Selasa | Sep 30, 08 | jam 1.47pagi
Perutusan Hari Raya Aidilfitri Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta(DPMT) ustaz Mohd Faizol Bin Endut
Assalamualaikum wbt, pertamanya saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh ahli Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta(DPMT) serta pimpinan AJKT DPMT sesi 08\09 dan barisan penasihat tidak ketinggalan juga pimpinan pusat,PMRAM.
| |
|
|
|
Alhamdullillah, kita masih lagi dapat menyambut Hari Raya dengan penuh meriah dengan bersemangatkan Islam. Saya berdoa kepada Allah swt supaya Allah menerima segala amalan sepanjang Ramadan ini.
Bagi kita yang tidak berkesempatan untuk pulang berhari raya di tanah air, saya berharap kita semua dapat memeriahkan suasana raya terutama kita di cawangan DPM Tanta ini.
Kita akan cuba pastikan kedatangan hari yang mulia ini kita sama-sama dapat berkumpul dan ini akan merapatkan lagi hubungan sillaturrahim.
Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta di bawah payungan PMRAM adalah satu persatuan yang memainkan peranan penting untuk menyatupadukan rakyat Malaysia khususnya dan umat islam umumnya. Salah satu wasilahnya melalui Sambutan Hari Raya. Ini juga merupakan satu cara untuk menyatupadukan seluruh ahli PMRAM di bumi Mesir ini.
Muhafazah merupakan tempat pengajian yang mempunyai ahli yang berbilang negeri dan institusi. Oleh itu,saya berharap di Hari Raya ini, kita dapat sama-sama berhari raya dengan mengamalkan konsep ziarah mengziarahi di antara satu sama lain. Dengan itu jalinan ukhwah sesama kita akan lebih rapat dan lebih mengenali di antara kita.
Kita tidak perlu ada sikap ketaksuban kenegerian atau institusi kerana kita semua datang dari satu tempat yang sama (Malaysia) dan Islam sendiri tidak pernah mengajar dan mengamalkan sikap berpuak-puak ini.Ini akan membawa kesan negatif kepada hubungan ukhwah kita yang sudah sedia terjalin.
Bagi Tantawi semua,saya berharap kita menjadikan Hari Raya sebagai hari untuk kita meribatkan lagi hubungan di antara kita dengan rebutlah peluang untuk berziarah ke rumah sahabat- sahabat kita.Moga-moga dengan amalan ziarah ini dapat lebih mengenali hati budi sahabat-sahabat kita.
Sempena Hari Raya ini juga saya menyeru kepada seluruh warga Tantawiyun khasnya dan seluruh warga PMRAM agar terus berusaha gigih dalam menuntut dan mencari gali ilmu-ilmu Allah S.W.T di bumi ambiyak ini.Kepentingan kita selaku azhari menutut ilmu itu satu kewajipan untuk kita bersama dengan masyarakat satu hari kelak.Di sini medan kita belajar memenuhkan dada kita dengan ilmu.Kita mesti belajar bersungguh-sungguh terutamanya dalam ilmu keagamaan ini kerana kita bakal pemimpin pelapis suatu hari nanti.
Semoga Allah memberi kepada kita kekuatan iman untuk menghadapi bulan-bulan yang mendatang dan memberi ganjaran memasuki syurga yang kita idamkan.
Akhir sekali, saya dan pimpinan AJKT sesi 2008\09 sekali lagi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga Tantawi dan seluruh warga Malaysia di perantauan perlembahan nil ini.wslm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan