KAHERAH, 3 JUN - Presiden PMRAM Saudara Abdul Mu`izz bin Muhammad menasihatkan kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Mesir agar menjaga keselamatan bersempena kehadiran Presiden Amerika Syarikar, Barrack Obama ke bumi Mesir pada esok hari.
Beliau ketika dihubungi berkata, mahasiswa dan mahasiswi dilarang sama sekali menghadiri program berkenaan yang dijangka akan diadakan di Universiti Kaherah, Mesir. Sehubungan dengan itu, mana-mana mahasiswa yang ingin keluar daripada rumah pada hari berkenaan digalakkan agar membawa segala dokumen termasuk pasport dan kad PMRAM sebagai langkah awal keselamatan.
"Kita percaya bahawa pihak keselamatan Mesir akan berada di pelbagai tempat pada hari tersebut terutama jalan-jalan yang bakal dilalui oleh Obama. Kita tidak mahu ada mahasiswa yang tidak mengambil berat soal keselamatan ini walaupun program tersebut dijadual selama sehari."
"Pihak keselamatan juga meminta mahasiswa agar tidak membuat sebarang perkara yang boleh mencurigakan sehingga mengundang kepada penangkapan pihak berkuasa," ujarnya lagi.
Berikutan dengan program tersebut, seluruh mahasiswa yang sedang menghadapi peperiksaan di seluruh Universiti Al-Azhar pada hari tersebut (4 Jun) di jadual akan ditangguhkan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran universiti.
Presiden PMRAM menegaskan agar mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dengan peperiksaan pada hari tersebut agar meneliti dengan tepat tarikh baharu yang dikeluarkan oleh pihak universiti agar tidak terlepas mendudukinya.
sumber: http://www.pmram.org/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan