Memaparkan catatan dengan label slm eidulfitri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label slm eidulfitri. Papar semua catatan

Selasa, Oktober 7

tazkirah syawal

"Alhamdulillah kita dapat merayakan Aidilfitri dalam suasana aman dengan hidangan juadah yang enak. Tapi jangan lupa ada umat Islam yang menyambut hari raya dengan hidangan peluru, bom, belantan, keganasan dan pembunuhan,darah merah mengalir pada hari raya,"

Hikmah daripada berpuasa di bulan Ramadan dengan menahan lapar dan dahaga adalah untuk menimbulkan rasa keinsafan bagi melahirkan insan yang prihatin membantu saudara seagama seperti tidak menjadi di kalangan umat Islam kini.umat Islam terus dilanda pelbagai masalah, ditindas dan dijajah tanpa mendapat pembelaan dan bantuan daripada umat Islam yang lain.krisis yang menimpa umat Islam sejagat sekarang adalah berpunca daripada perpecahan yang berlaku di kalangan umm "Mereka (kuffar) tidak menyiksa mereka itu (orang Islam) melainkan kerana mereka beriman dengan Allah Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji," ujarnya memetik ayat 8 dari Surah Al-Buruj.

Ramadan yang juga dikenali dengan nama bulan kesabaran, bulan pengorbanan, bulan jihad, bulan pengampunan dan bulan kemenangan, namun dari Ramadan tahun lalu sehingga yang baru berlalu, banyak peristiwa yang berlaku atas umat Islam yang dapat dilihat.

"Umumnya ternyata Islam masih tertindas di sana-sini, dihukum dengan kejam yang semuanya ini menuntut kita untuk bersabar, tapi sampai bila perlu kita bersabar?

"Masalah besar yang menimpa umat Islam sekarang ialah Masjidil Aqsa, penjajahan yahudi ke atas Palestin yang merampas bumi umat Islam. Amat malangnya pada masa yang sama berlaku perperangan dan pembunuhan sesama umat Islam disana antara Hamas dan Fatah yang kedua-duanya parti umat Islam. Lebih malang lagi, orang Arab, umat islam dan kita semua tidak berbuat apa-apa untuk membantu mereka.

"Puasa semacam tidak mendatangkan kesan positif kepada ummah, puasa sudah menjadi satu ritual atau perkara biasa tanpa makna sebenar yang boleh menjadi pendorong untuk memperbaiki diri dan ummah ke arah satu penyatuan yang lebih baik.

Baginya, permasalahan umat Islam terus menjadi lebih parah seperti yang terbaru berlaku perang saudara di Darfur (Sudan), masalah politik tempatan di Mauritania, Somalia, Georgia dan Selatan Thailand.

"Allah berfirman dalam Sura Al-Anfal ayat 46, Dan taatlah kepada Allah dan RasulNya dan jangan sekali-kali kamu bersengketa (berperang sesama sendiri) kelak kamu akan kecundang, diserang takut dan kakuatanmu. Bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar.

"Krisis berterusan, perang tak henti-henti di Iraq, Afghanistan, Kosovo, Pakistan dan belum nampak tanda-tanda kesudahan.Apabila senario politik terjadi sebegini kita akan menuduh angkara musuh yang tidak berperikemanusiaan didalangi Amerika dan sekutunya. Akan tetapi adalah lebih elok rasanya kita melihat ke dalam diri kita sendiri, diri ummah yang dikatakan "kaum yang lebih tinggi (lebih cangih) kalaupun beriman"

"Apa sebabnya kita mudah diperkotak-katikkan oleh musuh? Jawapannya mudah, sebab kita berpecah-belah dan tidak bersatu itu sendiri. punca umat Islam berpecah adalah kerana mereka tidak berpegang kepada hukum Allah, jauh dari Al-Quran dan meninggalkan Sunnah Rasul s.a.w

"Allah berfirman dalam Sura Al-Anfal ayat 46, Dan taatlah kepada Allah dan RasulNya dan jangan sekali-kali kamu bersengketa (berperang sesama sendiri) kelak kamu akan kecundang, diserang takut dan kakuatanmu. Bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar.

"Yang nyata kita fahami umat Islam tidak bersatu. Mereka hidup dalam nafsi-nafsi, negeri-negeri sendiri. Kalau musuh menangkap mangsa atau negeri dijajah serta diseksa, yang lain hanya menjadi penonton.untuk melihat perpecahan umat Islam kita tidak perlu tengok jauh ke Timur Tengah atau Afrika sebaliknya melihat di negara kita sendiri.

"Orang Islam di Malaysia inipun tidak bersatu. Kita sebenarnyapun sudah berpecah sekurang-kurangnya selama 57 tahun apabila wujudnya dua buah parti politik besar Melayu

"Mungkin kerana perpecahan ini suatu yang tidak baik dan kerajaan yang tidak kukuh, jelas musuh-musuh Islam sudah mulai lantang meyuarakan perkara-perkara seperti laungan azan, kebebasan beragama sebagai contohnya murtad yang diminta diberi kebebasan atas nama hak-hak kemanusiaan dan berlakunya ketengangan antara kaum khasnya atas hal-hal yang berkaitan agama.

"Kita sekan-akan menunggu berlakunya sesuatu yang lebih kompleks, masalah yang lebih gawat yang akan menjerumuskan kepada ketengangan yang membawa kepada berlakunya huru-hara. justeru,"Tegakkan negara Islam itu di dalam diri kamu terdahulu, Insya Allah akan tertegaklah negara Islam di dalam negeri kamu. Sebab itulah kita sentiasa perlu mematuhi segala perintah Allah dan hukum-hukum Allah mestilah diletakkan di hadapan,

Selasa, September 30

Perutusan khas sempena hari raya eidulfitri


Selasa | Sep 30, 08 | jam 1.47pagi

Perutusan Hari Raya Aidilfitri Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta(DPMT) ustaz Mohd Faizol Bin Endut

Assalamualaikum wbt, pertamanya saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh ahli Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta(DPMT) serta pimpinan AJKT DPMT sesi 08\09 dan barisan penasihat tidak ketinggalan juga pimpinan pusat,PMRAM.

Alhamdullillah, kita masih lagi dapat menyambut Hari Raya dengan penuh meriah dengan bersemangatkan Islam. Saya berdoa kepada Allah swt supaya Allah menerima segala amalan sepanjang Ramadan ini.

Bagi kita yang tidak berkesempatan untuk pulang berhari raya di tanah air, saya berharap kita semua dapat memeriahkan suasana raya terutama kita di cawangan DPM Tanta ini.

Kita akan cuba pastikan kedatangan hari yang mulia ini kita sama-sama dapat berkumpul dan ini akan merapatkan lagi hubungan sillaturrahim.

Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta di bawah payungan PMRAM adalah satu persatuan yang memainkan peranan penting untuk menyatupadukan rakyat Malaysia khususnya dan umat islam umumnya. Salah satu wasilahnya melalui Sambutan Hari Raya. Ini juga merupakan satu cara untuk menyatupadukan seluruh ahli PMRAM di bumi Mesir ini.

Muhafazah merupakan tempat pengajian yang mempunyai ahli yang berbilang negeri dan institusi. Oleh itu,saya berharap di Hari Raya ini, kita dapat sama-sama berhari raya dengan mengamalkan konsep ziarah mengziarahi di antara satu sama lain. Dengan itu jalinan ukhwah sesama kita akan lebih rapat dan lebih mengenali di antara kita.

Kita tidak perlu ada sikap ketaksuban kenegerian atau institusi kerana kita semua datang dari satu tempat yang sama (Malaysia) dan Islam sendiri tidak pernah mengajar dan mengamalkan sikap berpuak-puak ini.Ini akan membawa kesan negatif kepada hubungan ukhwah kita yang sudah sedia terjalin.

Bagi Tantawi semua,saya berharap kita menjadikan Hari Raya sebagai hari untuk kita meribatkan lagi hubungan di antara kita dengan rebutlah peluang untuk berziarah ke rumah sahabat- sahabat kita.Moga-moga dengan amalan ziarah ini dapat lebih mengenali hati budi sahabat-sahabat kita.

Sempena Hari Raya ini juga saya menyeru kepada seluruh warga Tantawiyun khasnya dan seluruh warga PMRAM agar terus berusaha gigih dalam menuntut dan mencari gali ilmu-ilmu Allah S.W.T di bumi ambiyak ini.Kepentingan kita selaku azhari menutut ilmu itu satu kewajipan untuk kita bersama dengan masyarakat satu hari kelak.Di sini medan kita belajar memenuhkan dada kita dengan ilmu.Kita mesti belajar bersungguh-sungguh terutamanya dalam ilmu keagamaan ini kerana kita bakal pemimpin pelapis suatu hari nanti.

Semoga Allah memberi kepada kita kekuatan iman untuk menghadapi bulan-bulan yang mendatang dan memberi ganjaran memasuki syurga yang kita idamkan.

Akhir sekali, saya dan pimpinan AJKT sesi 2008\09 sekali lagi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga Tantawi dan seluruh warga Malaysia di perantauan perlembahan nil ini.wslm