Sabtu, September 10

Konvensyen bukti PAS sedia hadapi PRU-13


| Print |

GOMBAK, 10 Sept: PAS tidak gentar untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan berlaku pada bila-bila masa meskipun sedar Umno BN sedang rancak melakukan penipuan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Umno BN tidak akan dapat menutup penipuan mereka dalam sistem pilihan raya khususnya isu daftar pemilih dalam keadaan dunia yang serba canggih ini.

"PAS anjur konvensyen negara berkebajikan yang merupakan tema muktamar untuk dipanjangkan bagi menghadapi pilihan raya umum.

"Ini menunjukkan PAS bersungguh-sungguh untuk menghadapi pilihan raya umum walaupun kita dibayangi maklumat yang mendukacitakan di mana perancangan untuk penipuan yang lebih besar dilakukan dalam pilihan raya umum.

"Zaman ini zaman internet dan kita dapat kesan penipuan ini dan mereka (Umno BN) nak tutup cepat-cepat jadi tapi jangan nak tipu kita dah dapat maklumat," kata beliau pada sidang media di sini.

Terdahulu beliau merasmikan Konvensyen Negara Berkebajikan di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga ahli parlimen Marang berkata, Umno BN sengaja membangkitkan isu-isu yang dapat menimbulkan kemarahan rakyat sekaligus membuatkan mereka lupa kepada usaha membersihkan sistem demokrasi di negara ini.

"Mereka (Umno BN) nak tutup isu penipuan pilihan raya dengan isu-isu yang sengaja dibangkitkan untuk menggelegakkan perasaan rakyat supaya lupa isu sebenar iaitu untuk menghidupkan dan memulihkan proses demokrasi," kata beliau lagi.

Beliau turut mengingatkan Umno BN agar tidak terus memperbodoh rakyat dengan menutup segala maklumat yang benar sebaliknya menunjukkan kesungguhan mereka untuk menghidupkan amalan demokrasi bersih.

"PAS menasihatkan kerajaan jangan menggunakan gula-gula sementara kepada rakyat untuk menghentikan tangisan. Bila habis gula-gula, dia tipu lagi,lepas itu sambung lagi, tak selesai masalah.

"Oleh itu kerajaan mesti sungguh-sungguh menyelamatkan negara dengan menghidupkan demokrasi sebenar dan PAS sungguh-sungguh nak masuk pilihan raya," tegasnya.

Justeru katanya, konvensyen hari ini bagi menggerakkan jentera parti khususnya penerangan parti untuk menyalurkan maklumat mengenai negara berkebajikan kepada rakyat.

"PAS gerakkan jentera parti di seluruh negara pada hari ini supaya membawa mesej konsep negara berkebajikan yang kita nak kenalkan kepada rakyat yang diselaraskan bersama Pakatan Rakyat.

"PAS sudah perkenalkan dalam manifesto pilihan raya ke arah negara berkebajikan dan kita memaklumatkan kepada jentera parti melalui konvensyen supaya jentera parti dapat memahami hasrat negara kebajikan supaya dapat disampaikan kepada rakyat," katanya.

Konvensyen anjuran Lajnah Penerangan PAS ini melibatkan seluruh jentera penerangan dari setiap negeri.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Adram Musa.


Ahad, Ogos 14

MUHASABAH: Pertengahan RAMADHAN

Siang hari kita berpuasa, tapi sesetengah daripada kita petangnya pergi bazar ramadhan, tempat membeli belah elok-elok bersahaja mendedahkan aurat. Siangnya kita tinggalkan makan dan minum, tapi pada masa yang sama ada yang tidak sembahyang. Siangnya kita berpuasa, tapi malamnya buat maksiat tidak menjaga penglihatan, habiskan masa dengan menonton wayang di rumah.

Kenapa dengan kita?? Semua perintah Allah taala, akan tetapi sebahagian kita amalkan dan sebahagian kita tinggalkan?? Apa nak jadi dengan kita ni ye... MasyaALLAH, kalaulah kita berpuasa ni bersama-sama dengan Nabi kita Muhammad s.a.w, betapa malunya kita dengan sifat hipokrit kita.

Ayuh kita semua bangkit jadikan ramadhan kali ini pusat didikan, tempat tarbiyyah diri kita, berjihad dalam menuntut ilmu dan beramal dalam segenap lapangan kehidupan mengikut acuan islam. Jauhkan daripada beramal kerana jahil ataupun sekadar adab dalam aktiviti harian kita.

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَاْلإِنْسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُوْنِ

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”

Kita adalah hamba Allah taala, sepenuh masa perlu memperhambakan diri kepadanya. Kepada Allah jualah tempat kita kembali.

Sabtu, April 9

Ujian Demi Ujian

Dengan berbekalkan ilmu dan anugerah iman yang sangat berharga buatku dan isteri, ku rasakan semuanya adalah hak milik mutlak Allah taala setiap yang ada di atas muka bumi ini. Setelah 2 minggu sudah aku ulang-alik dari Ijok ke hospital Sungai Buluh membuatku rasa diri ini sangat doif dan lemahnya jika tidak ada kekuatan dalam jiwa.

Tepat jam 3.40pagi, 7hb 03 panggilan dari hospital bertalu-talu. Dengan kudrat yang diberikan aku bersama isteri tercinta terus ke hospital. Sesampainya di wad NICU, disambut oleh doktor dengan mengatakan 15 minit yang lepas Muhammad Luqman telah melelapkan mata buat selama-lamanya.

Sempat merasai kehidupan dalam jangka masa 7 hari di muka bumi ini, selepas itu pergi bertemu Ilahi dengan berstatuskan syurga menjadi hak miliknya, kami redha dengan ketentuan Ilahi. Mungkin itu yang terbaik buat kami. Kami selalu doakan
" Ya Allah kurniakan kepada kami anak-anak yang soleh dan solehah yang dapat menjadi saham untuk kami masuk syurgaMU"..
mudah-mudahan doa itu dimakbulkan.

"Buat isteri tercinta lagi disayangi, ujian adalah membuatkan kita dekat dengan Allah, mengingatiNYA, mengagungkanNYA. Allah memberi tumpuan kepada keluarga kita pada ketika ini, kita banyakkan doa dan selawat, zikir, mudah-mudahan dimakbulkan permintaan kita, Muhammad Luqman adalah milikNYA, dipinjamkan sekejap kepada kita dan sekarang telah di ambil semula"luahanku...

Buat rakan-rakan dan teman-teman baik daripada Mesir mahupun di tanah air, kami terharu dengan sokongan dan kata-kata semangat yang memberangsangkan kami untuk kami terus bangkit dan bangkit dalam meneruskan kehidupan pada masa mendatang.

Telefon berbunyi bertalu-talu, masej juga penuh dengan doa dari rakan-rakan. Teman-teman yang berada di sekitar Selangor berpusu-pusu datang ke ijok sehingga ke malam. Kami rasakan ujian ini adalah ujian buat kita semua.Masing-masing menumpang.

Kami merasai kehadiran teman-teman dalam mengumpul kekuatan. Terima kasih buat pimpinan PMRAM dan PMRAM cawangan TANTA dan KPT yang tidak lekang bertanyakan khabar kami dan sesungguhnya kalian adalah insan-insan yang ikhlas berkhidmat kerana ISLAM.

Akhirnya, doakan kami di sini untuk terus thabat berjuang. "Di mana bumi dipijak di situ ISLAM dijunjung". Doakan kami diberi peluang lagi ke Mesir dalam masa terdekat ini untuk meneruskan pengajian kami yang berbaki.

Rabu, Februari 2

Teruskan Berdakwah Dan Berjuang

Al Marhum Ustaz Fadhil Mohd Noor [ mantan Presiden PAS ],

pernah menegaskan di dalam ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS ke 39 [ 11 Jun 1993 halaman 7 ] yang bertemakan "Pertahan Syakhsiyyah Ummah" bahawa :

" Dasar dan pegangan kita [PAS] memperjuangkan Islam adalah tidak pernah berubah. Kita bergerak dan bekerja adalah untuk kedaulatan Islam."

Kedaulatan Islam hanya dapat direalisasikan apabila kita memiliki Daulah Islamiyah [ Negara Islam ]. Justeru itu, berjuang untuk menegakkan negara Islam biarpun menghadapi halangan dan rintangan yang runcing disepanjang zaman, namun ia tetap menjadi suatu kewajipan bagi ummat Islam.

Seorang tokoh ulamak terkenal dalam sejarah negara kita, Syeikh Junid Thola di Perak telah memberi penegasan bahawa menjadi satu kewajipan kepada ummat Islam mendirikan sebuah negara Islam di Tanah Melayu. Selepas Perang Dunia Kedua, tokoh ulamak terkenal tanahair Maulana Abdullah Noh dari Kelantan juga telah menegaskan tentang tanggungjawab memperjuangkan kewujudan sebuah negara Islam.

Selasa, Januari 25

Semangat dan keikhlasan penentu kejayaan



KUALA LUMPUR, 25 Jan: Kemenangan umat Islam dalam perjuangan bukanlah bermula dengan pilihanraya, tetapi semangat dan keikhlasan dalam perjuangan itu sendiri yang menjadi titik mulanya.

Sekiranya individu pejuang-pejuang itu sendiri mempunyai semangat yang tinggi dan keikhlasan kepada Allah di dalam perjuangannya, barulah datang pertolongan Allah dari segenap penjuru sehingga mereka memperolehi kemenangan yang diharapkan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kemenangan sememangnya sesuatu yang payah kerana ia sudah merupakan syarat yang diberikan oleh Allah kepada umat Islam di dalam perjuangannya untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di muka bumi ini.

Menurut beliau, jika para pejuang Islam sendiri mempunyai asas-asas itu di dalam diri masing-masing, kemenangan pasti akan diperolehi juga akhirnya.

"Kemenangan yang diperolehi oleh umat Islam dalam perjuangan itu adalah pertolongan Allah. Jadi untuk mendapat kemenangan, kita mestilah penuhi syarat-syarat yang telah diberikan oleh Allah kepada kita," katanya selepas menyambut rombongan wakil Kerajaan Hamas di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, semalam.

Beliau turut memberikan contoh betapa sukarnya para pejuang Islam untuk mencapai kemenangan di Gaza yang terpaksa berhadapan dengan serangan pelbagai penjuru musuh-musuh Islam, tetapi dengan semangat dan keikhlasan kepada Allah, Hamas tetap juga berjaya mencapai kemenangan dan berjaya menubuhkan kerajaannya dalam pilihanraya tahun 2006 lalu.

Dalam konteks di tanah air, beliau turut menyebut kemenangan PAS di Terengganu, Kelantan, Kedah dan di Dun-Dun lain di seluruh negara yang tentunya merupakan pertolongan Allah kepada PAS, lantaran adanya semangat dan keikhlasan di hati para pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri kepada Allah di dalam perjuangan mereka.

Menurut beliau, kekuatan dalaman (kerohanian) itu perlu terus ditanam di dalam hati para pemimpin dan ahli-ahli PAS kerana tanpanya kemenangan tidak akan dipetolehi walaupun berusaha dengan berbagai cara.

Dalam memenuhi syarat-syarat itu, beliau turut mengingatkan para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS agar sentiasa menjaga akhlak dalam perjuangan termasuk ketika berkempen pada pilihanraya.

"Sekarang, kita juga sedang berada dalam proses pilihanraya khususnya pilihanraya kecil Dun Tenang yang akan berlangsung 30 Januari ini. Jadi kepada jentera-jentera kita di Tenang, saya nasihatkan agar berkempenlah dengan sopan dan jangan terpengaruh dengan provokasi pihak lawan.

"Dengan berbekalkan akhlak yang baik, semangat yang tinggi dan keikhlasan kepada Allah di dalam perjuangan, insya Allah, akan datanglah pertolongan Allah kepada kita," ujar beliau.

sumber: harakahdaily

Selasa, Januari 18

PAS GANTI UMNO

Realisasikan agenda perubahan politik Terengganu

Oleh YB Dato' Tuan Guru Hj Harun Taib

Assalamualaikum wbt

Kita bersyukur kepada allah s.w.t. kerana dengan izin dan inayahnya dapat saya lafazkan terima kasih kepada jawatankuasa panatia dan seluruh individu-individu yang berusaha menjayakan program ini.

Dalam menjayakan Gelombang PAS Ganti Umno ini beberapa perkara yang perlu disebut iaitu keperluan mewujudkan organisasi yang mantap dan berkesan dalam menghadapi PR yang semakin hampir. Kita juga perlu menguasai masyarakat persekitaran kita supaya strategi menghadapi pilihanraya tercapai. Perubahan budaya kerja yang mana pendekatan yang menjuruskan kepada kumpulan sasaran iaitu orang atas pagar dan juga ahli umno.

Kita juga tidak lupa kepada pengundi wanita yang mana sebagai penentu kemenangan dalam pilihanraya nanti.

Dalam suasana musuh sedang mengadu domba supaya kita berpecah, keperluan memperkasakan hubungan dengan rakan-rakan pakatan rakyat dan juga badan-badan NGO serta golongan non-muslim perlu dijana.

Kita perlu merealisasikan agenda perubahan politik Terengganu dalam suasana mode rakyat yang menyebelahi kita sekarang, dalam keadaan barang keperluan yang naik mendadak ditambah dengan akhlak dan keperibadian pemimpin Barisan Nasional khasnya umno kian tercemar, maka kita perlu menjaga imej kita supaya rakyat dapat menilai parti kita adalah altenatif yang dapat mereka bernaung demi keselesaan dan keselamatan mereka. Kita juga tidak lupa mendoakan parti kita supaya ianya mendapat perkenan restu dari allah s.w.t. dan terus melonjak mencetus momentum kemenangan dalm PR akan datang.

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu

Fiqh Amal Islami; Beramal Untuk Islam

MUQADDIMAH

Memahami Islam, perjuangan dan gerak kerjanya adalah suatu perkara yang sangat mustahak bagi setiap orang yang mungkin menceburkan dirinya di dalam perjuangan Islam. Jika tidak, mungkin kegiatan dan tindakannya akan bertentangan dan menyimpang jauh dari kehendak Islam. Akhirnya gerakan menjadi hancur dan para pejuang menjadi mangsa.

Kertas ini cuba memberi gambaran ringkas berkenaan tajuk “kefahaman” agar setiap yang terlibat dapat menilai dan membuat keputusan dan tindakan yang betul selaras dengan kehendak Islam.

MEMAHAMI ISLAM

Semua yang terlibat di dalam gerakan Islam memahami:

a) Bahawa Islam itu agama yang lengkap, merangkumi seluruh bidang kehidupan manusia, aqidah dan syariah, agama dan negara. Oleh kerana itu, ia mestilah bersedia untuk membetulkan aqidahnya, ibadahnya dan lain-lain perkara supaya selaras dengan kehendak al-Quran dan as-Sunnah.

b) Ia hendaklah memahami bahawa al-Quran, as-Sunnah, al-Ijma’ dan al-Qias itu merupakan rujukan bagi orang-orang Islam, pendapat sesiapa jua pun yang bertentangan dengan sumber-sumber tersebut tidak boleh dihormati dan dipatuhi.

c) Oleh itu, pendapat pimpinan yang tidak berlawanan dengan sumber-sumber tersebut hendaklah dihormati dan dipatuhi sekalipun tidak sama dengan pendapat sendiri.

d) Perselisihan pendapat dalam masalah furu’ adalah perkara boleh dan tidak dapat dielakkan. Oleh kerana itu, setiap muslim yang belum mencapai martabat ijtihad hendaklah ia menerima pakai mana-mana pendapat alim ulama’ yang mu’tabar dan janganlah dijadikan berlainan pendapat serta pandangan dalam masalah furu’ itu punca pertelingkahan dan perpecahan dikalangan anggota.

e) Setiap anggota hendaklah faham, ia tidak boleh mengkafirkan seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah selama mana ia beramal dengan tuntutan dan kehendak dua kalimah syahadah itu dan selama mana ia tidak mengeluarkan kata-kata yang menjadikan seseorang itu terkeluar daripada Islam atau ia mengingkari sesuatu yang diketahui secara dharuri atau secara mudah dan tidak payah berfikir di dalam Islam. Seperti ia mengingkari haramnya ‘riba’ atau haramnya ‘arak’ atau ia mengingkari seperti wajibnya menjalankan syariat Islam dalam pemerintahan negara atau selama mana ia tidak melakukan perbuatan yang boleh dita’wilkan kecuali kufur, seperti ia menyembah berhala atau seperti ia menghina kitab suci al-Quran al-Karim.

Sabtu, Januari 15

ISLAM: antara permata dan kaca

umno/BN memperjuangkan melayu
PAS/PAKATAN berjuangkan ISLAM
kita nak ISLAM ke KETUANAN MELAYU...

ISLAM & KERAJAAN KELANTAN

'Bimbang K'tan dirampas halang PAS laksana hudud'

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan keputusan kerajaan negeri tidak melaksanakan hukum hudud kerana kebimbangan bahawa kerajaan persekutuan akan campur tangan dengan mengisytiharkan darurat untuk merampas pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, beliau tidak mahu perlembagaan negeri itu digantung sekali lagi seperti yang pernah dilakukan oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada sekitar tahun 1969 dahulu.

nik aziz meeting with bloggers, kl"(Tun) Dr Mahathir (ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan.

"Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran... Jadi kalau (kita) tak boleh buat semua, jangan kita tinggal semua," katanya sambil membaca kaedah fiqhiyyah bagi menyokong hujahnya.

"Kalau kerana hukum hudud, satu Kelantan kena Mageran... dan kerajaan Kelantan nak digantung oleh kerajaan pusat, (jadi) itu tak cerdik," kata Nik Aziz dalam satu dialog bersama penulis blog dan facebook di Hotel Grand Season di ibu negara, malam tadi.

Mursyidul am PAS itu berkata, sekiranya ketiadaan kuasa untuk melaksanakan undang-undang tersebut, maka tidak boleh ditinggalkan semua undang-undang berkenaan.

Ambil secupak

Dengan mengumpamakan tindakannya itu sebagai seguni beras, katanya, sekiranya tidak mampu untuk membawanya, maka "diambil secupak-secupak" sehingga habis.

nik aziz meeting with bloggers, kl"Oleh itu, kita tak laksana hudud (keseluruhan), tetapi kita laksana (Islam) satu persatu. Alhamdulilllah kaum Cina dan India menyokong PAS," katanya yang mendapat tepukan kira-kira 130 penulis blog dan pemilik Facebook.

Katanya, hal demikian berlaku kerana berkat doa dan dakwah yang dilakukan membuatkan bukan Islam berasa selesa dan tidak takut dengan ajaran Islam.

Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan berkata demikian ketika menjawab soalan penulis blog Azizi Abdullah yang mengutarakan soalan mendakwa semangat PAS untuk menegak undang-undang jenayah Islam itu dilihat "mengendur" selepas bersama Pakatan Rakyat.

hudud lawSebelum itu, exco Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan turut memberi respon terhadap soalan berkenaan dengan menegaskan bahawa undang-undang tersebut sudah diluluskan pada tahun 1993 dan belum dimansuhkan.

Bahkan ia juga telah mendapat perkenan daripada Sultan Kelantan tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana "ada halangan dan cabaran".

Katanya, pendirian kerajaan negeri pada ketika itu adalah memikirkan kemudaratan yang akan dihadapi kerajaan negeri itu sekiranya undang-undang itu dilaksanakan.

nik aziz meeting with bloggers, kl"Kalau laksana hukum hudud apakah, halangan dan cabarannya.(Oleh sebab itu) kita tak laksana (hukum hudud).

"Tetapi ia tetap dilaksanakan dalam bentuk yang lain," katanya yang juga seorang peguam.

Takiyuddin berkata walaupun tidak dilaksanakan, tetapi undang-undang kecil yang lain dapat diimplimentasikan.

Royalti minyak

Sementara, exco kanan Datuk Husam Musa pula menafikan tanggapan penulis blog yang bahawa tiada perkembangan berhubung isu tuntutan royalti minyak.

Katanya, tuntutan tersebut didokong oleh semua pihak, dan kerajaan negeri memberi kepercayaan kepadanya untuk meneruskan permohonan tuntutan berkenaan.

azlan"Ia bukan isu politik tetapi untuk menjaga amanah. Seperti mana yang disebut oleh Tok Guru, isu royalti adalah isu amanah, dan beliau adalah pemegang amanah, maka kita menuntut amanah itu bagi rakyat negeri Kelantan," katanya.

Sehubungan itu, Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan mengajak semua penulis blog dan Facebook hadir ke Mahkamah Tinggi Perdagangan Kuala Lumpur berhubung permohonan kerajaan pusat untuk mencelah menjadi defendan bagi isu tuntutan royalti minyak.

"Kita bantah permohonan itu," katanya sambil menambah permohonan itu berlangsung pada 27 Januari ini.

"Kerajaan pusat mungkin rasa Petronas berseorangan atau rasa mereka memerlukan bapa kerana tak sanggup menghadapi (kerajaan negeri) Kelantan," katanya sinis.

NONETambahnya, pendekatan lain oleh kerajaan negeri berhubung isu berkenaan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sebelum majlis dialog itu dimulakan, Nik Aziz menyampaikan sedikit ucapan ringkas yang mana beliau menasihatkan penulis blog dan Facebook supaya tidak menulis sesuatu "sesuka hati".

"Tulis baik, balasannya syurga. Tulis jahat, balasannya neraka," katanya sambil merujuk tulisan dalam blog yang mendakwa beliau dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke ICU, beberapa bulan lalu.

SUBER: MALAYSIAKINI

Rabu, Januari 12

PEMIMPIN BERJIWA SEORANG MURABBI

NASIHAT BUAT PEMIMPIN

"Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya Allah menjadikan pemimpin negara yang adil itu sebagai tunggak yang menahan sesuatu supaya tida

k condong. Ia menjadi sumber rujukan kepada yang apa yang dirancang, membaiki setiap yang buruk, memperkuatkan yang lemah dan mengembalikan hak yang dizalimi. Wahai Amirul Mukminin, pemimpin yang adil itu umpama seorang ayah yang penyayang terhadap anaknya, berusaha untuk menjamin kehidupan yang baik dan mengajarnya sehingga besar, berusaha untuk kebaikannya di masa ayah itu masih dan menjamin kebaikan setelah ayah itu meninggal dunia.

"Wahai Amirul Mukminin, pemimpin yang adil itu laksana ibu

yang penyayang dan pengasih terhadap anaknya, mengandungnya dengan kesakitan, melahirkannya dengan kesakitan. Kemudian menjaganya dengan kesusahan, berjaga malam bersama-samanya, tinggal bersama-samanya, meny

usu dan melepaskan susu dengan rasa kasihan. Ibu bergembira kalaunya sihat dan merasa sakit kalau anak sakit. Wahai Amirul Mukminin, pemimpin yang adil itu laksana penjaga anak yatim, penjaga barang-barang kepunyaan orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan membekalkan kepada orang-orang yang sudah besar. Pemimpin yang adil itu wahai Amirul Mukminin, laksana hati di dalam jasad, kalau baik maka baiklah seluruh anggotanya, kalau

buruk semuanya menjadi buruk."

"Pemimpin yang adil itu wahai Amirul Mukminin laksana orang yang berada di hadapan Allah. Dia mendengar firman Allah dan memperdengarkan kepada rakyatnya, melihat Allah dan menunjukkan kepada rakyatnya, mengikut perintah Allah dan memimpin rakyat supaya mengikut bersamanya. Wahai Amirul Mukminin, janganlah engkau menjadi orang yang diberi milik kepadanya oleh Allah seperti hamba yang diberi amanah oleh tuannya supaya menjaga harta dan keluarga, tiba-tiba dia menggunakan harta itu dengan boros dan membiarkan keluarganya dalam kemiskinan."

"Ketahuilah wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya Allah menurunkan hukum hudud supaya mencegah keburukan dan kekejian akhlak. Apakah akibatnya kalau sekiranya orang yang menguruskannya melakukan kekejian dan keburukan. Allah menurunkan hukum qisas untuk memelihara hambanya-hambanya maka bagaimanakah kalau orang yang membunuh mereka ialah orang yang ditugaskan melaksanakan hukum qisas itu."

"Wahai Amirul Mukminin, ingatlah kepada mati dan perkara yang berlaku selepasnya. Nyatakan kepada mereka azab seksa dan huru-hara y

ang hebat selepas kematian. Ketahuilah wahai Amirul Mukminin, bagimu ada suatu tempat yang lain daripada tempat kamu berada sekarang. Tempat di mana kamu perlu menunggu dalam jangka masa yang lama dan keseorangan. Nyatakan kepada mereka apa yang telah dinyatakan di dalam al-Quran,

يَوْمَ يَفِـ

رُّ الْمَرْءُ مِنْ أََخِيهِ. وَأُمِّهِ وَأَبِيهِ. وَصَحِبَتِهِ وَبَنِيهِ

"hari melarikan diri daripada seseorang itu oleh saudaranya, ayahnya, isterinya dan anak-anaknya."

"Ingatlah wahai Amirul Mukminin, bahawa kamu berada di dalam tempoh waktu sebelum tiba ajal dan putusnya cita-cita. Janganlah kamu melaksanakan hukum dengan hukuman hamba Allah dan memerintahnya dengan hukum-hukum jahat. Jangan memerintah mereka dengan mengikut orang-orang jahil, dan janganlah engkau memberi kuasa kepada orang-orang yang sombong dengan menindas orang-orang yang lemah."

"Kamu sendiri yang memikul bebanan dosa kamu bersama-sama dosa yang lain. Janganlah kamu tergoda dengan nikmat yang membawa celaka kepadamu. Mereka memakan yang baik-baik untuk menghilangkan kebaikanmu di hari akhirat. Janganlah kamu memandang kuasa kedudukan kamu pada hari ini, tetapi pandanglah kepada hari esok semasa kamu berada di tali-tali kematian, di hadapan Allah dan di tengah khalayak ramai seperti para malaikat, nabi-nabi dan rasul-rasul. Hendaklah kamu

bersikap merendah diri dan ketika berhadapan dengan Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri dengan sendirinya."

"Sekian saja wahai Amirul Mukminin, tidak luput daripada saya perasaan kasih kepadamu dan untuk memberi nasihat. Ketahuilah, setiap ubat tidak sedap tetapi ubat itulah yang akan menyembuhkan dan memberi kesih

atan. Wassalam 'alaika, ya Amirul Mukminin."

Yang benar,

Hassan Basri.

Di atas adalah surat dari Hassan Basri kepada Amirul Mukmininnya, Saidina Umar bin Abdul Aziz.



Sabtu, Januari 1

MERAH-HITAM tidak semestinya bersifat pemarah atau pendendam

Perubahan warna pada blog sekaligus menunjukkan azam baru pada tahun baru ini dengan meningkatkan lagi mutu pengorbanan dan keikhlasan dalam melakukan gerak kerja ISLAM. Ia bukan sesekali melambangkan rasa marah dan berdendam jauh sekali, akan tetapi membawa semangat baru untuk menghadapi masa mendatang.

Saya merasakan telah tiba masanya kita perlu melonjakkan diri dalam memberikan sepenuh perhatian buat ISLAM agama tercinta bagi memastikan satu hari nanti bumi ini diperintah oleh pimpinan ISLAM dan beramal dengan gaya hidup ISLAM sebagaimana zaman kegemilangan ISLAM satu masa dahulu.

Tidak mustahil rakan2ku sekalian, jika kita sudah bersedia untuk mengepalai seluruh ummat menggerakkan jentera bagi memenangkan ISLAM, dengan izin ALLAH kemenangan itu adalah milik kita bersama.

Terdekat ini, angin perubahan yang sangat baik yang berlaku di bumi Malaysia tercinta. Hampir seluruh rakyat sudah sedar dan sedang bangkit untuk bersama-sama faham akan ISLAM yang tulen, bukan ISLAM hadhari yang digembar-gemburkan sebelum ini.Ummat tidak buta lagi, rakyat dalam pencarian dan berhak membuat penilaian. Jangan takut akan segala macam ugatan.

Usaha ke arah menjatuhkan jahiliah moden sekarang ini adalah tugasan buat seluruh ummat, dan kita akan pastikan yang menggantikan adalah kehidupan ISLAM secara menyeluruh. Sekarang pimpinan negara di bawah UMNO/BN tidak mampu membawa keadilan dan keamanan kerana tinggalkan ISLAM, akan datang kita bekerja dan berkhidmat menaikkan pimpinan ISLAM memerintah dan menjalankan ISLAM secara total dalam semua sudut kehidupan.

Besar tanggungjawab kita sebenarnya. Akan tetapi kita tidak sedar dan mungkin kita dikaburi oleh nikmat dunia. Kita tinggal perjuangan ISLAM, kita tidak ada sumbangan kepada ISLAM, kita tidak libatkan diri kita dengan agenda-agenda ISLAM, malahan ada sesetengah menentang perjuangan ISLAM.

Marilah kita sedar dan insaf akan kehidupan yang hakiki bahawa bumi ini perlu kepada melaksanakan hukum-hakam ISLAM. Bukan ciptaan manusia. Ayuh kita rabatkan ukhuwah tali persaudaraan merapatkan sof barisan diselami dengan doa dan munajat bahawa tahun ini 2011 adalah tahun kita perlu membuat perubahan. ISLAM DIUTAMAKAN, RAKYAT DISATUKAN.

TAHUN BARU 2011: BUAT PERUBAHAN, NYAHKAN SEGALA MAKSIAT..

PERLU KEPADA PERUBAHAN: ISLAM ADALAH PILIHAN

Khamis, Disember 23

PAS: PAKATAN RAKYAT

SAJAK PAKATAN RAKYAT

Oleh: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi)
Yang dibacakan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang, 19 Disember lalu:

Pakatan Rakyat Namanya hebat
Gelombangnya dahsyat

Pakatan Rakyat Pemimpinnya berbakat
Pendokongnya sepakat Berjuang membawa berkat

Pakatan Rakyat Mendokong negara berdaulat
Menentang pemimpin yang jahat
Agar generasi kita selamat Pakatan Rakyat
Perjalanannya tidak dekat Walau mereka halang dan sekat Namun pejuangnya tidak pernah penat

Pakatan Rakyat Pemimpinnya bijak dan handal bersilat
Sekalipun difitnah dan diumpat
Mereka mendada bisa menyengat

Pakatan Rakyat Untuk sampai ke Putrajaya dengan cepat Saf – saf kita mesti rapat
Sedikit berkhilaf segera tangan berjabat
Jangan dibiarkan masaalah busuk berulat

Pakatan Rakyat Bersatu kita kerana hormat menghormat
Gagah kita kerana muafakat
Wibawa kita kerana tolak maksiat

Pakatan Rakyat Kini menjadi harapan masyarakat bangkitlah sebelum terlambat
Jangan sampai rakyat meluat bangkitlah , bangkitlah , bangkitlah sebelum terlambat
Jangan sampai rakyat meluat.

Isnin, Disember 6

Hijrah: Tegak negara, daulat syariat

Monday, 30 Dzulhijjah 1431

Perutusan Hijratur Rasul 1432 Hijrah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya ingin mengucapkan selamat melalui Hijratur Rasul 1432 dengan bermulanya 1 Muharam yang bersamaan dengan 7 Disember 2010 Masehi.

Permulaan tahun hijriah ini adalah merupakan suatu titik tolak yang sangat penting dengan berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. dari Makkah ke Madinah yang diingati setiap tahun oleh umat Islam.

Pentingnya peristiwa hijrah ini adalah kerana ianya berkaitan dengan kewajipan besar dalam Islam yang menjadi sebahagian tugas manusia, iaitu tugas khilafah atau dengan makna politik, iaitu mendirikan sebuah negara yang mendaulatkan syariat Allah SWT.

Natijah daripada peristiwa hijrah ini ialah bagaimana Rasulullah s.a.w. telah berjaya membina sebuah negara masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan budaya yang bernaung di bawah keadilan Islam yang mutlak. Ia juga menjadi asas kepada amalan politik yang wajib dihayati oleh seluruh umat Islam.

Hijrah juga merupakan satu konsep yang telah membawa umat Islam kepada kepimpinan dunia yang bertujuan untuk menyelamatkan seluruh alam dari kezaliman selama tempoh berabad-abad lamanya ini.

Umat Islam berjaya menjadi kuasa besar tunggal yang dihormati kawan dan lawan di zaman yang tidak mempunyai kemudahan seperti yang kita nikmati pada hari ini. Islam juga telah berjaya memerintah dengan penuh sifat keadilan yang menaungi wilayah kekuasaan yang luas.

Sehingga hari ini belum ada kuasa besar yang dapat memenuhi apa yang dilaksanakan oleh Islam. Islam yang sebenar inilah yang perlu difahami dan dilaksanakan oleh seluruh umat Islam untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

Oleh yang demikian, bersempena dengan tahun baru hijrah 1432, umat Islam berkewajipan besar untuk melaksanakan tugas siyasah ini. Perlu sama-sama kita ingat bahawa sambutan Hijratur Rasul ini tidak disuruh oleh Nabi s.a.w. tetapi apa yang lebih penting ialah meneruskan amalan-amalan Nabi s.a.w. dan berpegang teguh kepada ajaran Allah SWT dengan penuh keimanan dan ketakwaan.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

1 Muharam 1432 bersamaan 7 Disember 2010

Jumaat, November 5

PRK Galas, Batu Sapi bukti Pakatan teguh



KUALA LUMPUR, 5 Nov: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi telah membuktikan kepada rakyat keteguhan Pakatan Rakyat dalam berhadapan dengan usaha musuh hendak memecahbelahkan Pakatan.

“Kekalahan bukan bermakna perjuangan kita suatu yang tidak benar, sebaliknya lawan kita menguasai segala jentera kerajaan dan berjaya memanipulasi keadaan sehingga mereka beroleh kemenangan.

“Walaupun kita menghadapi kekalahan di kedua kerusi ini, namun ia tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang menentang kebatilan BN di masa hadapan,” ujar Presiden PAS itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikut kenyataan beliau.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua jentera PAS di semua peringkat, ahli-ahli yang membantu daripada segi tenaga dan wang ringgit dalam menghadapi pilihan raya kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Begitu juga dengan jentera Pakatan Rakyat, DAP dan PKR yang tidak penat membantu dalam keadaan kita berhadapan serangan dahsyat jentera lawan.

Walaupun kita menghadapi kekalahan di kedua kerusi ini, namun ia tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang menentang kebatilan BN di masa hadapan.

Apapun pilihan raya ini telah membuktikan kepada rakyat keteguhan Pakatan Rakyat dalam berhadapan dengan usaha musuh hendak memecahbelahkan Pakatan.

Kekalahan bukan bermakna perjuangan kita suatu yang tidak benar, sebaliknya lawan kita menguasai segala jentera kerajaan dan berjaya memanipulasi keadaan sehingga mereka beroleh kemenangan.

Namun kita tidak menolak untuk mengkaji segala kelemahan di pihak kita yang perlu diberi perhatian. Semoga ia akan menjadi lonjakan kepada kita bagi berhadapan dengan pilihan raya lebih besar tidak lama lagi.

Sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera PAS dan Pakatan Rakyat, para penyumbang wang ringgit dan tenaga, pengundi-pengundi yang setia mengundi Pakatan, semoga usaha tuan-tuan akan diberkati Allah SWT.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,

Presiden PAS.

Selasa, November 2

Gempur di GALAS






SEMOGA KEMENANGAN MILIK PARTI MEMPERJUANGKAN ISLAM. RUNTUHKAN UMNO/BN JAHILIYYAH MODEN, TINGGIKAN SYARIAT ISLAM

Sabtu, Oktober 30

Merungkai Entri: 'Penjelasan Academic Centre MM Tanta'

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua? Moga dalam rahmat Allah. Hari ini saya akan cuba merungkai isu penjelasan MM Tanta, [link].


Baik, di sini saya akan sebutkan satu persatu perkara yang perlu kepada pencerahan buat semua. Perkara ini amat perlu kerana penjelasan yang diberikan oleh Medic Mesir ada beberap kekeliruan. Mari kita singkap satu persatu.

Pertama:

Dari blog MM: Alhamdulillah, syukor kehadratnya, maka dengan izin Allah swt, Medic Mesir telah berpeluang untuk membuka sebuah 'Academic Centre' ringkasannya, AC, ruang 2 tingkat, yang mana:

Tingkat Pertama untuk pelajar lelaki dan
Tingkat Kedua untuk pelajar perempuan.

Persoalan: Siapa yang mengizinkan penubuhan AC tersebut? KPT, KBMK, dan JPMK tidak mengiktiraf kewujudan mana-mana agensi seperti yang saya jelaskan pada entri yang lepas. Maka, pihak-pihak tersebut tidak boleh mengizinkan ataupun memberikan kebenaran dengan sewenang-wenangnya kepada agen MM. Lebih-lebih lagi pihak keselamatan Mesir Tanta telah menetapkan bahawa hanya dibenarkan satu markaz sahaja bagi pelajar Malaysia untuk beroperasi.

Kedua:

Dari blog MM: Tahun 2009 - 'Rejection' dari pihak-pihak tertentu Pada tahun 2009, MedicMesir telah didatangi oleh sebuah persatuan yang mendakwa bahawa pembukaan AC ini adalah menyalahi undang-undang badan berkuasa Tanta. Maka, pada hari berikutnya, makluman tersebut disampaikan kepada pihak Kedutaan Malaysia di Mesir, dan pihak kedutaan menyanggah kenyataan ini dan sebaliknya menyokong penubuhannya atas dasar manfaat untuk anak-anak bangsa Melayu sendiri.

Persoalan:

- Saya yakin 'sebuah persatuan' yang dimaksudkan oleh MM adalah Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta(DPMT).

Untuk makluman semua, DPMT adalah sebuah persatuan yang telah bernaung di bawah persatuan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM) dan PMRAM adalah persatuan yang berdaftar dengan Syu'un Ijtimai(Kementerian Kemasyarakatan) Wizarah Dakhiliah(Kementerian Dalam Negeri Mesir). PMRAM menjalinkan hubungan secara terus dengan pihak berkuasa Mesir. Begitu juga DPMT. Jadi apa yang dikatakan oleh DPMT adalah makluman berdasarkan apa yang telah dijelaskan oleh pihak keselamatan Mesir dan bukannya dakwaan.

Ketiga:

Dari blog MM: Ini juga disokong oleh majoriti ibubapa pelajar yang terlibat didalam memberi pendapat dan pandangan masing-masing.

Persoalan: Mengapa MM tidak bertanya dengan pendapat persatuan yang ada di sini? Mungkin penerangan Ummi kepada ibubapa cenderung untuk menubuhkan markaz. Maka tidak pelik majoriti bersetuju. Saya yakin jika ibubapa pelajar didedahkan dengan faktor keselamatan, kesungguhan persatuan PCT dalam menjaga kebajikan dan kesatuan ahli terutamanya pelajar- Malaysia di Tanta, keperihatinan PCT dalam mengawal permasalahan gejala sosial, penggunaan markaz yang berada di bawah pantauan pihak keselamatan Mesir, sudah tentu pihak ibubapa pelajar tidak cenderung untuk bersetuju dengan penubuhan AC.

Keempat:

Dari blog MM: Isu keselamatan pelajar perempuan

Bangunan ini menempatkan 12 rumah pelajar perempuan(sekitar 80 pelajar). AC terletak pada tingkat 1 dan 2 bangunan yang sama. MedicMesir telah dimaklumkan oleh tuan bangunan, sekiranya MedicMesir tidak menyewa kedua-dua tingkat 1 dan 2 ini, maka ianya akan disewa kepada SYARIKAT ARAB MESIR.

Penjelasan: Sebenarnya isu ini tidak timbul. Apatah lagi saya difahamkan ianya akan digunakan untuk dijadikan HOSPITAL SWASTA dan belum confirm. Saya menganggap ini hanya alasan semata-mata. Di kawasan lain, beberapa penempatan rumah pelajar perempuan yang hanya dihuni sekitar 5-7 orang sahaja di tempat yang berbeza-beza, TETAPI tidak timbul masalah seperti ini. Pada hemat saya, bangunan yang dihuni sekitar 80 orang pelajar itu adalah sangat SELAMAT.

Kelima:

Dari blog MM: 'library' di universiti yang amat TERHAD.

Setelah mendapat pandangan dari beberapa pelajar, antara permasalahan pelajar Tanta University adalah ruang 'library' yang amat terhad. Ruang dan keadaan 'library' di Tanta University amat jauh ketinggalan jika dibezakan dengan universiti-universiti lain. Masalah ini telah diajukan kepada pihak universiti, namun, perubahan struktur pembangunan universiti akan mengambil masa yang lama. Kita doakan agar cadangan pengislahan 'library' Tanta University akan diberi perhatian berat oleh pihak universiti. MedicMesir akan terus berusaha untuk mempastikan keluhan ini diterima dan seterusnya dibina sebuah 'library' setaraf dengan kemudahan yang disediakan oleh universiti-universiti lain, terutamanya seperti Alexandria, Mansoura serta Al Azhar University.

Atas alasan kritikal di atas, maka dengan ini, satu ruang alternatif diwujudkan. Insyallah, AC akan dilengkapi dengan perabut yang membolehkan pelajar-pelajar MedicMesir untuk mengunakan ruang yang disediakan untuk menelaah pelajaran serta 'study group', terutamanya di luar waktu akademik , terutamanya waktu malam dan waktu cuti.

Pandangan saya: Mungkin alasan ini boleh diterima. Tapi, apa yang saya tahu. 'Mini library' yang ada di universiti itu jarang digunakan terutamanya pelajar-pelajar Melayu.

Keenam:

Dari blog MM: Keputusan CEMERLANG tahun 2009-10 & Jumlah pelajar MedicMesir Tanta yang meningkat.

Pada sesi lepas, jumlah keseluruhan MUMTAZ dan Jayyid Jiddan Tahun 1 melebihi 100 pelajar, majoritinya pelajar MedicMesir. Usaha penubuhan AC ini mungkin, sebagai ganjaran kepada mereka yang telah membuktikan kejayaan. Dengan kemudahan tambahan, insyallah untuk tahun ini, prestasi ini dapat ditingkatkan lagi, terutamanya untuk Tahun 2 yang lebih mencabar.

Bagi pelajar-pelajar baru sesi 2010-11, kejayaan tahun lepas patut dijadikan contoh dan dijadikan satu cabaran untuk mendapatkan keputusan yang lebih cemerlang.

Sesi 2010/2011, jumlah pelajar Medic Mesir telah melebihi 300 pelajar. Oleh itu, atas rasa tanggungjawab, kemudahan pelajar-pelajar dibawah MedicMesir perlu diberi perhatian. Mungkin tidak semua yang memerlukannya, tetapi separuh, yakni 150 pelajar yang memanfaatkannya, sudah cukup memberi kesan kepada peningkatan akademik keseluruhannya.

Pandangan saya: Keputusan cemerlang 2009/2010 tidak ada kena mengena dengan faktor penubuhan AC. Bahkan menjadi bukti bahawa walaupun AC tidak diwujudkan pelajar-pelajar masih mampu menjaga prestasi akademiknya.

Memang setiap tahun pelajar semakin ramai. Ada cara lain yag terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Tapi ummi mengambil mengambil jalan yang singkat dan salah untuk menubuhkan AC ini. Sepatutnya, apabila saudara Sulaiman Ismail, Pengerusi DPMT meminta Puan Siti bertemu dengan pihak keselamatan Mesir, ummi perlu hadir dengan penuh rasa tanggungjawab. Tetapi, sebaliknya yang berlaku. Apabila Us.Sulaiman menghubungi beliau untuk berbincang akan masalah ini, ummi mengambil langkah untuk mengelak dan berdiam diri. Mengapa ? Tahun lepas pelajar Malaysia di Tanta sekitar 800 orang ke atas. Namun, masalah ini tidak pun berlaku.

Ketujuh:

Kemudahan ruang untuk program

Di Tanta, dari segi ruang berprogram untuk pelajar Malaysia amatlah terhad dan scenario mungkin berbeza jika dibanding dengan dengan Alexandria, Mansoura dan Cairo.

Di Alexandria, terbinanya bangunan MARA kerana majoriti pelajarnya adalah pelajar tajaan MARA.

Di Cairo, memandangkan ianya adalah pusat bandar, maka 'Dewan Malaysia Kaherah' serta dewan rumah-rumah negeri tersedia bila-bila masa untuk diguna.

Di Mansoura, memandangkan majoriti pelajarnya adalah pelajar dibawah agensi GMN, maka, pihak GMN turut menubuhkan 'Academic Centre' bagi manfaat pelajar-pelajarnya juga bermula 2 tahun yang lepas.

Pandangan saya: Ummi tidak boleh menyamakan AC dengan bangunan MARA, Dewan Malaysia Kaherah dan rumah-rumah negeri kerana semuanya diiktiraf oleh JPMK dan KBMK. Berbeza dengan agen Medic Mesir yang TIDAK DIIKTIRAF kewujudannya kerana semua agensi bersifat SWASTA.

Kelapan:

Dari blog MM: MedicMesir tidak membuat keputusan sewenang-wenangnya, tetapi telah mengambil pendapat beberapa pihak termasuk:

a. Pelajar-pelajar yang melihat akan keperluan AC.
b. Ibubapa yang prihatin atas keselamatan serta masa depan akademik anak masing- masing (terutamanya anak-anak perempuan).
c. Pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah
d. Pihak Kedutaan Malaysia di Kaherah
e. Dekan dan Timbalan Dekan Tanta University
(salinan sokongan dikepilkan)

Pandangan saya:

- 'Pelajar-pelajar' dan bukannya semua pelajar. Jika ummi hendak menubuhkan atas dasar memenuhi kehendak pelajar sekalipun. Sepatutnya dilakukan dengan TINDAKAN YANG BETUL, dan bukan SEWENANG-WENANGNYA. Ummi sendiri menyebut 'bukan sewenang-wenangnya'. Persoalan yang sama seperti sebelum ini, mengapa ummi tidak menjawab telefon dan tidak membalas mesej Us. Sulaiman? Sedangkan ia adalah demi kemaslahatan semua pelajar. Kan Us.Sulaiman mengajak untuk menyelesaikan masalah penubuhan AC secara profesional dengan bertemu pihak keselamtan Mesir. Ummi, mengapa anda berdiam diri. Tup...tup... apabila Us.Sulaiman telah mengeluarkan kenyataan rasmi barulah terkial-kial mencari surat sokongan.
- Persoalan : KBMK tidak melontarkan sebarang pandangan pun berkaitan penubuhan AC ini. Tetapi mengapa nama KBMK dicatatkan di sini.
- Walaupun ummi mendengar pendapat seribu pihak sekalipun. Pihak keselamatan Mesir telah pun meletakkan ketetapan bahawa tidak boleh ada 2 markaz. Lainlah jika dibenarkan.Kita perlu sedar yang kita berada di negara orang. Lebih-lebih lagi Mesir yang terkenal dengan sistem daruratnya. Maka, ummi perlu bijak membuat keputusan, sama ada hendak menubuhkan AC ataupun tidak.

Kesembilan:

Dari blog MM: Pada 8hb Oktober 2010, sempena lawatan oleh Y.B. Senator Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir Bin Baharom di Alexandria, makluman mengenai AC ini telah dikemukakan kepada Y.B.. Beliau dengan sukacitanya menyatakan sokongan terhadap usaha ini.

Pandangan saya: Ummi hanya 'memaklumkan'. Maka tidak hairanlah Dato' Jamil Khir terus bersetuju. Apatah lagi penubuhan itu adalah satu usaha yang baik. Tapi, itu bukanlah bukti bahawa ia adalah satu 'keizinan'.

Kesepuluh:

Urusan keselamatan dengan 'Amir Daulah' Tanta.

MedicMesir telah menerima UGUTAN-UGUTAN oleh pihak tertentu. Bagaimanapun, perkara ini telah dibawa kepengetahuan pihak JPMK dan pihak universiti.

Pihak universiti telah menghubungi terus pihak Amir Daulah dan memaklumkan ianya TIDAK MENJADI MASALAH. Pihak Amir Daulah turut memberi sokongan keselamatan kepada semua warga asing, terutamanya penduduk Malaysia di Tanta.

Persoalan:

- Saya tidak tahu apa itu 'Amir Daulah' ?
- Saya rasa ummi perlu mengubah perkataan UGUTAN tersebut. Saya berkata sedemikian setelah mengkaji dan dapat tahu bahawa pihak yang mengugut itu adalah ahli DPMT. Setelah dikaji, rupanya ia bukanlah satu ugutan tetapi hanya menyampaikan. Hal ini telah diakui oleh wakil kedutaan yang telah hadir ke Tanta baru-baru ini. Mereka pun menyatakan bahawa itu bukanlah bersifat ugutan.
- Suka untuk saya kongsikan apa yang telah dilaporkan oleh MM kepada kedutaan berkaitan kes ugutan tersebut. MM telah menghantar wakil ke kedutaan untuk membuat aduan berkaitan perkara tersebut. MM telah mengatakan bahawa ugutan yang diterima menganggu ketenteraman pelajar.Banyak aduan ugutan yang telah disampaikan, antaranya, pihak MedicMesir telah mengadu kepada En. Shaiful bahawa ada 4 orang Kelantan ala-ala 'gedebeh' (gangster) datang ke rumah Ahmad Samhan bertujuan untuk membawa pelajar terbabit ke pihak keselamatan Mesir. Kenyataan ini membuatkan saya tersenyum kerana saya ada ketika peristiwa tersebut berlaku. Ya, saya adalah dikalangan 4 orang yang dituduh sebagai pengugut an perlu diketahu bahawa saya dalam kunjungan kami itu tidak ada seorang pun yang berasal dari Kelantan. 4 orang tersebut ialah Us. Ilyas Yusop (Ketua Unit Dakwah DPMT) , Mohd Zahidi Mohd Noh (Ketua Unit Hisbah Tanta) Mustafa Muhammad (Ketua Penghulu Syarbini) dan saya. Apa yang telah diadukan oleh Medic Mesir itu adalah tidak benar. Kronologinya begini, kami berempat ke rumah Ahmad Samhan atas dasar untuk melihat sama ada beliau ada di rumah ataupun tidak. Jika ada, kami bercadang untuk memaklumkan kepada beliau bahawa Us.Sulaiman telah menunggu beliau di jawazat untuk pergi bersama-sama ke pejabat Amnu Daulah. Us.Sulaiman telah memaklumakan kepada beliau sehari sebelum mengadakan temu janji dengan pihak keselamatan Mesir. Kami kesian dengan Pengerusi kami yang telah banyak kali telah membatalkan temujanji.

Apabila kami tiba di rumah Ahmad Samhan, saya mengetuk pintu mengikut sunnah nabi dan menjaga adab sebagai seorag tetamu. Demi tuhan yang empunya Kaabah! Ini yang kami lakukan. Kalau ada yang rasa marah sikitpum, mungkin Us.Zahidi sebab dia memang sudah terkenal dengan sifat tegas dan cepat berang. Tapi yang penting, Ahmad Samhan dan ahli bait tiada di rumah. Kami pun membuat keputusan untuk balik. Selang beberapa langkah kami turun dari tangga, Ahmad Samhan pun sampai. Semua tidak berkata apa-apa kecuali Us.Zahidi yang bertanya, "Mad, pergi jumpa Us.Leman tak?" Ahmad Samhan menjawab," Yelah, nak siap-siap. Kejap lagi saya pergi". Us.Zahidi berkata dengan nada perlahan, " Cepat sikit tu, Us.Leman dah lama tunggu." Selepas itu kami semua terus balik. Kawan-kawan sekalian, mana yang dinamakan UGUTAN. Jika benar ini merupakan satu ugutan sehingga mengganggu ketenteraman anda seperti yang telah diadukan secara bertulis kepada KBMK, saya secara peribadi memohon maaf atas perbuatan tersebut tanpa ada niat pun untuk mengugut. Tapi saya tidak boleh terima jka dikatakan seorang yang 'gedebeh'. Sekali lagi, saya memohon maaf.

Kesebelas:

Dari blog MM: Pihak universiti, terutamanya, Dekan, Tanta University teleh memberi JAMINAN SEPENUHnya atas keselamatan anak-anak Tanta University.

Penjelasan: Kenyataan ini tidak menunjukkan bahawa mendapat kebenaran untuk menubuhkan AC. Jika ya pun, pihak kuliah tidak ada autoriti untuk berbuat sedemikian.Ummi memang mudah untuk mempergunakan Dekan. Saya mendapat maklumat bahawa ummi banyak mencampuri urusan pentadbiran kuliah dengan bantuan Dekan. Saya ingin menegur tindakan ummi ini. Ummi tidak sewajarnya mengganggu urusan kuliah. Contohnya seperti apa yang telah belaku sebelum ini sehingga menyebabkan proses pengeluaran keputusan pelajar lewat. Ada beberapa maklumat lain yang saya dapat tahu. Tetapi oleh kerana kesahihannya belum pasti, maka saya tidak bercadang untuk memasukkannya ke dalam entri ini.

Kedua belas:

Dari blog MM: Jika pembukaan AC adalah satu DOSA BESAR yang ummi lakukan untuk anak-anak MedicMesir yang ummi sayangi. Ummi mohon maaf. Tetapi, tidak lain hanya untuk melihat anak-anak yang diamanahkan oleh ibu ayah diberi perhatian sebaik mungkin. Namun, hakikatnya, tiada gantian kasih sayang seorang ibu kandung terhadap anaknya. Maaf atas kekurangan serta kekhilafan Ummi sendiri. Semoga Allah swt memberi keampunan!

Pandangan saya: Tindakan ummi memang SALAH. Ummi:

1) Menyinggung persatuan PCT. Menyebabkan PCT yang berdaftar secara rasmi dengan JPMK tidak dapat menjalinkan hubungan dengan adik-adik baru dari MM. Sehingga hari ini, hubungan PCT dan adik-adik dari MM sangat reggang.

2) Ummi pernah berkata kepada Dr.Zulkifli Mohammad (sewaktu beliau menjadi Pengerusi PCT) bahawa ummi akan memastikan semua pelajar agen Medic Mesir support program PCT. Tapi apa yang ummi buat baru-baru ini? Persatuan PCT telah bercadang untuk mengadakan program penerangan dan telah dimaklumkan lebih awal kepada pelajar-pelajar baru khususnya. Namun, ummi bertindak mengadakan program secara mengejut pada tarikh yang sama sedangkan ummi tahu PCT telah merancang untuk mengadakan program pada waktu itu. Mengapa ummi? Ummi tahu tak, program yang telah lama dirancang dan hapir-hampir dilaksanakan terpaksa dibatalkan hanya kerana berlaku pertembungan dan terpaksa merai Medic Mesir.

3) Ummi menyusahkan Pengerusi DPMT kerana telah melanggar ketetapan Amnu Daulah. Ummi menyinggung perasaan Us.Sulaiman. Ummi lupa bahawa pada awal kedatangannya ke Tanta, Us.Sulaimanlah yang banyak membantu beliau dalam memudahkan urusan pelajar agen Medic Mesir. Ketika itu Us.Sulaiman ditugaskan sebagai Ketua Unit Perumahan DPMT. Us.Sulaiman begitu bersungguh dalam membantu terutamanya berkaitan perumahan sehinggakan Us.Faizol selaku Pengerusi DPMT ketika itu menegur Us.Sulaiman supaya jangan terlalu menumpukan pelajar perubatan sahaja sehingga abaikan tanggungjawab terhadap pelajar pengajian Islam. Saya ingat lagi, saya sempat menemani beliau mencari keperluan adik-adik Medic Mesir ketika itu sehingga Maghrib. Namun hari ini, ummi tikam belakang. Ummi menuduh kami pengugut. Kami mendengar maklumat bahawa ummi memburuk-burukkan persatuan DPMT. Namun kerana kesahihannya belum pasti maka saya mengaggap bahawa dakwaan tersebut perlu dikaji lagi sama ada benar atapun tidak. Sekali lagi saya ingatkan pada ummi, jangan lupa asal usul kehadiranmu di sini. sekurang-kurangnya, jika berniat tidak menginginkan lagi bantuan daripada DPMT sekalipun janganlah memburuk-burukkan DPMT di mata adik-adik baru. SAYA SEDIH!

Dari sudut berdosa ataupun tidak itu kerja Allah. Saya pun tidak berhak untuk menghukum. Sekiranya berdosa, maka pintalah keampunan daripada Allah s.w.t dan jangan mengulangi perbuatan tersebut, Kerana itu syarat taubat...

Ketiga belas:

Dari blog MM:

salinan kepada:
1. Y.B. Senator Mejar Jeneral (B) Dato' Jamil Khir Bin Baharom,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

2. En Shaiful Anuar Bin Hj Mohammad
Ketua Usaha Sementara
Kedutaan Besar Malaysia Kaherah

3. Dato' Ir Dr Radin Umar Radin Sohadi
Ketua Pengarah, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

4. Professor Madya Dr Jamil bin Hashim,
Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah

Penjelasan: 2 hari lepas En.Shaiful(Kuasa Usaha Sementara KBMK) telah menghubungi Us.Sulaiman. Beliau menyatakan bahawa beliau tidak tahu menahu dan terperanjat namanya tertulis di sini. En.Shaiful juga terperanjat mengapa nama Dato' Jamil Khir Baharom turut ditulis. Saya mendapat tahu bahawa En.Shaiful seorang yang begitu profesional dalam melunasi tanggungjawabnya. Setakat ini, alhmadulillah En.Shaiful bijak melakukan tindakan yang sepatutnya. Hampir 20 minit juga En.Shaiful berbual dengan Us.Sulaiman berkaitan perkara ini.

Satu lagi persoalan..

Kenapa surat ini disimpan atas nama 'ugutan DPMT'? Cuba klik.

Surat daripada JPMK kepada MM. Boleh rujuk diblog yang saya 'link' kan di atas..


Tiada lain, melainkan untuk membuka mata semua pembaca. Berani kerana benar!

Sumber: dzulhilmi.blogspot.com

Rabu, Oktober 13

Kalam mutiara IJTIMA' TARBAWI PAS


Tiga elemen dalam PAS iaitu gerakan siasah, gerakan tarbiah dan gerakan dakwah. Gerakan siasah iaitu penglibatan PAS dalam politik Malaysia, yang bertujuan melaksanakan siasah syar’iah walaupun sistem demokrasi di Malaysia tidak bersih. PAS menggunakan wasilah parti untuk mendaulatkan Islam di Malaysia. Harakah dakwah pula iaitu PAS didasari Amar Makruf Nahi Munkar setiap gerak-gerinya sebagai penyambung kerja dakwah para Rasul. Golongan yang melaksanakan Amar Makruf Nahi Munkar adalah golongan yang disebut di dalam al-quran sebagai Khairul Ummah. Topik yang ingin Tempe Mesir perincikan di sini adalah gerakan tarbiah. Adakah PAS mempunyai tarbiah? Adakah PAS hanya parti politik semata-mata?

1 hingga 3 oktober telah berlangsungnya Ijtima’ Tarbawi anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat. Antara pengisiannya adalah Tafsir Al-hujurat dari Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Forum Tarbawi, kuliah maghrib oleh Tuan Guru Haron Taib, pembentangan dari para murabbi PAS dan lain-lain. Antara status profil facebook Ustaz Nasharuddin Tantawi “Budayakan Amal Tarbawi dalam diri dan organisasi kita”. Ustaz Nasharuddin antara pimpinan PAS yang berusaha memupuk budaya tarbiah dalam PAS. Amal tarbawi sangat penting di dalam PAS sebagai satu kekuatan terhadap diri ahli jemaah dan jemaah itu sendiri bagi menghadapi segala cabaran. Ini sebagaimana dipetik di dalam kitab ‘Qawaribun Najah Fi Hayatid Du’at ‘ mengenai cabaran-cabaran bagi para pendakwah. UMNO adalah cabaran yang sangat kecil. Mendaulatkan Islam pada diri masing-masing adalah cabaran yang sangat hebat. Adakah ahli PAS istiqamah mengerjakan solat fardhu secara berjamaah? Adakah ahli PAS setiap hari mengamalkan bacaan ‘Mathurat Kubra atau Sughra’ sebagai pendiding & kekuatan diri?.

Membudayakan tarbiah dalam PAS adalah gerakan yang memerlukan istiqamah. Para Muhajirin dan Ansar ditarbiah oleh Rasulullah s.a.w. seperti kewujudan ithar di antara mereka hasil tindakan Rasulullah s.a.w. mempersaudara mereka sehingga membolehkan Daulah Islamiah bertapak di Madinah.Tarbiah sangat penting sebelum, ketika dan selepas mendapat Daulah Islamiah. PAS adalah gerakan Islam yang bersumberkan ‘Siratun Nabawiah’ mesti istiqamah dalam tarbiah. Ahli PAS mesti berkomitmen tinggi dalam usrah-usrah PAS agar Rukun 10 menjadi wirid yang perlu dihafaz dan diamalkan. Keterlibatan dalam program-program tamrin PAS juga perlu agar terbentuk nilai penglibatan diri ke dalam PAS sebagai penglibatan yang bersifat Akidah Islamiah (Intima’ ‘Aqidi. Inilah antara matlamat tarbiah PAS. Siapa kata PAS tiada tarbiah? Inilah buktinya, dan banyak lagi.

Ijtima’ Tarbawi memberi signal merah terhadap golongan yang mengatakan PAS tiada tarbiah juga bagi golongan yang mendapat tarbiah dari jemaah yang selain PAS. Menyertai PAS kerana Politik Islam sahaja, bukan kerana tarbiah PAS. Golongan yang menyertai PAS tetapi memilih tarbiah selain daripada PAS dengan memilih tarbiah ABIM, JIM, ISMA, IKRAM, HizbuTahrir, dan Tabligh. Mereka ini sebenarnya melambatkan lagi kemenangan Islam di Malaysia. Tidak keterlaluan jika Tempe Mesir menganggap mereka ini adalah golongan parasit dalam PAS. Bahkan golongan ini tidak mengiktiraf kesyumulan system yang wujud dalam PAS. Jika mereka benar-benar menggerakkan tarbiah dalam PAS nescaya mereka hanya akan memberi intima’ dengan PAS, berwala’ dengan PAS, tidak membenarkan berbilang-bilang Jamaah yang bertentangan.

Mana mungkin keberadaan jemaah-jemaah tersebut akan menjadikan ahli-ahlinya berintima’ dan wala’ sepenuhnya terhadap PAS. Jika mereka berintima’ dengan PAS pun, intima’ mereka hanyalah bersifat maslahi iaitu berkepentingan tertentu. Samada ia melibatkan kepentingan diri mahupun kepentingan terhadap jemaah selain daripada PAS. Oleh kerana jemaah mereka hanya dianggap sebagai medium tarbiyah semata tidak dianggap sebagai parti politik, maka mereka memilih PAS sebagai medium untuk mereka berpolitik. Sebab itulah sebahagian pimpinan PAS dilihat mengalami masalah sikap wala’, kepercayaan (thiqah), dengar dan taat terhadap pemimpin mereka. Ingatlah peristiwa peperangan Uhud bagaimana beberapa tentera panah melanggar perintah Rasulullah s.a.w. Jangan kita mengulangi sejarah tersebut.

Intima’ aqidi, wala’, tadhiyyah, dengar dan taat, thiqqah, ukhwah terhasil dari tarbiah. Mereka yang berintima’ dengan PAS, berwala’kan dengan PAS, hanya memilih tarbiah tulin daripada PAS sahaja. Jika kita memilih tarbiah selain daripada apa yang telah disedia dan ditetapkan oleh PAS bermakna kita tidak thiqqah dengan PAS, maka kita meninggalkan rukun terakhir dalam Rukun Bai’ah. Bila meninggalkan salah satu dari rukun tersebut bermakna kita meringan-ringankan Amal Tarbawi dan akhirnya akan hanyutlah tarbiah dalam sesebuah jemaah. Kalau lagu tidak boleh dipisahkan dengan lirik dan melodi, apatah lagi Jemaah Islamiah tidak boleh dipisahkan dengan tarbiah. Ayuh perkasakanlah thiqqah kita terhadap PAS. Jika kita mengakui kewujudan tarbiah PAS, beramal tarbawilah kita dengan tarbiah PAS. PAS For All.

Rabu, September 29

1 SYAWAL: Buat tatapan keluarga di Malaysia.

ADIK SOFIYYATUL 'ULYAA
WAJAH SOFIYYAH DI PAGI SYAWAL
MEMBINA KELUARGA BAHAGIA
BERSAMA SAHABAT-SAHABAT SESTATUS( ORANG DAH KAWIN)
KENANGAN SOLAT RAYA DI PADANG ISTAD, TANTA MESIR