Isnin, Julai 12
Ahad, Julai 11
Sabtu, Julai 10
PENDIDIKAN bermula dari alam rahim: Amalan suami ketika isteri mengandung
Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung:1. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
2. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan
isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
3. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
4. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
5. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
6. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
7. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.
8. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri
rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.
9. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan
anak dalam kandungan.
10. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.
11. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.
12. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78,
surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.
Jumaat, Julai 9
PENDIDIKAN: Jalan untuk merubah masyarakat, membentuk pemimpin dan mewujudkan suasana aman
Pendidikan itu jalannya panjang dan kesulitannya
banyak. Hanya sedikit orang yang sabar menempuh jalannya yang
panjang dan kesulitannya yang banyak, iaitu orang yang berkemahuan
keras..
Akan tetapi pendidikan itu
satu-satunya jalan yang dapat menyampaikannya kepada tujuan dan
tidak ada jalan lain lagi. Itulah jalan yang ditempuh oleh Nabi SAW
untuk membentuk generasi teladan yang diridhai Tuhan, yang tidak
pernah disaksikan bandingannya oleh dunia. Mereka inilah yang
melaksanakan pendidikan bagi berbagai bangsa dan mengarahkannya
kepada kebenarah dan kebaikan.
Rencana pendidikan mempunyai tujuan tertentu, langkah-langkah
yang jelas, sumber yang terang, bahagian-bahagian yang saling
mendukung, dengan sistem beraneka ragam dan ditegakkan atas falsafah
yang jelas, digali dari ajaran Islam bukan dari ajaran lainnya
Pemimpin atau guru yang mendidik dengan bakat, ilmu dan pengalamannya
yang dianugerahkan kepadanya kekuatan iman yang luar biasa,
membekas pada setiap hati orang yang berhubungan dengannya,
melimpah dari hatinya ke hati orang-orang di sekitarya.
Adalah sejumlah pendidik yang ikhlas, kuat dan terpercaya yang
menyakini jalan yang dibentangkan oleh pimpinan. Mereka mempunyai
pengaruh terhadap murid-muridnya dan mereka ini menjadi pendidik -
pendidik bagi generasi sesudahnya, demikianlah seterusnya.
Dengan para pendidik di sini tidaklah saya maksudkan alumni Perguruan
Tinggi Ilmu Pendidikan atau pemegang ijazah Majester (MA) dan Doktor dalam
pendidikan. Yang saya maksudkan ialah orang yang memiliki "kualiti" iman yang
tinggi, kekuatan jiwa, keberanian hati, kekerasan kemahuan, kelapangan dada dan
kesanggupan mempengaruhi orang lain.Mungkin mereka seorang jurutera atau
pegawai rendahan atau pedagang atau buruh, diantara orang-orang yang tidak
mempelajari dasar-dasar pendidikan atau sistemnya.
Rujukan: PENDIDIKAN ISLAM DAN MADRASAH HASAN AL-BANNA
Isnin, Julai 5
JIWA PIMPINAN: HARAPAN SEORANG AYAH KEPADA ANAK...
TITM: Saya mempunyai 8 orang anak – 3 lelaki dan 5 perempuan. Anak sulung lelaki berusia 22 tahun, bersama anak kedua, ketiga dan keempat sedang belajar di Universiti Islam Antarabangsa cawangan Kuantan dan Gombak. Dua anak berada di sekolah menengah manakala dua lagi di sekolah rendah. Nasihat buat anak-anak macam orang lain juga, dua perkara utama ialah solat berjamaah di awal waktu dan al-Quran mesti dibaca setiap hari. Tentang penglibatan diri dalam jamaah adalah wajib.
Kita perlu melahirkan sekurang-kurangnya seorang petugas jamaah setiap rumah.
Pengalaman dibesarkan dengan menghormati ibubapa dan guru sangat besar kesannya dalam kehidupan saya sekeluarga. Emak sering berpesan 'jangan sesekali menyakiti hati guru, kamu tidak akan berkat selama-lamanya. Kerana keberkatan ilmu lebih penting dari banyaknya ilmu".
SA: Saya
mempunyai enam orang anak - yang sulong berusia 24 tahun sudah bekerja sambil belajar lagi, yang nombor dua, tiga dan empat semua berada di universiti, yang kelima mengambil SPM tahun ini dan yang kecil sekali baru darjah empat.
Saya mahu mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Mereka kena menimba ilmu yang sebanyak-banyaknya kerana mereka mesti menjadi orang yang berilmu dan beriman dan dengan itu sahajalah saya rasa saya dapat memberikan mereka bekalan yang secukupnya untuk mereka di dunia dan juga di akhirat.
Sudah pasti anak saya akan mewarisi perjuangan yang saya bina untuk keluarga pada hari ini. Ini memang sesuatu yang menjadi cita-cita saya lah, paling tidak pun sebelum saya pergi meninggalkan dunia ini, ada di kalangan anak-anak yang akan mewarisi perjuangan yang saya bina ini.
Selain politik, saya berharap mereka jadi orang yang knowledgable, yang mampu menghadapi setiap cabaran hari ini dan yang pasti saya juga mahu mereka mempunyai keluarga yang bahagia, yang mengikut spesifikasi Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS hari ini.
Kaya tak kaya itu terpulang pada mereka kerana matlamat di dunia ini bukan kita mencari kekayaan tapi kebahagiaan yang berasaskan ajaran Islam yang kuat.
MO: Say
a ni tak banyak anak. Tiga orang saja - yang sulung lelaki, dua lagi perempuan. Walaupun miskin tetapi saya mengharapkan kekayaan ilmu, ibadah dan amalan-amalan yang mulia perlu dimiliki anak-anak.
Inilah kegembiraan saya sebagai seorang ayah. Saya hanya meletakkan pengharapan dan bimbingan untuk mereka berjaya di dunia dan akhirat.
Anak-anak saya telah teruji dengan persekitaran kehidupan yang mencabar apabila saya ditahan ISA dan dipenjarakan. Dan saya tidak pernah menghalang malah gembira kalau ada yang mengikut jejak saya. Nampaknya ada yang nak ikut.
Yang tidak dapat saya lupakan apabila anak-anak menziarahi saya di Kamunting dan di Penjara Kajang. Saya masih ingat masa di Kamunting, anak kedua saya masih kecil dan saya sempat menyuap ais krim kepadanya. Itu luahan kasih sayang yang dapat saya terjemahkan.
sumber: HARAKAH, “MINDA NAIB PRESIDEN PAS” esklusif daripada 3 Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Yang Berhormat Saudara Salahuddin Ayub.
Macam mana anak saya???? Saya akan bawa perbincangan ini dalam meeting bulanan keluarga bersama isteri tercinta dalm masa terdekat ini. InsyaALLAH, lagi 1 bulan lebih kami akan menerima kehadiran orang baru dalam rumahtangga kami. Mesti kene buat persediaan dulu dalam mencorakkan anak ni.. hehehe...




