberhentikan dia dari melakukan kezaliman, maka itu merupakan tindakan yang tidak salah dalam islam, malahan ia adalah sesuatu yang disyariatkan dalam islam.

Sekian. Wallahu ‘Alam.
diambil sebiji-sebiji tanpa sebarang edit dari http://yusofembong.blogspot.com/

Sabtu, Disember 26

Kelebihan puasa sunat - 10 Muharam

Puasa yang Utama di Bulan Muharram adalah Puasa ‘Asyura

Daripada hari-hari yang sebulan itu, puasa yang paling ditekankan untuk dilakukan adalah puasa pada hari ’Asyura’ iaitu pada tanggal 10 Muharram[7]. Berpuasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu. Abu Qatadah Al Ansori berkata,

وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ « يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ ». قَالَ وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ فَقَالَ « يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ

“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ditanya mengenai keutamaan puasa Arafah? Baginda menjawab, ”Puasa Arafah akan menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” Baginda juga ditanya mengenai keistimewaan puasa ’Asyura? Baginda menjawab, ”Puasa ’Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu.”[8]

An Nawawi -rahimahullah- mengatakan, “Para ulama sepakat, hukum melaksanakan puasa ‘Asyura untuk saat ini (setelah diwajibkannya puasa Ramadhan, -pen) adalah sunnah dan bukan wajib.”[9]

Ahad, November 8

UNDANGAN KE MAJLIS PERKAHWINAN-SAHABAT RAKAN2 DIJEMPUT

SALAM UKHWAHFILLAH SAHABAT DAN TEMAN2..

SETELAH MENYEPI AGAK LAMA KERANA JARANG-JARANG BERPELUANG UNTUK BERHADAPAN DENGAN KOMPUTER, MAKA SEDIKIT SEBANYAK MELAMBATKAN INFO DAN MAKLUMAT YANG DAPAT DISALURKAN UNTUK DIKONGSI BERSAMA.

INSYAALLAH TAALA DENGAN IZINNYA......

KAMI MEMAKLUMKAN DAN MENJEMPUT SELURUH SAHABAT DAN RAKAN TAULAN YANG MENGENALI KAMI :

MOHD FAIZOL BIN ENDUT
[0193272365]
BERSAMA PASANGAN
SITI ANISAH BINTI HJ A
HMAD

KE MAJLIS PERKAHWINAN KAMI DI ALAMAT SPT BERIKUT:

RUMAH PENGANTIN PEREMPUAN:
15HB NOVEMBER 2009/AHAD

JALAN ROSE ,BATU 7 IJOK
SELANGOR DARUL EHSAN


RUMAH PENGANTIN LELAKI:
21 NOVEMBER 2009/SABTU
2356-A KAMPUNG SUNGAI DERHAKA
21100 KUALA TERENGGANU

SEMOGA KEHADIRAN KALIAN DIIRINGI RAHMAT DRPD ALLA TAALA.
KAMI DAHULUKAN RIBUAN TERIMA KASIH.

DOAKAN KAMI BAHAGIA DI DUNIA DAN TERPENTING DI AKHIRAT SANA.
KAMI MOHON MAAF KEPADA SAHABAT ATAS KELEMAHAN KAMI, XDAPAT TEL ATAU BAGI KAD JEMPUTAN..

Ahad, Oktober 4

Bagan Pinang: ANTARA HAQ DAN BATIL

salam buat rakan seperjuangan...

hari ini hari kedua berkempen selepas semalam penamaan calon di Bagan Pinang.. banyak perkara dan kerja perlu di buat dengan tulang 4 kerat ini tidak mampu kita buat semuanya melainkan dengan munajat dan doa pengharapan sepenuhnya kepada ALLAH taala.

dua calon yang tidak asing lagi di sini. masing2 terkenal di bagan pinang sbg orang yang boleh memimpin masyarakat. tunggu saja kepada pengundi untuk memilihnya mana yang terbaik di antara 2.

pengundi perlu tau dan patut ambik tau tentang sapa yang nak di pangkah pada hari mengundi untuk jadi pimpinan mereka yang mana satu masa mereka akan di tanya dan dipersoal siapakah kepimpinan di antara kamu ini. adakah memimpin ke arah kebaikan untuk kenal ALLAH atau sebaliknya ke arah kejahatan nak menjauhkan diri daripada ALLAH.

pe pun... tepuk dada tanya IMAN, pilih pimpinan yang boleh membawa kita dekat kepada ALLAH dan dapat membimbing kita memcapai redha ALLAH dunia dan akhrat.

buat pengundi2 BAGAN PINANG... mesti wajib buat pilihan terbaik. untuk kesejahteraan kita dunia dan akhirat. utamakan ISLAM perlu kehadapankan akhlak dan kebudayaan islam..

"MEMBANGUN MEMBUAT PERUBAHAN"
ISLAM DI JUNJUNG.

Rabu, September 9

Sekembaliku Ke Tanah Air

Hari pertama menjejaki kaki di bumi malaysia tidak bermakna kepulangan saya semata-mata bercuti semesta pengajian al-azhar, bahkan saya meletakkan satu target yang perlu diketengahkan untuk berkongsi dengan teman-teman. mungkin di sana ada pandangan dan cadangan daripada sahabat sekalian untuk kebaikan bersama.

Sekembalinya saya, saya tidak terus ke rumah ibunda tercinta akan tetapi meminta keizinan daripada ibunda untuk menjengok dan menziarahi sahabat-sahabat kawasan k.lumpur dan sekitarnya. sahabat-sahabat seperjuangan dulu semasa di kusza dan di SMK (A) Sheikh Abdul Malek(sek tercinta) dengan harapan ukhwah yang dahulunya kita banyak berbicara tetapi sekarang ini adalah praktikal untuk kami semua.

Ketibaan disambut oleh sahabat seperjuangan di KLIA tepat jam 11 malam daripada USIM saudara Hanis Damanhuri bersama seorang temannya(laki-laki) dan tidak ketinggalan juga wakil mama tersayang yang juga datang menjemput( poksu Manaf) n teman dia. Mama dan ahli keluarga yang lain memang-memang tertanya-tanya bila sampai untuk menyambut kepulangan tapi saya tidak manjakan diri dan tidak mahu sekali-kali susahkan ummi dan keluarga dari Terengganu mari ke sini. Walaupun kerinduan ini hanya hilang pada ibunda tempat luahan akan tetapi saya akan usaha balik dan akan mencium tangan ibunda tercinta di Terengganu.

Seronok saya tidak terhingga bilamana berjumpa dengan Hanis rakan seperjuangan yang sudah 3 tahun lamanya tidak bersua akan tetapi apabila tangan bertemu tangan dan saling berpelukan mengingatkan saya tentang kehebatan dan kemanisan semangat persaudaraan (berukhwah) semata-mata kerana ISLAM. Allah maha besar..Semoga ukhwah ini akan terus terjalin sehingga ke syurga nanti. Besar pengorbanan sahabat- sahabat dalam nak menjayakan misi dan visi dakwah ini yang bermula dengan sifat ukhwah sesama kita ummah Islam.

Hari ini saya teruskan misi untuk menjalinkan hubungan dengan sahabat seperjuangan IPT-IPT di tanah air. Kehadiran saya disambut baik oleh teman-teman dari IPT pertama dari USIM. Perjumpaan pertama membuahkan hasil yang baik apabila konsep taaruf (BERKENALAN) sesama kami dilangsaikan dan perlu ada lagi kesinambunagan selepas ini. Dan peringkat tafahum(SALING MEMAHAMI) akan menyusur dan akhirnya menatijahkan takafur(TOLONG-MENOLONG) di kalangan kami iALLAH pada suatu masa nanti semata-mata untuk kepentingan ISlam dan ummah. Matlamat pertama saya alhamdulillah dipermudahkan.

Seterusnya misi kepulangan pencutian saya kali ini, merapatkan lagi ukhwah islamiyyah antara keluarga yang berlatarbelakangkan pelbagai fikrah dan budaya. Sememangnya dah rapat sebelum ini, tinggal lagi atas dasar nak rapat kerana ISLAM bukan kerana anak-beranak atau adik-beradik. Konsep ni saya usaha terapkan. Sesungguhnya persaudaraan islam itu berputik dan lahir dari hati sanubari seseorang kerana semata-mata bermatlamatkan ALLAH bukan di sana ada berkepentingan diri.

Lagi, bersama masyarakat. iALLAH saya akan usaha memaksimakan masa dan tenaga saya untuk bersama masyarakat kampung saya. Mungkin di sana banyak perkara yang boleh di kongsi untuk kepentingan semua ke arah menuju redha ALLAH dan untuk Islam semata-mata. Saya akan usaha memerah keringat bersama pemuda-pemuda Islam di kampung saya tercinta untuk membina suasana biah yang baik lagi solehah.Besar matlamat saya kan.. kot2 klu teman-teman ada cdgn bgtau saya k..

Seterusnya, peranan seorang anak. Saya berperancangan nak jadikan hampir 3 bulan keberadaan di malaysia untuk melancarkan kempen anak soleh dan solehah bermula dengan diri saya sendiri terhadap ibunda tercinta. Saya nak jadi anak yang terbaik daripada adik beradik yang lain bukan kerana kepentingan peribadi akan tetapi nak tunai hak seorang anak seperti saya nak cuba membawa ibu saya bersama-sama dengan saya ke kuliah-kuliah dan tempat-tempat pengajian termasuk pengajian tuan guru presiden PAS, di Rusila setiap hari Jumaat. iALLAH suatu masa turun bersama-sama muslimat membantu islam.

Saya amat bangga dengan ibu saya. seorang yang tabah, sabar dalam mendidik kami 16 orang adik beradik walaupun sudah menjangkau 8tahun pemergian ayahanda tersayang, tetapi ibu tetap istiqomah berterusan mendidik memberi kasih sayang kepada anak-anak termasuk saya. Saya sedaya-upaya akan memperjuangkan nasib ibu-ibu. hehehe.... tapi tidak seperti golongan SIS la, nak samakan hak wanita dan laki-laki dalam semua hal keadaan. tu bidaah namanya..

Ok. Saya rasa setakat itu dulu perkongsian hari ini. Doakan saya tabah dan kuat iman dengan ujian dan cabaran yang akan datang.Saya mengharapkan nusrah pertolongan daripada ALLAH taala dalam menjayakn misi dakwah ini.

Sekian... berkhidmat untuk agama

MOHD FAIZOL ENDUT
MAHASISWA AL-AZHAR
USULUDIN