Sabtu, Mac 20

KITA PEDULI: Berita Pelik Dalam Web Kelab UMNO

3 Rabiulakhir 1431H
Oleh : ibnuirfadzil.blogspot.com

Bandingkan di antara dua berita ini. Pertama disiarkan di dalam web Kelab UMNO Luar negara, manakala berita yang kedua disiarkan di dalam Web PMRAM.org. Kesahihan antara dua berita ini, sudah diketahui umum.

Pertama :

PELAJAR MALAYSIA MAUT JATUH BANGUNAN DI KAHERAH

Kaherah 12 Mac - Gelak tawa berakhir dengan tangisan apabila seorang pelajar Malaysia, Wan Farhan Bin Wan Han maut akibat terjatuh dari tingkat 4 sebuah bangunan di Kaherah. Peristiwa dipercayai berlaku apabila pelajar tersebut dikatakan bergurau bersama temannya dan menaiki sebuah kerusi sebelum terjatuh terus ke tanah.

Pelajar perubatan tahun 1 tersebut telah mengikuti pengajian di Universiti Tanta, Kaherah. Arwah Wan Farhan dikebumikan di kaherah atas persetujuan keluarganya, mandi jenazah, sembahyang serta pengebumian telah dilakukan oleh pihak MSD dengan bantuan pelajar ahli-ahli Kelab UMNO Kaherah di sana.

Sama-sama kita memberi sedekah al-Fatihah kepada Allahyarham Wan Farhan, semoga rohnya ditempatkan bersama-sama golongan orang-orang beriman.

Kedua :

Pelajar Perubatan Cawangan Tanta Meniggal Dunia Di Iskandariah

ISKANDARIAH, 11 Mac - Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di jurusan Perubatan di Universiti Tanta, telah meninggal dunia kelmarin akibat terjatuh dari balkoni tingkat 4 di sebuah bangunan di Iskandariah. Allahyarham dikenali sebagai Mohd Sarhan bin Ahmad Khan merupakan penuntut tahun satu Fakulti Perubatan Universiti Tanta.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 10 malam waktu tempatan (4 pagi waktu Malaysia) dan pihak polis mengelaskan kejadian tersebut sebagai kemalangan tanpa sebab. Ini berikutan hasil siasatan yang dilakukan, tiada saksi khusus yang menyaksikan kejadian tersebut berlaku.

Jenazah Allahyarham Mohd Sarhan telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Keledang yang merupakan tanah perkuburan baru bagi warganegara Malaysia. Presiden PMRAM, Saudara Abdul Mu'izz bin Muhammad, bersama-sama dengan Presiden PERUBATAN, Saudara Muhammad Husaini bin Salleh, telah menyempurnakan jasad allahyarham di salah sebuah hospital di Iskandariah.

Jenazah allahyarham telah disembahyangkan di Dataran Kompleks Hayyu 'Asyir, Kaherah dan telah di bawa ke tanah perkubuiran selepas itu. Pihak PMRAM merakamkan sekalung ucapan takziah kepada keluarga allahyarham atas pemergiannya dan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan berada di dalam golongan orang-orang yang soleh.

Ulasan :

Hakikatnya berita ini telah pun diketahui umum. Saya tidak pasti, samada berita yang disiarkan di dalam web Kelab UMNO itu adalah kes yang berlainan, ATAU berita tersebut salah. Sekiranya berita ini salah, maka suka untuk saya betulkan beberapa kesalahan tersebut.

1. Nama mangsa

Nama sebenar mangsa bukanlah Wan Farhan Bin Wan Han. Tetapi nama sebenar beliau ialah Mohd Sarhan bin Ahmad Khan.

2. Bagaimana boleh terjatuh?

Di dalam web Kelab UMNO mengatakan bahawa dia terjatuh disebabkan bergurau dengan teman, dan terjatuh disebabkan duduk di atas kerusi. Tetapi apa yang terjadi sebenarnya, tiada saksi yang mengetahui bagaimana dia boleh terjatuh.

3. Universiti Tanta, Kaherah?

Tidak pernah saya temui Universiti Tanta yang terletak di Kaherah. Bahkan kes ini dikatakan berlaku di Kaherah. Buat malu.

4. Ahli Kelab UMNO membantu?

Entah. Tidak pula kelihatan ahli UMNO ketika pengebumian tersebut. Ketika solat jenazah juga tidak kelihatan. Entah.. Mungkin saya yang tidak ternampak. Anda boleh klik di sini

5. Tempat kejadian

Memang benar, mangsa jatuh dari tingkat 4. Tetapi ia berlaku di Iskandariah. Bukan di Kaherah sepertimana yang diberitakan di dalam Web Kelab UMNO.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

Kecintaaan kami kepadamu ya RASULULLAH صلى الله عليه وسلم

Kecintaan Seorang Sahabat رضي الله عنه

Dari 'Aisyah رضي الله عنه katanya, "Ada seorang lelaki datang kepada Nabi صلى الله عليه وسلم seraya berkata, "Wahai Rasulullah engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri dan engkau lebih aku cintai daripada orang tuaku. Jika aku berada di rumah, aku senantiasa merindukan dan tak sabar untuk secepatnya dapat bertemu dan melihatmu. dan apabila aku teringat kematianku dan kematianmu, tetapi aku tahu engkau kelak dimasukan ke dalam surga, tentunya engkau akan ditempatkan di surga yang paling tinggi beserta para Nabi. Sedangkan jika aku dimasukkan ke dalam surga, aku takut jika kelak tidak dapat melihatmu lagi". Nabi صلى الله عليه وسلم tidak menjawab ucapan orang tersebut sampai Jibril menurunkan firman Allah,

Artinya: Dan barang siapa mencintai Allah dan Rasul-Nya mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah yaitu Nabi-nabi, para Shiddiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang shalih. Dan merekalah teman yang sebaik-baiknva. (An Nisaa': 69)

(Thabrani, Abu Nuaim. Al-Hilyah. 4/240)

Dari Ibnu Abbas رضي الله عنه dikatakan ada seorang lelaki datang kepada Nabi صلى الله عليه وسلم seraya berkata. "Wahai Rasulullah aku sangat mencintaimu dan selalu mengingatimu. tapi vang aku takutkan jika kelak engkau dimasukkan ke dalam surga di tingkat yang paling tinggi sedangkan aku dimasukkan di tempat yang tidak sama denganmu, maka aku takut tidak dapat lagi melihatinu kelak di akhirat". Rasulullah SAW tidak menjawab ucapan lelaki itu sampai Allah menurunkan fimian-Nya. Wa man yutiillah war Raszila fa ulaika ma'al ladzina...(An Nisaa': 69). Setelah itu Rasulullah صلى الله عليه وسلم membacakan ayat tersebut di hadapan lelaki itu dan mendoakanya."
(Thabrani, Al-Haitsami. 4/7)

Kecintaan Sa'ad bin Mu'adz رضي الله عنه

Dari Abdullah bin Abu Bakar رضي الله عنه., '.Sesungguhnya Sa'ad bin Muadz رضي الله عنه, berkata kepada Nabi صلى الله عليه وسلم "Ya Rasulullah. maukah engkau kami buatkan sebuah benteng dan kami siapkan di sisimu sebuah kendaraan. Kemudian kami maju berhadapan dengan musuh, jika kami diberi kemenangan oleh Allah maka itulah yang kami harapkan. tapi jika terjadi sebaliknya, maka engkau dapat segera pergi dengan kendaraan ini. menemui pasukan kita yang masih ada di belakang kita. sebab di belakang kami tertinggal sejuklah kaum yang sangat mencintaimu. Sungguh andaikata mereka tahu bahwa engkau akan berperang pasti mereka akan ikut semuanya. Akan tetapi di karenakan mereka tidak tahu bahwa engkau akan menemui pasukan musuh seperti ini. maka tidaklah heran jika sebagian orang tidak ikut bersama engkau."Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلمmenyatakan terima kasihnya dan mendoakan kebaikan baginva, kemudian mereka membangunkan sebuah benteng bagi Nabi
(Ibnu Ishaq, Al-Bidayah 3/268)

Selasa, Mac 16

Islam memelihara 5 unsur penting kemuliaan insan

Islam memelihara 5 unsur penting kemuliaan insan iaitu Agama , Nyawa , Aqal , Keturunan dan Harta. Negara dan rakyatnya akan selamat jika menghayati dan melaksanakan syariat Islam dalam kehidupan mereka serta pentadbiran Negara .


a- [ Agama ] Islam tidak membenarkan perlakuan keluar masuk agama [murtad] secara bebas kerana ia menggambarkan seseorang itu bukan sahaja tidak konsisten tetapi menghina kesucian agama . Jika kerjaya dan rumahtangga boleh difahami oleh semua insan bahawa ianya memerlukan satu komitmen yang tinggi untuk berjaya maka kenapa terlalu sukar bagi sebahagian masyarakat untuk memahami bahawa agama lebih lebih lagi memerlukan komitmen kerana ia melibatkan perjanjian kita dengan Tuhan [Allah] untuk taat dan patuh .


b- [ Nyawa ] Islam meletakkan nyawa dengan satu nilai yang tinggi selepas agama yang dianugerahkan oleh Allah swt. Justeru nyawa dipertahan dengan segala hak penjagaan yang rapi . Islam melarang ummatnya membinasakan diri sendiri mahupun orang lain tanpa hak . Keselamatan menjadi isu penting yang akan dipelihara oleh Islam . Islam meletakkan rakyat dan mereka yang berlindung di bawahnya selamat dan sejahtera . Laksana islam rakyat rasa selamat dan negara aman .


c- [ Aqal ] Islam melihat aqal adalah fungsi utama memartabatkan manusia untuk hidup sebagai pengendali tamaddun dan peradaban di dunia ini . Hilang aqal dan kewarasan maka hilanglah karamah atau kemuliaan seorang insan sedang aqal inilah yang membezakan mereka dengan binatang . Apabila manusia hilang aqal dan tenggelam dalam kemabukan umpamanya akan membuatkan manusia hilang perikemanusiaan dan akhirnya mereka akan berperikebinatangan. Berlakulah jenayah yang kejam dan sadis . Laksana islam aqal terpelihara dan tamadun akan terbina.


d- [ Keturunan ] Islam mengambil nasab atau keturunan sebagai unsur yang dipelihara kerana ia juga asas kepada kemuliaan manusia . Bukankah hina jika insan itu lahir ke bumi tanpa ayah lalu digelar anak luar nikah atau anak haram . Justeru Islam melarang keras perbuatan zina dan sex bebas kerana ia perbuatan yang hina dan merosakkan keturunan . Laksana Islam selamat keturunan dan masyarakat jadi mulia .


e- [ Harta ] Islam turut memelihara harta kerana ia adalah alat bantu kehidupan . Melangsungkan kehidupan yang bahagia dan selesa memerlukan harta yang secukupnya . Perbuatan merosakkan harta peribadi atau awam seperti vandalisme adalah salah di sisi agama . Lebih – lebih lagi harta rakyat dan Negara. Laksana Islam selamat harta Negara dan selamat harta rakyat .

Isnin, Mac 15

SELASA, 16 MAC: Hari sedunia selamatkan Al-Aqsa




APAKAH PERANAN DAN TUGAS KITA DALAM MELAKSANAKAN HAK KE ATAS SAUDARA SEISLAM KITA DI TANAH BERKAT, BUMI AL-AQSA.......

Istisqa: MB Kelantan ikut sunah Nabi




KOTA BHARU, 15 Mac: Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Ustaz Mohd Azhar Abdullah berkata, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah meneruskan amalan solat sunat yang diteruskan oleh para nabi termasuk Nabi Muhammad s.a.w. sebelum ini.

“Andainya itu ajaran baginda Rasulullah, maka Tuan Guru telah mengikut amalan berkenaan yang telah diajarkan oleh baginda sewaktu musim kemarau berlaku di zamannya,” ujarnya lagi.

Katanya, memandangkan agama itu hidup di negeri Kelantan, menyebabkan pemimpinnya mengamalkan amalan sunnah tersebut termasuk dalam memohon hujan apabila negara ini dilanda panas dan kemarau baru-baru ini.

Tambahnya, setiap ujian yang melanda itu ada hikmahnya yang tersendiri, iaitu sebagai bala terhadap pendosa-pendosa yang dikenali sebagai kifarat Allah.

Sambungnya, selain itu juga ianya sebagai suatu peringatan kepada mereka agar tidak melakukan perkara yang dilarang Allah, kerana bala Allah akan menimpa mereka walaupun bukan melakukan dosa.

Kejadian hujan lebat yang turun pada rakaat pertama pada program solat sunat istisqa Jumaat lalu disifatkan sebagai Allah telah memperkenankan doa-doa setiap hamba, khususnya mereka yang paling hampir denganNya.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohammad Fadzli Hassan, ketika diminta mengulas berhubung solat sunat tersebut memberitahu Allah ingin menunjukkan kebesaran-Nya, apabila hamba memohon, Allah terus memperkenankannya.

“Kita sepatutnya rasa bersyukur kerana mempunyai seorang Menteri Besar sepertinya yang begitu sukar dicari. Saya juga ingin peringatkan pada pihak tertentu yang sering memfitnah serta mengadu-domba Tuan Guru, takutlah dengan doa-doanya,” ujarnya lagi.

Katanya, sejak Tuan Guru dinobatkan sebagai seorang pemimpin Islam berpengaruh dunia, tekanan terhadapnya begitu hebat.

“Jadi saya ingin mengingatkan, berhati-hatilah dengan doa tok guru jangan sekali-kali diambil mudah,” ujarnya lagi.

Jumaat lalu, hujan tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat istisqa sewaktu Menteri Besar itu mengimamkan solat tersebut.

Akibatnya ribuan yang hadir untuk solat tersebut termasuk anggota-anggota Exco kerajaan negeri, dan lain-lain pimpinan basah kuyup terkena hujan.