KECEMERLANGAN AKAMEDIK SEBAGAI SENJATA UTAMA
Ikhwah dan akhwat yang dikasihi sekalian,
Kecemerlangan akademik adalah agenda utama PMRAM. PMRAM sekali-kali tidak akan mengabaikan aspek akademik malah menjadikannya sebagai keutamaan dalam setiap tindakan dan gerak kerja. Pandangan yang menjadikan persatuan sebagai alasan atau penyebab kepada kegagalan adalah satu pandangan yang tidak benar. Lebih malang lagi budaya malas menghadiri kuliah, bersikap sambil lewa terhadap pelajaran serta kehilangan fokus dan tumpuan untuk menuntut ilmu di bumi Mesir ini menjadi penyakit yang sangat membarah sehingga menjadikan ia sebagai polimik yang tidak berkesudahan. Kelemahan mahasiswa dan mahasiswi dalam mengusai ilmu asas dalam bahasa arab adalah antara faktor kegagalan dalam pelajaran.
Justeru, sebagai persatuan induk yang mengungguli kecemerlangan akademik , PMRAM berusaha mengaktifkan kelas-kelas tutorial dan study group di seluruh peringkatselain daripada bertanggungjawab memastikan peratus kelulusan akan meningkat dengan apa jua cara. Penerangan teknik sebenar menjawab peperiksaan juga akan digiatkan dari masa ke semasa.
Angka peratusan kelulusan yang tidak memuaskan pada tahun ini, tidak melunturkan usaha murni PMRAM untuk menerajui kebajikan khususnya kecemerlangan kepada seluru ahli. Walau bagaimanapun kita tidak boleh berasa cukup dengan usaha ini semata-mata. Seluruh ahli PMRAM harus berhempas-pulas untuk menjamin kejayaan cemerlang sepertimana yang disasarkan dalam sasajaya 70%.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan