Khamis, Januari 1

Hari keenam : Israel serang Gaza

Wednesday, December 31, 2008

Awal tahun baru, 01 Januari 2009


[MAP] Awal pagi, jam 1.00 pagi-Subuh 01/01/09(waktu Mesir)..Israel menyerang Gaza dari semasa ke semasa(jentera perang udara Israel: pesawat perang F-16 dan helikopter jenis model apache) Menurut sumber, dalam serangan tersebut beberapa bangunan kementerian Kerajaan Palestin di Gaza menjadi sasaran. Antaranya bangunan Majlis Perundangan/Legislatif, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kehakiman. Juga, 5 buah rumah awam dan sarafah(pengurup wang) yang tidak kaitan dengan HAMAS. Sebagaimana yang dilaporkan, bangunan-bangunan Kerajaan yang dibom pada hari pertama diserang semula oleh Israel sehingga ada yang diserang sebanyak 5 kali.

Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel dalam kenyataannya sempena awal tahun baru 2009, Israel berjanji akan melakukan serangan lebih hebat lagi ke Gaza
.

Awal pagi tadi, pasukan khas Israel yang cuba menyelinap masuk ke Gaza telah dihadang oleh pejuang KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) dan berlaku pertempuran berbalas tembakan di Timur Gaza. Seorang dari pejuang Al-Qassam syahid. Menurut sumber, pasukan khas Israel yang merupakan tentera pejalan kaki cuba memasuki Gaza namun dihalang oleh pasukan Al-QASSAM.


[MAP] Majlis Keamanan membincangkan ketetapan dari Negara-negara arab berhubung tuntutan supaya dihentikan serangan Israel di Gaza. Ketetapan Arab juga meminta Majlis Keamanan mengecam serangan Israel namun Washington(Amerika) menyatakan tuntutan ini tidak seimbang dengan keadaan yang sedang berlaku kerana HAMAS masih melancarkan serangan roket ke Israel.

HAMAS dalam kenyataannya(31/12/08), HAMAS melalui jurucakapnya Sami Abu Zuhri menyatakan pihaknya akan mengkaji cadangan-cadangan bagi menghentikan serangan roket seandainya boleh diberi jaminan supaya hentikan serangan Israel di Gaza dan bebaskan Gaza dari sekatan Israel.

Terdahulu, hal ini membuatkan HAMAS merasa serik kerana persepakatan gencatan senjata yang bermula 09/06/08 telah dilanggari oleh Israel malah syarat-syarat persepakatan juga Israel tidak patuh sepanjang tersepakatan 'gencatan senjata' itu.

Persepakatan tersebut di bawah seliaan Mesir namun tidak ada sebarang tekanan ke atas Israel apabila Israel melanggar persepakatan tersebut pada 04/11/08.

Satu analisis pungutan suara(poll result) berhubung persoalan..adakah HAMAS akan kembali ke 'gencatan senjata' bagi mengakhiri serangan Israel? Majoriti suara sebanyak 86.1 % mengatakan tidak, bakinya mengatakan ya.


[MAP] Jumlah mangsa(Penduduk Palestin Gaza) yang syahid dalam serangan Israel meningkat ke angka 400, manakala 2000 mengalami kecederaan termasuk yang kritikal. Jam 8.10 pagi, 01/01/09 (waktu Mesir)

[MAP] Pesawat pengintip tanpa juruterbang dilaporkan berlegar-legar diruang udara Gaza, jam 9.07 pagi (waktu Mesir). Menurut sumber, setakat ini berbagai-bagai jenis pesawat pengintip tanpa juruterbang yang menjalankan operasinya di Gaza, ada yang mengintip pergerakan pasukan perubatan, ada yang mengintip sebarang pergerakan termasuk penduduk Gaza yang bermotosikal dan mengintip setiap kali serangan dilaksanakan.

[MAP] Menteri Luar Israel, Tsipi Livni akan mengadakan pertemuan dengan Nicholas Sarkuzi, Presiden Perancis di Paris hari ini. Dinyatakan, pertemuan tersebut adalah bagi membincangkan kedudukan dan keadaan di Gaza.

[MAP] KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM (sayap tentera HAMAS) mengebom sebuah pengkalan tentera udara Israel buat kali pertama. Kerosakan belum dinyatakan setakat ini. (Stesen Televisyen al-Aqsa)

[MAP] Pejuang Palestin telah melancarkan 5 serangan roket ke Wilayah Naqab, berdekatan Beer Sabie'. Menurut sumber, tiada kemalangan jiwa atau nyawa dilaporkan.

[MAP] Pasukan tentera penakluk(Israel) menangkap 15 penduduk Palestin di Tebing Barat.

[MAP] Ban Ki Moon, Setiausaha Agung PBB mengecam Israel kerana terlalu melampau menyerang Gaza.


[MAP] Persatuan Ulamak Islam Sedunia menggesa semua umat Islam agar bersama dan menyebelahi penduduk Palestin Gaza.

Edit kali pertama (01/01/09) : jam 9.30 pagi (waktu Mesir)

Edit kali kedua (01/01/09) : jam 11.50 pagi (waktu Mesir)

Catatan yang dilampirkan di atas adalah catatan ringkas. Pihak MAP hanya mencatatkan apa yang termampu. Sumber di atas adalah berdasarkan siaran langsung dari berita al-Jazeerah Teruskan bersama kempen ini. Pihak kami mohon maaf jika tarikh entri blog menimbulkan sedikit kecelaruan, bagaimanapun tarikh yang sebenar adalah mengikut setiap kali pengeditan dilakukan.
http://minipavilion.blogspot.com/

Tiada ulasan: