Jumaat, Mei 29

Petua Untuk Khusyuk Solat

1. Sentiasa menghadirkan hati meyakini kebesaran dan kekuasaan Allah.
2. Menghadirkan hati mengakui tentang kelemahan kita sebagai hamba Allah yang sentiasa
memerlukan pertolongan Allah.
3. Menghadirkan hati mengakui segala kemewahan dunia dan kesengangan adalah sementara.
4. Tidak tergesa-gesa dalam menunaikan solat kerana tergesa-gesa boleh membawa kepada
luputnya beberapa perkara penting untuk khusyuk.
5. Hendaklah menunaikan solat pada awal waktu dan secara berjemaah.
6. Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih daripada najis. Begitu juga dengan
sejadah. Ia hendaklah bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang boleh melalaikan solat.
7. Dalam suasana yang aman tanpa suara bising daripada kanak-kanak mahupun televisyen atau
radio.
8. Imam hendaklah seorang yang elok bacaannya kerana bacaan yang elok membantu
menghadirkan hati. Imam itu pula tidak dibenci oleh ahli jemaah.
9. Bersihkan fikiran daripada masalah hidup dan tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah.
10.Membuang air besar dan air kecil terlebih dahulu jika berasa perlu berbuat demikian. Ini kerana
orang yang solat dalam keadaan buang air kecil dan buang air besar tidak akan memperoleh
kekhusyukan.
11. Tidak berada dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang kerana orang yang lapar hanya
memikirkan untuk makan. Begitu juga dengan orang yang terlal kenyang berada dalam keadaan
tidak selesa dalam setiap pergerakannya.
12. Kesihatan tubuh badah hendaklah dijaga. Badan yang sakit sukar mendatangkan rasa khusyuk
dalam solat.
13. Hati hendaklah hadir dalam solat, bukannya melayang tidak tentu arah.
14. Memahami makna bacaan dalam solat.

Justeru,sebagai pejuang agama ALLAH, sangat-sangat perlu menitikberatkan tentang Solat.
Semoga solat kita diterima oleh ALLAH taala. Solat yang dapat memandu diri kita untuk taat
patuh kepada suruhan dan dapat meninggalkan kemaksiatan kepada ALLAH taala.

SABDA RASULULLAH S.A.W: 3 perkara kemanisan iman..
1.kasih dan cinta kepada ALLAH dan rasul lebih dari segalanya
2.benci kepada kuffur atau murtad
3.kasih dan sayang kepada sahabat kerana ALLAH

Tiada ulasan: