(gambar bersama sahabat-sahabat di Tanta Scan)
Minggu ini kehidupanku banyak dihabiskan dengan pergi mengziarahi rumah-rumah sahabat sekitar Tanta. Baru ku tahu dan mengerti betapa pri pentingnya amalan ziarah-mengziarahi ini perlu dihidupkan di kalangan kita semuslim.
Hari pertama ku ke Imarah Saadah. di sana ku terasa sangat- sangat tenang dan damai dengan keadaan dan suasananya. Dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat di imarah itu satu keseronokan bagiku. Layanan dari ahli bait membuatku ingat erti ukhwah persaudaraan seislam. Dihidangkan dengan makanan tengah hari berlautkan ayam tanpa diduga rezeki aku hari itu di Imarah Saadah. Terima kasih buat akhi Mazwan dan akhi Amin banyak merai, walaupun ku datang dengan niat seorang sahabat bukan berjawatan,tapi mereka sangat-sangat memuliakan tetamu. Cantik akhlak dan adab yang islam ajarkan. Lebih seronok lagi apabila dapat berjumpa dengan adik-adik di situ, tidak putus-putus bersalaman dan bertanyakan khabar dengan ucapan yang tidak asing lagi buat warga Mesir (assalamualaikum,cht?) cmtu la, jumpa dengan 10 orang, pertanyaan sama sahaja. Tapi hakikatnya itu menunjukkan ukhwah di kalangan kami di sini, alhamdulllah.
Sedang duduk makan dan sembang-sembang, tiba-tiba telefon berbunyi. ustaz Nik Rosdi, BP PMRAM memaklumkan musibah berlaku kepadanya dan ahli rumahnya. Ku terus bergegas ke rumahnya bersama sahabat seperjuangan akhi Zulhilmi dan akhi Mazwan. Sampai sahaja di rumahnya di imarah lama Saberbey, kami dapat rasakan perasaan sedih dan hiba dengan musibah yang menimpa us Nik dan a.bait. Kecurian yang menyebabkan kehilangan komputer peribadi, kamera dan dompet. Ku cuba selami dan fahami mereka. Ku rasakan masalah yang menimpa mereka adalah masalah kita bersama. Ku cuba meluahkan kata-kata semangat kepada mereka mungkin di sana ada hikmah di atas kejadian yang menimpa, banyakkan sabar dan perlu bagi tumpuan kepada pelajaran. Sekitar jam7.20 malam kami beransur pulang.
Sebelah malam pula, ku teruskan aktiviti ziarah ini. Lokasi seterusnya adalah Tanta Scan, tempat yang tidak asing lagi di bumi Tanta ini. Rumah pertama ku ziarahi adalah rumah akhi Helmi Che Fauzi, rakan taakhi ku satu ketika dahulu dalam kepimpinan DPMT. Banyak perkara dan ilmu yang boleh kami kongsi disamping pandangan dan cadangan untuk DPMT. Seterusnya, rumah akhi Khairul Mohamad menjadi tempat ziarahku. Ramai sahabat-sahabat yang berkumpul. kebetulan ada perlawanan bola. membolehkan aku berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang bola dan mereka merai ku dengan bermacam juadah termasuk makanan dari Malaysia. Ku dapat rasakan kemanisan berukhwah ini. Semoga ukhwah ini berkekalan dunia akhirat.
Tepat jam 12 malam ku beransur untuk pulang ke kediaman dan dalam perjalanan berjumpa dengan akhi Hakim Mat.
Dari situ,ku sedar dan ku mengenal erti sebuah persaudaraan yang dianjurkan oleh islam bagi menatijahkan satu kekuatan kepada jemaah islam yang kita sayangi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan