Berita minggu ini, kenyataan Kerajaan membuat keputusan mengehadkan setiap pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksimum mulai tahun depan kita mesti mengambil peranan dan perlu mengetahui perkembangannya. Ini kerana pada saya, ia adalah satu keputusan yang akan menatijahkan baik atau buruknya generasi yang bakal kita bina satu masa nanti.
Persoalan yang bermain dipemikiran saya...
Adakah keputusan itu untuk menghalang kecemerlangan pelajar-pelajar?
Tidak banggakah kita umat islam apabila tahun ini Nik Nurmadihah yang mendapat 20 A? Ini menunjukkan kemampuan orang islam.
Adakah dilihat bersifat meminggirkan sekolah agama yang kebanyakan pelajarnya akan mengambil lebih 10 mata pelajaran?
Pada saya, saya sedikit kecewa jika keputusan ini dibuat hanya kerana masalah biasiswa dan lebih parah lagi jika kerana muslihat politik sebaliknya tanpa mendahulukan kepentingan ilmu kepada generasi akan datang.
Sahabat sidang pembaca masing- masing berhak melontarkan pandangan.Justeru, saya berpandangan pihak kerajaan perlu mengkaji semula dalam perkara ini untuk kemaslahatan semua.
"Generasi akan datang, peneraju ummah..."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan