Selasa, Jun 2
PERANAN MAHASISWA / WI ISLAM SIRI 1
Kenapa Perlunya Persiapan Mahasiswa/wi Islam?
Ada beberapa gambaran yang berbeza di sekitar tugas seorang Mahasiswa/wi Islam dan matlamat dari persiapan mereka itu. Apakah matlamat utama dari persediaan pemuda Islam ini?
Adakah matlamatnya sekadar memelihara dirinya daripada kecundang oleh hawa nafsu dan dorongan-dorongan fitnah, atau setakat supaya dia menunaikan fardhu-fardhu wajib yang ditaklif oleh Allah dan meninggalkan segala larangan Allah?
Adakah itu sudah mencukupi?
Atau adakah matlamatnya untuk membekalkan mereka dengan pengetahuan
Islam yang cukup yang membolehkan mereka menulis dan bercakap sahaja?
Dan adakah matlamat persiapan seorang Mahasiswa/wi Islam bagi untuk menjalankan amal-amal kebajikan, memberikan makan kepada orang miskin, merawat orang sakit dan bersimpati dengan mereka yang menderita sahaja?
Atau adakah sekadar mempersiapkan Mahasiswa/wi Islam supaya boleh menjalankan dakwah Islamiah sekadar melepaskan batuk di tangga?
Atau menjadikan mereka itu berada dalam suatu suasana organisasi Mahasiswa/wi Islam dan cukup setakat itu tanpa mengira samada dia menjadi da'i atau pembimbing semata-mata?
Pada hakikatnya kita tidak bebas untuk memilih matlamat-matlamat yang di gariskan
itu, pada masa dunia Islam berada di bawah pemerintahan sistem 'Taghut', dan Islam
berada jauh dari memegang teraju pimpinan.. bersambung......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan